Review Novel : Hatimu Milikku

5 comments
Assalamualaikum.....

Dah lama sebenarnya habis baca buku nie. Karya pertama dari Eliza AB. Syukur Alhamdulillah sebab Eliza berjaya juga publish buku nie.

Kisah dalam novel nie memang sangat menarik. Agak pelik tapi tak mustahil langsung terjadi. Anyway, mana ada novel yang betul2 real story kan...

Ada percintaan yang perit dalam kisah nie. Bengkak2 mata kita nangis sampai sakit kepala2 hari sebab nangis banyak sangat. Sungguh2 menyentuh hati. Rintihan seorang ibu kepada arwah anaknya, kebergantungan seorang wanita yang tidak kepada sesiapa melainkan kepada Allah. Tiada sesiapa yang sudi memujuk hatinya di saat2 dia melalui semua dugaan dan keperitan hidup. Maka jadilah dia seorang wanita yang tabah dan penuh berdaya survival.

Walaupun akhirnya happy ending, dapat juga dia sampai ke destinasi yang indah itu, namun kita sendiri tak pasti kalau kita berada di tempatnya, sanggupkah kita melalui segalanya...


Namun, ada satu fakta yang menarik. Tak pastilah sama ada ia perancangan penulis, mahupun its just come with the flow.

Heroin ada satu sifat yang lepas cakap. Sejak dari remaja, dia berani bersuara lantang atas apa2 yang tidak digemari dan kelantangan itu disertakan dengan sindiran. Dan bila kita kaji hingga ke muka surat terakhir, bukan sekadar di zaman remaja, hatta dalam mengharungi getir hidup pun dia tetap dengan kelantangan dan keberanian dia bersuara tanpa di tapis dan MENYINDIR.

Tak pernah lagi kita jumpa watak utama novel bersifat begini. Sangat menarik. Sebab ianya adalah realiti dalam kehidupan manusia. Ramai manusia yang kadang2 lupa untuk menjaga hati dan menjaga lidah. Perumpaan orang tua2 jangan di sangkal.

Kerana pulut, santan binasa
Kerana mulut, badan binasa

Exactly!

Inilah yang terjadi kepada watak utama ini.

Hanya kerana kelantangannya, sikapnya yang suka menyindir, hingga memalukan orang lain dan menimbulkan dendam di hati orang lain, maka akibatnya dia sendiri yang merana. Namun yang peliknya, dia tak pernah berubah. Mungkin watak utama tu tak habis muhasabah diri kenapa dia diberikan ujian2 itu.

Syabas penulis, sebab memberikan sisi lain kehidupan di dalam novel ini.

Bacalah. Mungkin anda dapat sesuatu. Owh lupa.. Gaya penulisan sangat selesa dan dekat dengan kita semua...

5 thoughts..

♥ Vna ♥ berkata...

pengajaran juga untuk kite semua kan??

Unknown berkata...

dulu masa saya usia remaja bila baca novel mesti membayangkan..bagusnya kalau cerita hidup saya macam dalam novel..berangan!

hahaha..

Kancil 8349 berkata...

terbaik novel nie...pengajaran yang cukup bermakna

Eliza Ab berkata...

thanks Aziela utk reviewnya.. sgt2 hargainya.. alhamdulillah, HM tdk mengecewakan.. klu ada kekurangan dlm HM.. harap dimaafkan.. Insya-Allah, akn perbaiki kelemahan yg ada.. hope msh sudi mndptkan karya sy yg seterusnya.. (^__^)

Unknown berkata...

hahaha sme cm perangai kawan iffah

kene beli ni