Assalamualaikum...


Ok..ok...meh sambung minggu lepas punya story pasal anak bujang saya tu.

Tragedi yang pertama ni, tak melibatkan kecederaan...Alhamdulillah.

Al-kisahnya sekolah Adam ni baru buka satu outlet Laundry Express yang kita selalu Nampak sekarang ni. Alaaa...jenis yang kena masuk duit syiling tu... Satu outlet ni digunakan oleh seluruh warga sekolah. Pelajar perempuan dan lelaki, pekerja2 dan juga guru2. Kedudukannya di sebelah kedai koperasi. Maknanya diluar pagar asrama, tetapi di dalam kawasan sekolah.

Disebabkan ada mesin dryer sekali, memang ramailah yang gunakan. Pertama, penting untuk pelajar2 sebab tak perlu sidai dan menunggu setengah hari untuk kering. Kedua, selamat sikit pakaian. Kalau di ampaian tu, potensi untuk hilang sehelai dua pakaian tu memang sangaaaaat besar. Banyak juga lah duit melayang sebab baju atau seluar asyik hilang jer.

Kami ni pula di Melaka. Adam di Jelebu. Kalau setiap minggu nak datang 2 kali nak ambil baju, hantar baju...tak berbaloi dengan penat, masa dan kos perjalanan. Dan syukurlah Adam pula seorang anak yang berdikari. Kalau di rumah pun, dia akan settlekan sendiri baju dia. Basuh, lipat, gosok. Semua dia buat sendiri. Dia tegah saya dari buatkan untuk dia. Tapi, macam mana rupa baju lepas lipat dan gosok tu jangan ditanyalah kan... Gosok pun line sight tu bukan main berlapis2 lagi. Saya buat tak Nampak jer. Pandailah dia nanti kalau nak jadi hensem....

Adam dan kawan2nya pada suatu malam di hujung minggu, pergilah basuh baju di kedai tu. Kedai ni kan self service. And beroperasi 24 jam. Jadi, anak2 bujang ni...nakal2 belaka. Pergi basuh baju jam 1.00 pagi. Reasonnya sebab tak larat nak menunggu lama giliran dan selalu penuh. Jadi, kalau pukul 1.00 pagi, dah sah2 lah kosong.

Sepatutnya selepas 12.00 malam dah tak boleh keluar asrama. Tapi pelajar2 lelaki ni, memang selamba jer keluar masuk ikut suka. Warden pun kalau hujung minggu tak lah tegas sangat. Ada yang lepak lagi kat kelas, ada yang masih berlatih caklempong...dan macam2 aktiviti lagi.

Si Adam dan kawan2nya berlima orang ni, mengusung bakul kain besar sorang satu. Peluk bakul tau...sebab bakul besar dan penuh dengan baju kotor. Dari asrama, sampai ke kawasan sekolah. Ikut jalan celah2 kelas sebab nak jaga macho. Malulah kalau awek Nampak diorang usung bakul kain,

Membasuh lah mereka. Lepas kering, tak sempatlah nak lipat kat situ. Terus bawa balik ke asrama sebab jam pun dah pukul 2.00 pagi lebih. Tapi on the way balik..tiba2 Adam nampak ........





Bayangan lembaga putih..sedang duduk di atas tong sampah yang warna hitam tu. Tong tu di koridor kelas menghala ke surau sekolah.

Adam tak percaya. Dia toleh 2,3 kali...eh..betul ke? Orang ke, atau.........?

Toleh lagi...toleh lagi....dan masih ada.

Dia tak bagi tau kawan2 lain pun. Dia senyap jer sambil tertoleh-toleh tu.

Tapi kawan sebelah dia tegur. Katanya.. " Kau tengok apa weiiiii....Jangan tengok lagi...jalan jer cepat...jalan weiiii"

Wah...betul lah apa yang dia nampak. Tapi kawan yang lagi 3 orang tak nampak. Diorang sibuk berbual jer. Yang nampak, hanya berdua....

Jadi betul lah....lembaga putih itu ialah....

POCONG !!!!

Kain kapan berikat di kepala, leher, kaki...segala. Elok jer duduk sambil berjuntai kaki atas tong sampah...sambil memandang mereka berlima melintas...


Ok..ini bukan mimpi. Mujurlah mereka ni anak2 yang jaga macho. Jalan masih selamba lagi. Kalau saya...dah jerit lintang pukang lari dah agaknya....

Tapi kisah ni tak lah melemahkan semangat mereka untuk tetap memasuh baju tengah2 malam buta tu.... Yang penting, ahli rombongan mesti ramai...



Aduhai...anak2. Demi basuh baju sebakul.....


.
Read More

Assalamualaikum....

Beberapa bulan yang lepas, kami dapat tahu yang Genn Japanese Restaurant ada buat mini buffet. Wah, yang di idamkan. Dah banyak kali cakap dengan chef...asyik ala carte jer...buatlah buffet. Last2 management Grand Lexis approvekan untuk Genn buat mini buffet. Kebetulan pula minggu tu Adam memang balik rumah. Maka hubby terus bawa ke situ.

Seperti sedia maklum, Japanese food ni memang fevered budak bujang ni. Tengok tu...bukan main tersimpul lagi senyum dia... Jom tengok antara pilihan makanan yang ada....

Sashimi memang wajib. Di sini, sashimi nya sangatlah segar. Chefnya memang betul2 jaga kualiti. Tak pernah lagi kami dapat sashimi yang tak bagus.


Bapak budak yang sangat seronok makan.... Ramai Chinese family. Ada lah juga satu dua family Melayu yang kebetulan menginap di hotel tu.

Pinggan siapa entah...saya tak ingat

Goreng..goring..bakar..bakar... Sosnya yang dalam piring kecik tu...Subhanallah..sedappp sangat.



Presentation pun cantik kan....

Owner blog kena ada. Barulah review ni valid.


Soba sup...sedaapppp. Hubby kata teringat macam masa dia study dulu.

Teriyaki...cantik jer chef buat...

Ada oyster bakar juga....

All in all, sangat tak mengecewakan. Walaupun mini buffet, tapi saya rasa sangat banyak menu nya. Tak larat nak upload gambar. Lepas tu desert dia...Allah..sedap2nya. Kadang2 kalau buffet, kek2 tu kurang laku kan...tapi kek dia..kuih2 tradisional Jepun..bubur, pudding...semuanya sedap2lah... Tak manis sangat, terasa lemaknya, moistnya....

Tapi, jarang2 ada. Kalau rasa nak makan dish yang sedap dan diyakini halal sebab chef2nya semua Islam, bolehlah datang ke sini. Cuma kami, nak pergi selalu tu tak ler mampu kan. On special occasion...boleh lah....

Kalau ke PD, sila lah cuba.


.

Read More



Assalamualaikum semua....

Ini lah antara dugaan dan ujian untuk kami. Nak ketawa pun ada, stress pun ada.

Pada pagi hari Jumaat yang lepas, tiba2 Adam call saya. Saya tengok nama dia, dah rasa tak sedap hati. Selalunya saya yg call lepas Subuh...just nak pesan suruh belajar elok2. Tapi bila dia yang call, mesti something wrong.

Ayat pembukanya : Mama busy tak weekend ni?

Bila Tanya kenapa...katanya nak minta tolong hantarkan bekalan makanan kering lebih sikit sebab kakinya terseliuh. Jadi nak pergi makan di dewan makan susah sebab tak boleh jalan dah.

Bila Tanya kenapa, katanya masa dah light off di asrama, dia nak pergi jenguk washing machine asrama. Kalau tak ada orang guna, dia nak basuh baju sementara nak tunggu tidur. Kalau sebelum lights off tu, asyik penuh jer washing machine tu digunakan. Ber'cop' bagai..ikut giliran. Begitulah femesnya washing machine di asrama.
Tapi dalam pada nak turun tangga, nak cepat dan keadaan gelap...membuatkan dia tersilap langkah masa turun tangga. Terlipatlah tapak kakinya sampai bunyi meletup tulang katanya.Pagi tu, buku lalinya dah sebesar kuih pau katanya.

Dalam pada tu, saya suruh dia bersiap..pergi klinik dengan warden. Kebetulan saya cuti masa tu. Hati tak sedap. Terus ajak hubby ke sekolah. Adam dah jumpa doctor Klinik Kesihatan. Dapatlah Panadol beberapa biji dengan ubat sapu sikit. Kemudian di bandage kakinya.

Bincang punya bincang, kami mohon nak bawa dia keluar pergi klinik swasta utk x ray kaki. Just nak pastikan ok jer. Nak bawa balik, Adam tak nak balik sebab katanya Isnin dah start mid-sem exam. Jadi pergilah pejabat sekolah untuk isi borang. Tapi pihak sekolah nasihatkan bawa balik sebab susah dia nak bergerak. Takut lebih teruk cedera. Terpaksalah juga balik Melaka.




Sampai di Melaka, terus ke Mahkota Center. X ray dan lega hati bila sekadar terseliuh biasa. Dapat ubat lebih sikit untuk pulih cepat dan MC sehingga hari Selasa. Tapi exam bermula hari Isnin. Jadi, hantar juga balik asrama hari Ahad. Suruh dia pergi exam, lepas exam, balik rehat di bilik sakit asrama.

Alhamdulillah hari ni dah ok kakinya. Cuma nak duduk tahiyyat dan antara dua sujud tu, agak sukar sikit sebab masih sakit.

Ini lah tragedi yang berpunca dari mesin basuh yang kedua.


Yang pertama?

Entry lain kali lah...dah habis lunch hour. Kena sambung kerja....









.
Read More
Assalamualaikum.....

Wah...lama lagi tinggalkan blog. Rindu sungguh nak berblog...tapi susahnya nak curi waktu. Bila ada waktu...tubuh ni rasa sangat tak berdaya. Inilah lumrah orang2 yang dah meningkat usia ni.

Bulan ni adalah bulan busy. Bulan Allah sayang extra sebab bertimpa2 ujian yang di berikan untuk saya dan keluarga. Mula2 saya jatuh tangga di pejabat. Kaki terus bengkak. Pendarahan dalaman di kaki...terus infection selepas dua hari. Duduklah di hospital seminggu. Kemudian ayah pula tak sihat. Saya cuti lagi untuk menghantar ayah mendapatkan rawatan. Lega bila ayah beransur pulih. Tak sampai beberapa hari kemudian, Mommy pula sakit perut. Hantar ke hospital..ada batu karang dalam hempedu. Seminggu lagi saya sibuk di hospital, kerja dan rumah... Elok Mommy keluar hospital, Adam pula jatuh tangga macam mamanya..dia jatuh di asrama. Buku lalinya dah jadi sebesar kuih pau.

Anyway, kita cerita pasal makanan lah ya. Dah lama tak story pasal masak2 dalam blog nie. Ni antara menu kesukaan ramai di rumah. Saya masa ni masa di rumah mak ayah di PD. Sekali sekala balik rumah mak...masaklah apa yang boleh. Pandai sangat tu tidak lah....tapi setakat nak ditelan tekak...In sha Allah...haahhahaha

Ok, kita buat udang masak lemak cili padi campur lobak merah. Lobak merah ni untuk temankan udang dan menambahkan rasa manis dan lemak semulajadi pada masakan udang ni. Besides, it is a good orange color in the dish, right?

Resepi sikit...


Udang Masak Lemak Cili Padi Campur Lobak Merah

1kg    udang size L
2        lobak merah
200ml santan pekat
300 ml santan cair
2 kpg  asam gelugur
1 sudu minyak masak
garam secukup rasa
7 biji  cili padi *
2 ulas bawang merah kecil *
1 inci  kunyit hidup *
*tumbuk lumat

Cara2:
1. Tumiskan dengan sesudu minyak bahan2 tumbuk. Bawang tu tak perlu hancur sangat pun tak apa. Bawang putih tak perlu ya...

2. Kemudian masukkan lobak merah. Gaulkan dengan bahan tumisan sehingga sedikit kering air lobak tu.

3. Masukkan santan cair. Tunggu sehingga lobak lembut.

4. Masukkan udang, asam keping, santan pekat dan garam. Didihkan.

5. Kecilkan api dan gaul perlahan2 kuah selama 5 minit. Jangan tinggalkan. Sentiasa gaul kuah disertakan dengan zikir dan kasih sayang.

6. Pastikan dah cukup perasa garam dan asamnya...bolehlah tutup api.


Makan dengan nasi sejuk pun sedap. Tak perlu tunggu nasi panas. Nak cicah cekodok, lempeng atau roti pun sedap.

Udang lebih kurang saiz begini pun cukup.

Masa ni tak letak cili padi banyak sebab ayah tak nak pedas. So gantikan dengan cili kering 3 biji. Jangan dikerat cili kering tu. Saya asingkan cili tumbuk lumat dengan bawang tumbuk kasar.
Lobak, potong macam di atas ya. Janganlah hiris bulat2...nanti nak makan tu kurang nikmatnya.

Tumis bahan tumbuk..gaul dengan lobak.

Dah siap...tinggal nak tanakkan betul2 jer. Kejadian dalam mangkuk tak sempat nak snap.




Ok...siapa terasa nak masak udang malam ni?


.

Read More
Assalamualaikum.....

Haih...sekejap jer dah hari Jumaat kan. Saya pula masih x sihat. Dah 2 minggu tak kerja. Last week warded sebab ada infection under skin di keting kaki sebab terjatuh di tangga pejabat. Nak cepat sangat sebab banyak yg nak dikejar, sampai tersadung di tangga. Tak luka pun. Tapi malamnya saya sampai x boleh tidur sebab sakit sangat. Esoknya terus bengkak dan bengkak dan akhirnya sampai demam. Maka bertapa lah saya dalam hospital seminggu.

Anyway, meh cerita pasal birthday Adam last year. Bulan Jun masa tu. Hubby belanja besar utk anaknya. Kami dinner di Genn Restaurant di Grand Lexis P. Dickson.

Haih...sayang benar kat anaknya yg seketul ni. Kalau ikutkan saya, makan2 kat ikan bakar jer. Tapi hubby kesian. Anaknya dah la duduk asrama... jarang ada dengan kami. So, belanja lah apa yg dia suka. Adam mmg suka sangat Japanese food walau dia x pernah jejak kaki ke Jepun pun.

Inilah Adam dgn tersenyum simpulnya. Chef siapkan sepotong kek utk dia...buat syarat. Kami x beli birthday cake sbb Adam x suka and tak ramai yg suka dlm family. Selalunya membazir jer..dok beku dalam peti ais sbb tak ada sambutan.

Restoran ni, kami baru discover sejak2 saya mula kerja di PD. Hubby suka. Approved dengan kualiti hidangan dan layanannya. Chefnya pula sangatlah friendly dan baik. Selalunya dia akan tanya komen tentang dishes selepas kami makan. Profesional...bersedia utk improve. Anyway, nanti saya buat entry khas lah untuk restoran ni. 

So, utk majlis Adam ni, lepas dapat persetujuan dari family kami di PD, saya dan hubby terus datang dan berbincang dgn chef utk perancangan menu. Disebabkan resto ni hanya ala carte menu jer, kena lah kami buat persediaan sikit. Lebih kurang 13 orang yang hadir. So plan menu apa yg keluar dulu. Second round, third round and dessert. 

Of course kena ada sushi. Ini soft shell crab sushi. Sedapnya...Masya Allah... Sushi yang lembut dan mampat. Crab yang rangup diluar dan sangat berkrim isinya. Dihidangkan dengan sos mayo yang light saja. Ini..starter dulu. Kasi warm up. 

Adam bahagia dengan adik2 sepupunya. Dia suka children, tapi tak ada adik. Mujurlah ada sepupu2 yang kecik2 lagi.

Antara main dish...of course lah sashimi kan. Ini, sashimi perut salmon. Feveret kami sekeluarga sepanjang masa. 

Selain daripada ini, ada juga hidangan nasi goreng garlic dan seafood berserta dengan beberapa menu lain. 

Antara yg dapat sambutan ialah grilled roll beef. Kepingan nipis daging yang juicy, membaluti sayur sayuran dan dihidangkan dengan salad dan bawang putih goreng yang sangat rangup. Makan pula dengan seafood fried rice ataupun salmon fried rice dia. Subhanallah...sedap yang amat.


Last but not least, mestilah mama nak mengabadikan kenangan bersama anak tersayang kan. 

Tahun ni, tahun gawat. So, tahun ni Insya Allah mama nak gigih memasak. Kalau larat, hidangan set dinner lengkap. Kalau tak larat, makan lempeng cicah sambal sardin yo lah...hahaha.

Oh...ada yang nak datang PD? Cubalah singgah resto ni. Di Grand Lexis hotel ya...bukan Lexis Hotel. Nanti tersalah pula. Dah la dedua hotel ni sebelah menyebelah. Pergi tkt 3 untuk resto ni. Nama chef ialah Chef Hosaini... sangat friendly with vast international experience but yet so humble. 

So guys...enjoy your weekend...

Read More
Assalamualaikum.....

Wah lama betul saya menyorok diam2 dalam gua. Rasanya saya nak cuba untuk berblog kembali. Sangat rindukan dunia blog. Walaupun saya dah activatekan semula akaun fb saya, tapi feelnya lain dgn blog.

Jadi, izinkan saya pelan2 kayuh untuk cuba catat rekod2 yang ingin saya kongsi di blog ini.

Saya rasa pembaca lama mungkin lama dah lupakan saya. Tapi kalau masih ada, terima kasih banyak2. Semoga ukhuwah kita terus terjalin. Dan semoga ada pembaca baru untuk kita menjalin perkenalan.

Saya sambung catatan saya dari kisah sedih kami tahun lepas ya....

Walaupun kami baru di uji dengan pemergian adik ipar saya, namun putaran dunia tidak terhenti.

3 hari kemudiannya, adik bongsu hubby saya pula melangsungkan perkahwinannya. Bukan sekadar adik bongsu, malah dia lah satu2nya adik hubby. Walau saya masih kesedihan, namun apa yang di hadapan mata ni harus kita laksanakan tanggungjawabnya.

Bapa mertua saya telah 3 tahun meninggal dunia. Maka tinggallah mommy bersama adik beradik hubby seramai 3 orang. Itu saja yang kami ada. Jumlah ahli keluarga hanya 11 orang. Tiada pakcik makcik yang rapat. Mommy pula familynya Chinese.

So, siapa lagi yang boleh bantu selain saya dan hubby? Abang hubby, anak2nya kecil lagi. Adik pula dah jadi pengantin. Walau majlis dikendalikan katerer, tapi masih banyak yang perlu di uruskan.

Pengantin yang terpancar kebahagiaannya..

Saya bergambar dengan Mommy...

Saya suka sangat gambar saya dengan hubby ni

Ok, mai nak cerita.
Al kisahnya saya dan Che Mid ni dah saling mengenali dan mesra dalam dunia blogging. Che Mid ada menjalankan perkhidmatan event management. Teringinnya saya nak berhubung dengan team Che Mid ni.

Bila saya usulkan kepada Mommy tentang pasukan ni, dengan segera Mommy bersetuju. Mommy nak majlis tu berlangsung tenang sambil tetamu berhibur dengan hiburan yang sopan. Gembira betul saya.

Maka perbincangan dan persetujuan pun di capai bersama Che Mid. Memang sangat cemerlang,MasyaAllah. Walaupun majlis kami di kawasan perumahan rakyat marhaen saja, namun kualiti persembahan Yahana Events sangat cemerlang. Dengan nyanyian live yang setaraf artis berbakat tinggi, dengan atur cara majlis yang teratur, dengan kecekapan mereka mengawal situasi majlis...Subhanallah....



Ini antara hidangan pengantin yg disediakan katerer

Seawal majlis nikah lagi, Yahanan Events telah bersedia.

Mujurlah ada bujang berdua ni utk bawa bunga manggar.

Anak dan bapak

Ada kambing bakar yg sangatlah sedapnya berserta side dishes. 

Rakan sekerja Pn Syuhada yg sudi datang dari jauh. Terima kasih sangat.

Katerer siapkan cendol...

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan sangat lancar. Saya rasa macam segala aturcara dikendalikan oleh Che Mid. Saya sekeluarga yg kecil ni dah sibuk sangat dengan tetamu. 

Kami sangat bersyukur kerana ada rezeki utk dapatkan khidmat Yahanana Events. Mereka datang ke Melaka dari Kelang tau... Kawan2 mommy, ustaz dan ustazah yg mengajar mommy, jiran2 semuanya sangat memuji Yahanana Events. 

Jadi...selesai juga majlis utk adik kami ni. Semoga mereka suami isteri dapat melayari keluarga mereka dengan bahagia dan keimanan yang teguh. Amiin...

Read More