Assalamualaikum.....


Alhamdulillah, selamat sudah kita semua menempuh Ramadhan dan Syawal. Dah habis Syawal, baru saya nak kongsi kisah2 Syawal kami. Kononnya nak kumpul semua gambar2 dan kisah2 Syawal...boleh cerita berjela dalam satu entry...tapi nan hado. Tetap sikit kisahnya...gambarnya pun ciput jer. Well...jadilah daripada tak ada kan....

Alhamdulillah, tahun ni saya berkesempatan berhari raya di pagi raya dengan keluarga di Port Dickson selepas beberapa tahun spend time di Melaka. Syukur adik beradik ipar semuanya memahami selepas saya request dari mereka.

Tapi bila raya di PD, memang busy sangatlah. Petang mantai, saya bantu mak sediakan bahan untuk masak sambal goreng jawa style kami di PD ni. Bahan2nya memang banyak dan sebahagiannya perlu digoreng dulu seperti tauhu dan tempe.


Sekuali besar

Sambal goreng kami ni, tak letak suhun dan kicap seperti sambal goreng jawa biasa Di kampung saya ni, sambal gorengnya ada tauhu, tempe, babat hitam (perut lembu macam tuala tu), hati dan pedal ayam, udang dan juga bahan2 tumis lain seperti cili besar hiris, bawabg, halia dan juga akhir sekali santan pekat. Nanti lah kalau ada masa saya buat entry tentang resipi sambal goreng kami ni.

Makan dengan ketupat palas yang dibawa oleh adik ipar, rendang dan simbah dengan kuah kacang.


Tgh hari tu kami bergegas balik melaka. Itupun sempat juga selesai beraya di 3 buah daripada 5 buah rumah wajib. Semuanya rumah pakcik makcik saya di kampung tu juga.

Anyway, baru 5 minit di rumah Mami, seppupu hubby 2 beradik sampai dengan keluarga masing2. Alhamdulillah, terasa juga meriahnya. 

Selepas hari itu, saya dan hubby dah sangat sibuk dengan kerja. Hubby pula kebetulannya dah mula bekerja dengan syarikat lain di Nilai. Maka secara mudahnya kami sekarang tinggal di PD bersama mak ayah saya. Again.....hanya dapat jenguk rumah Melaka pada hujung minggu saja. 

Oleh itu, bila saudara mara dah beberapa kali tanya bila yg kami akan ada dirumah untuk mereka dtg beraya, kami terus pilih sabtu minggu ketiga. Saya bukan buat open house. Sekadar jemput saudara mara merapatkan ukhuwah. 
Dengan kesibukan kami, memang saya tak masak pun. Beli saja.

Saya sediakan nasi ayam. Ayamnya saya terus beli di kedai kegemaran kami di sungai udang. Bagusnya, tokey tu siapkan segala timun, kuah cili dan kicap beserta sos. Kami memang plan untuk masak nasi sendiri. Nasi jer..so tak ada lah saya stress sangat.

Nasi ayam satu tyb penuh dan satu periuk..

Nasi ayam ni habis licin lincau malam tu. Suka saya. Lagipun, menu tak banyak.... hehehe. Dah alang2 berkumpul sekeluarga, saya berhajat untuk adakan tahlil ringkas untuk arwah2. Maghrib hari tu, diimamkan oleh Adam. Alhamdulillah...ramai. Rezeki kami murah malam tu.

Selain dr itu Mommy pun bawa dishes juga. Mee hoon goreng yang sedap, puding karamel dan pengat pisang.


Pengat pisang marveles.
Menu sangat sedikit, tapi Alhamdulillah semuanya habis dan sedap. Tapi saya beritahu hubby, nxt year kalau nak buat lagi saya kibar bendera putih awal2. Sila order saja dari katerer. Penatnya ya rabbi....dengan tenaga yg semakin menyusut ni, memang saya terus terang mengalah.

Mak Su saya dan adik bongsu saya dengan baby in the house. Aiman yang baru 3 bulan.

Oh, mengapa saya pilih tarikh itu? Sebab 2 hari sebelumnya ialah birthday hubby dan minggu tu, minggu Adam boleh balik bermalam bersama keluarga.

Surprise birthday kek utk hubby...and he loved it. Pun just nice for everybody.


Dah malam masa ni. Masing2 makan beround2. Selesa sebab dlm lingkungan keluarga sendiri. Keluarga saya dan hubby. 

Walaupun simple, walaupun sekadar biasa2, saya tetap gembira kerana rumah kami bersinar dengan ukhuwah. 

Alhamdulillah....






.
Read More
Assalamualaikum.....

Minggu pertama selepas raya, sepupu saya bertunang. Jodohnya orang satu daerah dengan kami. Org PD juga. Alhamdulillah...senang hati mak ngah saya bakal menantunya orang dekat2.

Baju kuning tu mak ngah saya, didepannya sepupu saya, anak sulung mak ngah. 


Ada pelamin...besar hati kami disambut mesra oleh keluarga mereka.

Inilah sepupu saya, Hafiz. Dah nak.kahwin dah dia..kecil2 dulu, saya ada juga bantu jaga dia. Sekarang dah nak.kahwin..sob..sob...

Saya haruslah angkut hantaran. Berat pun x kisah janji ada bear...h ahh aha


.

Read More
Assalamualaikum.....


Beginilah berderet2 kereta ibu bapa menghantar anak masing2 pulang ke asrama. Dan kalau waktu masyk ialah 6.00 ptg, masa tu lah berderet2 kereta masuk pagar. Maklumlah, dua tiga minit tu sgt berharga utk anak2 ni termasuk Adam.

Dan kadang2, tak sampai beberapa jam mula la si anak telefon.  Ada jer yg tertinggal. Semalam, Adam kata hpnya jatuh dlm tandas. Melurut dari poket seluar yang digantung di pintu tandas. Hai....terpaksalah mama belikan hp lain hujung minggu ni.

Nak update blog pun tak aman sekarang. Ada saja halnya....






.
Read More
Assalamualaikum.....

Kami dinner bersama pada hari Sabtu sedangkan birthdatenya adalah pada Isnin berikutnya. Yang penting,kami meraikannya bersama walau tanpa Adam dan Ain.

Surprise dinner and surprise cake... She was happy and excited.



Among us..


The cake...

Satisfying though not much. I wish we could organize a better dinner. Next time maybe...




.

Read More