Kebanyakan Rakyat Malaysia Memang Suka Kerja Last Minute...

11 comments
Assalamualaikum.....

Sekadar terfikir.

Pelajar2 sekolah, bila nak tiba peperiksaan, barulah pulun nak ulang kaji, nak belajar. Walhal, sebelum2 tu ada banyak jer masa untuk ulangkaji, tapi tak nak buat. Buang masa dengan aktiviti lain.

Kadang2, esok pagi nak buka sekolah, hari ni baru kelam kabut nak siapkan kerja rumah walhal dah 2 minggu cuti sekolah berlangsung.

Yang dewasa, bila dah dekat nak kenduri, baru kelam kabut nak cari katerer. Atau seminggu lagi nak nikah, baru kelam kabut nak pergi kursus kahwin...

Yang pemimpin, bila dah banjir baru sibuk nak korek longkang dan besarkan sungai.

Dah ramai yang mati sebab bas tergolek masuk gaung, baru nak terfikir seat belt untuk penumpang. Itu pun belum dilaksanakan. Kena tunggu lebih ramai nyawa yang terkorban kot...

Begitulah bila dah menjadi tabiat. Dah tua, barulah kelam kabut mengorak langkah ke masjid. Lebih sadis, baru perasan yang selama ni tak tutup aurat dengan sempurna. Baru sedar yang solat fardhunya berlubang2. Untunglah nyawanya masih ada untuk menampak segala kekurangan. Betapa kasihnya Yang Maha Esa pada hamba2nya ini....


Oh, entry nie sebab nak perli diri sendiri. Maklumlah, esok hari akhir, tapi baru semalam kelam kabut pergi LHDN untuk submit e-BE form. Kami suami isteri memang selesa submit di pc LHDN setiap tahun. Maklumlah, selalu lupa no pin dan password. Hehehehehe.

Terima kasih kepada sahabat2 yang memberi ucapan selamat semalam. Yer, 28th April is my birthday. Nothing much to celebrate. Scary. Amal belum cukup, sedangkan umur makin bertambah. Syukur Alhamdulillah sebab masih ditambahkan umur.

Alhamdulillah...


11 thoughts..

aby berkata...

sama la dengan aby ..
pun last minit juga ..
org sebelum exam bg assignment,
aby lps exam baru nak buat ..
sib baik diterima ..
ohh ...tk perasan plak ..
hepi besday ..
moga kehidupan sentiasa dalam pelindungan Allah swt ..
dapat apa dari yg tersayang ???

Unknown berkata...

saya dah agak entry ni pasal tax filing.. sbb esok 30hb.. hahaha..

Irfa berkata...

done last week
hihi, awal jugak kan?
haha

Farah Waheda Wahid berkata...

yang tu memang tak dinafikan...he he he...

msredcheesecake berkata...

hehee, akk pon selalunya gitu...

sitirohaida berkata...

Selalu jugak mcm tu..hehe

Lee berkata...

Hello Aziela, from Canada, here's wishing you all the very best on your birthday...ma'af saya ada lambat satu hari..
MANY HAPPY RETURNS OF THE DAY! HAPPY BIRTHDAY....
Wishing you lots of sunshine, good health, laughter and happiness, always.
And you will be as beautiful tomorrow as you today.

A birthday is just another 365 day trip around the sun, so put on your designer sunglasses, sarong kebaya and enjoy the trip.
Simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
PS, I have notified kebun bunga, Dua Bulan Sdn Bhd chari yang merah, wangi roses for you.

Kakzakie Purvit berkata...

Happy belated birthday dulu dari kakak yg tertinggal ni. Ini pun samalah kakak last minute baru nak wish hihi...

Org tua-tua kata dah nak terberak baru nak buat tandas..

Nora Karim berkata...

huhuhu sama je la dengan saya... :(

Al-Manar berkata...

Interview of candidates for purely technical training shuld mainly emphasise on their readiness and discipline to go through what is planned for them. I would like to be sure that the so called 'poorer' candidates are given the chance to pariticipate, hoping that such training would motivate them.

t.a.t.a berkata...

@Rai Ourkizuna

Rai, kalau isi e-filing boleh sampai 15.02.14


30hb pun ada customer suruh saya isikan online. Dah print out baru perasan no file dia salah. Sebab dia dulu ada 2 file, sepatutnya dah delete, tapi masih wujud pula.

Bila dah jadi macam tu, tried call LHDN cawangan, tapi memanjang tak berjawab. Alternative phone number pun bila saya called, engage aje.

Huhu.