Susah ke nak masak rendang? Eh...blend dan lebur jer. Apa yg susahnya...

Meh saya share resepi..

1kg udang galah
2 helai daun kunyit dihiris
2 batang serai ditumbuk pecah
250ml santan kotak
250ml air
2 sudu besar kerisek
2 keping asam gelugor
1 buku gula melaka
garam dan serbuk secukup rasa

Bahan kisar :

7 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
2 batang serai dihiris
20 biji cili padi (adjust ikut tahap pedas anda)
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
2 ulas buah keras


Cara-cara :

1. Tumiskan bahan kisar dan seraiyang ditumbuk pecah dengan sedikit minyak. Biarkan mendidih 3-5 minit.
2. Masukkan air, gula melaka danudang galah. Gaul rata dengan api sederhana sehingga udang galah masak dalam 10 minit.
3. Masukkan santan, asam gelugor, garam dan serbuk secukup rasa.
4. Bila santan dah pekat, masukkan kerisek dan daun kunyit. Gaul rata dalam 2-3 minit.

Siap...

Nota :
-Saya memang tak masukkan bawang putih kerana bawang merah dah cukup perisanya.
-Saya masukkan buah keras untuk menambah rasa lemak berkrimnya.
-Saya suka pedas. Kalau tak tahan pedas, kurangkan cili padi, atau tukar ikut cili kesukaan anda. Cili kering, cili besar, cili flakes..semua pun boleh.
-Nak guna udang harimau, udang naga, sotong kurita, kerrang..apa pun boleh. Adjustlah timing dengan tekstur bahan utama anda.




Sedap dikkk...nyums....

Selaat mencuba....



.
Read More
Assalamualaikum.....

Kejadian yg dah lepas berlalu.... Meh la update kat sini sikit kan. Bukan Dept saya, tapi Dept sebelah yg buat. Saya pergi sebagai tetamu jer..hahahha. Tapi Subhanallah, banyaknya makanan.... Alhamdulillah semuanya sedap2 sangat.

Nasi impit, kuah lodeh, sambal, ada kuah kacang juga dan karipap.

Pecal, spaghetti, lemang..

Rojak buah, rendang daging, tembikai dan kuih talam berlauk

Sate, puding..

Amongst the seniors

The juniors



The ladies



Alhamdulillah..... selesai satu...


...

Read More
Assalamualaikum and a good day to everybody...

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin...

Sadly, I can't celebrate the first day raya with family this year. Hubby was given leave only during the first day raya. It's impossible for us to balik kampung within one day time. Journey from Kuala Terengganu to Melaka or N.S. will take at least 8 hours. Thus, we celebrate it together husband n wife in Kuala Terengganu.

Adam has balik kampung 2 weeks ago since the school holiday started. We thought we would follow through. But who knows hubby's employer cancelled all leave applications due to urgent work.

Thus, it was just both of us this year. 


Me at the jetty in Kuala Besut..

We fulfilled a couple of invitations from hubby's colleagues, and off to Kuala Besit to kill some times...

Anyway, I will be going back to work in PD for the whole of next week. So, ok laa.. better late than never...

Selamat Hari Raya alls....

.
.
.

Read More
Assalamualaikum.
Aduhai...hampir setahun saya tinggalkan blog ini sepi tanpa berita. Tapi di hati saya, blog ini tetap menduduki takhta. Banyak sentimental memori dalam blog ni. Platform saya mula aktif di alam maya.

Saya masih lagi belum putus asa. Masih lagi mahu aktif di blog ini. Sis cuba...

Buat permulaan untuk pembuka bicara tahun 2019 ini, saya sekeluarga akan menetap di Kuala Terengganu sepenuhnya bermula bulan May ini. Penghijrahan yang memerlukan rombakan aktiviti dan mind setting secara besar-besaran.. hahaha.

Antara menu makan tengahari kami sekarang. Dah beramah mesra dengan budu. Kalau nak makan lauk nogori atau melaka, saya kena gigih memasak lah jawabnya...

Sebelum saya akhiri, saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf dari semua pembaca. Semoga Ramadhan tahun ini, kita semua beroleh rahmat yang melimpah ruah dari Allah. Amiin...

Selamat Menyambut bulan ibadah, Ramadhan yang mulia...


.
Read More