Assalamualaikum.....

It's Wednesday, so the words are going to be minimum today. Enjoy the pictures...!


Salmon sashimi at Lexis Hibiscus

Smoke Salmon from Hibiscus as well...

Udon from Hibiscus

baked cheese oyster of Hibiscus too

Bento set of Grand Lexis

Grilled Salmon of Grand Lexis

Sashimi set of Grand Lexis


Following pictures are from Allson Klana, Seremban






So and so...nothing could really WoW us...

Read More
Assalamualaikum.....

Aihh...ramai blogger dah share sebenarnya. Tapi takperlah, saya share saya punya experience pula. It might not be as interesting as others, but well...this is my blog anyway. Please hang on, ok.

Kami ke sini selepas hubby habis kerja. Agak lewat. Dah melepasi jam 10.00 malam. Hari Jumaat minggu lepas. Tapi mak oii...penuhnya food court Santai Corner tu. Ramai family group yang datang. Hubby pula nak makan bubur nasi D'Laila. Tekaknya tak berapa sedap. Tapi saya nak cuba beranikan diri memberi satu peluang lagi kepada telur ikan mayong kalau boleh. Dulu saya dah cuba megi telur ikan mayong, tapi saya tak boleh telan sebab bau hanyir. Tak terkunyah pun. Tapi this time kalau ada, saya nak cuba masak lemak dalam claypot tu.

Ditakdirkan, telur ikan mayong tu habisss.....

Tapi ada telur ikan tenggiri...hehehe...my fevered, you...

Set nasi dengan masak lemak telur ikan tenggiri. RM14.00

Telur ikan tu dimasak dengan kacang panjang.

Well, perfect masak lemak. Kuahnya pedas, tapi bukan membunuh. Santannya pekat tetapi bukan likat. Santan pun elok tak pecah. Ada pula kacang panjang yang terasa segar walau dah lembut. Kacang panjang tu pun jadi moist. Bila kunyah, terasa kuah tu memercik dalam mulut kita. Foremost, ada helaian daun kunyit. Harum dan memanggil selera untuk mengadap dia.

 Telur ikan tu pun terasa segarnya, kenyalnya and bila kunyah, telur2 ikan tu berderai dalam mulut kan. Lemak rasanya. Biji2 telur yang halus tu pun berselerak jer dalam mulut. And bila next suapan...nasi, telur ikan, kuah, telur masin..semuanya ber'fun fair' dalam mulut. Ha, korang pernah rasa dalam mulut ada fun fair? Kalau tak pernah, kena try menu ni...hehehe

Ada pula salad segar sebagai ulam sampingan. Ada telur masin yang lagi menambahkan 'kick' hidangan tu disamping sambal belacan. Tak perlulah sambal belacan itu. Hidangan yang ada tu pun dah perfect dah.


Hubby pula nak cuba mee udang.

Order yang medium jer, sebab hubby nak makan bubur. And memang tekak dia sedang tak sedap, so dia kata dia tak rasa mee ni sedap. Walaweh...sedap hokeyyyy!!! Kalah Kuala Sepetang tau (err...mak tak pernah makan kat K. Sepetang sebenarnya, nokss)


Makanan orang sakit tekak, bubur juga lah yang diselerakannya. Eh, saya yang sihat walafiat tekak dan usus ni pun rasa sedap makan bubur tu. Memang tak mengecewakan.

Cuma...cuma....

Lauk sampingan untuk bubur ni, dipamerkan tanpa bertutup. And bila kami dah habis makan, eh..Nampak pula lalat hinggap. Aduhaiii....bubur dah masuk perut pun. Tapi tunggu sampai esok, ok jer tak der cirit birit...Alhamdulillah, selamat.

Kak Laila, bubuh la lauk bubur dalam tray yang bertutup kaca jernih tu...saya rasa lagi ok kot kan...

Anyway, saya teringat makan bubur nasi di Kg Baru KL. Dia siapkan bahan2 mentah jer. Kita pilih, dan kita request nak masak apa bahan2 tu. So, bubur tu dimakan dengan lauk sampingan yang panas2 baru digoreng.

Again, ini hanyalah pandangan peribadi saya...



.
Read More
Assalamualaikum.....

Adik saya dilamar tahun lepas. Kami gembira untuk dia, disamping risau juga. Tak nak dia melalui pengalaman perit lagi. Kesian dia.  Lama dia diuji, lama dia bersabar. Harapnya kali ini dia jumpa kebahagiaan hakiki itu.

Lalu, keluarga pihak lelaki, datang dari Penang masa cuti Krismas untuk berbincang. Sekali dgn sarung cincin. Tapi ayah kata tak perlu dulang hantaran dan majlis. Ini hanya pertemuan ringkas. Kami masaklah sikit...


Kurma ayam

Sambal tumis udang dan 
petai

Kacan buncis goreng

Kuih bakar pandan

Cheese tart

Muffin coklat

Kuih muih tu order jer. 


Dah termetri janji. Alhamdulillah. Adik saya baju kurung purple.

In sya Allah majlis pernikahannya bulan Mei nanti. Katerer juga la. Kami dah tak larat nak buat sendiri semua. Yg penting, majlis tu direstui...

Amiin.


.
Read More
Assalamualaikum.....

Weekend panjang yang lepas, sempat lagi hubby pergi memancing dengan kawan-kawannya. Saja nak baling2 joran jer. Mereka memancing di tepi tambak laut dekat tapak lama Eye on Malaysia tu.

Tak sangka pula dia bawa balik ikan siakap ni. Tak ada lah besar sangat. Dalam setengah kilo ada lah...

Tapi seronok juga. Kalau tak tu, selalunya dapat ikan gelama besar 2 jari jer. Letih nak siang.


Ikan yang baru dapat
 

Dah siap siang dan kerat. Minggu ni baru nak masak dan bawa ke asrama untuk dimakan dengan Adam.

Tu diaaaa......
 
 
 

Read More
Assalamualaikum.....

Dah sudah cerita pasal reunion dinner a.k.a. makan besar, sampailah waktu hari rayanya...

Tahun ni, CNY agak meriah sikit sebab Uncle Ah Seng dan anak beranaknya beraya bersama kami. Selalunya dia raya di KL dulu. Sayangnya, Uncle Chin Hock dan Aunty Sharon dah migrate ke Australia. Wish mereka dalam whatsapp jer la...

Pagi raya, kami ke rumah Uncle Ah Huat dulu. Anak lelaki sulong dalam keluarga, biasanya memang disitulah tempat berkumpul.

Tahun ni, Aunty Ah Lan order set nasi lemak dengan kuih muih dari seroang makcik di Ayer Keroh tu. Memang kalau makan hari tu, semua pun kena makan Muslim food sebagai menghormati kami sekeluarga. Tapi diorang semua pun ok jer...enjoy jer makan.

Oh, Aunty Ah Lan ada maid muslims. So, dia memang ada pinggan mangkuk dan peralatan yang khas untuk muslims. Kuali dan periuk semua pun siap. So, bila ada occasion macam ni, pakai set yang tu lah. Tapi takder maknanya nak masak2. Selalu memang senang order jer terus dari mana2 caterer Islam.



Nasi lemak rendang ayam makcik ni memang sedap betul

Semua pun ada. Separuh ada kat luar, melawat kebuh Uncle Ah Huat. Hubby dapat buah mangga giant dari Uncle.

Si manja Cayern dengan makcik bongsunya, Yvonne.

Lau Pan meh...


Tuan Tanah dengan anak bujang

Makan, take turn. Ini family Aunty Nyaros pula...

 
CNY dengan hari raya kita, tak sama. Chinese, celebrate more with family saja. Lepak, catch up news and beraktiviti dengan close family. Makan pun order yang simple2 jer. Yang penting, bagi meriah2 dengan family. So, relax. Ada juga family cousin Mommy yang havoc. Meriah sangat sebab ada ramai budak kecik. Seronok tengok.
 
 
Tapi kalau raya puasa...tak kering tangan kita semua kan... Tengok periuk pun rasa nak nangis letih. Tapi saya rasa raya kita..lebih meriah. Lebih terasa rayanya tu. Sebab tu lah bila hari raya, rumah Mommy penuh dengan saudara mara Chinese. Lagipun, di Melaka, hanya Mommy yang tinggal yang dah masuk Islam. Cousin Mommy yang masuk Islam yang lain2 semua di luar Melaka. 
 
 

So, tahun ni CNY more with close family. Extended family, kami agak skip sikit, sebab ada cousin Mommy buat open house second daynya. Cuma saya sekeluarga tak dapat hadir sebab nak kena hantar Adam pulang ke asrama. Yer, MRSM cuti sampai Selasa jer. Kenalah patuh dengan peraturan sekolah, kan.

Next year, ada umur..boleh berkumpul lagi macam ni.


.
Read More
Assalamualaikum.....

2 malam sebelum CNY yang lepas, saya dan hubby pergi ke rumah Aunty Nyaros, kakak Mommy yang sulung untuk hantarkan hamper. Kami tak pernah pun bagi, tapi tahun ni ada kelapangan, ada rezeki dan kami rasa dah sampai masanya untuk kami jadi 'orang tua' dalam keluarga pula.

Mommy dah call Tanya Aunty Nyaros ada kat rumah tak. Bila confirm dia ada, baru kami bergerak. Tapi dia pula tak henti2 Tanya pukul berapa kami nak sampai...

Rupa2nya ada pre-CNY dinner untuk adik beradik Mommy. Since Mommy seorang saja yang convert, maka tak lah kami dijemput. Harap maklumlah makanan diorang kan...


Cayern Goh, si kecik yang dah almost 2 years old. Bukan main manja lagi dia.

Budak 2 orang ni dah tentu ada jer menempel..

Rupa2nya cousin hubby, si Danny dah belikan kami fast food. Wanita yang berbaju putih di kanan itu ialah isteri Danny. Saya tak ingat nama dia...baru jumpa 2 kali sebab dia kerja di Johor dan dia orang dari Tanah Besar China. Jadi, perbualan sangat terhad. Dia pun macam malu2 sikit. Yer lah, tak biasa. Anak dara kecik tu, anaknya. Angelina, sebaya dengan Cayern juga.

Nampak tak Mommy dengan Aunty Nyaros happy...



Kami hantarkan ini. Nak pilih hamper pun susah sikit sebab kebanyakannya ada botol alcohol.
Yang ini, kami pilih hamper untuk makanan kesihatan.
 
 
 
Segan pula rasanya menerjah masa reunion mereka. Tapi bagus juga, sebab bila dah besar2 ni, hubby dengan cousin2 dia agak renggang. So, bila jumpa balik..Nampak sangatlah terujanya masing2.
 
Saya?
 
Puas menghafal nama dan rupa...
 
Dan...
Saya tetap tak mampu nak ingat semua juga...
 
 
.
 
.

Read More
Assalamualaikum.....

Kalau dulu, bila cuti panjang ni, kami selalu travel. Tapi sekarang takder lagi dah. Though seronok juga, tapi rindu la juga sesi jalan2 honeymoon tu. Masuk tempat orang, cuba produk tempatan dan belajar perkara baru.



Trip ke Kerteh yg lalu, saya dapat makan gulai ikan sungai ni. Lupa pula nama ikan..gawai ke..apa entah. Tapi bukan Krai. Sedap. Cuma kurang enjoy sebab makan kelam kabut.

Tapi sekarang dah jarang travel. Hubby dah tak nak layan saya. Tapi saya tahu, sebenarnya dia penat. Dia yang selalu turun naik kapal terbang atas urusan kerja. Saya yang kena tinggal. Tapi bila saya nak pergi sendiri...dia merajuk la pulak.

Ok, mak sedih. Mak pula nak merajuk. Sob..sob..



.
Read More
Assalamualaikum.....

Cuti panjang ni kan. Utk yang bekerja hari Ahad, sambung AL, dah cuti 5 hari kan. Mesti ramai yang pergi jalan2 kan.

Tahun ni family hubby tak ramai yg ada. Yang nenek2 ramai dah mati. Sorang2 pergi meninggalkan kami. Yang makcik pakcik pula ramai yang dah berhijrah. Malaysia terlalu menyesakkan. Tapi persediannya sudah 10 tahun awal lagi dibuat.

Ekonomi gawat, so no baju baru tahun ni. Sekejap jer pun.

Oh...enjoy the family time.... friends.
Read More




Note: He went to Shanghai for business. He got me this. Love it soo much.
Read More
Assalamualaikum.....

What makes oil n gas industry among the highly paid industry?

They work under the fire, among the pressures above the rough sea 

They have to work no matter in what weather and condition, unless the rig is about to explode.

And they could only land on the platform by hanging on to a basket such as the abobe, or do the monkey swing for a smaller platform.

But no, the pay is not as high as the main player in the industry.

But we survive...

And we have to keep on fighting confronting the challenges...

Chaiyokkk.


Read More