Assalamualaikum.....

Memang pelik kan tengok gambar tu...

Nothing much pun sebenarnya.

Itu sebenarnya adalah manik2 yang terlekat pada fabrik kain baju kurung yang luruh atas kerusi kita di pejabat.

Itu jer..


Sebenarnya kita nie memang jenis yang agak ganas sikit. Hubby selalu tegur. Cuba kalau nak duduk tu, elok2. So, memang tak berapa suka sangat pakai baju yang ada manik2 nie. Tapi most of baju kurung kita, semuanya hubby yang pilih dan belikan, so pasrah jer lah.

Tapi tu lah, habis segala manik2 tu tanggal.

Nak buat macam mana, dari kecil lagi kita nie memang agak lasak sikit. Duduk dengan atuk nenek di kampung, kawan dengan budak2 kampung so macam2 aktiviti yang kita buat. Itupun untung gak sebab pandai pakai kain batik kat rumah hasil paksaan nenek sejak umur 6 tahun.

So, kerusi kat opis tu akan sentiasa dapat 'runtuhan' manik selagi baju kita ada manik. Hehehehehe....
Read More
Assalamualaikum.....


Read More
Assalamualaikum.....

Kita pasti ramai yang dah berkenalan dengan kamera2 AES kan. Samalah...kita pun dah bermesra2 dah dengan kamera2 nie.

Salah satu laluan rutin kita ialah PLUS Highway dari KL menghala ke Selatan sebab nak balik PD atau Melaka. Begitulah juga sebaliknya.

Salah satu kamera yang dipasang ialah sebelum fly over exit ke Kajang dari selatan ke KL.



Gambar2 fresh, kita snap sambil memandu pagi tadi. ( Err, Cik Ros, akak belum belajar lagi nak tepek benda tu kat gambar..uwaaa!)

Di kawasan nie, had laju yang dibenarkan ialah sehingga 90km/j saja.

Untuk pemandu2 yang dah biasa melalui jalan nie, memang dah faham sangat. Daripada Bangi lagi, yang daripada 130km/j tiba2 terus brekkkkkk kereta sampaiiilah kelajuan turun ke 90km/j. So, daripada Bangi lagi, memang berderet lah kereta2 brek sana sini. Hiihhihi.

Tapi, di kawasan kamera nie, semuanya bawak berhemahhh sangat. Macam kambing beratur nak masuk kandang, elokk jer bersusun bumper to bumper bawak antara 60 ke 80km/j. hehehehhe. Even lane kiri sekali pun kosong. Punyalah x nak dekat dengan kamera tu. Kelakarr sangat.

Tapiii, bagi yg tak tahu, memang sedapp jer kilat flash kamera memancar2. Tak pernah lagi kita lalu sini, kamera tu tak berkelip flash nyer. Pasti ada kereta yang laju melintas dia. Dan kita dalam kereta memandang flash tu dengan gelak ketawa. Hehehehhehe..

Bukan gelakkan apa...

Biasanya drivers memang dah tahu area situ strictly 90km/j saja. Even sebelum ada kamera pun, polis2 selalu jer bertenggek bawah flyover tu. Tapi ada sesetengah driver nie memang sangatttt degil. Nak juga mencabar undang2. Ha, hambekk... Glemer kat database JPJ dengan polis kan...

2 hari lepas, ada konvoi kereta2 seangkatan dengan Porsche, Ferrarri, Mazda dan macam2 lagi..dalam 7 buah dan kesemuanya dari Singapore. So, apa kelas kereta sporty dan mahal nak bawa 90km/j kan...? Berdesuppp jer semuanya rempit.

Kamera AES pun apa lagi, flashnya menyala tanpa hentilah....

Dan kita tetap tergelak sorang2 dalam kereta...


Read More
Assalamualaikum.....

I did mention about we in the office worked together to update our files HERE.

Thus, the papers that we do not need anymore need to be dumped. Hey..! Don't just throw it away. It values something. Yes, we called up a recycling vendor, the olllddd newspaper lorry to collect the papers in our office and the office can gain some money. At least we can buy goreng pisang to eat together in the evening.

So, the guys came and they brought 2 trollies.


Please ignore the bull....


Secured on the trolley..


It came up to a few ringgit. Not much but its enough to buy the goreng pisang.

Can you guess how much that we earned?

Read More
Assalamualaikum.....

Tak ada cerita sangat tentang Aidil Adha. Biasalah, di selatan tanah air, sambutan Aidil Adha biasanya hanyalah sekadar lepak2 satu family sambil bergosip. Tak ada ziarah2, melainkan kalau ada buat korban, busylah sikit kot kan...

Sajer lah nak cerita pasal trip siblings kita ke rumah kita sebelum raya hari tu. Diorang pun datang nak relax, so main activity ialah melapangkan fikiran.

Nenek kita pun ada sama. Nenek memang manja dengan kita dan adik beradik berbanding dengan cucu2 lain. Maybe sebab kami yang paling dewasa kot.

Adik2 kita datang Saturday petang and balik ke sarang masing2 on the next daynya. So, first group sampai ialah adik lelaki kita. Dia plan nak bawa family dia mandi manda di Wet Land Ayer Keroh tu and ajak kita and nenek sekali. Masalahnya, hubby tak boleh lasak2 lagi sejak buat Nucleoplasty tu and nenek of course takkan bertahan di bawah terik matahari. Nenek pun dah berumur 85 tahun this year. Syukur Alhamdulillah dia masih boleh berjalan lagi walaupun sesekali dipimpin oleh Adam selaku cicitnya.

So, the best place to go is shopping complex. Hehhehehe. Nenek memang suka shopping and hubby pun sama. And adik kita pun tukar plan ikut sama. Berjemaah lah kami ke JJ Ayer Keroh tu. Saja ke situ sebab tak crowded sangat.

Nenek.....


My bro dengan anak2nya

Adam melayan cousin kesayangannya, Adlina

Kami melayan children di playground/theme park tu jer. Nenek pun dapat duduk dan rehat, hubby pun dapat rehat juga. Adik kita pun amanlah sikit nak shopping2 dengan wife dia.

Lepas habis shopping, kami balik rumah. Rehat dan masak. Masak mee kari jer. Tapi sebab semuanya kenyang lagi, tak nak dinner dulu. Malam tu kami plan nak feeling romantik2. So, lepas solat, terus berkonvoi ke Taman Rempah, Melaka. Parking dan terus beli tiket untuk River Cruise.

Nice. Orang tak ramai sangat. Tak perlu beratur lama dan panjang. Walaupun dah a few times naik River Cruise Melaka nie, tapi everytime naik, mesti rasa sangat excited. Pemandangan di seluruh tebing sungai yang dihias indah memang sangat menakjubkan. Ada juga penerangan dari River Cruise tentang hostorical places di sepanjang tebing sungai in dual language. Tapi, kitalah yang jadi tourist guide tambahan. Explain dekat adik beradik kita jer, but rasa dan perasan juga orang2 keliling tu macam pasang2 telinga juga. Hihihihi.

Kita strongly suggest, naik River Cruise waktu malam. Kalau siang, panas and scenery dia tak sedramatik waktu malam. Waktu malam lebih feel lagi. Seolah2 tenggelam di zaman Belanda, di zaman Hang Tuah. And one more tips, jangan duduk di hadapan bot. Nanti terpercik air sungai yang baunya...errrmmm...'haruuummm'.

Kalau duduk lama lagi, boleh bawa ke tempat lain pula. Tapi, setakat limited time tu tak banyak sangat places boleh pergi.



My 3rd sis, Yana with beloved hubby

Abang Ngah with his family

Adam's happy face

Blurry image of Cawannn Berrpusingggg!


Last sekali, lepas river cruise, kami beramai2 pergi massage pula di Topic Healthcare Centre di Malim. The whole kedai tu kami booking for our own family jer. Ha, baru meriah.... Dah booking manager dia siap2 dah sebab hubby member kedai tu and kami boleh dikatakan regular juga. Bawa parents untuk massage, bawa family, bawa friends. Something nice to relax. Massage pun, ada yang nak full body massage, dan ada yang nak reflexology. Biasanya mak dan mommy suka body massage, tapi yang men nie suka reflexology.

Tiba di rumah, kami yang adults nie sambung gosip2 di meja makan sambil mengunyah2 di tengah malam (owh, sungguh unhealthy..) dengan aman damai sebab children semua dah hanyut.

So, satu hari dapat 3 palces jer untuk cover, walhal Melaka ada banyak sangat places of interest. Next time ok.... Kena spend masa lama sikit lah....

Siapa yang x pernah ke Melaka lagi...?

Read More
Assalamualaikum.....


Selamat Menyambut Hari Raya Korban.

Rasanya tak perlu dihuraikan di sini. Semua orang dah faham apa maksud korban di sini. Banyak konteksnya. Dari kecil kita dah disajikan dengan penjelasan korban. Maka, korbankanlah apa yang boleh untuk kebaikan.

Bagi yang dah cukup umur tu, hati2 makan daging. Level kolesterol kita x nak mencanak naik pula lepas nie..


Read More
Assalamualaikum.....

Pernah cerita pasal makan di Windmill a few times dalam blog nie. Tapi nak linkkan semula, mcm susah pula nak cari. Nanti nak minta tolong Cik Rose lah, hehehehhehe.

So, memang kalau nak makan western yang sedap dengan harga yang sangat berbaloi, kat sinilah kami datang...

Adam dah lapar, tu yang muka ketatt jer tu.


Ok, minum air papa dulu. Basahkan tekak dulu. Carrot Juice Giant.


Air omak eh. Apple juice no sugar with Asam Boi


Vanila Milk Shake fav Adam. At last sampai juga.


Potato Salad fav hubby

East meets West. Nasi goreng cili padi and lamb chop. Mama punya.


Windmill Special Mix Grill. Hubby's


Adam's. Spagheti

As usual, satisfying.

Eh, nak raya nie tak adalah makan western kan. Unless ada yang buat BBQ daging korban kan. Yummm!

Read More
Assalamualaikum.....

Rasanya, nak selitkan cerita tentang sambungan perkembangan diri kita sejak zaman sekolah. Perlu sedikit peringatan sekali sekala tentang bagaimana kita sampai di sini sekarang.

Selepas tamat sekolah, habis SPM, jadi guru ganti dan suri rumah sepenuh masa, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita di tawarkan ke pusat matrikulasi. Masa zaman tu, matriks adalah mengikut universiti. Bukan matriks bersepadu seperti sekarang. Meaning, kalau masuk matriks UiTM misalnya, secara automatik kita akan tamatkan ijazah di UiTM juga. Contohhhh jer, sebab masa tu UiTM tak ada matriks pun. Nak masuk UiTM, sama ada kena ada STPM ataupun buat diploma dulu. Kalau x silap lah...

Anyway, bila dah menjejakkan kaki di matriks, satu agi pengalaman baru.

Of course ada rakan2 sekolah yang sama2 dapat di matriks tu. Tapi di sebabkan kami dapat bilik dan asrama yang berlainan, maka pergaulan kami harus diperluaskan dengan rakan2 baru yang lain.

Tak tahu kenapa, tapi rasa lebih bahagia di sini. Tapi, 1st year masuk, dah di lantih jadi Naqibah untuk usrah group. Aduhh, beratnya.. Bukan tugasan tu yg berat, tapi nak mendidik diri setara dengan jawatan tu yang berat. Sedar yang kita masih belum layak untuk jadi pemimpin muslimah lagi, kita mohon letak jawatan. Walaupun berkali2 ditolak permohonan, akhirnya mereka akur setelah kita berkeras. Maaf, belum bersedia. Masih dalam lautan yang nak diduga sedangkan kail hanya sejengkal.

Banyak dugaan yang datang pada waktu nie. Menyesuaikan diri dengan syllabus pelajaran dan jadual yang berbeza. Persahabatan yang sangat dihargai sehingga sekarang dan kita pula diuji dengan masalah peribadi sehingga jatuh sakit. Kasihan mak dan ayah. Turut sama susah hati, bawa kita ke sana dan kesini untuk mendapatkan rawatan. Sehingga ke tahap ustaz yang mengajar kita syariah masa di sekolah turut campur tangan untuk kami teruskan berjuang mendapatkan rawatan.

Setelah setahun usaha mak dan ayah, Alhamdulillah akhirnya kita sembuh. Antara pengalaman yang paling pedih, pahit dan hitam dalam sejarah hidup kita. Walaupun orang yang terlibat tidak memohon maaf dari kita, tapi kita maafkan mereka. Semoga mereka berbahagia hingga ke syurga. Cuma, rasa ralat dan rawan dalam hati tetap melekat. Hanya kerana sayangnya kita kepada mereka semua.

Tahun ke-2 matriks, selepas sembuh dari sakit, kita bangkit kembali. Tinggalkan sejarah itu, tutup semua keperitan dan mula membina semula diri yang baru hendak tegak. Kita dapat masuk jadi AJK untuk minggu silaturrahim pelajar2 baru. Dah seniorlah katakan...ye tak? Seronok sangat, sebab kita jadi AJK Welfare. Suka tau, manja2kan orang sakit. Dan semuanya berakhir dengan baik, dan kita gembira.

Alhamdulillah...


Gambar blurr sangat. Tapi itu jer yang dapat kita snap dari album. Heheheehe. Kita diri sebelah kiri yang tinggi tu. Sedang memeluk first aid kit. Memang kemana2 kena bawa. Nyawa kami first aid nie. Sampai sekarang, apa2 saja function, memang kita sukaa sangat dengan first aid.

Lepas dari ini, kita takut2 berani join program lain. Apa itu? Nantilah next entry yer...


Oh, kalau nak baca yang lepas2, boleh klik link kat bawah nie...

1. http://therainbowjourney.blogspot.com/2012/10/terjumpa-kenangan-zaman-sekolah.html

2. http://therainbowjourney.blogspot.com/2012/10/kenakalan-zaman-sekolah-bawah-katil.html

3. http://therainbowjourney.blogspot.com/2012/10/kenangan-zaman-sekolah-locker-kain-baju.html

4. http://therainbowjourney.blogspot.com/2012/10/lipatan-hidup-kesan-psikologi-zaman.html

5. http://therainbowjourney.blogspot.com/2012/10/lipatan-hidup-perkembangan-psikologi.html


Read More
Assalamualaikum.....

Read More
Assalamualaikum.....

Entry nie tanpa gambar. Last Sunday, kita dengan hubby serta adik n adik ipar ada rombongan ke Nilai. Memula nak cari baju ladies kat Nilai Square. Dah x jumpa apa yg di cari, bergegas pula ke Nilai 3 sebab hubby nak shopping pasu bunga pula. Dah almost 9 malam, tapi kami try juga la pergi. Manalah tahu kalau ada lagi kedai yang buka.

Lepas window shops dari dalam kereta, kami berhenti makan dulu.

Adalah kedai tomyam kat tengah2 Nilai 3 tu. Kami masuk dan order goreng2 jer. Takder mood nak makan beria sangat.

kedai tu ada parking space yang luas, tapi sebab dah malam, lengang jerla. Hanya ada dalam 4-5 buah kereta jer, termasuk sebuah Lepat putih.

Dalam kedai pun ada a few group customer jer. Salah satunya ialah group besar yang terdiri daripada lelaki semuanya. Mostly young men, kecuali 1-2 org nampak matang sikit.

Tak lama kemudian, mereka bangun dan masuk kereta. Tapi, masa dia reverse, GEDEGANGG!! Dia sudah langgar ada satu Viva kaler oren kat belakang dia. Padahal Viva tu parking jauh jer dari Lepat tu.
Semua senyap. Kami di dalam kedai terpandang2 sesama sendiri. Siapa punya kereta? Semua terpinga2.
Penghuni Lepat pun senyap. Diam di dalam Lepat.

Kemudian, seorang lelaki dari meja sebelah bangun sambil pimpin tangan anak kecilnya.

Pemandu Lepat pun keluar, serta beberapa orang lagi. Mereka jenguk2 belakang kereta.

Lelaki yang keluar tadi, menghala ke Lepat, tapi kemudian melencong ke tempat lain pula. Aikk..? Siapa punya kereta? Kami tertanya2 lagi. Sekumpulan anak2 bujang tempatan pun ada lepak di meja belakang kami sambil mula tertanya2.

Tapi, x ada siapa yang claim, pemandu Lepat pun terus blah. Aik..? Blah jer?

Tanyalah orang dalam kedai, siapa punya kereta?
Tanyalah tokei kedai, macam mana nak buat?
Tunggulah kejap kot2 tuan kereta sampai....

Tapi tak pun. Semua naik Lepat dan terus cabut. Hubby dah mula panas. Kesian tengok bumper Viva tu dah terperosok jauh ke dalam.

Budak2 bujang meja belakang pun dah mula berdesir kepanasan sebab pemandu Lepat yg kurang hajor tu.

Lelaki yang keluar kedai sambil pimpin anak kecilnya tiba semula ke kedai. Tapi, tengok dia singgah ke Viva dan tengok bumper yang dah kemek tu. Aik..dia punya ke?

Bila dia lalu meja kami, hubby pun tegur. Dia kata kereta dia. Aduhhh...bukan main kecoh lagi kami dalam kedai.

Tadi tak perasan ke?
Lepat putih tadi yang langgar
Takkan tak dengar kami bising2 tadi? Meja sebelah jer pon..
...dan macam2 lagi.

Hubby beri no. plate Lepat tu. Tiba2, anak muda di meja belakang jerit. "Itu...itu Lepat tu! Kat depan kedai seberang jalan tu."

Cepat2 owner Viva dan rakan lelakinya masuk kereta dan terus ke Lepat. Anak2 muda di meja belakang semua bangun dan berjemaah motor ke tempat Lepat.

Syukur... Dari situ, pandai2lah mereka bincang.

Kami drop by juga. Hubby nak advise, kalau Lepat tak nak bekerjasama, buat police report jer. Boleh clain insuran Lepat. Saksi ramai. Tapi katanya Lepat nak settle kat situ.

Itulah Lepat. Jangan ingat anda besar, suka2 nak kemekkan yang kecik. Tolonglah bertanggungjawab. Memang kita semua ada buat mistake kan, walaupun x minta.

Tapi, sebab insiden itu, yang di dalam kedai yang pada asalnya strangers, terus jadi seperti seberkas lidi. Tak senang nak patahkan.







Read More
Assalamualaikum.....



This movie is classified as 18 age and above viewers only. It was me n hubby's dating day out. We went to the cinema for Nicolas Cage in Stolen which I have reviewed HERE. But, we were attracted to watch this as well. Korean's? Could be nice. Why don't we try to experience it? So we bought back-to-back ticket. The whole afternoon was for movies. Exactly after Stolen ended, we ran to the next door for The Thieves.

Not as crowded as in the Stolen's room, but we like it. Can concentrate and can focus more.

The Thieves is about the professional group of thieves' activities. Korean thieves and Chinese thieves are combined to go after a precious diamond. At the end, it's not about the diamond. It's about to knock down a well known but mysterious gangster.

A lot of plots, a lot of stories, each thief has their own story and a lot of love sparks in the air. However, what I loved most is the role played by senior actor, Simon Yam paired with Kim Hae-sook as a Japanese couple. Chinese and Korean speaks love language fluently in Japanese. And hubby said, their Japanese is flawless. Exactly like real Japanese. But the love.. the sincerity is deep.



Overall, the actions, the story line, the actors and actressess are better than Stolen. We felt the tense and our mind worked as hard as the director wants.

It's really good, if you watch it with your heart.


Read More
Assalamualaikum.....

Err...errr....

Yer, tukar baju lagi. Bila dapat yang free arie tuh, rasa macam best pula tukar 'baju' My Rainbow nie.

This time ada offer untuk tempahan dari Cik Rose Cute. Akak pun apa lagi, ambil peluanglah...

Cuba try test

End hasilnya ialah yang hari nie. Itupun Cik Rose tu sabar sangat melayan kerenah cekadak kita.

Anda semua macam mana?

Nampak macam childish?

Bagi kita, kita seronok. Ada fun elements dan ada back to nature elements. Warna terang mata memandang but soothing. As if memandang ke langit yang cerah, but coloured with happiness.

Terima kasih banyak2 Cik Rose. Akak sukaaa....

Nak tempah? Ha, contact Cik Rose sendiri. Sangat berbaloiii...






Read More
Assalamualaikum.....


Ha, sampai 3 entry hari nie kan. Nak habiskan cerita Johor nie ha. Kan tadi kita kata nak bawak balik sesuatu yang berharga. Dapat akhirnya. Allah permudahkan, Alhamdulillah.

Pagi, Adam bangun sangat awal. Belum Subuh dia dah duduk tercatuk di kerusi dan meja depan tv. Senyappp jer dia buat homework dia sementara mama dan papa nyer masih berselubung lagi. Kesian dia. Dia memang tak senang hati kalau homework dia tak siap. Kita pun bangun juga. Lepas siap urusan diri, terus duduk dengan dia. Temankan dia buat homework. Sambil bual2, buatkan air panas, bagi dia makan roti sikit untuk alas perut. Kita pun sambil tunggu, sambil baca novel terbaru Acik Lana. Lepas matahari muncul baru kami turun breakfast. Breakfast yang sangat, sangat, sangat ala kadar. Alahai....

Layankan juga Adam di swimming pool kejap. Dapatlah lepas kempunan dia berenang ke sana ke mari. Dia dah semakin cekap berenang. Teringinnn sangat nak bawa dia snorkeling di Pulau Perhentian, tapi hubby tak nak. Blacklist snorkeling katanya. Eh, dah merapu. Lepas Adam swims, baru balik bilik, packing and check-out.

Setelah berkali2 tak dapat pergi dengan berbagai halangan, tiba2 dilorongkan Allah untuk kami ke Pontian. Jauh perjalanan tak terasa sebab excited nak sampai ke situ.

Kemana?


Ke sini....

Tanjung Piai.


Penghujung Selatan Tanah Besar Benua Asia

Tanjung Piai ialah tip point yang paling selatan di Benua Asia. Rasa bangga sebab dah berjaya jejakkan kaki di sini. Ada sesuatu di negara kita yang patut kita banggakan. Bukannya Singapore, bukannya Indonesia, apatah lagi Thailand yang mempunyai lokasi ini. Kita. Malaysia yang ada.

Kami masuk ke Taman Negara Tg Piai ini. Menikmati hutan bakau. Wah, memang bakar kalori betul lah. Lebih kurang 2 kilometer pergi balik. Oh, lupa pula. Tiket masuk ialah RM5.00 seorang. Sangat berbaloi.



Dah berada di dalam

Dah sampai ke tepi laut di selatan benua Asia.

Yes..kami dah jejakkan kami disini.

Ada dataran yang luas

Ada bangku untuk berehat. Penat jogathon.

Ada banyak papan keterangan mengenai spesies binatang dan tumbuhan yang ada di sini.



Akhirnya kami berjaya pulang semula dengan selamat. Perjalanan sangat mudah sebab disediakan pelantar yang selesa. Bukan tu saja, ada banyak pondok2 kayu kalau penat berjalan. Cuma, berhati2 dengan monyet yang ada. Jangan sekali2 bawa makanan dan minuman yang dia boleh nampak. Air mineral jer dia tak kacau. Yang lain, memang selamba jer dia rampas dari anda nanti...

Alhamdulillah, kami dapat permata berharga ini. Pulang ke Melaka dengan hati yang puas. Jelajah Johor yang ringkas, namun kenangan manis untuk kami sekeluarga.
Read More
Assalamualaikum.....

Ok..sambung, sambung...

Di Danga Bay tu, mcm lengan pula malam tu. Dah 2 tahun since last datang sini, tapi kami perasan ada satu kawasan shop lots dah tak ada. Dulu2 ada shop lots yang ada kedai makan, kedai jual kain baju and segalanya. Boleh naik bas yang open tu dari situ jelajah Danga Bay. Tapi this time dah tak ada.

Dah ler dah malam, lapar, and rasa lost sangat. Paling mudah, nak makan di restoran Singgah Selalu, tapi langsung tak ada parking yang kosong. Last2, dengan niat nak isi perut, kami ke Dataran Bandaraya, menikmati steamboat dari gerai van bergerak yang berderet2 di situ. Walaupun x special, tapi syukur Alhamdulillah. Rezeki kami tetap ada.

Dataran Bandaraya JB

Tiba2 masa nak masuk kereta semula, nampak pula gerai burger Bakar nie. Kami semua tak pernah makan burger bakar. So, beli jugalah 2. Share bertiga sebab dah kenyang makan.




Malangnya, memang tak kena dengan tekak kami. Tak taulah burger bakar memang rasa macam tu ke, atau gerai nie yang x sedap. Tapi yang pelik, ramailah pula yang ordernya.

Keras dagingnya dan rasa pahit sebab dibakar sampai hangus kehitaman. Kerasss pula tu. Yang lembut hanyalah di tengah. I believe ada yang better than this. Yang juicy dan cukup segala rasa. Cuma kami jer yang tak jumpa lagi. Hubby kata 10 kali sedap lagi burger biasa kiosk Ramly burger di depan 7-11 di Melang, Kuala Pilah.

Anyway, kami tetap tidur dalam kekenyangan malam tu. Janji Adam untuk habiskan homework sebelum tidur, hanya tinggal janji. Penat sangat agaknya. Tak apalah. Lagipun, dia ada tempoh seminggu lagi sebelum hantar ke cikgunya.

Esok will be the last day untuk kami berada di tanah Johor. Kami messsti bawa balik sesuatu yang berharga dari Johor. Itu azam kami. Tapi, apa yang berharga..?

Read More
Assalamualaikum.....

Ok..jangan panik. Calm down semua. No..no. Tak ada scandal. Ini adalah bahana membaca novel lagi. Tapi novel kali ini, bukan calang2 novel. Sebagaimana tebalnya novel ini, InsyaAllah tebal juga lah pengisiannya. Bukan sekadar hiburan dan kosong semata-mata.

Ini novelnya...



Dah lama cari buku nie. Sejak hari pertama di pasaran lagi. Memang tak sabar2 nak tunggu. Sayangnya, kita tak order dari Karya Seni. Nak ambil feel beli sendiri di bookshop sebab kononnya tak sanggup nak menanti abang adik posmen depan kaunter opis.

Setelah berminggu memburu dan kecewa sebab semuanya dah habis, akhirnya kita paksa hubby ke Popular di Mesra Mall, Kerteh. Ha..hambekk... Sikit punya jauh merantau dari KL semata2 nak memburu buku nie. (Alaa, sambil honeymoon dengan hubby sebab Adam tak ada)

Alhamdulillah, nampak bersusun atas rak. Cepat2 capai dan terus ke kaunter. Tak peduli dah dengan novel lain.

Erm, entry kali ni bukan nak review. Panjang sangat nak review. Sedangkan novel nipis 'Kelapa Nan Sebatang' pun terpaksa ambil 2 tahun untuk menelaahnya, ini kan pula ILUS. Buku teks subjek Sastera dari Form 4 ke Form itu pun boleh menggigil tangan menulis reviewnya dalam SPM. Sampai tangan kiri di angkat ke atas minta kertas tambahan, sedang tangan kanan menulis dengan kepala tunduk ke kertas dan mata fokus dengan jawapan. Kalau nak review ILUS macam tu, harus 2 bulan blog nie penuh dengan ILUS sahaja.

Kenapa?


Sebab terrrlalu banyak pengisian yang ada. Novel cinta. Benar! Tepat sekali. Tapi cinta yang cukup dalam rasanya pada agama, pada negara. Cinta kepada ibu dan bapa serta cinta kepada sahabat yang tidak tergambar. Cinta kepada kekasih? Sungguh tak terucap. Sepanjang 1389 muka surat novel ini, cinta kekasih itu tanpa ucapan, tanpa rayu domba dan tanpa jiwang.

Tapi cantiknya cinta kepada kekasih dalam novel ini ialah melalui tingkah laku dan kata-kata yang berlapik, dengan maksud pandangan yang terjaga tapi penuh beribu maksud yang cuba disampaikan. Penuh teka teki, penuh harapan memohon pengertian.

Abang Pedas memang membawa berbagai karakter lelaki macho dan gagah perkasa bak pahlawan di zaman Rasulullah, sedangkan Iris adalah gadis manja yang kasar tetapi halus jiwanya.

Banyak yang di ajar dalam novel nie. Pengertian jihad dalam konteks yang besar, mendidik hati menilai yang terdampar di depan mata, membelai jiwa dengan tauhid serta peperangan diri dengan hasutan syaitan. Bagaimana nak menangkis, bagaimana nak mendidik, bagaimana nak memandang, bagaimana nak berkata... Ada semuanya.

Abang Pedas memang betul2 buatkan jiwa kita terjelepok jatuh tergolek. Tambah2an lagi dengan pakaian seragamnya dan of course the Ninja! Baru jer kita kongsi dengan ketampanan Ninja kan.. Aduuhh... kibar bendera putih la kalau kita nie Iris. Mujur juga Iris itu kuat, tabah, berdikari, yakin dan bijak. Berjayalah juga dia melangkah halangan daripada tersungkur depan Abang Pedas.

Tapi, semakin kuat mereka terpacak dalam pendirian masing-masing, semakin tenggelam mereka dalam tanah yang seolah2 menyedut mereka ke dasar bumi. Melekat. tak boleh keluar lagi. Lagi meronta lagi dalam masuknya. Yer, macam dalam pasir jerlus.

Alahai...rasa macam kita pula nak menulis novel. Oh... bosan lah pembaca blog nie nanti. Novel 15 tahun lepas pun masih terbengkalai.

Anyway...memang tebal. Beribu muka surat. Namun, percayalah. Ianya sangat2 berbaloi. Silap haribulan, pelaburan untuk persediaan di Padang Mahsyar. Insyaallah.

Penulis, Melur Jelita ialah ilmuwan lulusan Usuluddin dari UM. Berpengalaman luas dalam bidang akademik dan dakwah. Namun sangat bijak menyebarkan ilmu menggunakan medium novel bertemakan cinta.

Novel pertama beliau, Awak Suka Saya Tak, memberikan pembaca pendekatan kepada dakwah yang berbeza. Insyaallah kita akan cuba kongsikan sedikit.

Read More
Assalamualaikum.....

Betul2 punya adhoc plan.

Owh, bagi sesiapa yang blur, sila baca di SINI dulu untuk kefahaman yang lebih mendalam yer...heheheheh

Bincang punya bincang kami laki bini, the decision came up to teruskan ke JB. Lagipun, masa di Mersing tu dah petang. Itupun x sure nak tidur kat JB atau nak balik Melaka direct.

Mula2 ingat nak lah merasa naik highway baru Desaru tu kan. Tapi, bila berhenti di Caltex sebelum masuk simpang ke Desaru tu, orang situ kata kalau nak ke JB better ikut jalan biasa melalui Kota Tinggi. Oklah... nak cepat sampai JB punya pasal. Lagipun badan dah letih. Still x sure nak bermalam di JB atau tidak. Tapi untuk precautions, hubby minta kita survey hotel2 yang available di JB and buat reservations in case kami perlukan. Sementara hubby drive melalui laluan yang bengkak bengkok dan berbukit bukau tu, kita terpaksa surfing internet through screen telefon and call operator untuk dapatkan nombor telefon hotel dan sebagainya.

Untuk pengetahuan, kita adalah jenis yang x boleh membaca dalam kenderaan bergerak. Mabuk, pening dan berpusing2 kepala. Tapi hubby kita ok jer... So, dia x percaya la bila kita kata pening tu. Dia kata kita ngada2. Hehehehehhe

Tapi, dalam keadaan yang dah letih, hubby pula memandu, siapa lagi nak buat kan? Kita paksa juga diri untuk surfing dan sebagainya. Kepala macam nak pecah, pandangan mata dah berputar ligat, perut dah rasa nak membuak keluar. At last, kita give up. Tiba di Kota Tinggi, hubby pula yang take over calling sana sini sambil memandu. Kita dah terbaring, melawan rasa mabuk yang teruk tu. Kalau mabuk sebab Adam nak dapat adik, takperlah juga kan (in which impossible sangat). Ini mabuk sebab membaca dalam kereta bergerak. Ceiss, x kellass! Tapi, apa nak buat, dah memang camni sejak kecil. Redha jer lah...

Kami booked a few hotels. Tak pasti boleh sampai ke mana sebab takut sesat dalam JB. Maklumlah, kami memang x biasa sangat2 dengan JB. Hubby pun ingat2 lupa sebab dah lama tak datang situ. So, any one hotel yang kami jumpa dulu, situlah kami landing.

So, first hotel yang kami jumpa ialah Suria Hotel, betul2 sebelah Bluewave. Bluewave dah penuh, so mereka cadangkan Suria nie. Oklah... Nampaklah juga Selat Tebrau tu. Walaupun hubby prefer Pan Pacific, tapi mereka sedang renovate. Even swimming pool pun closed. Kesian kat Adam pula.

New hotel, baru 5 years old. Not big, rasanya 3 star. Memadailah. Yang menariknya, kalau kita like fb page hotel, kita akan diberi diskaun. Something new kan. So, masa check-in, hubby likelah fb diorang kat kaunter tu. Memang mereka akan siapkan fb page kat pc kaunter tu. Nasib baik hubby x close lagi sebab kita nyer fb dah close dah.


Adam dah mula buka beg untuk siapkan homework sekolah.

The 'hall'

The suite.


Kami ambil suite sebab family room dah penuh. Agak kuciwa sikitlah, sebab kecik. Rasanya, kalau tambah RM50 jer, dah boleh dapat 3 kali ganda besar dan better suite di Vistana, Kuantan. Anyway, kami terpaksa ambil extra bed sebab Adam dah besar. Dah tak 'celuih' (muat) lagi nak menyempit dengan kami.

Selepas berehat sekejap, kami keluar nak cari dinner plak. JB ialah sebuah bandar besar. Mesti banyakk sangat tempat makan yang best kan. So, kami mulakanlah pemburuan kami....









bersambung.....
Read More
Assalamualaikum.....


Nicholas Cage is back!

I've started fallen for him since he was in The Rock.

This time, he's playing a father with the career of a thief. He robs banks with his partners. As usual, one of them screwed things up and Nicholas Cage got caught.

He lovesss his daughter soo much and everyone who knows him knows the daughter. So, when he was caught empty handed by the cops, he got 8 years only in prison. Once he was released, cops were chasing him for the money, and his buddy in the gang kidnapped his daughter for the money which he has burnt the night he was caught 8 years ago. He has to burnt it for he knew if he was t be found with the money, he will receive extra 10 years in the jail.


Daughter with the notorious kidnapper.

Of course, to cut it short, he has a good ending, though he lives in a caravan by the sea. But he's happy, the daughter is happy, the girlsfriend is happy.

Totally, my heart race with the movie. Totally adrenalin pumping. Explosions, shootings and tacticals. Cool.

I watched with hubby and I've enjoyed our movie day out.

Read More
Assalamualaikum.....

Walaupun buku ni dah lama diterbitkan, tapi kita baru baca. Sinopsis ringkas dan jelas.




Alisa, anak tunggal dipaksa kawen dengan sepupunya Ustaz Hafiz yang mengajar dia di sekolah sebab parentsnya nak pergi haji. Maka, adalah orang yg dipercayai untuk jaga Alisa. Rasanya, mak ayah dia memang nak serahkan Alisa pada Ustaz Hafiz kerana U. Hafiz nie mestilah calon menantu pilihan kan.

So, kisah berkisar tentang Alisa, kehidupan kawen paksanya yang diterima separa rela di saat beberapa bulan sebelum SPM melanda.

Kisah kehidupan orang biasa. Tiada pangkat yang melampau, tiada rupa yang melampau cantik dan kacak serta tiada 'bang bang boom' kejadian yang melampau. Klimaks ada, tapi seadanya normal. Tiada kekayaan yang melampau dan tiada konflik yang melampau. Novel yang sederhana, berkisar dalam kehidupan bandar kecil dan kampung yang biasa. Yang pelik, dalam kesederhanaan semua ini, ianya tetap menyentuh hati.

Tiada kata2 romantik atau tingkah laku romantik yang melampau, tapi kita sendiri tersipu senyum bila membaca. Kita cuba nak cari at least satu ayat yang betul2 romantik dan menyentuh jiwa, tapi gagal. Sebab romantik itu adalah total keseluruhan novel.

Anyway, a few points :

1. Tidak dijelaskan hingga ke sudah kenapa ibu bapa yang ada karier profesional dan berpendidikan tinggi, memaksa anaknya yang hampir menduduki SPM kawen? Alasan kerana tiada siapa menjaga ketika di Mekah, sangat lemah. Seolah2 menyembunyikan alasan sebenar yang lebih kukuh. Ada jer cara lain kalau nak ikutkan. Kita mengharapkan akhirnya terbongkar rahsia yang UH tu dah pernah suarakan hasrat pada keluarga untuk meminang Alisa ke, atau mereka sebenarnya dah bertunang dari kecil ke, atau memang keluarga mereka dah dapat membaca kocak hati pasangan ini. Sayang.... tiada.


2. Watak atok mereka berdua iaitu Tok Dollah tidak dihighlightkan. Sayangnya... Sebab itu antara watak penting. At least berilah setengah babak dalam novel nie untuk Tok Dollah pun dah cukup. Rasa macam makan ulam, tak ada sambal belacan.


3. Alisa asyik risau kalau sekolah tahu dia dah kahwin, nanti kena buang sekolah. Memang kena buang ekk?




A few comments dengan watak utama.

Alisa :
- Seorang anak tunggal yang manja tapi tidak spoiled.
- Terlalu muda and memang sesuai dengan keadaan kahwin paksa nie.
- Tak pernah jatuh cinta. Mungkin dia tak perlukannya sebab kasih sayang sentiasa melimpah ruah untuknya dari setiap sudut.
- Seorang pelajar sekolah yang normal, hang outs dengan kawan2, tidak memilih, namun baik hati, fokus pada pelajaran, yakin dengan diri sendiri dan mempunyai azam untuk mencapai cita2 yang setinggi langit.
- Tidak matang, tapi bersedia untuk sentiasa mempelajari.
- Sedikit nakal, tetapi agama, pelajaran, ibu bapa dan suami tetap di utamakan.


Untuk watak Ustaz Hafiz nie, kita ada berbagai kemusykilan. Mungkin next time penulis harus extra careful sebab kadang2 fakta2 yang tersimpang nie agak mengganggu pembacaan.

Yang mengganggu :
- Umur Ustaz Hafiz. Masa berkahwin, umurnya 25 tahun dan diceritakan telah 2 tahun menjadi ustaz. Maksudnya, umur 23 tahun? Sepanjang pengetahuan kita, paling cepat pelajar UIA graduate adalah pada umur 23 tahun. Untuk menjadi seorang guru di sekolah kerajaan, harus sekurang2nya ada Diploma Pendidikan, tambahan lagi nak mengajar menengah atas. So, terima ijazah umur 23, masuk maktab untuk Diploma Perguruan 2 tahun (dah umur 25 dah), tambah lagi pengalaman mengajar 2 tahun : sepatutnya umur dia 27 tahun.

- Masa majlis perkahwinan mereka, rakan2 Ustaz Hafiz datang dan berbual. Berbual sambil menggunakan kata ganti diri bahasa Arab sesama mereka. ana, Anti, Antum dan sebagainya. Tapi sayangnya, pelajar UIA biasanya tak berkomunikasi begini. Mereka berbual sama seperti kita di Malaysia. (Owh, my ex was in Islamic Revealed Knowledge from UIA...opps!). And kita ada kawan2 yang graduate dalam kursus Bahasa Arab di UIA dan bergaul dengan mereka. That's why kita pasti. Biasanya golongan yang berbual seperti Ust. Hafiz dan kawan2 dalam novel ni, lulusan dari Mesir atau Jordan, bukannya dari Malaysia.

- Tapi, attitude, sikap dan sifat pembawaan diri Ust Hafiz memang reflects graduan UIA secara general.

Ustaz Hafiz :
- Seorang lelaki yang handsome, nakal, yakin dengan diri sendiri, begitu menyayangi keluarganya, seorang yang sangat pengasih, romantik, penyabar, sangat bertanggungjawab dan melindungi, bijak, ikhlas tapi cemburu dengan cinta. Sangat ideal sebagai seorang suami, kekasih dan khalifah.

- Penulis iaitu Hannah Dhaniyah berjaya highlightkan peranan seorang suami mengikut landasan sebenar dalam Islam. Ust. Hafiz sering memasak, mengemas rumah, bantu menjaga anak, mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Sama-sama memikul tugasan di rumah kerana itu semuanya bukanlah hak hakiki seorang isteri.

Sayangnya...

Yang sering di propagandakan dalam masyarakat Melayu ialah isteri harus basuh baju, jaga anak, masak, mop lantai rumah, didik anak, jaga rumah dan hias diri. Sebab? Sebab suaminya penat mencari nafkah keluarga di luar. Astaghfirullah... Isteri bukannya robot. Maaf, banyak yang perlu dikupas, Insyaallah kita akan cuba buat satu entry khas.

Cuma, dalam novel ni, Hafiz dan Alisa sama2 belajar mengendalikan rumah tangga. Itu yang sepatutnya dan itu yang di ajar dalam Islam. Silalah bandingkan sunnah Rasulullah s.a.w. dalam menjalani hidup berumahtangga. Ada dalilnya, ada nas nya. Jangan bebankan wanita Melayu dengan perkara tradisi. Islam bukannya tradisi. Islam itu agama.

Ok, dah melalut. Sambung yer...

- Sebagai seorang suami, Ust Hafiz sangat bersabar dengan isteri mudanya. Mendidik dengan lemah lembut. Tidak memaksa, tapi guna pendekatan psikologi yang lebih halus. Tidak mengkritik, tidak menghina tapi cuba twistkan negative ke arah positive. Ini yang sepatutnya di contohi oleh suami2 di luar sana.

- Ust Hafiz tak skema langsung. Dia buat jokes, bergurau dengan isterinya secara berperingkat, menjadi pendengar yang setia, buat surprises dan sentiasa menyiram kasih sayang mereka agar terus subur.

- Sangat taat pada ibu bapa dan ibu bapa mertuanya. Inilah yang sepatutnya. Bila berkahwin, ibu bapa pasangan kita berada di tahap yang sama dengan ibu bapa kita. Jadi, berlaku adil lah dengan mereka semua seperti mana yang ditonjolkan oleh Ust. Hafiz.

- Walaupun dia ada seorang yang mudah cemburu, tapi selalunya dia akan cuba rasionalkan. Tanya, berkomunikasi dan jernihkan apa yang keruh.

- Kalau dia marah, dia tak pernah tengking, atau tinggikan suara. Sebaliknya akan merajuk, diam dan tenangkan hati sebelum berbicara dengan isterinya. Kenapa dia marah, apa yang tak betul, nasihatkan apa yang sepatutnya dan berikan penyelesaian.

Kalau kita semua seperti pasangan ini, Insyaallah bahagia.




Ada satu favourite quote :
" Jadi, kalau rasa nak disayangi, kita kejarlah cinta Allah terlebih dulu kerana Allah yang memegang hati hamba-hambanya untuk mencintai kita " - Ustaz Hafiz



Kita amat galakkan semua orang untuk membaca novel ini. Kalau pun tak membeli, cubalah cari jalan untuk membacanya sebab banyak yang akan anda pelajari.

Selamat membaca.
Read More
Assalamualaikum.....


Read More
Assalamualaikum.....

Mencelah sikit sebelum sambung story mory pasal negeri Johor.


Baru2 nie, kami semua bekerjasama mengemas fail2 lama di pejabat. Fail2 yang dah berusia lebih daripada 7 tahun semuanya di musnahkan. Lagipun kami perlu ruangan untuk memasukkan barangan baru syarikat.

Apa yang pasti, tanpa mengira pangkat, jabatan dan mentaliti 'ini bukan fail aku' atau 'ini bukan kerja aku', kami semua bersama2 mengharungi lautan fail itu.

Tak semua syarikat dan pejabat ada mentaliti ini. Kita bersyukur kita berada di sini, di kalangan mereka2 yang mulia ini...


Read More
Assalamualaikum.....

Dah lama sebenarnya habis baca buku nie. Karya pertama dari Eliza AB. Syukur Alhamdulillah sebab Eliza berjaya juga publish buku nie.

Kisah dalam novel nie memang sangat menarik. Agak pelik tapi tak mustahil langsung terjadi. Anyway, mana ada novel yang betul2 real story kan...

Ada percintaan yang perit dalam kisah nie. Bengkak2 mata kita nangis sampai sakit kepala2 hari sebab nangis banyak sangat. Sungguh2 menyentuh hati. Rintihan seorang ibu kepada arwah anaknya, kebergantungan seorang wanita yang tidak kepada sesiapa melainkan kepada Allah. Tiada sesiapa yang sudi memujuk hatinya di saat2 dia melalui semua dugaan dan keperitan hidup. Maka jadilah dia seorang wanita yang tabah dan penuh berdaya survival.

Walaupun akhirnya happy ending, dapat juga dia sampai ke destinasi yang indah itu, namun kita sendiri tak pasti kalau kita berada di tempatnya, sanggupkah kita melalui segalanya...


Namun, ada satu fakta yang menarik. Tak pastilah sama ada ia perancangan penulis, mahupun its just come with the flow.

Heroin ada satu sifat yang lepas cakap. Sejak dari remaja, dia berani bersuara lantang atas apa2 yang tidak digemari dan kelantangan itu disertakan dengan sindiran. Dan bila kita kaji hingga ke muka surat terakhir, bukan sekadar di zaman remaja, hatta dalam mengharungi getir hidup pun dia tetap dengan kelantangan dan keberanian dia bersuara tanpa di tapis dan MENYINDIR.

Tak pernah lagi kita jumpa watak utama novel bersifat begini. Sangat menarik. Sebab ianya adalah realiti dalam kehidupan manusia. Ramai manusia yang kadang2 lupa untuk menjaga hati dan menjaga lidah. Perumpaan orang tua2 jangan di sangkal.

Kerana pulut, santan binasa
Kerana mulut, badan binasa

Exactly!

Inilah yang terjadi kepada watak utama ini.

Hanya kerana kelantangannya, sikapnya yang suka menyindir, hingga memalukan orang lain dan menimbulkan dendam di hati orang lain, maka akibatnya dia sendiri yang merana. Namun yang peliknya, dia tak pernah berubah. Mungkin watak utama tu tak habis muhasabah diri kenapa dia diberikan ujian2 itu.

Syabas penulis, sebab memberikan sisi lain kehidupan di dalam novel ini.

Bacalah. Mungkin anda dapat sesuatu. Owh lupa.. Gaya penulisan sangat selesa dan dekat dengan kita semua...

Read More
Assalamualaikum.....

Ini adalah masa weekend terakhir sebelum hubby mula bekerja semula. Alhamdulillah, hubby telah di sahkan sihat dan fit to work semula. Cuma... kalau hubby x berhati2, atau x er..err  reduce weight, maybe another 1 year time kena jumpa doctor tu semula untuk replace tulang yg dah rosak tu dengan titanium.

Ada perbualan yang agak kelakar dengan doctor masa tu. Kita tanya doc tu, people say kalau ada besi dalam badan, nanti hujan, guruh, kilat kita rasa sengal dan ngilu. Betul ke? Doctor tu punyaaalah gelak bila dengar soalan tu. Heheheh, tak rupanya. Mitos jer rupanya yer. So, basically it's psychology lah yer...

Onemore question : Kalau hubby pass by metal detector kat airport tu, nanti benda tu bunyi2 tak? Satu airport pandang, silap aribulan kena strip down plak. Puuunnn doctor tu gelak mcm nak rak. Dia kata memang akan bunyi, tapi they'll know it's inside the body. Should be no problem.

Ok..clear.

After that, dengan senang hati nak balik ke Melaka. Spend time with family before tenggelam semula dalam kerja2 yang menimbun.

Saja bawa Adam ikut jalan pantai. Dari Kuantan, masuk Sg Soi, ikut Cherok Paloh and tembus ke Pekan. Teruskan sampai Nenasi sebab Adam x pernah lalu perkampungan nelayan tu waktu siang. Bagi dia new experience tentang fishermen's life. Singgah di warung tepi kuala Nenasi tu seperti dulu and lunch kat situ.

Bukti Adam ada di Nenasi


Repeat order nasi goreng kampung yang malatops...

Seterusnya, lepas Nenasi, dah jumpa simpang ke Muadzam. Discuss dalam kereta, since tak ada plan apa2 weekend tu, kami decide untuk bawa Adam tour. Kebetulan malam pagi tu Adam siapkan homework sivik dia dan sibuk bertanya jawapan beberapa tempat tarikan Malaysia di negeri mana. So, sekadar untuk refresh. Mungkin masa kami bawa dia dulu, dia kecik lagi, tak boleh nak ingat.

Kami teruskan ke Rompin. Lalu pekan Rompin dan berpandukan kepada signboard dan GPS Papago hubby, kami tiba di Kuala Rompin. Sekadar survey kawasan memancing untuk hubby. Akhirnya kami tiba di Jeti Kg Bernas, Kuala Rompin.



Air surut masa nie, tapi port agak sesuai untuk kaki pancing. At least kami boleh temankan hubby bila2 nanti. Lepas puas menikmati angin laut, kami nak teruskan perjalanan ke Mersing. Tapi, baru gerak dari jeti tu beberapa kilometer, dah jumpa sekumpulan kaki pancing di tebing sungai. Berhenti lagi...





Tak taulah apa nama tempat nie. Tapi seronok agaknya berkelah sebab pokok besar tu memang redup jer bawahnya. Cuma, ikan kecik2 lah. Setakat ikan2 kuala seperti biasa contohnya gelama. Tapi, orang2 tu inform hubby masa borak2 tu. Kalau malam2 agak bahaya sebab 'keras' katanya. Diorang kata, pokok yg ada pun, pokok kayu ara.. memang kesukaan jin bertandang. Ishh, ada pula kan? Keraslah malam sebab kalau dahan jatuh, x nampak. kena kepala, kan susah... Lagipun jauh daripada penempatan. Kalau jatuh tebing ke, susah nak minta bantuan.

Anyway, kami terus ke Mersing. Dari tadi, x sampai2 ke Mersing kan.

Tiba di Mersing sejam kemudian. Selamat makan mee rebus dalam hujan renyai2 nanti. Terlupa nak ambik gambar. Kemudian, kami pergi beli ikan bilis pula sebab di Mersing, ikan bilisnya semua segar2 dan cantik2. Beli untuk mak dan mommy sekali.

Lepas berlari2 anak dalam hujan renyai memburu ikan bilis, tiba2 kami come out dengan idea baru pula.







bersambung......




Read More