......... Salam untuk semua.

Banyak gambar makanan dalam phone. Niat memang untuk dikongsikan. Walaupun sekarang ni dah tak sebanyak dulu dah gambarnya...tapi saki baki keprihatinan saya untuk snap gambar tu masih tebal la juga.

Hari ni saya nak kongsi secara rawak menu2 yang saya sempat sediakan untuk keluarga... Diharapkan dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang memerlukan.

Antara menu simple saya terdiri daripada....

Ayam masak lemak cili padi.
Menu ni, Adam yang tolong ambilkan gambar. Mendapat sambutan hangat juga la... Kalau masak lemak ni kegemaran saya dan Adam. Tapi hubby kurang minat pula menu ni kebelakangan ni.... Tapi habis juga la nasi 2 pinggan dalam pada dia tak minat tu...kuang..kuang...kuang...


Siakap goreng bercili
Siakap yang hubby dapat masa memancing udang di sungai. Mata kail dan batang pancing untuk udang, sekali tersangkut la pula siakap seekor. Rezeki. Tak adalah besar, dalam 500gm jer seekor ni. Atas permintaan hubby, saya goreng embal2, iaitu lembab sikit...jangan garing sangat. Lepas tu tumiskan cili padi yang ditumbuk dengan bawang putih dan bawang merah. Cili jangan banyak... Lepas tu dah separuh garing tumisan, masukkan lagi bawang merah besar hiris bulat sampai dia layu dan.lembut. Perasakan garam, dan tepekkan jer atas ikan goreng tadi. Memang berselera hubby makan. Siap meratah lagi...



Bubur nasi 
Masak bubur ni masa hubby demam. Dia sakit tekak...tak berselera sangat nak makan. So saya masaklah bubur ni. Tak cair sangat sebab nak bagi ada texture sikit. Masukkan ubi kentang dan carrot yang dipotong kiub. Rebus jer sekali dengan beras tu. Lauk sampingan ialah sedikit bawang goreng kesukaan hubby dan tempe goreng. Bukan kejayaan besar, tapi satisfaction was there. Alhamdulillah...


One of those days, saya masak sup rasanya. So buat sambal belacan jer lah. Kebetulan pagi tu shopping di pasar tani. Geram pulak tengok ulam ulaman tu. Sambal belacan ekspress saya. Saya blend jer semua. Kalau selera saya, saya suka sambal belacan yg ditumbuk. Tapi nak cepat punya pasal, redah saja. Tapi Adam suka lah pula. Sampai ke malam dia kejap2 mencedok sambal ni. Makan dengan nasi, dengan ayam, dengan maggie lah. Bukan.main suka pula dia

Kari ayam kampung
Saya tak berapa pandai masak kari kawww mamak mari. Kari saya adalah jenis bersantan yang mild rasa karinya. Jadi inilah kejadiannya. Campur dengan ubi kentang dan carrot. Lepas tu tekak pula teringin nak makan kari dengan telur rebus. Saya campurkan beberapa biji telur rebus untuk saya dalam kari ni. Entahlah...sejak dah meningkat unur ni, ayam bukan dalam top list selera saya. Masak untuk hubby dan Adam jer. Kalau kat kedai pun, lauk pilihan saya adalah selain dari ayam.


Spaghetti goreng basah
Ha...fusion tak fusion la kan....hahaha. Orang lain gigih buat mee goreng basah. Saya pula rebus spaghetti...lepas tu timis bawang dan cili. Masukkan sos cili, sos tiram, sedikit air dan isi ayam. Masukkan mix vegie....settle spaghetti goreng basah untuk breakfast express kami di hari yang sibuk. Yang penting hubby and si bujang tersenyum lebar.



Sambal tumis kupang
Hubby beli isi kupang dari kawannya. Saya masak sambal tumis. Tapi entahlah...kupangnya agak kurang segar. So sambal jer yang kering dulu daripada isi...hahaha


Sambal telur puyuh
Telur puyuh masak sambal, makan dengan nasi putih dan sayur bokchoy masak lemak putih... Fuhh...tersandar kekenyangan. Alhamdulillah...

Tak lah saya ni handal memasak. Cuba2 saja demi untuk suami dan anak. Tapi kalau setiap hari memasak pagi dan.malam...takvlama kemudian saya mesti jatuh sakit. Aduhai...kasihannya suami dan anak saya. Jadi sekarang saya terpaksa jaga kesihatan diri sendiri dulu sebelum betul2 mengerah tenaga untuk berbakti. Bukan apa. Bila jatuh sakit, mereka pula yang terpaksa jaga saya. Takmo lah macam tu kan...

Anyway...panjang cerita saya hari ni kan.. Bundle kan terus sebab lately ni saya tak banyak masa lapang. Kalau dulu maybe dah boleh jadi 4,5 entry dah ni...kah..kah..kah...

Semoga anda semua menjalani hari yang baik...Aamiiin...


.
Read More
Assalamualaikum semua...

Senyum...senyum..dah hari Jumaat tau. Weekend is coming...yiehaa..

Saja lah nak sharing-sharing.

Ini kisah lampau...pengalaman masa bulan Ramadhan tahun lepas. Dah ada dalam draft...saja lah up kan semula. Lagipun puasa tahun depan dah dekat kan.

Bila bulan Ramadhan, walaupun company bagi balik awal sejam, tapi disebabkan perjalanan balik rumah tu ambil masa sejam setengah, maka selalunya kalau waktu berbuka tu jarang sangatlah saya nak masak. Dengan letih, dengan tak sempatnya.

Saya ni pelik sikit. Kalau bulan puasa, saya bukanlah beria2 masak untuk buka tapi saya masak untuk sahur. So setiap kali sahur, makan sedap sikit lah. Bukan sedap mcm mana...cuma makan lauk yang baru dimasak...panas2 dan fresh.

So, masa ni saya nak singgah ke pasar Ramadhan pun tak sempat sebab keluar ofis agak lewat masa tu. Call hubby,,,call mommy....kami setuju untuk makan di luar.

Kelam kabut lah, balik rumah and terus bersiap. Kami ke kedai mamak, Restoran Subaidah di MITC Ayer Keroh. Sonang dikkk....nak nasi..nak mee...nak murtabak...semua ada. Nak solat pun mudah...

Masa kami tiba...kedai lengang lagi. Baguslah...cepat dapat food. 

Eh, restoran siapkan buah tamar dan tembikai untuk buka puasa. Surprised...



Another surprise, semua orang dapat semangkuk kecik bubur lambuk.


Happy lah kan. Buka puasa yang mudah. Nak makan nasi...nak lauk apa..nak goreng2, nak air bermacam gelas...order jer. Saya memang gembira sebab bila family kenyang dan gembira, dan kita pula dapat menyambung ibadah...seribu rahmat dah rasanya. Kepuasan memasak dan menyediakan hidangan dari air tangan sendiri memanglah lain. Kalau masak sendiri...ikan goreng cicah kicap pun kita rasa bangga dan puas hati dah kan.... Tapi dalam sesetengah keadaan, saya harus menyerah dan bersyukur.

Jadi...untuk persediaan akan datang, rasanya ini antara pilihan kalau keadaan saya darurat kot. 










.

Read More
Assalamualaikum....

Ini kisah kelakar pun ya, kesian pun ya juga. Salah seorang petugas kami...parkingnkereta depan ofis. Kereta mesti parking reverse mengikut peraturan HSE Manager...agar mudah keluar sekiranya ada kecemasan seperti kebakaran dan sebagainya.
Jadi, minah ni lepas parking...nak keluar dari kereta. Tutup enjin, capai henbeg, capai teh o ais yg dia bungkus tadinya. Baru keluar sebelah kaki, kerwtanya meluncur ke belakang dan dummm.
Aiseh...dia lupa tarik hand brake rupanya...

Begini lah keadaan keretanya. Owner kereta tu wanita yang sebelah kanan tu...


Mujurlah kami ni ramai petugas2 lelaki yang gentleman...yg gagah dan pintar. Berjaya juga akhirnya di tarik keluar. Mujur juga lah tayar tu tak pecah.

Dah selamat tu...kami semua gelak sampai ke petang. Ownernya lah yang paling banyak gelak. Kelakar sungguh. Tapi kalau belakang tu longkang besar ke...gaung ke...memang bye bye lah jawabnya....

Hati2 yang awak2 semua....

.
Read More
Assalamualaikum and greetings for all..

The above picture is portraying my General Manager, Mr Karim in his white hair and our company's owner Mr Fauzi.

Our GM, being very fair and white hair, does looks like an Englishman. At first I thought woaaa...can I really speak in a neat polished English with him? And when we were introduced, oh..he speaks Malay! Orang Melayu la....hahaha

And later I found that his mother is an English lady, from England. So yes, he's half Malay.

He is the most understanding, caring and wise GM ever. He would blend himself with staffs of all levels and try to get to know them, their personal life, their work life and find ways to make sure that the company is moving on and increased the performance. In the way that is acceptable by the whole family.

And suddenly he decided to go for early retirement.

It was an emotional party. It was not a happy and fun environment. In facts it was filled with tears, sobbings and reminiscing the memories. He was not just a GM, but he was almost like a father in our organization family.

To Mr Karim Johari,

May all your through out life will be filled with happiness, decorated with beautiful smiles and hugged you with love.

We wish all the beautiful dreams and wishes and du's for you and family,

Good bye, sir.



.


Read More
Assalamualaikum..

Cuti sehari Deepavali tapi cuti sekolah seminggu. Bolehlah buat family gathering kejap. Yg mana dekat2 jer.

Menu lunch kami... Mommy yang masak. Meriah juga la kami.


Ada masak lemak telur itik. Hubby ada urusan di ladang ternakan ayam dan itik. So hubby beli telur itik ladang tu. Satu papan. Puas kami makan.

Kemudian ada sup ayam kampung untuk anak2 kenit. Suka la budak2 dapat makan sup ayam. Pula tu sup tu ada macam2 isi. Ada kentang, lobak merah, batang celery, ada daun sup..ditabur pula dengan bawang goreng. Hmmm memang sedap dan harum.

Ada juga asam pedas daging campur tetel. Allah...sedap sungguh. Kuahnya mommy masak pekat sijit. Daging pula bukan main lembut lagi. Ada pula bau wangi dan rasa masam2 sikit dr daun limau purut. Memang puas hati dapat makan...

Last but not least... pucuk keledek tumis bawang putih. Perghh...memang pelengkap hidangan pucuk keledek ni.

Hmmm..terasa2 lagi sedapnya semua masakan mommy ni.

And you all masak menu apa masa cuti?



.
Read More
Assalamualaikum...

Hai...kadang-kadang pening kepala kan bila nak.memasak untuk keluarga. Apa la yang boleh kita godekkan. Kalau barang mentah penuh dalam stok, kita dah rambang mental nak pilih menu. Kalau tak ada syok..lagi la pening sebab kena jadi super creative utk godekkan apa yang ada.

Ini kisahnya lanjutan daripada entry post saya sebelum-sebelum ni yang tentang anak teruna saya masak lemak labu tu. Labu yang tu ada setengah biji lagi. Saya pun cuba google resepi yg mudah. Dapat idea nak jadikan cekodok.

Keluarga kecil saya memang tak pernah makan cucur/cekodok labu ni. Tapi no harm. Kalau tak cuba, kita pun tak tau kan. Mujurlah kami jenis adventorous sikit bab makan ni.

Jadi, saya plan untuk buat cekodok ni untuk sarapan esoknya sebelum pergi kerja/sekolah. Jadi malamnya saya dah siap2 bancuh. Siap...simpan dulu dalam peti sejuk. Esok pagi tinggal goreng saja.

Masa simpan dlm peti sejuk, ternampak pula nasi sejuk semangkuk kecil. Hmm..sayang nasi kan. Saya godek.pula resepi cekodok nasi. Dah lama nampak resepinya, tapitak pernah cuba. Jadi apa kata saya cuba jugak...

Sama juga...bancuh siap2 untuk digoreng esok.

Cekodok Labu

Cekodok nasi

Alhamdulillah...diterima dengan selera yang terbuka. Memang sedap. Kedua-dua jenis cekodok ni memang lembut dan sedap walaupun dah sejuk. Adam dan hubby lebih suka cekodok labu dari cekodok nasi.

Oleh kerana saya bancuh banyak, maka saya bawa ke pejabat. Kongsi dengan rakan2 di pejabat. Senua orang tak pernah makan kedua2 jenis cekodok ni. Dan bila makan semuanya kata sedap. Sekejap jer dah habis. Sampai ke big boss kami pun ikut makan sekali. Alhamdulillah diterima ramai.

Saya ni, bab masakan kampung tu lulus lah lagi. Tapi kalau bab pastry kek kuih muih segala tu...boleh pitam saya sorang2 kat dapur.

Lepas ni nak masak apa pula ya....hmmm....


.

Read More
Assalamualaikum and salam sejahtera kepada semua....

Allahu...bila tengok dalam folder. Ada lagi beberapa entry yang belum dipublish. Sayang sebab dah ada dalam draft. Saya akan publishkan satu persatu...perlahan-lahan ya.
Harap semua pembaca sudilah melayan entry lama.

Ye...sebelum puasa pun ada mantai. Di NS, tradisinya.........


Tahun ni, mantai sebelum puasa di Melaka. Jadi tak adalah kecoh-kecoh bakar lemang segala. Tapi tak apa. Yang penting kita berkumpul bersama dan habiskan masa berkualiti sambil merapatkan ukhuwah.

Tapi walaupun tak ada sup tulang,lemang dan rendang, menu tetap memikat. Mommy masak betik mengkal. Masak lemak cili padi. Allahu...sedapnya... Nikmat sungguh. Kalau saya ni menantu hantu...saya dah hirup semangkuk sorang-sorang diri dah agaknya.
Dilawan pula dengan ikan goreng panas2 sambal tumis udang dan terung bercili.

Memang terdodok la kami semua.

Alhamdulillah.
Tapi buat entry ni...saya dah kecur pula nak makan lauk betik lagi. Kena ke pasar ni..nak cari betik.

.
Read More
Assalamualaikum...

Saya sejak kebelakangan ni rajin sikit dari biasa untuk menyediakan bekal makanan untuk hubby dan saya sendiri.  Paling penting...untuk hubby la. Adam biasanya sarapan di rumah. Dia tak nak bawa bekal langsung..

Antara idea yang rungkas ialah nasi goreng cina. Mudah, ringkas dan mengenyangkan. Hubby pula tak makan pedas. Jadi menu ni memang saya tak letak cili langsung.

Walaupun ringkas, tapi manalah tau kalau2 ada yang baru nak berjinak2 di dapur kan. Boleh la cuba resepi ringkas saya ni.

Meh tengok cara saya....


Nasi Goreng Cina.

Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk
3 ulas bawang putih dicincang
2 ulas bawang kecil cincang
2 sudu daging/ayam yang dipotong kecil
1/2 cawan mix vegie
2 biji telur
2 st lada sulah
1 st minyak bijan
1 st kicap cair
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan kuali dengan 2 sudu minyak masak.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan ayam/daging dan gaul hingga masak.
4. Masukkan nasi, mix vegie, lada sulah dan kicap cair. Gaul hingga sebati selama seminit.
5. Ketepikan nasi dan pecahkan dua biji telur. Gaul hingga telur masak dan gaul sebati dengan nasi.
6. Masukkan minyak bijan dan perasakan garam.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Sesuai juga untuk anak-anak kecil. Tapi kurangkan lada sulahnya ya...

Selamat mencuba semua.



.


Read More
Assalamualaikum semua. 

Saya rasa dah ramai rakan blog yang mungkin sangka saya telah meninggalkan dunia blogging. Tetapi percayalah...blogging tetap berada di carta paling atas dalam hati saya.

Saya lebih selesa menulis dan merekodkan perjalanan saya sekadarnya di dalam blog ini. Walaupun saya dah hilang arah bila fungsi side bar saya semuanya lintang pukang. 

Terlalu banyak perkara yg berlaku dalam hidup saya sejak 3 tahun lepas yang menyebabkan saya timbul hanya beberapa kali saja dalam blog. Dan sejak setahun yang lepas saya diuji dengan pelbagai ujian duniawi yang sangat berat. Sehingga ada masanya saya hampir tergelincir dari landasan akidah. Na'udzubillah....

Tetapi setakat ini...saya masih lagi mampu berdiri dan mengharungi dugaan yg ada. Dek kerana berbagai tekanan, saya sering jatuh sakit kebelakangan ini. Ditambah dengan usia yang meningkat, tekanan fizikal dan mental yang melebihi kemampuan saya, tapi saya redahkan juga.

Dan lagi sekali, saya jatuh sakit minggu lepas. 3 hari di hospital. Pulang kerumah, keadaan saya masih belum pulih sepenuhnya. Jadi, untuk hujung minggu, Adam yang dah jadi anak teruna pun rajinlah masuk dapur bantu saya. Percaya atau tidak...dia berjaya menyediakan hidangan tengah hari.


Masak lemak labu kuning dengan pucuk manis

Apalah pandainya anak lelaki berumur 15 tahun kan. Tapi usahanya menyerah diri...bertanya apa yang boleh dia bantu sangat mengharukan saya. Sayur saya siang sambil duduk. Yang lain2 dia siapkan dengan panduan dari saya. 

Memang sedap lauk tu. Labu manis, kuahnya cukup lemak dengan harum serai, cukup perisa, cukup seimbang garamnya. Adam tumbuk bawang merah dan lada hitam sebagai rencahnya. 



Sotong goreng tepung
Resepi saya juga. Simple sangat. Celup telur,salut dgn tepung jagung yang ditambah serbuk kari. Syukur...sedap dia goreng. 

Adam yang sedang menggoreng sotong.
(Abaikan rumah saya yg sentiasa bersepah tu..)

Saya janji untuk masakkan sotong kegemaran dia sejak seminggu yg lalu. Tapi selepas beli sotong, saya jatuh sakit. Jadi Adamlah yang kena masak sendiri.

Lengkaplah menu kami tgh hari tu. Siap sambal belacan lagi Adam tumbuk halus. 

Alhamdulillah. 

Dia satu2nya anak saya. Walaupun sejak kebelakangan ini dia banyak terkucil dalam tindak tanduk serta banyak membuat keputusan yang salah, saya harus hadapinya dengan sabar. Itu adalah proses pembelajaran dia dalam hidup. Cuma mungkin rezeki dia, ujian dia lebih hebat sedikit dari rakan2 yang lain. Semoga dia akan menjadi seorang anak yang hebat dan berjasa nanti. Amiin...

Oh, Isnin akan datang ni, dia akan menghadapi peperiksaan PT3nya. Saya tidaklah mengharapkan keputusan cemerlang memandangkan dia sangat tertekan sejak kebelakangan ini. Saya hanya doakan dia sihat dan tenang. Amiin...

Saya akan cuba muncul dengan lebih kerap. Saya pun memang rindu untuk menulis panjang lebar lagi....

Jumpa lagi nanti...In sha Allah...

.

Read More
Assalam semua.

Saya dah janji nak story menu Aidil Adha kan...

Sebenarnya tak masak apa sangat pun. Habya pergi rumah mak di PD pagi raya dan tengah hari dah balik Melaka ke rumah Mommy pula.

Untuk rumah mak, saya bawa balik rendang ayam kampung saja.
Rendang cili padi ayam kampung

Maaflah gambar gelap. Saya masak malam raya. Rendang ni saya masak style N9 jer. Rendang cili padi. Buat yang mudah2 jer. Blend sana sini sikit...lebur jer dlm kuali. Masuk santan..serai..kerisik n daun kunyit. Siap...


Udang galah masak lemak cili padi.

Untuk rumah mommy, kebetulan hubby dapat pancing udang galah sikit. Tak banyak sangat...so makanlah sama sikit.
Saya masak lemak cili padi campur lobak merah dan kacang panjang. Atas permintaan pemancing udang. Boleh lah...buat buah tangan bila beraya rumah parents and parent in law.

Tak perlu resepilah.... Masak macam tu...semua boleh google dah sekarang. Yang penting ada kelainan sikit untuk kita meraikan Aidil Adha.

Lepas ni bila lagi lah saya boleh update story....huhuhu...

.
Read More
Assalamualaikum semua.


Wah, bila raya baru saya muncul yer. Aduh...makin parah saya ni. Tapi saya masih sangat sayangkan blog ini. Jadi saya akan cuba kekalkan walaupun side bar saya dah tak taubapa jadi tu...

Anyway, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca. Memang tradisi sesetengah dari kita ni agak kurang matching dgn tuntutan sebenar kan. Saya dan lain2 yang berada dlm masyarakat selatan ni, lebih meraikan Aidil Fitri dr Aidil Adha. Walhal...Aidil Adha itu lebih deep lagi pengertiannya...pembawaannya.

Maybe tahun2 akan datang kita mulakan sedikit demi sedikit perubahan. Persediaan daripada sekarang ialah untuk Raya Jorban di masa akan datang...InsyaAllah.

So masak apa hari ni?
Saya akan update menu saya dlm next entry. Menu sinple yg amat sebenarnya. Tapi tak perlah...bagi blog meriah sikit. Sendu sangat dah ni...hahaha...

Hingga kita jumpa lagi...

.
Read More
Assalamualaikum semua....

Telah hampir berlalu bulan Syawal. Ramadhan juga yang masih dirindu. Semoga kita semua diberikan rezeki untuk kembali menikmati Ramadhan tahun hadapan...

Tak sah lah kalau tak ada jamuan raya di pejabat kan. Since kami ni Admin Dept, maka kamilah dept yg paling ramai staf wanita.

Jadi, walaupun co dh anjurkan jamuan raya, untuk komuniti kecil kami...kami tetap buat sikit. Tak perlulah menu de bomb sangat sebab ekonomi kurang baik terutama pada syarikat kami. So,bawa seadanya saja....



Ini sajalah yg ada. Staf jabatan kami tak sampai sepuluh org pun. So sorang bawa satu atau 2 menu saja.
Menu simple kami :
Mee bandung
Nasi impit, kuah kacang
Kuah Lodeh
Daging masak hitam
Ayam masak merah
Nasi putih
Sambal tumis ikan bilis
Pecal sayur
Puding jagung
Kek batik
Rojak buah
Minuman

Bila dah hidang atas meja...mak aih...banyak rupanya. Kebetulan ramai staf tak ada sebab outstation. Kesudahannya, semia staf satu syarikat yg mana ada semuanya beraya di dept kami.

Syukur Alhamdulillah. Siap jemput clients yg datang visit sekali. Syukur semuanya tak membazir dan berjalan lancar. Antara objektif ialah ice breaking admin staf dengan staf yg lain. Agar lepas ni mudah staf berurusan direct dan tidak ada lagi anggapan negatif.

Oh lupa pula.... saya bawa yang paling ringkas. Nasi putih...hahaha... Eh tak lah nasi putih semata... saya bawa sambal tumis ikan bilis dan juga rojak buah.

Syukur... laku keras... Paling laris ialah sambal tumis. Hinggakan client kami tanpa segan mohon dibungkuskan sedikit untuk beliau. Terperanjat kami semua...hahaha. Tapi.kembang juga rasa sebab masakan kita dinikmati oleh irang. Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Oh...saya seperti biasa, ikut resepi dari Azie Kitchen. Memang dah lama guna resepi Kak Azie. Agak sesuai dengan tekak saya... Terima kasih kak Azie ya...

Blog ni dah slow dah kan. Walaupun sangat ridu dengan blog, tapi kekangan masa dan tenaga agak membatasakan aktiviti blogging saya.

Apa2 pun...semoga kita semua bertemu lagi di entry yg akan datang ya...



*~*~*~*


Read More
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, telah seminggu berpuasa, dan semoga beroleh pahala yang diredhai Allah.

Org lain ramai share menu berbuka, tapi saya asyik share menu sahur jer. Bukan apa...kalau berbuka, saya jarang memasak. Tak sempat. Tiba di rumah dah pukul 6.30 petang. Jadi...kami makan yg simple2 jer. Beli mee atau kuih muih...cukup lah.

Ok...menu di atas ialah sardin masak lemak cili padi. Tapi masak seperiuk, cilinya 3 biji jer. Haippp....bulan puasa x boleh makan pedas2. Saya campur kacang buncis dan ubi kentang.

Kemudian goreng sayur campur. Sweet beans campur capsicum merah. Tumiskan sikit bawang putih dan merah. Rangup2, segar2 sayuran utk bersahur.

Ok..esok pening semula nak fikir menu lain...hehe.

.

Read More



.Assalamualaikum....

Selamat berpuasa semuanya. Dah mula dah kalau berpuasa ni...kita pening nak masak apa untuk menggamit isi rumah bersahur kan...

Menu masak lemak putih kobis panjang ni, InsyaAllah akan membuka mata2 yang mengantuk tu. Nak masak pun mudah jer. Nak masak sebelum tidur pun boleh. Bangun jer waktu sahur, terus hidupkan api, panaskan kejap dalam periuk. Sementara panaskan, kita cedok nasi, bancuh air. Kalau sempat goreng ikan. Kalau tak sempat, scramble egg, percikkan kicap. Settle....


Resepi mudah sangatlah ibu2 sekalian....

Saya sertakan resepi untuk sekeluarga 4 orang makan ya...


Bahan2:

Kobis panjang setengah biji : hiris serong
Lobak merah 2 batang : hiris serong
Soo Hoon sebungkus - rendam dalam air
Cili hijau 1 batang - hiris serong

Ikan bilis 2 sudu - belah-belahkan dan rendam dalam air
Bawang merah besar 1 biji - hiris
Bawang putih 2 ulas - hiris
Kiub pati ayam satu
Santan kotak 1 - 250ml


Cara2:

1. Rebuskan 1 liter air. Masukkan bawang hiris dan ikan bilis.
2. Bila dah mendidih, masukkan lobak dan tunggu sehingga lembut lobak tu.
3. Bila dah lembut, masukkan santan pekat kotak dan kiub pati ayam. Gaul sebati.
4. Terus masukkan kobis panjang, soo hoon dan cili hijau. Perasakan garam.
5. Bila kobis dah lembut, tutup api dan boleh hirup dah...


Amacam...mudah kan?

Nak masak untuk berbuka pun ok juga...sedap juga hirup2 tu kan selepas seharian dehydrated.

Selamat memasak ibu2 semua....


.







.
Read More
Assalamualaikum.....


Ini kisah yang dah basi juga lagi ni...

Masa ni ikut hubby outstation ke Pasir Gudang.

Oh, untuk pengetahuan, hubby saya dah berhenti kerja. Dia sangat tertekan dengan komitmen kerja. Dah beberapa bulan sebenarnya. Dia dalam proses untuk mencuba cabang rezeki yang baru, iaitu perniagaan. Itu, nanti lah saya ceritakan ya...

So, lepas kerja, hubby belanja saya makan di Tg Langsat. Ini kali pertama kami ke sini lepas google sana sini.

Ada ketam masak cili yang sedap katanya. Ok jom try....


Nampak macam kering jer kan. Tapi Masya Allah....sedapnyaaa ketam ni. Saya makan semata2 dengan nasi putih saja. Memang sangat puas hati. Isi ketam lembut, juicy dan manis, tanda ketam masih segar. Salutan cilinya terasa pedas tetapi sedap. Bukan pedas yang menggigit tali perut tu. Memang kami masuk list untuk datang lagi.

Hubby order mee bandung udang.
Tak sedap!

Muka senyum sebab kena paksa. Dah order, makan jer lah. Udangnya tak fresh dan kuahnya jadi terjangkit dengan air udang yang dah tak fresh. Sila cernakan sendiri....


Yang penting, ketam bercili dia sodap...

.

Read More
Assalamualaikum.....

Kalau time cuti sekolah, dan kebetulan ada urusan di cawangan Kerteh, bolehlah mengangkut bodyguard sorang ni...hehehe

Ini masa trip hujung tahun lepas. Mati la nakkk....setengah tahun cerita basi dalam draft. Tapi kita share jer lah kan....

Kalau dah bawa dia, haruslah include percutian sekali. Kena ada makan2. So masa ni makan2 di Kuala Dungun.

Macam biasa, seafood lah. Sedap juga....that is why kami selalu ke sini...


Air Putera Duyung. Lazat dik. Air tu pun Nampak hensem kan. Bukan model tu...air tu yang hensem maaa...


Lepas meeting, staff kat sana jamu pula kami dengan nasi minyak style Terengganu. Allah haii...sedapnyaaa....


Tapi lepas2 daripada ni....semua meeting berjalan dengan sendu dan debaran. Sehinggalah malam tadi, surat terakhir untuk kumpulan pertama di sampaikan.

Alhamdulillah, Allah mudahkan. Walaupun kesedihan tu masih menebal lagi. Ada staf yang telefon saya, masih dalam sedu sedan...Allahu Akbar...

Semoga ekonomi industry kami kembali pulih.

Amiin...




Read More
Assalamualaikum...


Cuti Hari Pekerja yg lepas, sepupu saya selamat melangsungkan perkahwinannya....

Majlis yg sederhana. Saya sangat suka. Simple tapi meriah. Majlis menyambut menantu jer. Tak ada bersanding, cuma ada makan beradab.

Kebetulan Adam dapat balik...so mcm biasa, kena bawa bunga manggar la...hahaha.


 Saya makan dengan mommy and ipar2 saya. Hubby tak dapat datang sbb berniaga masa ni.


Ini pula set2 orang bujang. Aishh...sekejap jer dah besar kan...

Walaupun tak dapat stay sampai habis majlis, tapi saya dah merewang beberapa hari sebelum majlis. So, takperlah kita hilang kan...hehehe

.
Read More

Ya, hari ni saya jatuhkan talak ke atas tiga orang pekerja. Sangat syahdu dan sedih....



Talak kerja maksudnya kami melaksanakan pemberhentian pekerja. Dalam kata bahasa kampung saya, Retrechment.

Proses yang sangat sukar. Keadaan kejatuhan ekonomi terutama sekali dalam industri syarikat kami iaitu oil and gas yang telah diketahui selurih dunia sedang menghadapi konflik ekonomi yang meruncing akhirnya tempiasnya tiba ke syarikat kecil kami.

Dah hampir dua tahun kami cuba bertahan. Bentengkan dengan berbagai cara. Freeze bonus, freeze welfare fund dan berbagai lagi langkah...tapi masih lagi keadaan ekonomi menghimpit.

Maka selepas proses penilihan yang sukar...siang malam kami pihak pengurusan bekerja, maka akhirnya senarai yang paling ditakuti ini keluar.

Dan hari ni kami sampaikan surat berdarah itu kepada kumpulan pertama. Emosi sedih, marah..semuanya bercampur gaul.

Maafkan kami....kami hanya menjalankan tugas. Kasihannya...sedihnya....

Read More
Assalamualaikum....

Di pagi Ahad ni, ramai ibu2 yang sibuk di dapur ya. Saya pagi ni bukan sibuk di dapur, tapi sibuk gosok kain baju sekolah...
Walau apa pyn dugaan yang datang, hidup harus diteruskan. Bila sekali terhenyak dengan ujian yang menimoa, bertawakkal dan mengadu dengan Yang Esa dan cubalah juga berjuang. Berusaha seolah2 akan hidup seratus tahun lagi....

Hari ni meh story pasal menu ni. Menu simple, tapi kenyang dari tengahhari sampai malam.

Masak simple untuk lunch dihujung minggu macam ni. Rebus spaghetti dalam setengah bungkus dan biarkan dalam periuk rebusan tu. Tak perlu toskan.

Sementara rebus, bolehlah kupas bawang besar sebiji, bawang putih 3 ulas. Hiris bawang semua dan juga hiris cili padi dalam 7 biji.

 Kemudian, tumiskan bahan hirisan dan campakkan dua tangkai daun kari. Bila dah wangi, masukkan tuna flakes dan carrot yang dihiris batang mancis. Gaulkan sebati.

 Masukkan pula spaghetti dari dalam periuk tadi. Biarkan air rebusan masuk sekali dengan spaghetti. Bukan cedok dari periuk yer...air yang menitis2 tu jer. Kita nak basah2 sikit.

Masukkan garam, sedikit serbuk lada hitam dan bila dah sebati semua rasa, bolehlah hidangkan.

Walaupun ada cili padi, tapi tak lah pedas sebab kita dah tumiskan cili tu tadi. Pedasnya dah hilang.

Silalah cuba ya....



.
Read More
Assalamualaikum...

Saya baru merancang untuk aktif kembali berblog, namun siapa sangka saya menerima berita yang agak menghentak. Sejak dari itu semakin lama keadaan semakin menekan.

Saya terima dengan redha segala ujian. Ini tanda kasih Allah. Allah mahu kita dekat denganNya..

Cuma kali ini, agak sukar untuk saya tangani.

Saya mohon doa anda... Doakan saya mampu melalui cubaan ini.

Miss you all...

.
Read More


Bila anak berjauhan dengan kita, makan apa saja di rumah pun pasti teringatkan dia. Bila melawat dia di asrama sekolah, pasti bawa makanan. Kalau tak sempat masak, beli saja lah. Telefon dan tanya dia nak makan apa. Kalau ada masa memasak di rumah, jadilah menu simple macam di atas tu.

Kebetulan pula hari sebelumnya tu hubby pergi memancing di sungai dengan kawan2 nya. Murah rezeki..dapat udang galah berbelas ekor. Si bujang dan hubby request sambal tumis udang galah. Iyolah...buatkan saja.

Iring pula dengan ayam goreng kunyit kosong dan sayur sawi putih masak lemak putih.

Menu yang simple...tapi puas hati makan bersama di pondok sekolah.

Ibu2 yang lain, bawa bekal.apa selalunya untuk anak di asrama?


Read More

Ya....ramai yang pernah nampak iklan filem ni kan... Daripada iklan tu lagi kita semua dah terfikir2. Apakah filemnya sehebat trailer filem yang digembar gemburkan?

Hakikatnya....

YANG TERBAIK SETAKAT INI DALAM MALAYSIA..!!!!

Ya.... itu pengiktirafan saya.

Saya yang bukan daripada professional pembikin filem, tapi saya bukanlah buta filem. Saya suka menghargai karya seni tak kira dalam media elektronik mahupun media cetak.

Dan pengiktirafan ini juga adalah daripada sisi saya yang sangat patriotik. Saya sangat bangga dengan perwira-perwira Negara, tak kiralah mereka dalam bidang apa sekali pun....

Ok, mari berkenalan serba sedikit dengan filem ini.

Filem ini bukan kisah cinta. Tak ada baju seksi menggoda  nafsu. Yang ada hanyalah aksi..aksi dan aksi....

Aksi yang bijak..bukan aksi sekadar lakonan. Aksi yang memberi makna.

Kisahnya adalah mengenai Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ahli Unit Tindak Khas, PDRM. Beliau dan skuadnya terlibat di dalam satu misi untuk menumpaskan sindiket yang ingin menjual senjata biokimia yang sangat berbahaya. Namun, kakaknya yang juga ahli PDRM dijadikan tebusan oleh sindiket ini. Sindiket yang bertaraf antarabangsa ini dengan penuh licik mula memerangkap Jay untuk mendapatkan kembali senjata biokimia yang dirampas oleh pihak polis itu.

Selebihnya, dalam perjalanan Jay untuk menyelamatkan kakaknya, satu demi satu halangan dan cabaran harus dihadapi dengan ketangkasan akal dan mental seorang ahli UTK yang sangat terlatih.





Apa yang ingin saya ketengahkan ialah usaha ahli produksi filem ini. Filem yang sangat bersungguh-sungguh. Dari krew lampu suara...kepada pelakon, kepada stuntman dan sehinggalah kepada Penerbit-penerbitnya. Saya angkat tangan....applause untuk anda semua. Semuanya serius. Bukan main-main. Aksi-aksi reality.

Pelakon-pelakonnya, selain Zul Ariffin, Izara Aishah, Fazura, Farid Kamil dan juga Azad Jasmin, kita ada Hans Isaac yang memberi impak yang bukan sedikit. Azad Jasmin...membawa watak yang menceriakan keadaan dengan lawak yang lucu namun bukan lawak kosong. Sangat bersahaja. Dan tanpa disangka, Fatimah Abu Bakar yang merupakan ibu kepada Sharifah Amani, malkonkan watak ibu kepada Skodeng (Azad Jasmin). Menjadi ibu atau siapa saja ahli keluarga perwira Negara, kita juga harus menjadi bijak dalam melindungi, menyiapkan dan mempercayai mereka.

 Dan antara impak terbesar yang terkesan di dalam minda dan jiwa saya ialah dengan aksi2 komando yang sangat terlatih.

Pergerakan yang kemas, formasi yang cantik, langkah yang lembut tetapi sangat 'sharp' serta semangat yang perkasa itu memang sangat memukau jiwa. Memang kami semua terpaku di dalam panggung.

Kembalinya saya ke rumah, saya cuba mencari klip2 filem ini dalam youtube. Oh..rupa-rupanya ahli2 UTK yang dalam filem ini semuanya adalah ahli UTK yang SEBENAR. Berapa banyak filem Malaysia yang dilakonkan oleh perwira Negara yang sebenar? Yang menggunakan uniform, pistol, senjata, kelengkapan tempur dan kenderaan tempur yang sebenar?

Ya..mereka adalah UTK yang sebenar. In fact, skrip filem ini juga, diolah oleh pihak PDRM dan disesuaikan dengan pergerakan mereka...walaupun bukan secara detail untuk menjaga kerahsiaan Jabatan Keselamatan Negara.

Sebagaimana anda selalu disajikan dengan ketangkasan SWAT team dalam filem2 inggeris....anda akan rasa lebih kagum, bangga dan rasa selamat kerana rupa-rupanya Malaysia juga punyai SWAT team yang sangat bagus.

Gambar di atas, adalah ahli2 UTK yang sebenar. Baik di dalam fotografi, publisiti, mahupun dalam filem, wajah mereka sentiasa ditutup dan dilindungi untuk menjaga kerahsiaan identity mereka. Dan mungkin, ahli keluarga mereka juga tidak tahu mereka ini adalah ahli UTK.

Saya mohon....sebarkanlah. Tontonlah filem ini. Saya tak menyesal bayar tiket, malah saya ingin menonton lagi untuk kesekian kalinya kerana perasaan bangga dengan Malaysia, dengan ketangkasan dan kegagahan mental, jiwa dan fizikal hero-hero Negara ini sangat menusuk ke sanubari saya.

Dan antara matlamat PDRM adalah untuk memberikan bayangan kepada rakyat Malaysia tentang fungsi UTK ini. Yang berjuang di dalam gelap dan senyap, yang tidak dihebohkan tentang ancaman yang melanda Negara, yang tidak laparkan pujian dan pingat, tetapi melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh ikhlas walaupun gajinya sama sahaja seperti anggota lain. Mungkin sedikit lebih elaun kerana berbeza unit, tetapi tak berbaloi kerana nyawa mereka yang menjadi taruhan dalam menjaga nyawa kita semua.

Walaupun politik bergolak, walaupun ekonomi bergelombang besar, tetapi jangan lupa...

HARGAI LAH PERWIRA-PERWIRA YANG BERANI DAN PERKASA INI.....


Tahniah JREVOLUSI!!!










.
Read More
Assalamualaikum...


Ok..ok...meh sambung minggu lepas punya story pasal anak bujang saya tu.

Tragedi yang pertama ni, tak melibatkan kecederaan...Alhamdulillah.

Al-kisahnya sekolah Adam ni baru buka satu outlet Laundry Express yang kita selalu Nampak sekarang ni. Alaaa...jenis yang kena masuk duit syiling tu... Satu outlet ni digunakan oleh seluruh warga sekolah. Pelajar perempuan dan lelaki, pekerja2 dan juga guru2. Kedudukannya di sebelah kedai koperasi. Maknanya diluar pagar asrama, tetapi di dalam kawasan sekolah.

Disebabkan ada mesin dryer sekali, memang ramailah yang gunakan. Pertama, penting untuk pelajar2 sebab tak perlu sidai dan menunggu setengah hari untuk kering. Kedua, selamat sikit pakaian. Kalau di ampaian tu, potensi untuk hilang sehelai dua pakaian tu memang sangaaaaat besar. Banyak juga lah duit melayang sebab baju atau seluar asyik hilang jer.

Kami ni pula di Melaka. Adam di Jelebu. Kalau setiap minggu nak datang 2 kali nak ambil baju, hantar baju...tak berbaloi dengan penat, masa dan kos perjalanan. Dan syukurlah Adam pula seorang anak yang berdikari. Kalau di rumah pun, dia akan settlekan sendiri baju dia. Basuh, lipat, gosok. Semua dia buat sendiri. Dia tegah saya dari buatkan untuk dia. Tapi, macam mana rupa baju lepas lipat dan gosok tu jangan ditanyalah kan... Gosok pun line sight tu bukan main berlapis2 lagi. Saya buat tak Nampak jer. Pandailah dia nanti kalau nak jadi hensem....

Adam dan kawan2nya pada suatu malam di hujung minggu, pergilah basuh baju di kedai tu. Kedai ni kan self service. And beroperasi 24 jam. Jadi, anak2 bujang ni...nakal2 belaka. Pergi basuh baju jam 1.00 pagi. Reasonnya sebab tak larat nak menunggu lama giliran dan selalu penuh. Jadi, kalau pukul 1.00 pagi, dah sah2 lah kosong.

Sepatutnya selepas 12.00 malam dah tak boleh keluar asrama. Tapi pelajar2 lelaki ni, memang selamba jer keluar masuk ikut suka. Warden pun kalau hujung minggu tak lah tegas sangat. Ada yang lepak lagi kat kelas, ada yang masih berlatih caklempong...dan macam2 aktiviti lagi.

Si Adam dan kawan2nya berlima orang ni, mengusung bakul kain besar sorang satu. Peluk bakul tau...sebab bakul besar dan penuh dengan baju kotor. Dari asrama, sampai ke kawasan sekolah. Ikut jalan celah2 kelas sebab nak jaga macho. Malulah kalau awek Nampak diorang usung bakul kain,

Membasuh lah mereka. Lepas kering, tak sempatlah nak lipat kat situ. Terus bawa balik ke asrama sebab jam pun dah pukul 2.00 pagi lebih. Tapi on the way balik..tiba2 Adam nampak ........





Bayangan lembaga putih..sedang duduk di atas tong sampah yang warna hitam tu. Tong tu di koridor kelas menghala ke surau sekolah.

Adam tak percaya. Dia toleh 2,3 kali...eh..betul ke? Orang ke, atau.........?

Toleh lagi...toleh lagi....dan masih ada.

Dia tak bagi tau kawan2 lain pun. Dia senyap jer sambil tertoleh-toleh tu.

Tapi kawan sebelah dia tegur. Katanya.. " Kau tengok apa weiiiii....Jangan tengok lagi...jalan jer cepat...jalan weiiii"

Wah...betul lah apa yang dia nampak. Tapi kawan yang lagi 3 orang tak nampak. Diorang sibuk berbual jer. Yang nampak, hanya berdua....

Jadi betul lah....lembaga putih itu ialah....

POCONG !!!!

Kain kapan berikat di kepala, leher, kaki...segala. Elok jer duduk sambil berjuntai kaki atas tong sampah...sambil memandang mereka berlima melintas...


Ok..ini bukan mimpi. Mujurlah mereka ni anak2 yang jaga macho. Jalan masih selamba lagi. Kalau saya...dah jerit lintang pukang lari dah agaknya....

Tapi kisah ni tak lah melemahkan semangat mereka untuk tetap memasuh baju tengah2 malam buta tu.... Yang penting, ahli rombongan mesti ramai...



Aduhai...anak2. Demi basuh baju sebakul.....


.
Read More

Assalamualaikum....

Beberapa bulan yang lepas, kami dapat tahu yang Genn Japanese Restaurant ada buat mini buffet. Wah, yang di idamkan. Dah banyak kali cakap dengan chef...asyik ala carte jer...buatlah buffet. Last2 management Grand Lexis approvekan untuk Genn buat mini buffet. Kebetulan pula minggu tu Adam memang balik rumah. Maka hubby terus bawa ke situ.

Seperti sedia maklum, Japanese food ni memang fevered budak bujang ni. Tengok tu...bukan main tersimpul lagi senyum dia... Jom tengok antara pilihan makanan yang ada....

Sashimi memang wajib. Di sini, sashimi nya sangatlah segar. Chefnya memang betul2 jaga kualiti. Tak pernah lagi kami dapat sashimi yang tak bagus.


Bapak budak yang sangat seronok makan.... Ramai Chinese family. Ada lah juga satu dua family Melayu yang kebetulan menginap di hotel tu.

Pinggan siapa entah...saya tak ingat

Goreng..goring..bakar..bakar... Sosnya yang dalam piring kecik tu...Subhanallah..sedappp sangat.



Presentation pun cantik kan....

Owner blog kena ada. Barulah review ni valid.


Soba sup...sedaapppp. Hubby kata teringat macam masa dia study dulu.

Teriyaki...cantik jer chef buat...

Ada oyster bakar juga....

All in all, sangat tak mengecewakan. Walaupun mini buffet, tapi saya rasa sangat banyak menu nya. Tak larat nak upload gambar. Lepas tu desert dia...Allah..sedap2nya. Kadang2 kalau buffet, kek2 tu kurang laku kan...tapi kek dia..kuih2 tradisional Jepun..bubur, pudding...semuanya sedap2lah... Tak manis sangat, terasa lemaknya, moistnya....

Tapi, jarang2 ada. Kalau rasa nak makan dish yang sedap dan diyakini halal sebab chef2nya semua Islam, bolehlah datang ke sini. Cuma kami, nak pergi selalu tu tak ler mampu kan. On special occasion...boleh lah....

Kalau ke PD, sila lah cuba.


.

Read More