Assalamualaikum.....


Esok merupakan hari terakhir kita semua berada di tahun 2011(alamak, voucher JJ expired esok..). Tahun 2011 Masihi ini tidak mungkin akan berulang lagi. Masa yang ditinggalkan akan terus berlalu pergi..

Sangat banyak yang berlaku dalam hidup kita pada tahun ini. Hubby kita berpindah ke Kuantan pada awal tahun, maka proses untuk mengadaptasikan diri dalam situasi yang baru ini mengambil masa yang agak panjang. Tubuh badan dan minda yang penat juga terpaksa akur dengan hati dan akal. Ada pertembungan pendapat dalam diri kita, lalu membuatkan keseimbangan hormon dan sistem tubuh menjadi porak peranda.

Kita diuji juga dengan ahli keluarga yang bergilir2 jatuh sakit. Aduh, berat sungguh tanggungan di bahu rasanya. Tahun ini, segala ahli keluarga yang sakit, kita uruskan. Syukurlah kita masih berupaya.

Kegembiraan dan kebahagiaan juga seiring dengan dugaan yang melanda. Adat menjadi manusia biasa. Yang penting, kita semua harus redha dan tabah. Bersyukur atas kurniaan Allah. Doakan yang terbaik untuk mereka2 yang menganiaya kita. Bukan hak kita untuk menentukan hukuman, tapi Allah swt yang lebih Mengetahui.

Telah beberapa insiden berlaku pada diri kita apabila kita seolah2 diperlekehkan dan di keji. Alhamdulillah, kita pulangkan segalanya kepada Allah. Biarkan saja ia berlalu. Kerana ianya tak akan menghentikan putaran kehidupan kita. Tapi, semakin banyak kita bersabar, semakin banyak dibentangkan di hadapan kita balasan Allah kepada mereka2 ini.

SUBHANALLAH.. MAHA SUCI ALLAH....

Maka kita tak menjangkakan tahun 2012 akan jadi perkara terhebat dalam hidup kita. Sekadar memohon biarlah segala dugaan dan ujian, kegembiraan dan kebahagiaan adalah setimpal seadanya untuk kita tanggung.

Maka kita ucapkan kepada semuanya....

SELAMAT MENUJU KE TAHUN BARU DENGAN PENUH RASA SYUKUR DAN TABAH...
Read More
Assalamualaikum.....


Setelah berkali2 cubaan untuk menonton Ombak Rindu gagal, kita hanya berserah dan berharap bahawa ianya akan ditayangkan di Astro First. Kalau x ada juga, maka terpaksalah bersabar menunggu DVDnya keluar. Maaflah, kat rumah memang tak ada internet line. Cuma guna wifi di rumah MIL. Memanglah selalu lepak situ, tapi bila dengan family, banyak lagi perkara lebih penting yang harus diladeni. Menonton tv pun tak sempat2.

Tapi minggu lepas, entah mcm mana hubby setuju nak rewang tengok movie dengan kita. Kebetulan Adam tak ada, maka kami ambil kesempatan dating seperti selayaknya sepasang kekasih..(ok..tolong jgn muntah...). Syukurlah kami masih berkesempatan untuk menonton Ombak Rindu di pawagam. Walaupun ada juga yang **dengggg** sebab bawa bayi kecil, namun tak cukup kuat untuk menjejaskan konsentrasi. Ishh...kalau nak tengok sangat pun, gilir2lah jaga baby tu... Pentingkan diri sendiri betullah mereka tu...

Anyway....

Itulah yang dapat tengok Mission Impossible 4 yang kita dah ceritakan dalam entry sebelum nie.

Sebaik tamat cerita Tom Cruise tu, kami berkejar ke movie theatre sebelahnya pula. Tak ikut jalan luar pun, naik semula ke atas ikut pintu dalam. Tunjuk tiket pada staff yang jaga, terus masuk pintu sebelah pula.

Tak perlu review tentang kisah nie sebab dah terlalu ramai yang review. Yang pasti, semalam dah mula ditayangkan di Astro First. Insyaallah kita akan subscribe lagi untuk 2nd round. Tapi bukan weekend kot sbb cerita mcm nie, kena tengok sorang2 kat rumah.

Walaubagaimanapun, nampak jugalah hubby kita basah bola matanya masa menonton cerita nie. Of course tak mengaku kan, namun ianya memang betul2 menyentuh hati.

Yang paling  menjelekkan dalam filem nie ialah cara pemakaian tudung yang seolah2 langsung tidak dipedulikan. Siapalah yang menjaga kostum filem nie agaknya. Kalau pun x pernah pakai tudung, tak boleh buat sedikit study ke? Dasar ambil mudah!

Oh yer, gambar di atas kita pilih sebab itulah antara adegan yang paling kita suka.

 Perasaan kasih dan sayang, cinta yang mula menular dalam segenap hati, tanpa ucapan kata2. Debaran jantung masing2 dan akhirnya menyerah kepada kuasa cinta.

Definitely akan repeat.
Read More
Assalamualaikum.....

I've watched this..yeyyyy.....

Pics from Google

Memang x pernah looking forward nak tengok cerita nie, and tak tau menahu langsung cerita nie wujud. Dahsyat betul kan. Tujuan sebenar pergi movie last week sebenarnya nak tengok kalau2 Ombak Rindu masih ditayangkan lagi atau tak. Kebetulan hubby agree untuk pergi movie and Adam pun x ada, maka kami datinglah ber-2 masa tu.

Syukur Ombak Rindu ada lagi. Tapi lewat sikit. So, sebelum tu, kami cari cerita apa yang habis ngam2 sebelum Ombak Rindu. Discuss dan siasat dgn orang counter tu, maka MI 4 nie lah yang paling ngam2 sekali. Kiranya kami tengok back to back lah... Best betull...

Untuk cerita nie, kebetulan ada couple seat, and hubby tak pernah experience duduk couple seat. Kita dah pernah dah....duduk dengan Adam..hehehehehe. Perghh...best giler2 dating dengan hubby, tengok movie, duduk couple seat... HEAVEN..!

Oh yes, about the movie...

AMAZING!

BEAUTIFUL!

FUNNY!

SCARY!

All of the above...

The plot is so systematic, interesting and easy to understand. The action scenes, the explosions, the fighting and the gun shooting seems are all magnificent. This is the most worth paying movie tickets I've ever bought... (besides Twilight, definitely).

Scenes that I like most :

1.) Scene in Kremlin when they were using Tab and create illusion image to the guards of Kremlin. It was so brilliant, neat, but yet funny.

2.) The one which Ethan Hunt and Brandt escaped from the authority under the water.

3.) The moment when Ethan needs to catch the designated coach in a train to access his unit's property and the rest of the team members. He has to run with the train, make sure he keyed in the correct code number, authorized his retina for authorization while avoiding the iron barriers along the way.

4.) The most outstanding scene is when Ethan needs to climb window glass thousand feet on the air at the Burj Al-Khalifa in Dubai, the tallest building in the world. I have been dying to know how did they merged the graphic and utilized the capabilities of the modern cameras to produced that scene, because it could be SO MUCH IMPOSSIBLE for him to literally climb the buildings!. But when I watched the videos behind the scene, I hit by the surprise. Oucch!

YESS!! Tom Cruise DID CLIMB the building. He climbed it without using any stuntman. I bowed to your commitment and craziness, dear Tom Cruise.

While watching this scene, hubby and me were holding hands tightly because it was so scary when you can imagined how it would be for him if he fell down.. He actually 1% off from falling in that scene and I did scream...

5.) The scene in Mumbai, when Jane seduced the Indian billionaire... ANIL KAPOOR! Oh my...oh my... I loveee Anil Kapoor and I realized that I was the only one jumping up and down excitedly in the movie theatre when Anil made his appearance. It was a surprise because I have no idea at all that Anil will be in there....



6.) The fighting scene in the automatic car parks building in which the levels that brings car moving up and down, left and right, front and behind constantly. Ethan fights to snatch the nuclear bomb launcher case from that crazy professor. The most unexpected moments was when he drove a car to purposely hit the ground and turn off the bomb before it's too late.

Ok....interesting enough? It's worth it...please trust me.

I really enjoy the show. All the pretty faces in this movie are nothing compared to the actions presented.

Expect the unexpected...
Read More
Assalamualaikum.....

Yer...sangat memenatkan. Sakit2 badan semua. Tapi di atas segalanya itu, kita sekeluarga memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana majlis pertunangan adik bongsu kita berjalan dengan lancar. Syukur Alhamdulillah. Selesai sudah satu peringkat. Maka selepas ini, kami menantikan penetapan tarikh untuk bernikah dan majlis perkahwinan.

Ok...sebenarnya, kami jalankan majlis secara sederhana saja. So, memang tak buat pelamin sebab tradisi kami biasanya upacara menyarung cincin dijalankan di dalam bilik tidur dengan hanya golongan wanita saja yang menyertai. Make-up, Ida suruh kakaknya tolong (a.k.a. yang empunya blog ini ) solek. Dahlah kita nie bukannya pandai. Diri sendiri pun tak termake-up, apa tah lagi nak conteng muka orang. Dah dia minta tolong juga, kita cubalah apa yang boleh. Itupun 3 hari sebelum tu, dah rehearsal make-up nak buat macam mana..hehehehhehe.

Jumaat malam, kita balik Melaka dulu, tunggu hubby dari Kuantan. Sabtu pagi, bawa hubby follow-up check-up doctor, hantar kereta servis air-cond dan menyelesaikan 5-6 urusan yang lain. Tiba di rumah, dalam pukul 4 petang dan terus bergegas packing untuk balik PD. Tiba di PD dah dekat Maghrib. Lepas Maghrib, kami ada bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat kecil2an. Lepas tu kita dah sibuk di dapur. Siang sayur, goreng ayam, siapkan dinner, kupas kentang dan bermacam2 lagi. Malam tu memang semua makcik dan pakcik bersama sepupu2 ada sekali. Meriah sungguh. Tapi penat nyer, Allah jer yang tahu.

Lepas siapkan segala2nya untuk memasak esok pagi, makcik dan pakcik beransur pulang. Tapi kita dengan cousin dan adik beradik lain mengerjakan hantaran pula. Pukul 3 pagi baru siap....

 Jangan tak percaya tau... Hubby kita volunteer nak buatkan sirih junjung. Semua orang tak percaya masa dia volunteer sebab dia belum pernah tunjuk bakat. Yang pernah tengok, adik2 kita dengan mak kita jer pernah tengok hubby gubah bunga. Even mommy pun tak yakin hubby boleh buat. Kita memang tak tolong langsung sebab tak tau nak buat mcm mana. Maklumlah...tak ada seni..hehehehhe. Tapi tengoklah gambar nie. Hubby kita jadi team leader untuk projek sirih junjung. Anak2 buahnya ialah sepupu2 kita yang muda belia. Dan menjadi sejarah dalam keluarga bahawa sirih junjung kali ini dihasilkan oleh tenaga lelaki yang macho2....

 Mereka buat semua dari scratch. Tengoklah bunga pinang, cengkih, gambir nie. Beli bunga cengkih kat kedai, beli pinang yang di racik halus dan cantumkan hingga terhasil sekuntum bunga dan dicantumkan lagi hingga terhasil setangkai bunga.

 Yang atas nie pula projek wanita2 anggun, hehehehhe. Projeknya ialah tabur saja coklat dan gula2 dalam bekas2 yang ada. Siap..! Heheheheehe


 Oh, yang ini, basikal membawa coklat. Hasil jalinan kerjasama disulami kasih sayang sepasang suami isteri iaitu Paksu dan Maksu kita.... Paksu kita beria2 membelek basikal nie untuk menghiasnya... Coklat semua disusun oleh isterinya, maksu kita...

 Ini pula buah2an yang disediakan oleh adik ipar kita, Linda. Mudah, tapi cantik. Janji kemas...

 Lagi gambar gula2. Yang terkorban tak berapa banyak sebab kanak2 ribena masih leka bermain2 walaupun waktu dah menginjak dinihari...

 Ha, ini adalah resolution last minit. Nak bagi pulut kuning. Paksu kita masih berusaha untuk membentuk dan menghias pulut tu...


 Tadaaa.... sirih junjung hubby separa siap.


Sirih junjung yang dah siap, tapi bunga2 melur yang putih2 tu, nampak macam peliklah pula digantung mcm tu... So, kami tukar kepada macam nie...


Ha, yang nie baru betul. Bunga melur putih tu..? Yezza...kami beli dari kedai India. In fact bukan beli, kami tempah. Kami minta dia jalin rapat2 dan gunakan benang hijau... Memang wangiii sangat...


 Ha, inilah keseluruhan hantaran. Dulang yang kosong adalah untuk ditenggekkan kotak kek esoknya. Untuk pengetahuan, dulang hantaran ini, di hias sendiri oleh yang empunya badan bertunang... Simple jer, tapi pandangan mata kita, kita rasa dah cukup sweet and nice. Tapi ramai yang kata nampak kosong sangat. I beg to differ, though.

 Taraaa...mempersembahkan orang bertunangnya... Ok...kita tak letak blusher, tapi maksu kita yang tolong. Dah x sempat sangat nak belek. Bukan apa, rombongan tu kata diorang akan sampai pukul 11 pagi. So, kita dengan yang bertunang nie pun sibuk didapaur dulu lah sejak pukul 5.00 pagi (3.00 pagi tidur lepas siapkan hantaran, 5.00 pagi bangun untuk mula memasak). Banyak yang nak disediakan. Yang utama, siapkan sarapan disamping mula memasak apa yang boleh. By the time kecoh2 pun, jam dah pukul 9.00 pagi.

Kita suruh Ida mandi dan siapkan muka dia dulu sementara kita teruskan kerja di dapur. Dalam jam 9.45, baru nak mula bersiap. Kita nie kan amatur, maka memang ambil masa sangat2. Maklumlah, tak nak cacatkan hari terindah dalam hidup dia... Adalah sedara mara yang gelakkan kita sebab kita pakaikan eye shadow pakai cotton buds... Tapi kita buat dunno sebab itu stail kita. Kalau pakai brush sedia ada, kaler tu nnt bercapur aduk...nanti tak blend dengan cantik. Syukurlah Ida yakin dengan kita...hehehehhe. Oh yer, Ida nie memang x pernah make-up langsung seumur hidup dia. Bedak compact pun dia x pakai.. Pakai bedak talkum tu jer... Lipstick, setahun sekali jer. So, dia pesan sangat2 dia x nak nampak macam hantu cina...

Inilah hasilnya. Berdebar juga, tapi bila kawan2 dia datang dan menjerit2 kata dia nampak sweet, cantik sangat, kita dah boleh tersenyum. Alhamdulillah.... Maklumlah, hasil kerja amatur. Janji mukanya berbedak..hehehehhe

 Aiseh. tiba2 Ida dipanggil ke depan sebab bakal ibu mertuanya nak sarungkan cincin di khalayak ramai pula... Tak sempat kita standby.... Dapat tengok dari belakang jer....


 Antara ahli rombongan lelaki dan wakil pihak kami berbincang apa yang patut....

 Dah sarung cincin.... sepupu dan anak buah semua ambil kesempatan bergambar... Sayangnya tak ada gambar dengan mak dan ayah. Mak dan ayah mmg mcm tu... diorang x peduli pasal gambar2 nie.

 Hantaran yang kami terima dari pihak lelaki.. Maaflah...kaki Adam terselit plak... Dia memang mcm tu, nak glemer... heheheheh.


 Ini adalah coklat homemade yang ditempah rasanya.

 Kek dari Baker's Cottage. Memang sedap.

Cuma yang terkilan sikit, kami bertungkus lumus menyusun sirih junjung, tapi pihak sana hanya berikan kami gubahan sirih junjung dari plastik yang amatlah simplenya. Mungkin beli yang dah siap. Hmm...

Bahana dari majlis ini, hubby terpaksa papah kita ke klinik semalam sebab seluruh badan sangat sakit2 dek kerja yang tak henti2 beberapa hari.

Bilalah nak selesai majlis perkahwinan pula. Lepas nie, dah tak perlu lagi periuk dan kawah besar2 tu.... Boleh kunci dalam setor besar dah...


Read More
Assalamualaikum.....

Minggu lepas, Adam dan Firdaus menyertai tournament karate. Sejak mula belajar 2 tahun yang lepas, mereka baru sahaja dapat naik ke yellow belt iaitu peringkat 2. Dan inilah pertama kalinya mereka menyertai tournament atas arahan Master mereka. Pertama kali untuk mama dan papanya jugaa....

Memang lambat mereka nie. Salah satu sebabnya ialah sebab asyik skip kelas. Masa baru2 hubby pindah ke Kuantan, lagilah tak pergi kelas langsung. Kita tak tahu di mana ada karate class di Kuantan. Kalau tahu, mungkin boleh enrollkan di Kuantan juga. Maka tak kisahlah balik Melaka atau Kuantan, tetap boleh ke kelas karate. Oleh sebab itu, maka berbulan2 tak pergi. Dahlah kelas yang ada 3 kali seminggu hanya dapat dihadiri seminggu sekali jer, itupun nak skip juga. Dan mereka berdua nie memang tak berapa ada talent dalam seni karate - do nie.

Tapi yang sebenarnya, tujuan kami enroll kan mereka dalam kelas nie hanyalah untuk mereka membina keyakinan diri dan juga untuk menjaga kecerdasan. Tahulah zaman sekarang. Tak banyak aktiviti luar rumah yang boleh mereka lakukan dek kerana jadual persekolahan yang penuh, juga faktor2 keselamatan. Oleh itu, inilah salah satu 'escape' utk masalah tersebut.

Tournament ini adalah tertutup dan secara kecil2an sahaja. Untuk persatuan2 karate yang didalam negeri Melaka saja. Itupun tak banyak yang join rasanya.

Disebabkan mereka nie tak berapa fokus dalam kelas dan selalu ponteng, disamping tiada langsung pengalaman, maka mereka kalah di pusingan pertama lagi. Heheheehhe. 2-2 nie bawak balik telur ayam. 8-0 mereka kena hentam. Segan juga sebab kita jerit2 sokong Adam, sedangkan orang lain senyap jer..hehehehhe. Kecuali yang dah semi final atau final, maka adalah pasukan masing2 bersorak. Tapi parents, kita sorang jer yg keluar suara. Haaa, tak pedulilah kan. Janji bagi semangat pada anak2.

Ok, meh layan gambar.




 Ini, masa baru2 sampai. Bersemangat lagi. Pagi2 kita dah bangun, buatkan cucur sayur untuk sarapan dan tortilla untuk bekalan. Air, sorang 2 botol.




 Lokasi pertandingan adalah di dewan SJK (C), Masjid Tanah, Melaka. Memang ramai yang berbangsa Cina. Rasanya yang Melayuada dalam 4-5 orang jer kot. Dan ada satu pasukan semuanya India...


Semua peserta berkumpul dan diberikan briefing tentang pemakaian vest keselamatan dan helmet keselamatan.


Ini kumpulan pertama, kategori 7-8 tahun. Masuk gelanggang, tunduk hormat pada lawan. Comellll sangat diorang nie. Kecik2 jer semua.


Ini kategori 7-8 tahun tengah lawan. Uisshh..seronok rupanya. Sangat bersemangat. Dengan jeritan hieyaahhh yang kuat dan nyaring dan tumbukan2 padu serta tendangan maut...memang mendebarkan. Siap ada yang nangis sebab kena tumbuk kuat walaupun pakai vest dan helmet. Yang dah kena serang, tak puas hati. Mereka sedaya upaya balas serangan dan siap kejar satu gelanggang lagi. Memang bersungguh dan mendebarkan. Ada yang kena tumbuk kuat sampai doktor dan team perubatan berkejar periksa rahang, gigi dan mulut. Memang power. Tapi adik tu tetap teruskan juga perlawanan sampai menang.

Jeng, jeng, jeng...Ini kumpulan Adam dan Firdaus. Mereka kategori 9-10 tahun. Ramai juga. Firdaus masuk team Aka (merah) dan Adam pula masuk team Auo (biru). Tunduk hormat pada peserta dan pengadil.

Adam dah bersedia untuk masuk gelanggang.

Maaflah, gambar dia fight, kita x ada sebab kita ambil video. Yang nyata, dia kalah. Dia macam takut2 nak tumbuk kuat2. Tumbuk dan tendang banyak kali, tapi macam sapu2 jer kat lawan dia...tak tumbuk padu, so tak dapat markah. Adam dan Firdaus, 2-2 sama. Kejar lawan bukan main lagi, sampai lawan terasak ke tepi gelanggang, tapi tak dapat markah. Sayangg,....

Mereka harus belajar dan fokus lagi. Harus banyakkan lagi pengalaman untuk berlawan. Kasi chance, ini first time untuk mereka. Tapiii....memang geram betul. Sebab selalunya Adam nie 'praktis' punching kat perut mamanya nie. Bukan main lagi eksen. Firdaus dengan Adam kalau bercerita, x nak kalah. Bila betul2 pertandingan, dapat telur ayam. Sampai sekarang kami semua dok kondem diorang...hahahhahahahaha. Dah geram dah Adam dan Firdaus. Masing2 bengkek sebab asyik kena perli. Diorang kata, in future nak tebus semula kekalahan nie. Bagusss!

And Adam, ada hukuman lebih berat. Disebabkan peperiksaan akhr tahun pun dia mengecewakan dan aktiviti luar nie pun hancur... maka dia dilarang sama sekali untuk sentuh remote Astro di mana2 rumah sekali pun, hinggalah dia baiki prestasi dia semula.

Adam terpaksa akur. Maka sekarang, dia dalam proses conquer tv 24 jam sebab nak gunakan sisa2 2011 sebelum 2012 menjelma dimana larangan akan berkuatkuasa.

Hemm..siaplah budak2 nie. Tahun depan tak boleh main2 sbb 2011 dah cukup diberi kelonggaran.
Read More
Assalamualaikum.....

I hope it's not too late for me to wish Merry Christmas to all Malaysian and non who are celebrating it. May you enjoy the happiness and holiday...
Read More
Assalamualaikum.....


Masa ke kedai Ayamas beberapa minggu yang lepas untuk beli stok ayam goreng segera, ternampaklah kepingan2 wraps nie. Maka kita pun beli satu peket yang mengandungi 8 keping. KNiat utk cuba nak buat tortilla sebab Adam suka sangat makan.

Tapi tak sempat2 nak beli salad. Maka pada suatu pagi, disebabkan tak ada idea nak buat breakfast apa, kita pun terpandang wraps nie. Selongkar freezer, nampak chicken pop tu. Goreng ayam ketul2 kecik tu, panaskan wraps atas non stick pan, sapukan dengan mayonis dan gulungkan dengan ayam pop tadi dengan berjenis2 sos. Satu gulung ada sos cili, gulung lain ada mustard, ada yang dituang BBQ sos dan lain2. Memang Adam dengan hubby suka sangat. Hidangkan pula dengan nescafe panas. Cukup mengenyangkan...

Lain kali boleh pelbagaikan.

Gambar di atas, masukkan 4 gulung dalam tupperware, bawa ke rumah mother in law. Firdaus and Ain my SIL sure suka...

Memang laku pun...
Read More
Assalamualaikum.....

Memang kita nie sibuk jer kan. Yang masa boleh 'bernafas' sikit ialah pada waktu kerja. Kalaupun sibuk, masih dapatlah nak makan dengan aman damai dan berkongsi kisah dengan kawan2. Tapi kalau dah dengan family, memang terkejar2 rasanya. Boleh kira dengan jari, tak habis pun jari di tangan untuk mengira berapa hari jer yang kita betul2 duduk di rumah sendiri dengan hubby dan anak sambil santai, mengemas, memasak dan menonton bersama dalam tahun 2011 nie. Selebihnya sibuk dengan travelling, melayan keluarga mertua dan keluarga sendiri, serta melayan tuntutan kenderaan2 kami yang semakin hari semakin susut tahap kesihatannya.

Minggu lepas dah sibuk berumah dan bertangga di hospital.

Minggu nie, adik bongsu kita akan melangsungkan majlis pertunangannya. Alhamdulillah. Terbuka juga pintu hatinya menerima kehadiran seorang lelaki. Syukurr.... Tak banyak rintangan dan masalah yang harus dilalui untuk dia bertemu dengan pasangan hidup dia nie. Syukurlah dia tak perlu tempuh dugaan seperti kakaknya ini.

Jadi, minggu nie, kita dah sibuk berulang alik KL-PD pula untuk uruskan persiapan pertunangan dia nie. Sejak 2 minggu lepas sebenarnya dah ke hulu kehilir uruskan dia. Barang2 hantaran, pakaian dia, persiapan bilik tidur dan sebagainya. Mak dan ayah hanya perlu uruskan makan minum semasa majlis saja.

Bukan apa, masa kita tunang dulu, tak ada sorang pun yang sudi nak bantu kita uruskan segala2nya. Maklumlah, kita masa tu masih bergelar pelajar. Manalah ada income sendiri. Maka langkah persiapan amatlah terhad yang amat. Mak ayah pula masa tu masih berkerja, maka selain sibuk bekerja, mereka terpaksa berkejar2 untuk siapkan makan minum tetamu pula.

Masa tu, hantaran kita ditetapkan oleh makcik2. Macam2 jenis pendapat ada. Tak ada tema langsung pun. Pakaian? Punnn pakai makcik punya. Mak memang x nak ambil peduli langsung. Mak kata, pakai jerlah apa yang ada. Kita ingat lagi, kawan2 di kampus lah yang membantu kita bersiap masa tu. Pandai2 sendiri jer kita nak bawa diri. Sangat tertekan perasaan masa tu. Telan segala airmata yang mengalir dalam diam, sebab kita betul2 rasa tak ada siapa yang ambil berat pasal kita.

Jadi, kita berazam bahawa adik2 kita tak perlu merasa keperitan itu semua. Kita akan cuba bantu sedaya upaya untuk uruskan majlis mereka agar mereka boleh tersenyum bahagia. Bermula dari adik yang ke-2, kita uruskan hantaran mereka dan persiapan selain dari makan dan minum mengikut impian mereka masing2. Selagi mampu, kita keluarkan perbelanjaan sendiri untuk mereka sebab tak nak mereka rasa di abaikan seperti mana yang kita pernah rasa.

Dan hujung minggu ini merupakan majlis pertunangan terakhir yang akan kita uruskan. Untuk anak tu dah lain ceritalah kan.... Tapi, selagi tak selesai, selagi itulah rasa ada beban yang tergalas di bahu.

Dan setiap kali kita uruskan adik2 kita, pasti ada makcik2 yang memandai2 nak suruh itu dan ini, tukar itu dan ini dan komen itu dan ini. Tapi memang mereka terperanjat bila kita stand-up dan bersuara bahawa sesiapa pun tak ada hak menyentuh persiapan2 itu. Cantik atau tidak, elok atau tidak, ini majlis adik dan persiapan adalah pilihan yang empunya badan. Waima kita sendiri pun sekadar melaksanakan sahaja. Maka tolonggg... jangan perlekehkan impian orang lain dan jangan punahkan mimpi mereka. Kita sebagai kakak sekali2 tak kan membenarkannya.

Untuk itu, kita sangat berdoa agar majlis pada hari Ahad ini akan berlangsung tanpa halangan, tanpa amarah, tanpa kecewa dan tanpa kedukaan. Semoga majlis ini dan ikatan ini akan berlangsung dengan kebahagiaan dan kegembiraan.

Selamat bertunang, Nieda..


Read More
Assalamualaikum.....

Everytime kami disini, inilah satu2nya kedai untuk kami beli makanan. Maklumlah, makanan utk yang sakit jer, yang x sakit, kenalah rayau2 kan...

Kami sekeluarga dah tersangat biasa dengan kafe nie. Sejak Adam berumur 2 tahun, hospital nie dah jadi sebahagian daripada rutin kehidupan. Masalah tonsil Adam sejak kecil memang serius. Ada a few postings dalam blog nie. Kalau nak baca, boleh search dalam kotak sebelah kanan nie yer.

Dan setiap kali ada yang masuk hospital, kami anak beranak akan berumahtangga di wad hospital. Tidur dan makan dan mandi dan main dan menonton dan sebagainya. Biasanya akan request bilik single supaya tidak mengganggu pesakit lain.

Dah beberapa hospital kita pergi. Swasta dan kerajaan, namun kafe di sinilah yang paling menggamit selera. Percaya tak, ada masa2nya, kami akan sengaja ke sini semata2 untuk makan disini.

Ini adalah kaunter cashier. Ada macam2 makanan dijual disini. Ada western dan ada local food. Local food termasuklah nasi campur, yong tau fu, kantonese noodle, soup noodle, bubur dan pengat, kuih muih, roti bakar dan sebagainya. Western pula, ada spaghetti bolognese yang sedap, smoked chicken, long John sausage set, fish and chips, dan lain2 lagi.




Kalau x nak heavy food, bolehlah sekadar nak berehat di situ sambil sembang2 dengan cappuchino dan sandwich atau apa2 saja bun dan kek. Sandwich dia memang tidak mengecewakan. Senang cerita, bukan taraf yang dijual di stesyen minyak.



Tengoklah, ini antara menu yang ada di sini. Lagi satu, kafe nie buka dari awal pagi hingga 9 malam. Memang memudahkan pengunjung dan pesakit dan penjaga org sakit.

Hmm..kenapa hospital lain x buat macam nie kan...


Read More
Assalamualaikum.....

To those who would like different celebration, might try this....



Read More
Assalamualaikum.....

Memang lama sungguh tak jenguk blog. Opss...bukan x jenguk... tapi tak macam selalulah. Setakat jenguk dari jauh jer. Maklumlah...

Owhh..utk yang bertanya. Hubby sebenarnya demam. Dah almost 2 minggu sejak dia ke China. Dan sebab demam juga, dia mungkin agak tidak berdaya semasa di China. Dan dia kata dia ada jatuh di tangga bas di Hong Kong semasa dalam perjalanan ke airport. Tapi dia teruskan juga perjalanan dan sambung bekerja seperti biasa. Konon demam sikit...nanti hilang. Tapi x kebah2 juga.

Seminggu sebelum ke Hong Kong, dia rasa ada lump sebesar tapak tangan kita. Jumpa surgeon, dia kata nak kena buat further check-up.

So, kita bawa dia ke hospital sebab nak check lump, tapi doctor admitkan dia sebab demam yg berpanjangan. Tambah lagi, dia sangat weak masa tu. While waiting kat outpatient pun dia tidur sepanjang masa.

Now, Alhamdulillah dah sembuh demam. 5 hari di hospital dan sambung jaga di rumah. 5 harilah kita dan Adam berkampung di hospital. Syukurlah Adam tu dah boleh harap. Dialah yg tolong beli food, tolong ambik barang dan sebagainya. Sebab kita susah sikit nak tinggalkan hubby.

Anyway, lump tu akan di rawat kemudian sebab doktor perlukan dia jadi sihat semula. Tapi nothing serious. Just abdomen cyst biasa.

Anyway...terima kasih kepada semua. Insyaallah, I'll catch up the blogging world soon...

Now, bagi kita enjoy rilek2 melawat blog you all semua dulu ekk...
Read More
Assalamualaikum.....

Harap maaf, entry nie, auto publish yer, sebab kita ada urusan keluarga sikit.

Anyway, dah lama dah karnival nie. Sebulan yang lepas. Tak rancang pun untuk ke sini, cuma kita dengan hubby tiba di PD dari Kuantan pada pagi Sabtu lebih kurang jam 4 pagi untuk pick-up Adam. Tapi awal sangat, so tak naklah ganggu parents kat rumah. Hubby carik port tepi pantai, nak lelapkan mata sementara tunggu Subuh.

Tapi bila sampai jer pantai, pelik jer sebab rasa meriah. Dari Bt 4 dah meriah. Bila sampai ke Bagan Pinang...tu diaa...mcm pesta! Punyalah ramai orang. Semuanya berjalan ke sana sini dengan tujuan masing sambil mengusung kotaklah, baldilah, batang pancinglah, dan bermacam2 lagi. Khemah jangan cakaplah...bersusun kat tepi pantai. Bila tengok banner kat bawah nie, baruu faham.



Ha...tengoklah... Hadiah dia BESARRRR!! Tapi kitorang pelik, naper buat kat sini? Ikan apa sangatlah nak dapat kat sini? Nak dapat ikan berat sekilo pun susah. Kami taulah sbb hubby kan kaki pancing. Habis pelesok Melaka dengan PD nie dia dah redah. Dah boleh hafal dah ikan apa ada di pantai mana... Dia memang nak join, tapi kita x bagi. Bukan dengki, tapi kami ada banyak2 program. Nnt x terkejar. Tu belum kira badan yg x cukup rehat lagi tu. Kita dah penat sgt dan mengantuk sangat sebab beberapa jam sebelum tu kita baru sampai Kuantan dari Kuala Lumpur selepas habis kerja dan terus pula gerak ke PD. So, tak larat nak layan. Kita teruskan tidur jer sebab dah tau banyak lagi tenaga nak guna weekend nie. Last2, hubby sorang jer yang merayau sana sini. Tak taulah apa yang dibuatnya.




Tengoklah, ini semua sebahagian kecil kaki pancing. Tapi masa nie dah tgh hari. Dah ke penghujung. Semua org stay sbb nak tunggu cabutan bertuah. Pandai organizer kan. Dia 'paksa' orang tunggu dengan cabutan bertuah.






Suasana selepas pertandingan di tamatkan. Sepanjang pagi hujan lebat turun dengan mencurah2. Oh yer, bila tiba Subuh, kami balik rumah. Bersiap dan kembali semula ke sini. Hubby dah ada projek rupanya. Ayah kita pun ikut gak. Sementara tunggu projek berlangsung dan kesudahannya, kami lepaklah di gerai2 situ utk makan dan minum air panas sementara menunggu keputusan pertandingan.

Memang betul pun sangkaan kita. Ikan yang ada semua kecil2. Hadiah utama tu, ikannya seberat 800++gm jer. Tapi dia dapat hadiah RM25,000.00. Pemenang tu berasal dari Terengganu. Yer..memang pemancing seluruh Malaysia ada kat sini. Ada yang datang dari Sabah pun. Tapi rasanya asal jer Sabah, tapi dia kerja askar kat PD nie agaknya. Tengok gaya rambut tu mcm kenall jer..heheheheh.




Taraaa...inilah projek hubby. Dia masukkan Adam untuk pertandingan mewarna. Hehehehhehehe. Macam biasa, Adam nie mcm mamanya...tak ada langsung bakat dalam seni lukis nie. Hancur...heheehhe. Tak apalah kan Adam..janji papa puas hati, hehehehe. Papa x dapat masuk pertandingan memancing, Adam jer lah masuk pertandingan mewarna.

Oh yer, sepanjang berlangsung pertandingan nie, DJ yang didatangkan khas dari stesyen radio adalah buat selingan teka teki. Saja suka2.
Antaranya ialah : Dalam banyak2 ikan, ikan apa yang tak boleh berenang ke depan dan belakang.

So, ramailah yg cuba jawab. Ikan goreng, ikan mati, ikan patung hiasan. Tapi dia kata hidup. Hubby mati2 soh kita jawab : Ikan termenung. Hahahahahha. Kita pergi lah juga.... Tapi sebelum jawab, kita tanya dulu : Ikan tu tak BOLEH berenang ke depan dan belakang ke, atau dia MEMANG tak berenang ke depan dan belakang? Ceh..DJ perli. Dia kata dia tanya soklan, kita pulak tanya dia balik..hahahahhaha. Dia kata TAK BOLEH. So, kita dh tau jawapan salah. Tapi jawab juga..memang salah pun..hahahahhaha. Malu jer. Sbb tnya tu pakai microfon..so satu pantai tu semua org boleh dgr. Hubby gelak2 jer, nyorok kat balik tiang...hehehehhehe.

Jawapannya : IKAN TERSEPIT.

Chehh....

Overall : Meriah, tapi bagi kami, memenatkan dan membuang amsa sebab tak ada hasil. hasil yg ada cuma dpt lepak dengan family, ayah, adik, nieces semua di tepi pantai dalam hujan lebat, makan kopok lekor. Hehehehehehe.



Read More
Assalamualaikum.....




Buat masa sekarang, kita sekeluarga berkampung di hospital di Ayer Keroh, Melaka. Hubby is not well. Tapi kita tak akan tinggalkan langsung blogm cuma tak dapat nak berkomunikasi seperti biasa. BW tu pun, agak susah siktlah kot. Harap dapat memahami.

Salam sejahtera utk semua...
Read More
Assalamualaikum.....

Dah jiwang2 dengan Aaron Aziz dalam Ombak Rindu ker? Waaa...makin ramai yg feeling2 nampak? Tapi mmg tepatlah Aaron utk watak tu kan...

Ok..ini fakta yang terakhir kot. Sbb bnyk fakta lain yg kita dh lupa.

Here it goes :

Aaron is a sleep talker...

Hahahahaha. Betulll...wife dia kata, macam2 cerita boleh dengar dalam pada dia tidur tu. Ok, senang citer ngigau la... Now anak dia yg sulung tu pun dah sama mcm dia. So maknya akan dgr 2 story yg berlainan setiap malam. Abah citer pasal Ombak Rindu, anak citer pasal Naruto ( contoohhh...).

And....my hubby pun samaa.... taraaa.... So bolehlah perasan hubby kita pun ada ciri2 sama macam Aaron gak... Tapi feeling tak sama... Dengan Aaron..mak oii..cairrrr.... Dengan hubby, cinta sampai mati..Insyaallah...
Read More
Assalamualaikum.....


Tengoklah, kita dapat anugerah cucu atok ke 32. Syukur Alhamdulillah... sebab antara ribuan yang jadi follower, atok sudi memilih blog kita antara top 50 ( elehh... top 50 pun nk berlagak ekk...). Sila ke SINI untuk membaca puji pujian atok pada blog ini (perasan betol kita kan.. Ok..boleh muntah sekarang ).

Anugerah ini adalah tradisi daripada blog Apo2 Yolah. Owner blog iaitu Atok, Ujang, Kak Milah, Cikgu Nasir, Auntie Mei Mei dan Abang Joe selalu bersepakat untuk mempromosikan blog2 melalui segmen Cucu Pilihan ini. Kenapa ramai sangat owner blog? Ha, itulah istimewanya blog Apo2 Yolah ni. Kalau nak tau, sila lawat. Memang istimewa.

Selain daripada tu, yang membuatkan ramai follower tetap setia disisi blog ini ialah dia membuat entry yang ditujukan kepada berbagai golongan. Kiranya tamaklah sebab nak target audience dari berbagai peringkat.. Hehehe... ampun Atokkk...

Oh...selain daripada itu, entry2 nya mampu menusuk hati, menginsafkan, berilmiah, dan tak lupa yang boleh buatkan anda tergolek2 gelak ketawa kerana lawaknya bukan standard sekadar kering gusi. Owhh..lupa, ada juga entrynya yang telah mampu membuatkan kita melopong tidak percaya dek kerana tulus ikhlasnya penceritaan yang jujur itu. Contohnya, tentang Bobot Dikejar Kuda Putih. Opss..maaf, kita tak mo bagi entry kerana mungkin akan membahayakan tuan Bobot. Tapi, kalau nak tahu, u all bolehla senyap2 gali2 underground dalam blog Atok tu yer...

Sekali lagi... terima kasih Atokk....!!

P/S : I love u Kak Milah..
Read More
Assalamualaikum.....

Alahai.... x dapat nak jengah blog lama2. Maaflah kawan2. Ada yang x sempat kita jalan2 ke rumah blog masing2. Nanti dh lega, kita datang yer... Minggu nie agak sibuk dengan kerja pejabat. Dan minggu depan sepatutnya ada program yang dah menanti. Harap2, ada masa untuk kita jengah blog. Nak transfer gambar pun tak sempat lagi nie... Lagipun, kalau buat auto publish pun x leh caya. SELALUUU sangat terkena dgn blogspot nie, dah penat2 menaip entry utk auto publish, alih2 dia tak moh kuar plak. Dh make sure jadi 'scheduled' nnt bila bukak balik, jadik 'draft' pulak. Sudahnya, kita berserah jer.

Ok, entry hari nie berkenaan dengan kedai yang kita dgn hubby dan Adam selalu pergi utk makan kalau di Alor Gajah. Bukan x ada kedai lain, tapi kat sini kami selesa sikit. Lauk memenuhi selera dan rasa, ruang makan pun selesa, x semak dan kebersihan terjaga. Bukan nak cakap apa, tapi kita kalau pergi di food court kat bus stand tu, adoii tgk dapurnya mmg x lalu. Kat kedai nie, keadaan dapurnya, memang acceptable lagi. Bukan tu jer, harga makanan mmg berpatutan.



Inilah kedainya. Dah lama kedai nie agaknya. Tgklah signboardnya sampai dah pudar. Lokasi betul2 selepas roundabout utama Alor Gajah menuju ke Kelemak. Senang cerita, betul2 seberang pintu masuk balai polis Alor Gajah. Takkan miss punya.


Masa ni, kita datang utk sarapan. Tgklah Adam. Mmg favourite dia sarapan dgn roti canai. Lauk pula dia suka asam pedas ikan pari. Ha. kat kedai nie masa tu pukul 9.00, lauk tgh hari dah mula keluar sikit2. heavenlah utk Adam makan roti canai cicah asam pedas ikan pari. Air Horlick tuuu... Seterusnya, nikmatilah pemandangan Adam menikmati ikan pari...hehehehehhe.





Antara deretan menu yang dah keluar.

Kalau pagi, memang ada macam2 sarapan. Semua nasi lemak berlauk, nasi goreng, mee, meehoon, roti canai, lontong, mee soto, mee rebus, mee kari... Sampai x tau nak pilih makan apa. Kalau sarapan, kira boleh skip lunchlah. Kenyang sampai ke petang ( err..pukul 2.00 tu petang gak kan... hehehehehhe).

So, sesiapa yang ke Alor Gajah, bolehlah cuba makan kat sini yer. Yer lah, manalah tahu, nak ke Melaka, baru sampai Alor Gajah dah lapar. Nak tunggu sampai ke Melaka, lambat lagi. Jangan risau, asam pedas kat sini memang sedap. Even mak dengan mommy pun suka tapau asam pedas kat sini..



Read More