Memaparkan catatan dengan label resipi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resipi. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....


Ah haaaa....inilah satu2nya menu yang kita masak di pagi raya Aidil Adha tahun ni. Bukan apa, kami kan beraya di rumah ibu bapa. So, kita masak satu jenis sebagai buah tangan bila pergi rumah mereka.

 Perancangan awal nak masak rendang daging jer, tapi bila difikirkan semula, eloklah masak kari. Boleh cicah dengan lemang atau nasi impit kan. Lagipun, hubby kurang makan pedas sekarang. Kalau masak rendang, kena pedas baru ada kick. So, kari ialah menu selamat.

Oleh kerana kita jarang masak kari sebab biasanya tak menepati piawaian hubby, maka kita tergolong dalam orang amaturlah. Lepas muhasabah diri dan sedar diri, sila google resipi dengan segera.

Yesss....berkenan dengan resipi Kari Daging Berserai ni. Kita jumpa dalam blog masakan tersohor iaitu Puan Azlita dari blog Masam Manis. Puan Azlita pula memanjangkan resipi dari blog masakan yang terkenal di Malaysia iaitu blog Tiffin Biru yang dikelolakan oleh Cik Mat Gebu, atau En Adnan.

Melihat cara hidangan dari Kak Ita dan CMG, kita terpanggil-panggil nak mencubanya. Walaupun tak dapat follow sebiji2 bahan2nya dan kekurangan sana dan sini, namun hasilnya sangat menggembirakan. Hubby kita yang sangat cerewet tu tak habis2 puji kari daging kita ni. Alhamdulillah. Lepas ni, bolehlah masak lagi since ada keyakinan sikit nak masak kari daging ni.

Oh, kita hanya gunakan sebatang serai dan kerisik itu kita tambah dan jadikan 2 sudu besar kerana daging kita anggaran dalam 700gm. Santan pun, guna santan kotak M&S 500ml saja.

Ok, jom tengok resepi.



KARI DAGING BERSERAI
By : CMG

500 gram daging pejal, hiris nipis dan rebus hingga empuk (*kita guna 700gm)
4 biji kentang saiz sederhana, kupas, belah 4 setiap sebiji dan rendam (*kita guna 5 biji)
2 biji tomato, belah 4 setiap satu (*kita gantikan dengan 2 batang lobak merah)
2 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's) (*kita tambahkan jadi 3 sudu besar)
1/2 cawan pati santan (*500liter santan kotak M&S)
1 camca besar penuh kerisik (*2 sudu besar)
1 keping asam gelugor (*2 keping kecil)
Garam secukup rasa
1/2 camca besar gula melaka (*kita tambah jadikan satu sudu setengah)

BAHAN KISAR HALUS
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas (*kita tak letak sebab dah habis stok)
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai, hiris halus (*kita guna sebatang sahaja)

BAHAN TUMIS
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari, dilurut


Rempah kari dibancuh bersama bahan2 kisar halus, kacau rata.
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum.
Masukkan cili dan tumis hingga garing.
Masukkan bahan kisar bersama rempah kari tadi dan tumis hingga pecah minyak.
Masuk kentang (toskan dulu), gaul rata, masak sekejap dan masukkan daging rebus bersama air rebusannya.
Tambah air jika perlu.
Masak hingga kentang empuk, masukkan asam gelugor dan pati santan, kacau rata dan biar mendidih.
Masukkan kerisik gaul rata
Tambah garam secukup rasa, gula melaka dan tomato, masak sekejap lagi
Siap untuk dihidangkan. 



Kari ini kejadiannya agak pekat sedikit. Jadi memang sesuai untuk dimakan dengan lemang, nasi impit dan ketupat palas. Keluarga kita di PD tak biasa makan kari yang pekat, tapi kali ni mereka mengakui kelainannya.

Walaupun tengok resipi macam panjang berjela, tapi bila diperhatikan, bahan2nya mudah sahaja. Kita siap memasak dalam masa satu jam. Itupun sebab masa tu lah baru terkial2 nak kupas bawang, nak blend cili dan bahan2 lain.... Disebabkan takut daging liat walaupun guna daging batang pinang, kita rebuskan juga daging sementara kita menyediakan bahan2 lain. Kemudian, kita tumiskan dalam kuali dan masukkan bahan tumisan ke dalam periuk daging yang direbus. Keluarga kita panggil teknik ni tumis darat. Tak kisahlah kan...janji menu ni berjaya dihidang dan mendapat sambutan.

Kalau kita yang amatur pun boleh, anda pun boleh juga.....


.

Read More
Assalamualaikum.....


Minggu lepas punya ni. Dah selamat makan minggu lepas...cuma entrynya jer hari ni.

Teringin nak makan mee goreng yang dimasak sendiri. Kita dulu2 pernah goreng mee and it was a total disaster. So, macam fobia. Tapi ada la juga sekali sekala terrrrrpaksa masak kat rumah mak. Tapi bahannya mak atau ayah dah siapkan. Consider tolong2 jer lah.

Last week, dek teringin sangat, hantam sajalah. Buat sendiri untuk sendiri makan, jadi ke tak...nasiblah. Dasyatkan...? Nak goreng mee pun fobia ke? Hahahahaha...  Turn out ok jer.... apa yang susah sangat... Susah sebab fobia 12 tahun lepas jer rupanya....

Tak yah resipi lah...semua orang pun pandai. Yang ini, kita tumbuk cili api 7 ulas yang kecikkk tu, bawang putih dengan bawang kecik seulas each. Tumis...masukkan air sikit, masukkan ayam dan batang sawi. Lepas tu masukkan mee, daun sawi, tauhu dan pecahkan telur. Gaul dengan kicap sikit. Settle!

Hubby dah request... Tu lagi satu yang buat kita fobia. Hubby is extremely high taste. So, bila masak kurang sedap...hubby kondem kaw2 punya. Mak fobia nokksss.... Takutttt nak masak lagi. Yang mana dishes pernah kena kondem memang kita blacklist terus. Huh...lemah semangat okeh...

Lepas ni kena banyakkan praktis la.. Adam kan nak duduk dengan kita. Dah berangan nak masak2 selalu untuk dia...yeaayyy..!!

.

Read More
Assalamualaikum.....


Masak minggu lepas untuk dinner. Nak masak dan hidang untuk sarapan pun boleh, untuk lunch pun boleh. Takder hal..anytime, anyday.

Oh, ada balance beberapa ketul nasi impit dalam fridge. So, teringinlah nak masak sendiri. Dulu pernah buat sekali di Melaka, tapi tak berapa kena dengan tekak kita. So, sementara dok bujang di KL, kita belasah jer lah ikut selera sendiri. Hasilnya, sangattt best. Cuma sayur tu jadi layu sangat. Salah timing maaa....



Resipi Nasi Impit Goreng 

Bahan-bahan :

3-4 ketul nasi impit yang dipotong kiub
7 biji cili padi*
1 ulas biji merah kecil*
1 ulas bawang putih*
(tumbuk kasar bahan bertanda *)
1 sudu cili kering kisar
2 sudu daging cincang
2 batang sawi yang di potong
100ml air
2 sudu kicap
setengah kiub pati ayam
garam secukup rasa
Sedikit daun sup di hiris sebagai hiasan


Cara-cara :

1. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi dengan api perlahan dan masukkan cili kisar.
2. Tunggu sehingga cili sedikit garing dan masukkan daging cincang.
3. Gaul rata dan masukkan sedikit air. Bila air mendidih, masukkan batang sawi.
4. Tunggu sehingga batang sawi sudah lembut, masukkan kicap dan pati ayam.
5. Kacau sehingga rata dan kuah jadi pekat.
6. Masukkan nasi impit dan daun sawi. Gaulkan rata2 dengan perlahan agar nasi impit tidak pecah.
7. Biarkan masak beberapa minit dan sehingga kuah menjadi pekat dan menyelaputi ketulan nasi impit.
8. Perasakan. Kalau perlu tambah garam.
9. Taburkan sedikit daun sup di atasnya dan boleh dihidang segera. 



Alhamdulillah, sedap rasanya. Ketulan nasi yang digoreng dalam kuah tu, sedikit sebanyak dah serap kuah tu. Jadi, nasi impit ni rasa lembut dan moist dengan kuah. Sambil2 kunyah nasi, tergigit sayur dan daging, menambahkan lagi kemeriahan perisa hidangan ni. Ada pula kuah kicap yang pekat menyaluti ketulan nasi dengan rasa pedas2, menyebabkan tak sedar tiba2 dah habis sepinggan. Hahahahaa.

 Sebenarnya, anda semua bolehlah nak sesuaikan mengikut citarasa masing2. Kalau tak makan pedas, tak perlu cili padi, hanya masukkan cili kisar saja. Kalau tak suka daging, bolehlah masukkan ayam hiris, atau udang atau sekadar ikan bilis sebagai perencah. Sayur juga begitu. Tak suka sawi, masukkanlah tauge atau lobak merah. Kobis dan terung serta tomato pun boleh.

Hidangan ni sebenarnya tak perlu kering2 sangat. Dia memang sedikit basah, tetapi tidak berkuah. Kalau ada anak kecil, bolehlah cuba. Tapi janganlah buat pedas yer. Bila dia nampak ketulan yang bersalut kuah macam mee goreng, pasti anak2 kecil suka nak mencubanya kan.

Oh, nak bawak bekal ke sekolah atau pejabat pun memang sesuai.

Cubalah nanti yer.

.


Read More
Assalamualaikum.....

Ok...ok... kita sambung...

Hubby fetch kita dari opis malam tu (yer, orang HR memang balik lambat), terus menuju ke rumah. Singgah kedai jap, beli bahan masak. By that time sebenarnya tak decide pun lagi nak masak apa. Balik rumah baru pikir. Ikut hubby, dia tak nak susah2kan kita. Dia kata goreng kunyit jer pun tak per. Eh, takkan nak goreng kunyit jer kan? Sayangnya. Sebab bila goreng kunyit, udang tu rasa kering sikit. Kalau ada kuah2, udang tu boleh disedut2. Slurrrp gitew...




Keluarkan dari plastik, adalah sepinggan udang ni. Dalam 400gm lebih kurang


Sambil membersihkan udang, sambil otak berputar. Nak masak apa yer? Yang simple2 jer dan ringkas. Kesian hubby datang dari jauh. Mesti penat, sejuk dan lapar (hujan okeh masa tu...). Dulu kan ke kita masak lemak kan. Boleh jer nak masak lagi, tapi masalahnya daun kunyit pula takder. Tak best lah nanti. So, kita nak cuba2 masak bercili. Petang tu dah cuba intai2 resipi udang galah.... nak cuba juga la macam tu. Cuma, tak salin resipi dan tak hafal lah. Siapa punya entah. Tengok sekali lalu jer. So, guna common sense jer lah yer.



Ini lah hasilnya... Gambar edit dalam phone jer ni. Resepi? Orait....!



Udang Galah Bercili Harum

Bahan-bahan :

400gm udang galah yang telah dibersihkan
1 biji bawang besar di hiris
2 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar (boleh tambah kalau nak pedas)
3 sudu sos cili
1 batang serai di ketuk
1 cawan air / 300ml air
Setengah kiub pati ayam
3 sudu minyak masak
Garam secukup rasa


Cara-cara :

1. Tumbuk dengan lesung setengah biji bawang besar yang dihiris tadi dengan 2 ulas bawang putih.
2. Panaskan minyak masak dan tumis serai sehingga wangi.
3. Bila serai dah naik bau, masukkan bahan tumbuk dan tumis lagi sehingga wangi. Pastikan api dalam keadaan sederhana besar.
4. Masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak.
5. Masukkan air, kiub ayam dan sos cili. Gaul rata dan besarkan api.
6. Didihkan kuah selama 2-3 minit dengan api sederhana.
7. Masukkan udang dan gaul rata. Biarkan udang masak, tetapi jangan terlalu lama. Gaulkan dalam 2-3 minit sahaja.
8. Masukkan garam secukup rasa. Gaul rata dan boleh dihidangkan.



Tara...! Dah siap. Udang Galah Bercili Harum

Syukur Alhamdulillah. Rasanya memang sedap. Perghh! Puji diri sendiri. Masalahnya, hubby pun tak habis2 memuji. Sampaikan dia sebarkan gambar udang ni ke seluruh ahli keluarga dan kawan2 dia. Ha... amacam? 

Kita namakan udang bercili harum sebab memang baunya wangi. Elemen wangi tu semata2 daripada serai tu jer. Tapi serai yang sebatang ini pun boleh memberikan kelainan yang memikat selera. Ada antara resipi yang masukkan halian, tapi kita tak masukkan. Cili kisar pun satu senduk jer. Hubby tak berapa makan pedas lately ni. Resepi tak sama dengan sambal tumis kan. Sambal tumis ada banyak bawang hiris, ada rasa masam2 dari air asam jawa dan ada belacan. Tetapi resepi ni hanyalah masak cili biasa sahaja. Nothing fancy.

Believe it or not, masakan ni memang sangattt sedap bila di masukkan udang galah. Udang galah tu terasa lemak, sedikit manis dan cili yang tidak keterlaluan tu memberikan rasa seronok bila di makan. Kuah cili nie tidak menjemukan kalau kita nak makan udang banyak. 

Udang yang segar... beberapa jam di keluarkan dari sungai dan terus masuk ke kuali..memang lain rasanya. Sangat berbeza rasanya dengan masakan di kedai...hatta di Leban Chondong sekali pun tidak sesedap ini. Pergh...statement riak sungguh. Astaghfirullah al-Azim. Isi udang yang fresh ni memang manis, juicy dan kenyal. Lebih kenyal dari daging ayam. Bila makan, kita akan appreciate kesegaran udang tu. Itulah pentingnya cara masakan. Tak boleh di masak dengan lama. Masa mesti tepat agar udang tak keras dan tawar, atau mentah.



Takkan nak makan udang jer kan. Sempat masak nasi sikit, kacang buncis goreng ringkas dan scramble egg permintaan dari hubby. Kami makan suami isteri berdua, dah hampir pukul 11.00 malam. Yer lah, sampai di rumah pun dah pukul 10 malam kan.

Alhamdulillah, menu yang ringkas, udang yang segar, dan great company. It's our honeymoon moment. Makan dengan puas. Hubby sangat gembira malam tu. Esoknya bangun pagi pun dia bercakap lagi pasal udang nie. Hujung minggu pun, kami terkenang2 lagi udang nie. Angau udang galah namanya. Hahahahaha.

Ha, ada yang nak suami angaukan masakan anda? Cubalah resipi ni


.
Read More
Assalamualaikum.....




Kita berkahwin dengan orang Melaka. Mommy pula adalah Chinese pure dari Melaka. Walaupun parents Mommy adalah Hokkien, namun saudara mara yang lain adalah orang peranakan. So, ada campuran Baba Nyonya jugalah sikit lebih kurang.

Kita dari kecil memang tak pandai makan asam pedas. Selera lebih kepada masak lemak cili padi. Tapi, sejak berkahwin, dah pandai tekak sedap nak makan asam pedas. Pernah masak, tapi a total disaster.

So, tahun nie, kita berusaha juga nak masak asam pedas yang boleh di terima oleh selera hubby sekurang2nya. Risik2 dengan Mommy, dapat jugalah kita siapkan asam pedas ikan merah yang hubby puji.

Alhamdulillah.



Meh tengok resepilah yer....

Bahan-bahan :

1 ekor ikan merah
2 senduk cili kering kisar halus
4-5 helai daun limau purut
2 batang serai di ketuk
2 biji tomato potong baji (wedges)
1 cawan air asam jawa
3 cawan air

Bahan tumbuk/kisar :
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 inci belacan
2 biji buah keras


Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumis serai sehingga wangi dengan api sederhana
2. Masukkan bahan tumbuk dan tumis lagi hingga wangi
3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
4. Masukkan air asam jawa dan air biasa. Didihkan.
5. Bila mendidih, masukkan ikan perlahan-lahan bersama daun limau purut.
6. Biarkan mendidih dan kacau sekali sekala selama 5 minit.
7. Masukkan tomato, perasakan garam. Masa ini dah boleh seimbangkan segala rasa masam dan masin.
8. Setelah seimbang semua rasa pedas, masam dan masin...didihkan lagi selama 3-5 minit.
9. Boleh di hidangkan.




Senang rupanya kan. Masa mula2 nak masak, panik juga sebab daun kesom yang kita dah beli 2 hari awal, dah lebam dan ada yang dah kering mersik. Rupa2nya, tanpa bunga kantan dan daun kesum pun kita masih boleh menikmati asam pedas yang enak.

Hubby, kawannya dan sedara mara kita kata, dah sama setaraf dengan asam pedas Kota Laksamana. Alhamdulillah. Cuma, kita rasa ianya agak cair sebab kita suka asam pedas yang pekat. Lain orang, lain selera kan...

Kita akan cuba lagi ikut selera kita pula.

Oh, minggu depan blog ini akan dipenuhi dengan cerita udang galah ya... Insya Allah.








.
Read More
Assalamualaikum.....


Hujung minggu kami kan ker singkat rasanya. Masa untuk di rumah sangat terhad. Namun, kadang2 sempat jugalah nak tenggek kuali sejam dua...

Salah satu hujung minggu kami yang terkejar2 tu, kita sempat masak mee telur. First time sebenarnya, tapi belasah jer lah. Tak ada resipi pun. Main campak2 jer.

Inilah Mee Telurnya


Rebus mee ni dalam beberapa minit sehingga lembut. Kemudian, toskan dan terus siapkan kuahnya.

Kebetulan dalam freezer, ada kulit udang yang kita guna dulu. Teringat pesan Chef Wan. Rebus dan guna air udang tu untuk masak mee atau kuay tiaw. Maka, kita pun buat lah.

Yang lain2 tu, biasa jer. Tumis bawang kecil dan bawang putih hiris sampai wangi, masukkan batang sawi, masukkan air rebusan udang sikit... Bila didih, masukkan sotong, fishball dan biarkan mendidih kejap. Lepas tu boleh la masukkan sos2 yang kita nak. Kicap, sos tiram, perasa... adjustlah untuk kesesuaian tekak anda. Last sekali, masukkan mee dan daun sawi. Siap untuk di hidang.





Hubby tak berapa nak makan. Dia tak suka ada air rebusan udang. Adam makan semangkuk. Kemudian kita memang dah pack untuk nak bawa ke rumah mommy. Tengok2, ada ipar duai sekali. Alhamdulillah, sekejap jer habis. Firdaus makan 2 mangkuk. Adam repeat lagi...hubby pun repeat lagi.

Senang jer nak buatnya.

Mee telur nie tak sama macam mee kuning. Dia tak licin sebeb tak ada minyak macam mee kuning. So, bila gaul dengan kuah, kuahnya melekat menyaluti mee tu. Saiznya kecil, kasar sikit dari mee hoon. So, kanak2 pun mesti suka makannya. Bahan kering, sesuai lah untuk stok di rumah. Rasanya, kita pun nak stokkan di rumah. Untuk emergency sekiranya ada tetamu datang mengejut.

Tak nak cuba ke?


.


Read More
Assalamualaikum.....


Hubby kadang2 beli udang galah daripada salah seorang rakannya di kilang. Rakannya ni rajin memancing udang. Kalau hubby order, dia pegilah carikan. Kadang2 order 2kg, dapat sekila setengah jer, kadang2 order sekilo, dapat 3 kg. Tak tentu kan.

Baru2 nie, hubby dapat beli 2kg, sekilo bagi Mommy dan sekilo lagi untuk mak. Kita cilok beberepa ekor, sekadar untuk kami 3 beranak.

Malangnya, masa masak ni kita kelam kabut. Banyak urusan yang ada. Santan pula tak cukup. Maka terhasil lah masak lemak yang cair bair. Tapi walaupun cair, sedap juga rasanya. Udang fresh, kuah tu pun rasa udang. Adam siap hirup2 kuahnya. Kalau kuah pekat, tak boleh hirup... tapi kalau buat cicah cekodok bawang memang sedap lah. Anyway, kita share resipi yang sepatutnya yer.



Udang Galah Masak Lemak Cili Api - Style Nogori

Bahan-bahan :

300 gm Udang Galah
500ml santan (kita guna santan kotak 200ml di campur dengan air)
11 ulas cili padi *
2 inci kunyit hidup *
1 sk garam kasar *
1 batang serai di ketuk
1 helai daun kunyit

Cara-cara :
1. Tumbuk halus semua bahan bertanda *
2. Masukkan dalam periuk santan, serai berserta bahan tumbuk dan didihkan dengan api perlahan.
3. Setelah mendidih, kacau-kacaukan selalu selama 3 minit kuah itu untuk mengelakkan santan pecah dan supaya bahan tumbuk dan santan benar-benar mesra.
4. Masukkan udang dan didihkan lagi selama 2 minit. Jangan lupa kacau-kacaukan kuahnya.
5. Masukkan daun kunyit. Terpulang sama ada mahu carikkan sahaja atau mahu di hiris halus.
6. Didihkan lagi selama 3-5 minit. Perasakan garamnya.
7. Boleh segera di hidang.


Senang kan. Tak perlu bawang dan tak perlu tumis. Nantilah, kalau ada rezeki lagi, boleh masak lagi dengan kuah yang lebih pekat dan proper.

Oh, hari ni hari Khamis. Minta maaf kepada sesiapa yang puasa. Atau, mungkin boleh dijadikan hidangan berbuka puasa?



P/S: Alhamdulillah, trip kami sebagai wakil syarikat ke Hulu Terengganu semalam berjalan lancar. Kita tiba di KL semula pada jam 4.00 pagi tadi.



.

Read More
Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, ada sedikit ruang untuk kita menjengah blog. Hubby pun dah beransur sihat. Walaupun sarafnya masih belum pulih sepenuhnya, tetapi setiap hari ada perkembangan positif. It takes time. Sedikit demi sedikit. Terima kasih Doktor Zoul sebab melegakan hati kami. Terima kasih di atas doa2 semua, sama ada yang tertulis, mahupun yang mendoakan di dalam hati. Kami sangat menghargainya.

Oh yer, cerita pasal maggie ketam.

Ingat tak tentang kita story yang kami makan megi ketam di pantai Tok Bali Kelantan yang lepas? Tak ingat? Miss baca?

Klik SINI.

Hubby tiba2 teringat. So, dia kata apa yang susahnya nak masak megi ketam tu. Kalau masak sendiri mesti lebih sedap gamaknya kan.

Maka sebelum kejadian bisa sembilang tu, kami sempatlah terjah pasar basah di Pengkalan Balak. Alhamdulillah. Ketam2 baru naik dari laut semuanya besar2. Beli ngam2 3 ekor jer sebab kami 3 orang jer di rumah. Lagipun, kita tak berani nak masak banyak sebab ini percubaan pertama. Takut tak menjadi, nanti membazir jer.


Gambar muqaddimah


Kita jenguk2 dulu lah resepinya yer. Ikut style kita lah nie. Anda boleh olah mengikut kesesuaian masing2.

Bahan2:

4 peket     Maggie perisa kari
3 ekor       ketam
2 ulas        bawang putih di hiris
1 labu        bawang merah besar di hiris
2 sudu besar rempah kari ikan (gaulkan dengan sedikit air dan jadikan pes)
2 pokok     sayur sawi (asingkan batang dan daunnya)
2 sudu        Minyak untuk menumis.
Air secukupnya
Garam secukup rasa


Cara2:

1. Tumiskan bawang putih dan merah yang dihiris sehingga wangi dan kekuningan.
2. Tumiskan pes rempah kari bersama-sama dengan serbuk rempah maggie. Masakkan hingga terbit minyak.
3. Bila dah wangi dan rempah dah masak, masukkan air sebanyak mana yang suka. Kalau suka pekat, ikut sukatan air di peket Maggie. Kalau nak cair sikit, lebihkan 1 atau 2 cawan air.
4. Bila dah mendidih, masukkan batang sawi dan ketam. Masakkan dengan api perlahan selama 3-5 minit.
5. Masukkan mee maggie dengan daun sawi. Besarkan sedikit api ke sederhana.
6. Rasakan dengan garam jika perlu. Kalau pekat, lebih baik tak perlu masukkan garam sebab serbuk maggie tu dah cukup garamnya.
7. Bila mee maggie dah lembut, tutup api dan hidangkan segera. Kena makan segera masa panas2.



Maggie Kari Ketam

Taraa...dah siap kan. Bila di tambah serbuk kari yang 2 sudu tu, kuahnya jadi sedikit pekat dan terasa berempah. Kalau makan masa hujan2, atau masa cuaca sejuk, memang perfecto lah jadinya.

Hubby dan Adam makan sampai licin. Termasuk mangkuk si tukang masak pun licin hingga tak bersisa. Hehehehe. Tapi hubby tetap komplin. Katanya dia nak yang kurang pekat sikit. Nak hirup2. Kita dengan Adam pula suka jer yang pekat nie. Memang dah lama terbayang nak makan mee kari yang pekat dan resepi nie memang tepat seperti mana yang kita inginkan. Tapi next time nak buat juga yang cair sikit, ikutkan juga lah kehendak hubby. 

Oh, lagi satu. Nak masak resepi nie, paling penting, ketamnya mesti fresh. Kalau ketam dah dok dalam freezer seminggu dua, confirm tak best rasanya. Tak kiralah masak macam mana sedap pun. Tapi kalau ketam fresh, rebus dengan air paip, hiriskan bawang dengan cili campak masuk periuk pun boleh jadi sedap hingga ke dasar periuk.

Rai Ourkizuna bolehlah cuba masak sendiri di rumah lepas nie yer...hihihihi.

Selamat mencuba kepada semua. 

.

Read More
Assalamualaikum.....

Ini cerita gambar WW kita minggu nie.

Ok, kita panggil kuah durian. Ada yang panggil serawa durian. Tapi kalau kami, serawa durian tu maksudnya dah nak sama macam lempok durian. Untuk tempat lain, mungkin lain pula definisinya.

Bukan apa, mak kita adalah berikan Mommy beberapa biji durian dari pokok sendiri di PD. So, Mommy masak kuah durian dengan kukus pulut. Tapi since kita pulak warded, langsung takut nak jamah. First, pulut tu kan angin. Dahlah tengah sakit pinggang, tak tidur malam pula jadinya nanti. Kuah durian pun langsung kita tak sentuh.

So, masa MC, lepak di Kuantan. Hubby bawak balik 2biji mak bagi. Dalam rehat2 kat rumah tu, kita pun godeklah juga. Kebetulan bahan semua ada. Yang sebenarnya, kita tak pernah langsung masak kuah durian nie. Tapi nekad dan tawakal jer.


Dah siap. Tak mengagak..makannya 2 orang jer..masak dalam periuk besar. 


Nampak tak ketulan durian tu? So confirm yer...ini kuah durian.



Makannya dengan roti yang dah terpenyek sebab kena himpit beg dalam kereta.


Ha..baruuulah puas makan. Makan panas...sambil lepak depan tv tengok cerita Cina petang2. Bancuh teh O panas kurang manis. Perghh!!!

Bila hubby balik kerja, kita pun hidanglah. Takut juga tak kena dengan selera hubby sebab hubby kita kan sangat fussy bab food nie. Syukur hubby puji2 kata sodaaappp. Alhamdulillah.

Lepas nie, dah boleh buat lagi...

Oh, senang jer nak masaknya kan. Didihkan santan cair dengan gula melaka sampai gula hancur, masukkan durian dan santan pekat. Bancuhkan sedikit teoung jagung untuk beri kelikatan pada kuah. Masukkan secubit garam dan siap!

Alahai....anda semua pasti dah expert kan...?

.


Read More
Assalamualaikum.....


Ada suatu masa nie, Mommy bagi kita kulit wantan yang kering. Katanya kawan yang bagi. Kawan Mommy nie ada kilang perusahaan industri kecil yang memproses macam2 makanan tempatan. Kita memang tak pernah makan, apa tah lagi memasaknya. Tapi Mommy kata masak macam mee sup biasa. So, selepas bertapa kulit wantan tu dalam peti ais, kita decided untuk cuba masak. Memang teringin nak cuba, tapi asyik tak ada masa jer.

Hubby dengan Adam pun tak pernah makan dan diorang agak skeptikal sikit. Sedap ker nanti...?

Hasilnya, Alhamdulillah. Masak untuk makan lunch. Bertambah2 kami makan.

Kita just tumiskan sedikit bawang putih sampai wangi, kemudian masukkan air dan kiub pati ayam. Bila dah mendidih, masukkan batang sawi. Dah lembut batang sawi, baru masukkan daun sawi, kepingan kulit wantan dan crabstick.


Bila dah masak, perasakan garam. Terus hidang.

Nak makan, taburkan bawang goreng dan cedokkan sambal kicap. Bawang goreng, kita buat sendiri. Sedap sangat kalau buat bawang goreng sendiri.

So, sampai ke petang hubby dok tanya ada lagi tak sup nie.

Lepas nie kalau jumpa kat mana2 kulit watan nie, boleh beli. Senang sangat nak masaknya. Nak tambah udang ke, ayam ke, daging ke, ikut suka kita lah.




Read More
Assalamualaikum.....

Selamat hari Jumaat untuk semua. Kejap jer dah penghujung minggu kan...

Aduhh..tajuk di atas tu memang tajuk riak dan takbur kan...? Alahai, janganlah salah anggap. Tujuan kita adalah untuk menyatakan bahawa anda pun boleh memasak Nasi Ayam Hainan yang sedap. Err..kalau pun tak setanding dengan yang lebih sedap, tapi Insyaallah resepi ni akan diterima oleh selera sejagat.



Sebenarnya resepi nie adalah fusion (fusionlaaaah sangat..) dari hubby, mommy dan kita punya trial and error sendiri. Adalah juga start masaknya 5 tahun lepas, tapi secara aktif masak nasi ayam nie dari 2 tahun lepas.

Hubby tak berapa suka dengan nasi ayam Melayu yang ada kaler kuning tu. Dia and family in-laws suka dengan Nasi Ayam Hainan. Dan bila kita cuba masak, memang mudah rupanya. Dan memang sedap...

Ok, meh tengok resipi. Owh, resepi nie, untuk masak satu periuk nasi. Boleh makan sekeluargalah yer.


Nasi Ayam Hainan : Aziela


Nasi :
- 4 cawan beras (dibasuh dan direndam sekurang-kurangnya setengah jam dalam air biasa dan kemudian di toskan) - boleh guna apa-apa saja jenis beras.
- 4 cawan air untuk masak nasi (ikut jenis beras yer, kalau jenis yang perlu air banyak, lebihkanlah airnya)
- 1 labu bawang putih dicincang halus (kalau boleh jangan tumbuk dan sama sekali jangan blend)
- 4 helai daun pandan yang disimpul
- 1 kiub pati ayam
- 2 sudu butter
- 2 sudu minyak masak
- sedikit garam

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan butter dengan api sederhana bessar.
2. Tumiskan bawang putih sehingga wangi dan warnanya berubah menjadi kuning gelap. Hai-hati jangan sampai hangus.
3. Masukkan beras yang telah ditoskan dan gaul rata bersama daun pandan dan pati ayam.
4. Taburkan sedikit garam. Jangan banyak sangat yer, secubit pun dah cukup.
5. Pindahkan beras yang telah bersalut rata dengan bawang putih tadi kedalam rice cooker.
6. Masukkan air secukupnya seperti mana biasanya kita memasak nasi dan masaklah dalam rice cooker seperti biasa.
7. Jangan lupa kacau sedikit nasi bila dah kering airnya supaya gebu.

Sementara tu, mari siapkan bahan2 lain.



Ayam
2 ekor ayam yang dipotong 4. (Quarter chicken)
15 ulas bawang merah dihiris
5 ulas bawang putih dihiris
3 inci halia dihiris
2 sudu biji ketumbar disangai
2 batang serai dititik
2 sudu minyak masak
sedikit penumis (kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)
Sedikit kicap pekat, kicap manis, sos tiram, serbuk kunyit dan serbuk cili
Garam dan gula sebagai perasa
Air yang banyak.


Cara-cara:
1. Tumiskan dengan minyak bahan-bahan penumis dan kemudian masukkan 1/3 bawang merah.
2. Bila dah sedikit wangi, masukkan juga separuh bawah putih dan separuh halia. Tumis lagi hingga wangi.
3. Bila dah wangi, masukkan air yang banyak dan rebuskan ayam 2 ekor tersebut. Tunggu sehingga ayam masak, tapi jangan lama-lama sangat.
4. Biarkan air rebusan di dalam periuk tersebut dan matikan api. Toskan ayam yang telah masak tadi.
5. Bawang merah, bawah putih, halia, serai dan biji ketumbar tadi, ditumbuk halus.
6. Dalam bekas lain, gaulkan ayam yang telah ditoskan bersama bahan tumbuk, kicap pekat, kicap manis, sos tiram, serbuk kunyit dan serbuk cili serta garam dan gula.
7. Perapkan selama setengah jam.
8. Kemudian ayam tersebut bolehlah digoreng sekadar untuk menggaringkan bahagian luarnya kerana ayam tersebut telah pun masak.



Sup

- Air rebusan ayam tadi
- Beberapa batang lobak merah yang dikerat 4 atau 3 dan dibelah 4 atau 6.
- Beberapa batang celery, atau boleh guna daun sup.
- Bawang goreng.

Cara-cara :
1. Didihkan semula air rebusan ayam tadi.
2. Masukkan lobak merah dan batang celery atau taburkan daun sup.
3. Rasa garamnya.
4. Taburkan bawang goreng semasa menghidang.

Nota : Terpulanglah apa lagi yang anda suka untuk dimasukkan dalam sup ini, seperti kaki ayam, atau ubi kentang dan sebagainya.


Sos cili :
- 5 biji cili merah segar
- 7 biji cili padi merah
- 2 cawan air
- 1 sudu cuka atau asam limau
- Garam dan gula
- Setengah sudu tepung jagung yang dibancuh dengan 2 sudu air.

Cara-cara:
1. Blend cili merah dan cili padi sehingga hancur dengan air.
2. Masukkan dalam periuk dan didihkan.
3. Masukkan cuka atau asam limau dan perasakan garam dan gulanya.
4. Bila dah ok, masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul rata hingga didih.
5. Siap untuk dihidangkan.

Bahan ulam :
- Daun salad
- Timun yang dihiris
- Tomato hiris




Inilah hasilnya.... Memang sedap dan lembut. Wangi sangat baunya.

Nak sedap kan, bila nak makan, baru kita goreng ayam yang diperap tu. Wangi dan makan panas2 dengan nasi panas yang lembut, sup yang panas dan manis dengan rasa lobak merah serta sos cili yang terangkat tu.

Ok, kami agak kurang sambutan dengan sos kicapnya, sebab tulah kita tak buat. Tapi actually kalau anda nak kuah kicap pun, senang jer. Ambil saja beberapa senduk kuah sup, masukkan dalam periuk kecil. Didihkan dengan kicap pekat sedikit, kicap manis dan beberapa hiris bawang merah. Nak ada kick, tumbuklah sedikit cili, dan didihkan sekali. Mudah jer. Jangan lupa perasakan garam gulanya sekali.

Dah a few times masak di Melaka dan kawan2 hubby pun makan bertambah-tambah. Yang paling penting, ianya favourite Adam.

And, gambar di atas tu masa masak di PD untuk family kita. Takut juga sebab ayah tu pakar memasak nasi minyak dan yang seangkatannya. Tapi ayah approve.. Dia kat not bad at all... Syukur Alhamdulillah.

So, untuk yang nak masak special sikit kalau ada tetamu, inilah penyelesaiannya. Mudah dan cepat. Nampak jer berjela tu, tapi kalau masak nasi putih, lauk 3-4 macam pun, berjela juga resepinya kan.

Esok dah weekend, tak nak try ke...?


Read More
Assalamualaikum.....

Dah sarapan ke? Hmm, pagi nie, sebelum subuh lagi kita dah sibuk di dapur. Menyiapkan sarapan sebab hubby ada. Hubby akan ke China lagi pagi nie. So, dia tidur kat KL lah malam tadi sebab lebih mudah ke KLIA berbanding bertolak dari Kuantan.

So, sempena perpisahan sementara kami sehingga hari Sabtu nie, kita buat Nasi Goreng Udang Podeh. Sajer ada word Podeh tu sebab guna cili padi. Tapi tak letak banyak pun sebab takut hubby sakit perut pulak nanti. Sempoi jer pon, tapi Alhamdulillah, hubby makan lebih sikit pagi nie. Dia kata sedap. Maklumlah, dah lama tak makan masakan isteri. Kalau hujung minggu, hubby tak benarkan kita masak sebenarnya. Dia kata tak perlu susah2, masa pun limited, nanti jadi penat pula. Ha, sangat baik kan..? Cumanya, kita suka jer nak masak, walaupun x pandai. Dah ler x pandai, jarang pula masak, makin tumpul la skill jawabnya.

Oh yer, walaupun sepanjang minggu kami terpisah, tapi selalunya weekend mesti bersama. Oleh kerana weekend nie akan terbuang 50% daripada jumlah waktu tetap bersama-sama, maka ada sedikit rasa ralat dalam hati. Walaubagaimanapun, : Aku relakan kau pergiiiiii (sila ikut tonasi lagu Fauziah Latiff).

Ohkeyyy, cukuplah bebel kisah percintaan hujung minggu kami, meh tengok sarapan pagi tadi... Oh, kita sajer goreng sekali nuget ayam tempura tu sebagai side dish...


Nak resepi ke? Alahai...segannya nak letak sebab nasi goreng jer pun. Apa2 pun, bahan asasnya tetap sama. Mungkin cara masing2 berbeza, tapi kita punya cara memang common sangat.

Tapi, manalah tahu kalau ada yang baru nak cuba2 masak, bolehlah try cara kita nie yer. Inipun, mengenangkan seorang adik di opis nie yang akan mendirikan rumah tangga bulan hadapan yang sering bertanya tentang resipi dan gaya masakan kami kaum ibu. Katanya beliau tak pernah lagi nak masak2 bersungguh bagai. Tapi memandangkan akan melangkah ke alam rumahtangga, beliau harus bersedia. Lagipun, nanti masa Ramadhan kena masak untuk sahur kan..? Alahai...bebel lagiii... Jom semak resepi kita...

Nasi Goreng Udang Podeh

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi
beberapa ekor udang
1 biji telur
sayuran (kita guna kobis jer)

Bahan tumbuk :
10 biji cili padi
2 ulas bawang merah kecil
1 biji bawang merah saiz sederhana

Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara :

1. Tumiskan bahan tumbuk hingga kekuningan
2. Masukkan udang dan gorengkan dengan api sederhana selama 2 minit
3. Masukkan nasi dan gaul rata
4. Kautkan nasi ke tepi sedikit. Pecahkan telur dan kacau telur setempat. Agak2 telur dah jadi sedikit scramble, gaul rata dengan nasi.
5. Masukkan sayur, dan perisakan dengan garam.
6. Gaul lagi rata hingga sebati dan hidangkan.

See...sonang sangat kan..?
Read More
Assalamualaikum.....

Sebenarnya menu nie sangatlah ringkas, mudah di masak serta kosnya murah. Sedap pula tu. Sebab itulah Adam request menu nie. Dah 2 minggu dia sebut. Last2, kita masakkan juga Sabtu lepas. Kebetulan mommy masak kari kambing and Adam x makan daging lembu and kambing. So, kita tapau lauk kambing and masak sardin untuk dinner Sabtu tu.


Hahah... meja makan kat rumah tu, segala macam barang ada.. Makanan dah tentulah, dengan buku Adam, novel cinta mama dia..semua nak longgok kat situ gak..hehehehehe

Oh, Adam makan nasi sampai bertambah 2 kali dengan lauk nie. Puas betul hati dia. Cuma ralat sedikit, tak sempat nak masakkan cekodok untuk cicah dengan kuah sardin tu. Cekodok sebesen (saiz kecik jer lah..) pun boleh habis tau...

Nak resipi? Bolehh...? Sebab tak semua orang pernah makan menu nie. Ada yang pernah makan sambal sardin jer.


Masak Lemak Sardin dan Ubi Kentang


Bahan-bahan :
1 tin sardin (besar atau kecil, terpulang)
3 biji ubi kentang di potong baji (wedges)
15 biji cili padi
3 ulas bawang kecil merah
2 cm kunyit hidup
1 keping asam gelugur
Santan
Garam

Cara-cara :
1. Tumbuk kunyit hingga lumat. Kemudian masukkan cili padi dan tumbuk lagi hingga lumat. Masukkan pula bawang merah kecil dan tumbuk pecah2 saja.
2. Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan renihkan dengan api sederhana.
3. Setelah santan mendidih, masukkan ubi kentang. Gaulkan kuah di dalam periuk selalu agar santan tak pecah. Kecilkan api jika perlu.
4. Bila ubi kentang dah empuk, masukkan asam gelugur dan sardin berserta dengan sosnya kedalam periuk. Gaulkan sebati.
5. Perasakan dengan garam. Renihkan lagi 2-3 minit.
6. Hidangkan dengan nasi putih, atau cicah cekodok...


Senang kan..? Tak sampai setengah jam, dah siap terhidang.. Ada orang pula, kalau dapat makan lauk nie, ada pulak ikan kering bulu ayam yang digoreng garing, memang lajulah suapan mereka. Hwever, hubby kita x berapa gemar menu nie. Adam jer yang suka... Kepedasan, kepekatan kuah dan banyak mana kuah sebenarnya boleh disesuaikan mengikut citarasa anda...

Selamat mencuba..
Read More
Assalamualaikum.....


Lauk pada salah satu weekend yang lepas. Lauk simple. Bahan2 yang mudah dan cara masak pun mudah. Siapa kata memasak gulai mcm nie susah kan... Erkk, tapi nampak pucat jer kan...? Anyway, memang laku betul lah. Hubby suka makan dengan gaul kicap sikit and Adam pula, makan begitu jer dengan nasi.

Resipi? Mak aihh..sonang yang amekk...

Ayam ikut suka banyak mana, santan ikut nak kuah banyak mana. Yang penting mesti ada cili padi, serai dan kunyit hidup. Tumbukkan semua hingga betul2 lumat. Biar biji2 cili tu sekali hancur kita tumbuk yer. Stail kita masak pula, nenek pesan, tumbukkan sekali 2-3 ulas bawang merah kecil untuk tambah perisa. Jangan lupa 2-3 batang serai yang agak besar, tumbukkan pecah2 sikit. Anyway, resipi original orang N9, tak ada bawang tau....

Jangan ditumis bahan tumbuk, sebab cara N9 masak, tak ada tumis2. Masukkan potongan2 ayam yang dicuci bersih dalam periuk, curah semua bahan tumbuk atas ayam tu, dan tenggekkan atas api. Ini kita panggil, kecutkan ayam dalam periuk. Jangan tambah air atau apa2 pun. Just keringkan air ayam dan dari bahan tumbuk tadi tu. Gaul2 sikit. Bila dah kering air, baru masukkan santan cair. Gaul dan biar mendidih. Bila dah start mendidih, masukkan ubi kentang, asam keping dan garam. Lepas tu dah tak boleh stop kacau yer. Api kasik kecikkan sikit, gaullll jer sampaiii betul2 masak. Lagi lama kacau kuah atas api slow, lagi sedap jadinya sebab kuah dan isi ayam sebati. Agak2 10-15 minit sebelum angkat, masukkan santan pekat. Kacau lah hingga ayam masak, hingga kentang empuk.

Siap..boleh hidang...

Masak nie untuk lunch. Kebtulan tak masak banyak sangat pun. Tinggallah 2-3 ketul jer balance. Ingatkan nak masak lain untuk dinner. Tapi malam tu Mummy dengan Ba (parents in law) singgah rumah, terus dinner. Kelam kabut kita siapkan lauk lain, tapi lauk nie juga yang dicapai dulu oleh mereka. Hmm..tandanya sedaplah kan... So, boleh lah masak macam kat atas tu...

Selamat memasak....
Read More
Assalamualaikum.....


Makan seorang diri. Tak nak masak, tapi kena paksa diri bermesra dengan senduk dan kuali. Tapi idea dah tak ada, plus nak makan yg ringkas. Jadi masak tengah goreng ikan, hiris bawang besar, bawang putih dan kicap. Ikan dah masak, campakkan bawang dalam sedikit minyak goreng ikan. Kita plak main campak jer cili padi bulat2 tu. Tak ketuk, x hiris, x tumbuk. Agak2 dah garing, titiskan jer kicap ikut suka dalam bawang tu. Dah siap, ceduk bawang dari kuali, selimutkan pada ikan goreng.

Kadang2, selera orang tua macam kita nie nak yg simple jer. Owwhh..sedihnya rasa dah tua nie...
Read More
Assalamualaikum.....


Dah lama tak berentry makanan kan......

Sajerlah nak tepek story pasal maggie goreng sayur yang sempoi nie. Maggie nie kita masak pada jam 3 pagi, iaitu menyambut kepulangan hubby ke Melaka dari Kuantan. Hubby drive jauh kan...penat2 kerja dari pagi sampai ke malam, habis kerja terus drive ke Melaka, mestilah dia penat dan lapar. Kita gandingkan dengan air nescafe panas. Tak ada isi ayam, daging atau seafood pun. Memang purposely masukkan sayur yang banyak dalamnya untuk memudahkan penghadaman. Maklumlah, dah masuk awal pagi kan.... Perut pun nak rest juga...

Anyway, resipi sempoi :
Maggie perisa ayam 2 bungkus
Air masak 2 gelas
Telur ayam sebiji
Sayur sawi 2 tangkai
2 sudu minyak untuk menumis

Bahan tumbuk :
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah besar saiz kecil 1 biji
Cili hijau 2 biji (kita letak cili padi 6 ulas)

Cara-cara:
1. Tumiskan bahan tumbuk dalam minyak sehingga wangi.
2. Masukkan tangkai sawi dan gaulkan dengan bahan tumis hingga sedikit layu.
3. Masukkan air dan biar mendidih.
4. Masukkan satu peket perencah mee segera perisa ayam dan gaulkan hingga sebati. Tak perlu letak garam lagi. Tapi kalau tak nak guna perencah, masukkan sedikit garam dan satu sudu kecil serbuk pati ayam.
5. Bila dah sebati, kecilkan api dan masukkan telur, mee segera dan daun sawi.
6. Gaulkan sekali sekala sehingga mee agak2 lembut. Teruskan goreng sehingga kering airnya.
7. Tutupkan api dan hidangkan panas2.

Ha, senangkan.....

Memang sedap dan menyegarkan....

Hubby dengan Adam memang suka sangat kalau dapat makan nie. Tapi tak boleh selalulah kan.... Be moderate....

Selamat mencuba semua....

Read More
Assalamualaikum.....

Ini adalah percubaan pertama kita. Kita create sendiri2. Tapi bila makan, alamak..sedaplah. Memang boleh jadi resipi. Asalnya, bahan2 nie kita buat untuk perap ayam agar jadi ayam goreng berempah versi diri sendiri. Ternyata sedap. X snap pula gambar ayam. Nantilah next time. Cuma silapnya ialah minyak overdose pula. So, next time, kena guna minyak yg sangat sedikit. Maklumlah, experiment. Meh tengok resipi.

Bahan A :
2 sudu besar ketumbar biji - Sangai hingga garing sedikit
3 ulas bawang putih ( jangan buang kulit hingga habis )
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili padi

Bahan B :
1 sudu besar mayonis
1 sudu besar serbuk cili

Bahan C :
Minyak untuk menumis
Garam sebagai perasa

Cara-cara :
- Tumbuk ketumbar dan cili padi hingga lumat.
- Campurkan selebihnya bahan A dalam cili padi dan tumbuk hingga hancur. Jangan tumbuk lumat bawang2 tu. Biar kasar2 sikit.
- Campurkan bahan tumbuk dengan Bahan B hingga sebati.
- Tumiskan dan goreng hingga masak. Perasakan garamnya.
- Kalau nak garing boleh, nak basah2 pun boleh. Tapi sambal nie takkan jadi garing sangat sebab ada mayonis.
- Makan dengan ikan goreng dan sayur rebus2. Memang berselera betul.

Bolehlah cuba kalau sesiapa yang minat pedas.

Selamat menjamu selera.
Read More
Assalamualaikum.....


Ini adalah nasi goreng biasa2, kita masak untuk dinner. Stail N9 la sbb tumbuk cili padi. Oh yer, ada sedikit belacan, tak ada ikan bilis. Yg lain2 bwg merah dan garlic mcm biasa. Sayur pun kacang panjang dan carrot yang di hiris serta sausage ayam yang didadu.

Try jer letak 3 hiris bwg mentah. Bila dikunyah seperti ulam di samping sepotong ikan tenggiri goreng garing, sedap rupanya.

Oh yer, guna beras herba ponni. Berderaii jer..
Read More
Assalamualaikum.....



Wah, hari nie kita bawak bekal ke opis. Semalam balik kerja lewat sikit. Entah mcm mana, ter rajin pula nak masak memasak malam tadi. Bukan apa, mengenangkan ikan tu. Nnt lama2 dlm icebox, tak sedap pulak kan. Kacang panjang pun x boleh simpan lama. Teringat dulu masa kecik2, nenek selalu masak lauk nie. Tapi dah dewasa nie, jarang pula jumpa masak lemak campur kacang panjang.

Kelentang kelentung la kita menumbuk malam tadi. Dah siap semua, goreng pula ikan masin sikit. Nak tidur, baru tenggek nasi sikit.

Memang nikmat sungguh makan lauk nie tadi. Tambah pula ada ikan masin seketul. Inilah yang hubby jeles nie. Tak perlah papa. Nnt balik Melaka kalau ada masa, mama masakkan yer...

Tak perlu resipilah. Semua org tau nak masak lemak cili api mcm mana. Simple yang amat. Ha...nak tau? (Eh...kita perasan).

Anyway, tumbuk jer cili padi dengan kunyit hidup, masukkan dalam periuk dengan santan. Dah didih, masukkan ikan dengan asam keping. Guna api kecil, sentiasa kacau kuahnya supaya x pecah minyak. Perasakan. 2 minit sebelum tutup api, masukkan kacang panjang.  Tapi yang nie, kita tumbukkan bwg merah 2 ulas, style nenek.

You all makan apa?

P/S : Kita minum dengan air teh Kak Jee. Sedapnya...rasa apple dan cinnamon.
Read More