Assalamualaikum.....

Semalam kita menemuduga seorang pelajar yang memohon untuk menjalankan Latihan Industri (LI) atau bahasa mudahnya, praktikal.

Semalam, calonnya adalah pelajar ijazah jurusan sains komputer dengan pengkhususan dalam bidang pengisian. Pelajar dari universiti tempatan. Seorang pelajar lelaki.

Kita suka beliau....

Beliau datang awal satu jam. Bersedia. Berpakaian kemas, dengan tali leher dan baju kemeja lengan panjang yang bersesuaian. Kasut yang digilap dan berstokin. Lengkap dengan alat tulis untuk mengisi borang, dan dokumen2 yang diperlukan di susun kemas dan bersih.

Di dalam sesi temuduga, beliau menjawab semua soalan dengan jujur. Saya suka. Namun sayangnya, terrrlalu merendah diri. Kalau temuduga tersebut ialah temuduga kerja, beliau pasti telah gagal.

Tak salah berlaku jujur, namun untuk mendapatkan hasil, calon harus tahu kekuatan dirinya untuk 'dijual'. Kena keluarkan segala kelebihan diri....

Tapi kita terima. Kami maafkan kerana beliau masih belajar....

Read More
Assalamualaikum.....

Sekadar terfikir.

Pelajar2 sekolah, bila nak tiba peperiksaan, barulah pulun nak ulang kaji, nak belajar. Walhal, sebelum2 tu ada banyak jer masa untuk ulangkaji, tapi tak nak buat. Buang masa dengan aktiviti lain.

Kadang2, esok pagi nak buka sekolah, hari ni baru kelam kabut nak siapkan kerja rumah walhal dah 2 minggu cuti sekolah berlangsung.

Yang dewasa, bila dah dekat nak kenduri, baru kelam kabut nak cari katerer. Atau seminggu lagi nak nikah, baru kelam kabut nak pergi kursus kahwin...

Yang pemimpin, bila dah banjir baru sibuk nak korek longkang dan besarkan sungai.

Dah ramai yang mati sebab bas tergolek masuk gaung, baru nak terfikir seat belt untuk penumpang. Itu pun belum dilaksanakan. Kena tunggu lebih ramai nyawa yang terkorban kot...

Begitulah bila dah menjadi tabiat. Dah tua, barulah kelam kabut mengorak langkah ke masjid. Lebih sadis, baru perasan yang selama ni tak tutup aurat dengan sempurna. Baru sedar yang solat fardhunya berlubang2. Untunglah nyawanya masih ada untuk menampak segala kekurangan. Betapa kasihnya Yang Maha Esa pada hamba2nya ini....


Oh, entry nie sebab nak perli diri sendiri. Maklumlah, esok hari akhir, tapi baru semalam kelam kabut pergi LHDN untuk submit e-BE form. Kami suami isteri memang selesa submit di pc LHDN setiap tahun. Maklumlah, selalu lupa no pin dan password. Hehehehehe.

Terima kasih kepada sahabat2 yang memberi ucapan selamat semalam. Yer, 28th April is my birthday. Nothing much to celebrate. Scary. Amal belum cukup, sedangkan umur makin bertambah. Syukur Alhamdulillah sebab masih ditambahkan umur.

Alhamdulillah...


Read More
Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, here I am still
With life and love filled
Looking forward to endless journey
May I carry the responsibility

Happiness and health are subjective
I will never know what I deserve
I am praying that family and friends
Will always grab their dreams



Another year of my life
Another rainbow in search
But...
Have I prepared to be judged?



Yeap, I'm not getting younger today
Infact I earn another year by day...



.


Read More
Assalamualaikum.....

Hujung minggu lepas, makcik kita, Mak Teh buat kenduri sikit. Baca doa selamat sikit. Tapi, beliau dah siap2 tempah catering. Ya Allah, leganyaaaa rasa. Maklumlah, dulu kita dengan adik beradik semua muda2 lagi....cergas lagi. Sekarang semuanya dah layu sikit. Maklumlah, remaja purba. Dah lah tu, generasi anak2 kami pula kebanyakannya lelaki. So, nak bantu2 di dapur tu memang payahlah.

Lagipun, dengan travel, dengan hal itu dan ini, nak betul2 beri komitmen memang susah sikit. Jadi bila ada katering ni, kami datang melenggang kangkung jer la...hahahaha.




Antara kudapan yang ada... Pau sambal, buah anggur dan buah langsat.

Tapai daun getah. Mak oii..sedapnyaaa. Tapi manislah kan. Kena makan berpada2 kuih muih ni semua...


Dah siap setting dah. Kita sangat suka sebab sangat kemas.


Maaflah, tak snap gambar lauk pauk. Tak sempat dah sebab nak rushing balik Melaka pula. Menu malam tu, fillet ikan sweet and sour, ayam masak kicap, kari daging, kerabu kacang botor dan ulam serta sambal belacan. Masakannya memang sedap betul. Sangat berbaloi dengan harganya.

Kalau kat Melaka dapat cari katerer macam ni, mudahlah kami kan. Nak import dari PD, jauh la pulak mileage lori katering tu kang.
Read More
Assalamualaikum.....

Bolehlah refer pada gambar2 di entry pagi tadi yer....

Owh, Alhamdulillah, bukan kami. Cuma kami berada di kejadian. Waktu tu di PD. Kita, hubby dengan Adam singgah di satu warung untuk minum air kelapa dan makan goreng pisang. Tiba2 kami dengar bunyi kuat dan nampak macam habuk tebal berterbangan. Aik, takkan ada orang potong pokok kot...

Sekali sebahagian pelanggan berkejar ke tempat habuk terbang tu. Kami tak perasan sangat sebab duduk di meja sebelah lain warung tu. Bila kecoh2, baru kami tau ada accident. Kami pun pergilah juga ke tempat kejadian. Seorang uncle telefon 911.

Kereta Singapore dengan beberapa orang anak muda keturunan India di dalamnya. Mungkin beberapa keluarga sedang bercuti dan anak2 muda ni nak jalan2 bersama sepupu atau adik beradik mereka. Mungkin dek kerana berseronok dalam kereta, pemandunya hilang kawalan di selekoh situ dan terus menuju masuk ke dalam hutan. Melanggar sebatang pokok nangka yang tinggi dan sedang lebat berbuah serta sebatang tiang elektrik TNB. Bergelimpangan buah nangka atas jalan raya. Mak nangka, bapak nangka, anak cucu dan cicit nangka pun ada.

Ada 2 orang yang cedera, tapi tak parah. Darah penuh kat baju, tapi mereka cepat2 keluar kereta dan berdiri jauh dari kereta sambil lap2 darah. Syukurlah semuanya pakai tali pinggang keledar. Air bag deployed. So, cedera sikit jer la....

Bila dah ramai yang kerumun dan tiada wanita serta anak kecil, kita kembali ke warung. Ala, beberapa langkah jer dari warung.

15 minit kemudian, 2 buah ambulan tiba. Polis sampai dalam masa 5 minit yang pertama.


.
Read More
Assalamualaikum.....









Note : Macam biasa, penjelasannya petang nanti yer.. Owh, nampak tak kereta dan orang di celah2 pokok dan hutan tu?

Read More
Assalamualaikum.....

Malam semalamnya, dalam perjalanan pulang ke hotel dari Senibong, kita dapat panggilan daripada adik kita di PD. Katanya, esok family kita nak datang Melaka ke rumah kami. Wah, seronok la.

Maka esoknya tu, selepas subuh, kami terus berkemas. Hantar barang2 ke kereta, dan pergi breakfast. Adam suka buffet breakfast. Dia akan jadi creative dengan mix and match menu2 yang dia suka. Selalunya based roti lah...


Daripada bilik nak ke parking tu agak jauh sikit. Adam rajin nak guna laluan short cut. Short cut itu adalah lompat pagar tu. Tu sebab lah dia dengan semangatnya pakai kasut baru untuk loncat pagar tu...hehehehe. Tak ler tinggi. Tembok jer. Dia loncat jer, kita pun hulur beg2 kat dia..hehehehehe. Senangg mama.


Sebelum makan, makan buah dulu. Plate pertama kita. 

Macam biasa, hubby suka makan sayur banyak2. 


Adam terus skip ke menu mana2 yang dia suka.... Kita, dok lah tak habis2 lagi plate pertama tu iaitu buah. Ada yogurt. Bagus untuk kesihatan usus. 


Hantam sajalah labu....macam2 ada dalam pinggan

Breakfast spread di Le Grandeur ni memang sedap. Kami betul2 berpuas hati. Adam pun happy. 


Selepas breakfast, kami terus bergegas balik ke Melaka. Syukur Alhamdulillah dah selesai study break untuk Adam. Lebih murah rezeki, petang tu adik kita belanja kami semua dengan ikan bakar di Umbai. Semakin bertambahlah kegembiraan Adam. 

 Yer, kami seramai 13 orang, menu seafood yang lebih banyak lagi, dan harganya sama dengan makan bertiga di Senibong. Kita cuba2 lah verify kan dengan pakcik tokey kedai harga ikan dan udang sebab pakcik tu memang jual ikan kat pasar juga. So, kesimpulannya, Senibong mahal sebab dia consider makan dengan harga dollar Singapore. Tapi mungkin tak ada pilihan lain kan. Plus point Senibong ialah lokasinya yang cantik. So, bolehlah tepuk poket tanya nafsu selera. Hehehehehehehe.....

Alhamdulillah, mission accomplished. 

.

Read More
Assalamualaikum.....


Ok, lepas makan late lunch, kami berlegar2 dalam AEON tu. Cari kasut sebenarnya. Tapi tak berapa berkenan, so kami keluar. Teruskan perjalanan ke tempat shopping tu la...mana lagi kan. Johor Premium Outlet, the one and only JPO.

Tak ada sekeping gambar langsung pun di sini. Dah letih, tak teruja nak bergambar. Kami datang sini pun untuk beli kasut, so kedai kasut jer la yang dituju. Adam dapat kasut pilihan dia yang dia suka. Memang dia sangat happy dapat kasut tu. Hubby pun happy sebab dapat kasut yang dia suka sangat juga. Alhamdulillah. Kita? Tak perlu lah. Niat kita untuk Adam happy dan release stress. Itu lah hadiah kita.

Kemudian, kami bincang2, nak cuba teruskan ke Senibong juga. Try seafood kat situ. Hubby managed untuk cari Senibong walaupun kami cuak2 juga nak sampai ke Permas tu.

Adam, tidur dalam kereta. Dia kan baru nak elok demam, lepas tu kami dah heret dia ke sana ke sini, so maybe dia perlu sedikit masa lagi untuk pemulihan. Kita message Kak Seri Kandi Tanah Jauhar tu... Iyerlah, nak minta pendapat kedai mana yang best. Hehehehehehe. Alhamdulillah, sabar jer Kak Seri melayan kerenah kita.

Kami masuk ke Senibong, mula2 dah termasuk satu restoran Cina. Eishh... tak meriah pun. Peliklah kami. Putar semula. Gamble jer teruskan perjalanan. Jalan pun memang kedesaan gitu kan... Tapi cuba jer lah. Last2 baruuuulah nampak kereta berpusu2 di hujung jalan. Kami pun ikutlah sekali beratur. Oh, kena bayar parking 2.00 rupanya.




Kak Sari suggest kami pergi ke 6 corner nie. Kita pula, bolehkan tak study dulu pasal Senibong ni kan. So, gamble jer lah.... Adam pula, bangun dengan terpisat2. Kesian dia. Tapi, paksa juga dia bangun. First time sampai, kan. Kami redah lautan manusia untuk cari kedai ni.. Syukur, jumpa juga.

Ada banyakkk ikan berbagai2 jenis. Ada lobster. Tapi entahkan sebab penat, atau segan, kami langsung tak teruja nak petik2 gambar. Biasanya, untuk kali pertama, kami ambik masa sikit untuk 'break the ice'. Cuma, kami mungkin agak kurang bernasib baik malam tu sebab di 6 Corner ni, ikan2nya tak sebanyak jiran2 sebelah. Tambahan lagi, nampak macam kurang fresh. Kami ambil masa sikit nak memilih.

Psst, ada nama kat menu tu. C. Milah. Rasanya kakak yang attend kami tu namanya Milah. Mak oiii, pushy yang amat. Hubby mula tak senang jiwa raga bila kena push macam tu. Tapii, ada satu ikan yang buatkan semua tak best tu berlalu..hehehehehhe.



Adam nak air tembikai. Order satu jag terus. Hidangan makanan belum sampai, air dah tinggal separuh jag.




Nampak tak muka mengantuk dia? Kena paksa bergambar juga. Konon kenangan dia berlatarbelakangkan Singapore. Gambar2 dia di Singapore a few times ago semuanyaaaaa habis rosak sebab memory card rosak. Bila entah nak masuk Singapore lagi.

Oh, ada kacang rebus, jeli kelapa dengan otak2 yang memang di letakkan atas meja. Kami tak sentuh pun. First, kacang rebus tu dah hitam lebam, second, jeli tu tak sejuk, lastly, otak2 tu dah sejuk.

Ini adalah menu yang kita nak order agar hubby dan Adam rasa. Siput gonggong atau pun escarrrrgo. Hehehehe. Kita dah pernah makan di Kuching, tapi tak berapa ngam dengan selera. Tapi yang kat sini, dia masak sambal. Mak oiii...sedapnyaaaaa. Tapi tak kena dengan selera Adam dan hubby. Hubby memang kurang berkenan siput2 ni. Tapi dia kaut sembal2 tu semua. Heheehehhe.


Adam masih mengantuk. Senyum pun nampak sangat dipaksa. Mata dok separuh tertutup lagi. Tapi tangan dah mula menggaul nasi..hehehehehe.

Kailan ikan masin...boleh laaaa. 


Udang saiz XL goreng butter. Perghh...sedapnyaaaaa. Memang betullah kata Kak Sari. Sedap betul masakannya... Just nice semua rasa tapi rasa lemak butter tu memang menyerlah. Complimet dengan isi udang yang manus tu. Harum dengan tumisan daun kari. Rasa macam boleh di ratah2 jer.




One more, Adam. Itu air tembikai gelas ke dua dia...


Rasanya, ini ikan siakap. Stim limau. Tapi, ada oren. Tapi, sedaplah. Sedapp sangat2. Kami dok hirup2 jer kuahnya tu. Ikan tu kami berjaya habiskan....


Ok, yang nielah star if the day. Siakap merah. Siakap merah memang mahal sikit. Kalau di pasar pun, sekilo boleh cecah lebih dari RM40.00 sekilo. Itupun susah nak jumpa. Bila ada kat sini, kami pilih seekor. Ada 3 ekor jer. Tapi besar, tapi yang besar ni jer yang nampak fresh. Masak 3 rasa. Tau tak, menu yang ni lah, ikan tu sendiri tenggelamkan sos tiga rasa tu. Makan isi ikan tu jer dah tiba2 bawa kita ke suatu rasa yang berbeza, seolah2 bukan berada di medan ikan bakar. Memang sedap sangat. Patutlah mahal ikan ni kan...

Adam sedang makan. Tapi dia masih mamai juga tu. Dan kami pun penat. Tapi bukan senang nak datang kan. Makan jer lah....

Memang tak habis. Especially ikan kerapu merah tu. Separuh lagi tak habis. Takper, kami bungkus bawa balik. Bila bayar, memang rasa macam sangat terkejut. Mahal sangat2. Untuk dishes kat atas tu, yang tak banyak mana pun, total bil kami ialah RM280.00!!!! Ok, kenapa kita kata mahal, let's review ekk...

Udang saiz XL, kalau di pasar dan bukan di masa Tahun Baru Cina, harganya less than RM60.00 sekilo. Tapi di sini harganya RM160.00 sekilo! Kami hanya ambil 6 ekor yang jauh lagi nak sampai sekilo.

Kerapu merah. Macam kita sebut, harganya lebih daripada RM40.00 sekilo. Paling mahal pun dalam RM55.00 sekilo. Tapi di sini, harganya RM160.00 sekilo juga!!

Siput gonggong, sepinggan tu memang satu set, harganya RM40.00. Bukanlah banyak sangat pun. Lain2 hanyalah kailan, air dan nasi. Itu saja.

Kalau di Umbai, Melaka, RM280 tu boleh makan mewah sekurang2nya untuk 8-10 orang.

Well, maybe sebab Singaporean ramai. Atau memang orang Johor kaya2 kot. Kami orang Melaka jer..hehehehehhe.

Walaubagaimana pun, mungkin kami akan datang lagi. Akan datang untuk bawa Mommy atau mak dan ayah. Nak bagi diorang experience rasa makan2 kat sini nanti. Tapi by that time, memang kena standby dengan sepenuh2 poket. Hehehehehehhe.....

Oh, despite of the unreasonable price, masakannya memang undeniably sedap.

.
Read More
Assalamualaikum.....


Ha, panjang betul namanya kan. Oh, kita break sekejap dari bercerita tentang trip Adam ke Johor yer.

Sebenarnya, kat cafe office siangnya tu ada uncle jual pokok2 herba nie. Kita berangan la ambik daun thyme nie. Nampak tak pasunya tu. Mak oii..wangi betul. Belum ada nak bakar2 atau kukus2 ikan atau ayam, so belasah jer campak dalam sambal sardine. Hahahhaha

Dah lama juga teringin nak makan sambal sardin. Maka gigih la cari sardine kat kedai runcit. Beli kacang panjang sebab ingat nak goreng sotong kunyit nanti2. Tapi masa masak sardine nie, kita terrcapai plak kacang panjang dan campak masuk kuali. Kekdahnya, sayur dan protein bersatu dalam mangkuk. Eh, ada ubi kentang. Maka cukuplak sifat lauk nie. Ada sayur, ada protein dan ada karbohidrat. Untuk penambah selera, ada cili padi dan untuk haruman mewah, ada daun thyme.

Hasilnya? Sendiri masak, sendiri puji lah. Makan sensorang, untuk tekak sendiri, jadi lah. Sambil2 makan, layan novel A380 Evelyn Rose tu. Mantap. Setiap chapter ada dalil dan hadis walaupun novel ni novel cintan cintun. Eh, novel buat review nanti2lah yer...

So, weekend ni apa aktivitu anda semua..?


.
Read More
Assalamualaikum.....


Sambungan dari kisah2 short trip kami yer.

Selepas check-in dan berehat di bilik, barulah kami keluar. Tak tidur pun. Hubby dah gesa kami untuk sambung exploration. Kita dapat baring setengah jam jer meluruskan tulang belakang. Sementara tu, hubby dan Adam makan nasi lemak ikan tu. Jadilah, alas perut.

Lewat tengah hari, kami keluar. Terfikir2 nak pergi mana. Perut pun memang lapar kan. Akhirnya, kami pilih untuk ke AEON baru di Kulai seperti yang Doc Zoul (Doc Zoul, dah privatekan blog yer..?) selalu mention tu. Masuk situ khas untuk makan, hehehehhe. Tinjau sana, tinjau sini, last2 kami makan makanan Jepun juga. All time favourite Adam. Dah kata trip ni untuk study break dia, kan..maka keutamaan haruslah pada dia...


Takoyaki

Salmon sushi


Mee sup, kacang rebus, udang celup tepung dengan ikan goreng.

Dah memang itu pun namanya kan..hahahha. Malas lah nak ingat balik menu dia. Kalau baca buku menu, kita pandai lah..heheheheh. Anyway, semuanya sedap2. Sangat berpuas hati. Oh, bukan Sushi King ni yer. Tapi kira macam adik beradik dia juga la....


Paling best ialah ikan goreng ni. Shishamo namanya. Seluruh isi badannya penuh dengan telur ikan. Isi ikan shishamo tu sendiri amatlah sedikitnya. Gigih dan subur betul ikan ni kan. Uiks, mat saleh panggil ikan ni, pregnant fish. Ada ke....

Tapi, bila makan, luarnya garing, dalamnya penuh dengan telur ikan yang teksturnya sangatlah lemak dan sedap. Meletup2 dalam mulut, tau.




Yang ni pula...kegemaran kita, chawan mushi. Mak oiii..sedapnya telur kukus nie. Lemak berkrim gitu. Ada cendawan lagi dalam dia...

Kenyang di situ, kami round2 tengok2 kasut untuk Adam. Tapi tak berapa best. Dan harganya pun boleh tahan. So, cepat2 gerak ke ........

Next week lah sambung....

.
Read More
Assalamualaikum.....

Maaflah, kita skip satu hari. Bukan apa, semalam kan ke WW... So, meh sambung trip Adam.

Selepas breakfast di Larkin, kami terus ke hotel. Bilik surely lepas pukul 2.00 baru siap kan. Tapi kami saja lah datang awal. Penat lah nak rayau2 lagi sebab malam tu masing2 tidur dalam kereta. Yang nyenyak tidur, Adam jer.

Tiba di hotel, dalam pukul 10.30 pagi. Sah bilik belum siap. So, kita inform counter yang kami akan lepak di swimming pool. Kalau dah siap bilik, panggil. Diorang agree jer.

So, kami carilah port. Bestnya sebab pagi lagi...orang tak ramai lagi. Ada 2 family Cina jer kat situ. Dapat pula kerusi yang tepi pool tu kan. Apa lagi, kita dengan hubby terus landing... Kita baca buku cerita kejap, lepas tu baru tidur. Hubby awal2 lagi dah hanyut.

Yang make use of the pool, of course la Adam.

Bukan main lagi dia seronok

Adam terus masuk pool. Dia memang suka berenang. Lagilah seronok sebab pool kosong. Dia belasah tak tukar baju pun. Dah tak plan kan. Swimming shorts dia memang tak bawak la... Lagipun dia dah segan nak pakai yang pendek2 tu. Tak tutup aurat, katanya. Bagusss anak mama. Syukurlah baju yang dia pakai tu ala2 jersey. So, ringan la untuk di bawa berenang.

Adam berenang dari hujung ke hujung. Semua hujung la dia cross. Kolam kanak2 langsung dia tak pandang dah. Kolam ni macam biasa, ada bahagian yang 3 kaki, dan ada bahagian yang lebih 5 kaki kedalamannya.


He floats and relaxs

Bila penat berenang, dia apungkan diri. Floats, tenangkan segala otot, sendi, minda dan bernafas dengan tenang. Sejak umur dia 4 tahun, dia dah boleh baring floats macam ni. Kita yang ajar dia. Bangga kan..hahahahhaha.. Tapi dia cepat faham. Ada swimming talent kata orang. Wah, orang tinggal tepi laut, mesti ada natural instinct kan...preettttt. Perasan betul mama Adam ni..hehehehe.

Anyway, kalau anda pandai baring dan float macam ni, mesti bersetuju dengan kita. Bila float dan baring atas air, perasaan damai, tenang dan rehat itu memang sangat berharga. Telinga di dalam air, kita hanya dengar getaran arus air. Bunyi2an di atas permukaan bumi semuanya sayup2. Kita dengan diri kita sahaja. Mata memandang ke awan, menikmati keindahan awan dan memuji kekuasaan dan kebesaran Allah. Betapa kerdilnya kita di atas bumi berbanding dengan cakerawala. Pernafasan yang terkawal dengan tenang, otot dan sendi yang lemah gemalai dialun oleh air dengan lembut. Kita letakkan kepercayaan kepada air. Biarkan air tu yang buai kita dengan rentaknya. Bawa kita ke mana sahaja dalam kedamaian itu. Precious!


Ha, tapi kalau kat laut, jangan ikutkan sangat. Sedar2 jer dah hanyut ke Indon kang..hehehehehe....


Bersedia untuk kembali ke alam nyata....

Bila dan bersedia kembali semula ke realiti, perlahan2 turunkan kaki sambil tangan mula mengayuh untuk seimbangkan badan dan kembali berenang.

Adam berenang tanpa henti. Sehingga jam melepasi pukul 1.00, baru dia berhenti dan naik duduk dengan kami. Sepanjang dia berenang, kita tidur sekejap2 untuk perhatikan dia. Kita beri peluang hubby rehat betul2. Pukul 1.15, kami dah boleh masuk bilik. Syukur...sebab dah tengah hari, tepi kolam dah panas berdenting dah....

Masuk bilik, mandi sekali lagi, solat dan terus Zzzzzz.....

Tapi tidur sekejap jer...

Lepas tu kami keluar lagi.....


.
Read More
Assalamualaikum.....




Nota : Kami golongan ibu bapa rasa sangat seronok dan bengkel ini sangat membantu. Baju biru ialah guru besar memberi ucapan dan guru B. Inggeris ialah yang berbaju pink. Terima kasih SKSR, Port Dickson.







.
Read More
Assalamualaikum.....

Sambung dari semalam yer. Tak perlulah letak link sebab tak ada entry sisipan pun.

Ha, kami nak cari ini. Hubby tak sampai hati dengan isteri dia yang meroyan nak kacang pool ni. Hahahahha. Dia set kan GPS, so kita drive la pelan2 daripada Jemaluang tu. Lama juga la sebab kita kan tak biasa. Nak lalu Kota Tinggi dulu, baru masuk JB. Ikut jer la jalan yang sesak sebab tak pandai nak cilok2 guna jalan lain kan. Masalahnya, entah macam mana, masuk ke jalan Kg Melayu tu. Ikut2 google map, eh2 bukannya sampai balai bomba Larkin, tapi sampai ke kuarters bomba Larkin. Aduhaii...nak nangis dah masa tu. Syukurlah hubby dah segar semula. So, dia take over kereta semula. Hubby cilok sana, cilok sini, eh..eh...dah sampaiiii. Hahahahha...confirm la city boy hubby kita tu. Janji dalam bandar, dia lepas jer ke sana ke mari.

Memang tak susah nak cari kedainya. Kami 3 beranak ni order sorang satu set kacang pool. Ooo...inilah rupanya yer....


Kacang pool yang pekat, ada telur goreng 'dangdut' (goyang) lagi...

Setnya ialah sekeping roti lembut tebal yang di bakar sedikit. 

Kita suka.... Kuahnya ada daging cincang sikit. Rasanya lemak2 dengan kacang pool. Bila diperahkan limau, ada rasa masam2 sikit dan rasa lemak itu 'mencair' sedikit. Kita gaulkan dengan cili dan bawang yang segar2 belaka tu. Tapi kalau taste nogori kita, kita nak cili api..hahahahhaha. Ishh....when you go to Roman, be a Romans kheeennn....

Yang amazingnya tu kan.... roti yang sekeping tu, ngam2 sesuai di makan dengan kacang pool setengah mangkuk tu. Ketebalan dia, berapa gram kacang pool tu semua memang cukup2. Tak adalah kacang pool berlebih banyak sedangkan roti dah habis, atau tak adalah kacang pool tu tak cukup walaupun roti banyak lagi.

Selain daripada tu, kita dengar ada customer yang minta roti garing...planta lebih, kasi garing sikit. Bila sampai roti, baru kita faham. Rotinya hanya di sapu planta secalit dan di bakar sedikit saja. Yer lah, masing2 punya selera kan....



Nasi lemak ikan

Selain dari set roti kacang pool tu, ada juga nasi lemak kan. Nasi lemak dengan anak2 ikan selar ni memang berbeza sedikit. Telur rebusnya setengah biji tau. Takder kedekut punya. Nasi lemaknya sikit jer, tapi bila dah makan kacang pool, nasi lemak ni terasa macam banyak. Sedap juga...boleh tahan. Kita tapau beberapa bungkus untuk kami makan di hotel nanti. Kononnya nak rehat dan tidur dulu di bilik...so makan jer lah nasi lemak ni dulu untuk alas perut nanti kan.


Adam yang segar bugar sebab tidur dengan lena sepanjang malam dalam kereta. 

Dari KL ke Kuantan, Kuantan ke JB...dia tidur jer... Nampak dia dah sihat sikit, kita rasa lega dalam hati. Alhamdulillah. Mungkin idea untuk ke Johor itu sendiri dah berikan dia sedikit semangat. 

Oh, semalam Pak Hassan Al-Manar  ada tanya kenapa ke JB kan. Hmm..sebab hari tu masa kami husband and wife ke JB, dia tak ikut. So dia rasa dia ketinggalan sebab tak venture the same journey dengan kami. Furthermore, tempat2 lain yang Pak Hassan suggest tu, dia dah boring. Bukan 'selera' dia. Tenpat2 lain tu 'selera' mama dia ni..hihihihi. 

Adam, suka luxury untuk release stress dia. Masa2 yang lain, kalau dia dalam high spirit, bersemangat untuk menikmati kehidupan, dia suka explore. Masuk hutan, naik perahu, cuba berbagai2 jenis makanan dan observe masyarakat. Tapi disebabkan sekarang ni dia stress, maka JB agak sesuai dengan dia. Boleh dikatakan short trip ini ialah agak luxury sedikit untuk dia.

Suapan roti yang terakhir... Minum milo panas...

Hubby mencebik...
Hubby kita suka sakat kita. Dia akan kondem pilihan kita..heheheheheh. Sebab kan kita ni meroyan pasal makanan kan. Memang tak bagus pun sikap tu... Masa ni hubby kata tak sedap kacang pool ni. Apa jer yang special...takder rasa apa pun.... dan macam2 lagi komplinnya.

...tapi dia yang habis paling awal dan mangkuk dia paling licin. Serdak roti pun takder tau...hahahahhaha. 


Ok...duduk jauh dalam keadaan sesak dan orang ramai, maka ini sajalah yang mampu di snap.....


So, sahabat2 Johor sekalian....

Terima kasih banyak2 sebab sudi share tentang dish popular di JB yang memikat hati ini. Dr. Faiz, Kak Sari, Kakak Zakie dan lain-lain lagi... terima kasih.





.
Read More
Assalamualaikum.....

Tahun ni memang kami susah betul nak spend time dengan Adam. Hubby, mommy, rumah di Melaka, urusan di Kuantan dan macam2 lagi. Sedangkan Adam harus sentiasa ada di PD kerana jadualnya padat dengan kelas tambahan dan tuisyen.

Tapi kan, entah macam mana, kami terrrdapat peluang untuk bersama2 dengan Adam pada suatu cuti hujung minggu. Adam masa tu memang nampak sangat stress. Dia penat, dia stress dengan pelajaran dan persekolahan.

Maka minggu tu, dia keluarkan permintaan nak berehat pada hujung minggu. Tak nak pergi tuisyen. Nenek dengan atok pun kesian dengan dia sebab dia memang berusaha dengan gigih. Yerlah, dia sedar dia bukannya genius, maka dia perlulah berusaha untuk berjaya. Tak dapat capai impian, lain cerita. Yang penting mesti usaha.

Maka, kami memang kesian dengan dia. Bila tidur, langsung tak sedar apa. Kadang2, malam pun tak nak makan sebab terlalu penat belajar dan buat homework. So, bila suruh makan, dia tak ada selera. Dia terbayang nak tidur jer. Tapi, mata dah merah menyala pun dia takkan berhenti selagi dia tak siapkan latihan dia.

Kita bawak dia ke KL. Jumaat tengah hari, balik ambik dia di PD dan kembali ke ofis di KL. Dalam ofis sementara tunggu mama habis kerja, dia sempat juga la siapkan 2-3 latihan. Kita plan nak bawa dia balik ke Kuantan. Beri dia pemandangan baru sebab dia memang dah lama betul tak pergi Kuantan.

So, lepas habis kerja kami bergegas ke Kuantan. Aduhai...punyalah sesaknya trafik dari Bukit Jalil nak masuk tol Gombak tu. Perjalanan 20 minit jadi 2 jam! Kami singgah di Petronas Gombak untuk Adam beli burger yang best kat situ. Singgah lagi di Petronas Bentong masa Maghrib dan beli air dan tid bits sikit. Adam nak air milo panas sebab dia rasa macam kurang sihat. Kita menangis dalam hati sebab kesian tengok dia. Belajar dan belajar sampai sakit. Demam pun, dia jaga diri sendiri. Mamanya sibukkan benda lain pun dia redha. Dia sabar menanti waktu untuk dia tinggal dengan kita. Maka dia ajar diri dia untuk jaga diri sendiri. Bila demam, minum air panas, makan panadol sendiri, rehat sendiri. Sangat bertuah kita ada anak tunggal  yang berdikari macam tu. Syukur Alhamdulillah.

Tapi, dalam pada tu, dia masuk dalam kereta dengan cawan air panasnya, dia nak buka penutup sebab nak campurkan gula, tapi penutup tu ketat sikit. Entah macam mana, bila dia buka dengan kuat, tumpah air tu atas peha dia. Menjerit2 dia sakit. Ya Allah...punyalah kita risau dan panik. Cepat2 lapkan dengan kain kering seluarnya. Bila dia rasa lega sikit, dia masuk tandas untuk cuci sikit baju dan seluarnya yang tertumpah air tu. Syukurlah tak melecur. Merah sikit, tapi 3-4 jam kemudian, dah tak ada apa2.

Selepas persinggahan tu, kita suruh Adam tidur. Pulas sungguh tidurnya. Dah kenyang makan burger, dah penat, dah makan panadol...maka rehat ialah langkah seterusnya yang terbaik.

Sepanjang perjalanan ke Kuantan, puas kita berfikir. Apa yer nak buat dia rasa seronok dan release stress. Berbagai2 options dalam kepala. Last2, kita shortlistkan options2 yang ada dan discuss dengan hubby over the phone. Discuss punya discuss, kami decided nak bawa dia ke JB...repeat trip yang kita ikut hubby audit masa tu. Walaupun kami ada masa 2 hari saja, tapi kami akan penuhkan dengan aktiviti untuk Adam. Malam tu juga kita terus call hotel dan buat reservation.

Tiba di Kuantan dah tengah malam. Tepat2 jam 12.20 tengah malam. Kita mandi dan rehat sekejap, kemudian terus packing pakaian. Bawa bantal dan selimut untuk Adam tidur dalam kereta juga. Sebelum jam 1.00 pagi, kami terus bergerak ke JB dari Kuantan. Ikut jalan Mersing.

Hubby drive. Kita dan Adam tidur. Kita tak sedar bila hubby berhenti dan tidur sekejap, atau di mana dia berhenti. Cuma kita sedar, dah jam 6.00 pagi, hubby dah drive dengan perlahan di kawasan Jemaluang. Kita dah cukup tidur, Alhamdulillah. So, kita suruh dia berhenti untuk tukar. Tengah2 hutan tu, kami tak berhenti lama. Hubby terus tidur. Kita drive setengah jam, dah nampak stesyen Petronas. Alhamdulillah. Kami singgah di situ berehat. Solat Subuh, mandi dan tukar baju... Kemudian, teruskan perjalanan, kita drive ikut google maps jer.

Ha, mana kami nak pergi sampai guna google maps tu, kita cerita esoklah yer.....

Yang penting, niat kami nak bawa Adam ke JB untuk study break dia, tercapai juga. Alhamdulillah. Biarlah penat memandu sepanjang malam pun, namun ianya berbaloi.





Psst: Hari ni Isnin, ramai yang puasa. So, tak ada gambar food. Esok lah yer....








.
Read More
Assalamualaikum.....

It's Friday again. Weekend is approaching. May all of us will be in a good health and happiness during the weekend so that we can embrace next Monday with smile and big heart.

Ok, let's talk about food again today. Hmm..should I changed this blog into foodie blog? But if I do that, I won't be able to share about other issues as well... Owh, I'll think about that later.

I had written about this modest restaurant in Chini for a few times. And yet, me and hubby will always be 'wowwed' everytime we come here. There will always be new exotic food in the menu. Exotic in terms of edible. Not exotic such as in mainland China, or Thailand, or Vietnam.

The shop. It is actually a resident house and was extended a little bit for dining space.

It was the day when we were supposed to attend a wedding invitation in Kuantan, but turn out the the wedding take place at night. So, with empty tummy, we proceed our journey to Malacca. We didn't have any plan for lunch. We thought we could just stop by at any restaurant or warung whenever we feel hungry.

However, when we reach Paloh Hinai area, we decided to have a luxury lunch in Chini. Why not, right. The timing is good and we do need to eat anyway. We arrived at the restaurant, "Wan Selera Kampung" (Wan Village's Appetite) 10 minutes before noon. The restaurant's team was still busy in kitchen, finishing their fried dishes.




The kitchen was in full gear during our arrival. We got excited because we knew that we were going to enjoy the freshest dish ever with steaming fluffy rice. Oh yeah, we were right.



Mr Wan, the owner showed us a type of fish. He said the fish's name is 'la'eh'. Actually the fish's name is  lais, but pronounced as la'eh for he originated from Kedah. So his slang might influence the pronunciation. This fish is a type of clear water fish. It's difficult to be found for it is seasonal. Price is expensive too. For 1kg of small to moderate size can cost you around RM25-RM30. The bigger the size, the more higher price you have to pay.

This lais fish is not to be found in normal market. For Mr Wan, he received it from the locals who fished around the area. It was not much. Less than 20, I think. Thus, we were very lucky to give it a try.

Lais fish, fried with salt and tumeric is so tasty. The edges of the fish and the tails are so thin and when fried, you will have a crispy cracker of fish. The body is a thin layer of meat, but it highlighted the freshness of the fish. Ok, enough about this rare and precious lais fish.



Next dish is chicken with moringa fruits. Malay call this kacang kelo. And this curry is using the ayam kampung, not the normal chicken. This chicken was breed naturally without any chemical interference. Healthy. Oh, do you know that moringa tree is full with nutrients? You can cook the leaves, you can get protein from the trunks (yes, trunks babe), and you can have a delicious and nutritious fried nuts from the fruit.

If you have time to google, they are a lot of articles about this fruit.


Next, is the normal chili fried talapia. We didn't take this because we aimed for another dish.


This is patin buah. The high quality of patin. You can even see from this picture how different the meat is. This patin's meat is in chunks!


Look at this. This is kerai/krai fish. The expensive fish that I wrote some times later cost hubby almost RM100 per 1 fish weighed about 500gm in Akob Ikan Patin House in Kuantan last year. Here, Mr Wan simply cook it in spicy coconut milk's gravy. And, it is cheaper. It costs us only RM10 per slice. But of course the size is smaller than we had in Kuantan last year. The taste? Definitely heavenly fresh.... and sweet and sumptuous
.

Next is mushroom. Cooked in a kind of soup. Definitely delicious.

Oh, we got what we want most. The udang galah, of course. But I didn't realize that we didn't snap a picture of it. But never mind, the looks are about the same as my previous entry HERE. You can take a look there, ok....


I rest my case here. Otherwise, I might drive all night today so that I can have my lunch here again tomorrow. But no, not this week. Adam is waiting for me in PD.






.




Read More
Assalamualaikum.....


Kita dengan hubby tak selalu dapat undangan untuk majlis perkahwinan. Maklumlah, tinggal pun merata2. Jiran2 di kesemua negeri tu selalu konpius sebab tak tau kami ni ada ke tidak...dah pindah ke atau masih ada dan sebagainya.

Entah kenapa, ada masa dan ketikanya, kita teringinn nak pergi makan nasi orang kahwin. Menunya tetaplah biasa..nasi minyak dan nasi beriyani. Tapi, feel tu lain la kalau makan di majlis ni.

Masa pregnant dulu, pernah juga mengidam nak makan nasi orang kahwin, tup2 minggu depannya mak dengan ayah ajak join pergi jemputan diorang. Wah, syukur dapat juga....

Cuti sekolah yang baru lepas nie, seminggu jer. Sempat juga kita pergi ke satu majlis. Hubby dapat jemputan juga di Kuantan, tapi kami tak ada rezeki nak attend. Pergi2 tengok lengang jer... rupa2nya majlis tu di malam hari. Yang kami pula nak kena berkejar balik ke Melaka.

Majlis yang sempat kami hadir tu, jiran Mommy di Melaka kahwinkan anaknya. Seronok juga.... Menu biasa, katerer pun masak ala kadar. Tapi oklah juga. Layan juga lauk pauknya....


Kari daging, gulai nangka masak dengan tulang lembu dan jelatah. Cuma, daging2nya agak keras. Ada ayam masak merah, tapi menu tu kesukaan Adam sebab Adam tak makan daging. Tapi kita biasanya avoid ayam masak merah sebab biasanya ayam tu digoreng keras. Yer lah, nak tahan lama kan....

Ok... ada sesiapa yang nak kahwin lagi...?


.

Read More