Jumaat, 11 Januari 2013

Gunting Rambut Percuma di Melaka

Assalamualaikum.....

Entry ni kiranya tertunggaklah yer.

Hari terakhir cuti sekolah, selepas bersarapan roti canai tampal di Batu Berendam, kami menuju ke Ujung Pasir pula untuk bungkus mee kahwin Shahrul. Spare untuk petang sebab dah nak balik PD, so tak adalah aktiviti memasak.

Dalam perjalanan, kami ternampak kain rentang gunting rambut percuma untuk pelajar2 sekolah. Maklumlah, esoknya sekolah dah buka. Maka, terujalah kami. Bukan sebab ambil kesempatan nak jimat duit, tapi teruja dengan acara tu. Acara tu adalah anjuran UMNO di beberapa bahagian di Melaka.





Kami berada di Umno Bahagian Kota Melaka. Kain rentang tu tak dapat nak ambil gambarnya sebab masa tu hujan renyai2.



Di sebelah kiri sekali, seorang lelaki berbaju putih yang berdiri itu adalah salah seorang urusetia. Bila kami datang, Adam diberikan sekeping kupon dan di minta duduk di kerusi mengikut susunan giliran. Ada 3 orang tukang gunting rambut profesional di barisan hadapan.


Kanak-kanak yang sedang menunggu giliran. Adam pakai T-shirt putih. Monconggg jer sebab tak setuju. Dia kan nak rambut kotak, so dia predict kepala dia mesti kena gondol kat situ. Maklumlah, gunting free kan.


Dah selesai gunting. Dah dapat rambut kotak/petak, baru nak senyum. Adam bergambar dengan Naib Ketua Bahagian UMNO Cawangan Kota Melaka yang kebetulan hadir selepas Adam selesai. Terima kasih Dato'.


Berkerut dahi barber nie nak potong rambut Adam ikut gaya petak. Adam tak request pun sebab dia pun x tanya, tapi dia boleh nampak fesyennya. Terpusing2 dia keliling Adam nak make sure semua side sama rata.
Terima kasih bro!

Disediakan hiburan juga. Ada karaoke session. Ada juga makanan dan minuman yang disediakan. Memang betul2 punya community service la nie. Hubby kata : duit tax papa juga nie... Heheehhehehe.


Anyway, yang baik dan elok tu apa salahnya kita kongsikan, ye tak?


.


26 ulasan:

  1. ensem la adam lepaih potong rambut
    untung free khen

    BalasPadam
  2. best lah dapat gunting rambut free...

    BalasPadam
  3. tak sah kalau tak ada hiburan kan :D

    apa pun alhamdulillah..elok jugak community service macam ni..

    BalasPadam
  4. Pancing undi ni Ziela dah nak PRU13 kan...

    BalasPadam
  5. hahahaha...saya setuju tu, ada portion duit tax tu..ekekekeke..tapi org dah sediakan kemudahan kan, kita gunakan lah...:)

    BalasPadam
  6. haha.. amboi. L p plkn tiap2 minggu kene potong bagi nipis.. haha

    BalasPadam
  7. Buat ler gitu sebulan sekali untuk yg dewasa pulak kan...

    BalasPadam
  8. wah .. dalam bergunting ada karaoke lg yer !!
    kira best la ...
    salam balas ziarah

    BalasPadam
  9. Waa menjadi jugak rambut kotak adam ye, tersenyum puas Adam.

    BalasPadam
  10. Sesekali mcm tu seronok lak menengoknya..

    BalasPadam
  11. Lady Ayu : Adam perasan ensem jer tu Ayu..hahahahaha. Adam kun lagi ensem kat sana..smilee jer.

    BalasPadam
  12. izwan : Suasana tu yg bestnya.. hihihi

    BalasPadam
  13. Rai : Tapi diorang jer yg syok sendiri. Sampai bingit jadinya.

    BalasPadam
  14. Kakzakie : Itu dah tentulah kan kak.

    BalasPadam
  15. Wak Gelas : Wak rasa lepas PRU, dia akan buat lagi x?

    BalasPadam
  16. DaddyZiyyad : kenalah guna, sbb duit kita juga kan.

    BalasPadam
  17. L : Takder chance nak buat kotak yer... hahahahaha

    BalasPadam
  18. Abil : Confirm berdoyon-doyon...

    BalasPadam
  19. aby : Karaoke mereka2 jer, menyambut hujan lah kang.

    BalasPadam
  20. ummiross : Itu yg lebar jer sengih tu kak

    BalasPadam
  21. Iffah : Dah jatuh cinta dengan Melaka ekk?

    BalasPadam
  22. hehe...a'ah betullah....duit cukai warganegara Malaysia juga ni heheh.....satu inisiatif yang menarik huhuhuhu.....

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com