Gunting Rambut Percuma di Melaka

26 comments
Assalamualaikum.....

Entry ni kiranya tertunggaklah yer.

Hari terakhir cuti sekolah, selepas bersarapan roti canai tampal di Batu Berendam, kami menuju ke Ujung Pasir pula untuk bungkus mee kahwin Shahrul. Spare untuk petang sebab dah nak balik PD, so tak adalah aktiviti memasak.

Dalam perjalanan, kami ternampak kain rentang gunting rambut percuma untuk pelajar2 sekolah. Maklumlah, esoknya sekolah dah buka. Maka, terujalah kami. Bukan sebab ambil kesempatan nak jimat duit, tapi teruja dengan acara tu. Acara tu adalah anjuran UMNO di beberapa bahagian di Melaka.





Kami berada di Umno Bahagian Kota Melaka. Kain rentang tu tak dapat nak ambil gambarnya sebab masa tu hujan renyai2.



Di sebelah kiri sekali, seorang lelaki berbaju putih yang berdiri itu adalah salah seorang urusetia. Bila kami datang, Adam diberikan sekeping kupon dan di minta duduk di kerusi mengikut susunan giliran. Ada 3 orang tukang gunting rambut profesional di barisan hadapan.


Kanak-kanak yang sedang menunggu giliran. Adam pakai T-shirt putih. Monconggg jer sebab tak setuju. Dia kan nak rambut kotak, so dia predict kepala dia mesti kena gondol kat situ. Maklumlah, gunting free kan.


Dah selesai gunting. Dah dapat rambut kotak/petak, baru nak senyum. Adam bergambar dengan Naib Ketua Bahagian UMNO Cawangan Kota Melaka yang kebetulan hadir selepas Adam selesai. Terima kasih Dato'.


Berkerut dahi barber nie nak potong rambut Adam ikut gaya petak. Adam tak request pun sebab dia pun x tanya, tapi dia boleh nampak fesyennya. Terpusing2 dia keliling Adam nak make sure semua side sama rata.
Terima kasih bro!

Disediakan hiburan juga. Ada karaoke session. Ada juga makanan dan minuman yang disediakan. Memang betul2 punya community service la nie. Hubby kata : duit tax papa juga nie... Heheehhehehe.


Anyway, yang baik dan elok tu apa salahnya kita kongsikan, ye tak?


.


26 thoughts..

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

ensem la adam lepaih potong rambut
untung free khen

izwan berkata...

best lah dapat gunting rambut free...

Unknown berkata...

tak sah kalau tak ada hiburan kan :D

apa pun alhamdulillah..elok jugak community service macam ni..

Kakzakie Purvit berkata...

Pancing undi ni Ziela dah nak PRU13 kan...

wakgelas berkata...

pru13 dh nak dekat tu, . uhHU

Dr K berkata...

hahahaha...saya setuju tu, ada portion duit tax tu..ekekekeke..tapi org dah sediakan kemudahan kan, kita gunakan lah...:)

L berkata...

haha.. amboi. L p plkn tiap2 minggu kene potong bagi nipis.. haha

Abil Fikri Ahmad berkata...

Buat ler gitu sebulan sekali untuk yg dewasa pulak kan...

aby berkata...

wah .. dalam bergunting ada karaoke lg yer !!
kira best la ...
salam balas ziarah

ummiross berkata...

Waa menjadi jugak rambut kotak adam ye, tersenyum puas Adam.

Unknown berkata...

bgusnye melaka ni

mcm2 ade kn kak

Unknown berkata...

bgusnye melaka ni

mcm2 ade kn kak

aizamia3 berkata...

Sesekali mcm tu seronok lak menengoknya..

Aziela berkata...

Lady Ayu : Adam perasan ensem jer tu Ayu..hahahahaha. Adam kun lagi ensem kat sana..smilee jer.

Aziela berkata...

izwan : Suasana tu yg bestnya.. hihihi

Aziela berkata...

Rai : Tapi diorang jer yg syok sendiri. Sampai bingit jadinya.

Aziela berkata...

Kakzakie : Itu dah tentulah kan kak.

Aziela berkata...

Wak Gelas : Wak rasa lepas PRU, dia akan buat lagi x?

Aziela berkata...

DaddyZiyyad : kenalah guna, sbb duit kita juga kan.

Aziela berkata...

L : Takder chance nak buat kotak yer... hahahahaha

Aziela berkata...

Abil : Confirm berdoyon-doyon...

Aziela berkata...

aby : Karaoke mereka2 jer, menyambut hujan lah kang.

Aziela berkata...

ummiross : Itu yg lebar jer sengih tu kak

Aziela berkata...

Iffah : Dah jatuh cinta dengan Melaka ekk?

Aziela berkata...

aizamia : Seronok..seronok..

Unknown berkata...

hehe...a'ah betullah....duit cukai warganegara Malaysia juga ni heheh.....satu inisiatif yang menarik huhuhuhu.....