Pada 10hb Feb, Rabu yang lepas, hubby telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Alhamdulillah...tiada kecederaan serius. Masa tu pagi...on the way dia nak pergi kerja, bertempat di Paya Rumput, Alor Gajah. Kat situ, memang ada satu lubang untuk U-turn. Hiway A.Gajah nie, kalau nak u-turn, kena cross 2 lane jalan raya nie cepat2 dan pusing di lebihan jalan raya semi-circle yang disediakan. Masa tu hubby tengah mengejar masa. About 90km per hour. And this kelisa merah, terus cross jalan untuk u-turn. Inilah hasilnya. Pemandunya perempuan Melayu berumur 27tahun. Dia tak cedera apa-apa. Cuma trauma sikit la. Tapi ada member dia datang, amik dia terus chow. Dia tak jumpa pun hubby untuk bincang apa-apa yang patut. Kereta dia tinggal tepi jalan jer...tapi tow truck dah angkut sekali dengan kereta hubby.
Disebabkan lepas perlanggaran tu hubby nyer kaki sakit dan tak boleh bergerak, maka polis pun call ambulan untuk bawa hubby ke hospital. Aku di KL masa tu. Masa dia call, MIL dengan FIL aku dah sampai kat dia....and dia kata tak yah kelam kabut balik. Dia ok. Kebetulan pula, memang aku tengah kritikal menyiapkan payroll. So, aku decide utk habiskan secepat yang boleh and balik Melaka terus untuk cuti sampai next weeknya. Alhamdulillah....kaki hubby tak patah. Kaki dia sakit sebab kaki kiri yang dalam kedudukan menegak masa drive (kereta auto kan pakai kaki kanan jer ) telah terhantuk panel aircond/radio di dashboard. Panel tu pecah la...
Esoknya, aku bawak dia ke workshop untuk submit documents for insurance claim. Jumpalah budak pompuan tu. Dia apologize gak. Dia kata dia cabut sebab dia takut hubby marah dia. Dia kata dia ingatkan sempat untuk cross....tau2 tak sempat pulak. Kereta dia...ini lah jadinya.




Dia memang bernasib baik laaa sebab tak cedera apa-apa pun.
Tapi hubby punya kaki bertambah sakit. That nite ingat nak bawak urut, tapi makcik tu tak berani urut. Dia suruh bawak pegi hospital sebab lebam kaki hubby lain macam. Esoknya...bawak ke Pantai Hospital...and doctor admit ward. Ada soft tissue injuries dengan salur darah dah luka and bocor. Tapi tak serius sangat. So, kaki tu kena bandage dengan ada ubat apa ntah. Pas tuh dia kena makan banyak sangat jenis ubat. Now, tengah rest kat rumah until next month.
Jadi kawan2....berhati-hatilah di jalan raya.
Read More
Adam bersungguh-sungguh minta nak join Taekwando class kat skolah dia. Masalahnya...benda tu every Saturdays. So, aku tak kasi...sbb Friday nite kena balik Melaka kan. Tapi papa dia memang tak boleh laa keciwakan anak yang satu nie. Papa dia carikan juga. Teruslah we all registerkan karate-do nyer class kat Melaka....Saturdays gak. Tapi manageable la kan..... So..inilah dia... aksi2 dia dalam first class.
Ini....kasi warm up dulu. Adam kat depan sekali, baju hitam.

Kena buat exercise macam nie, tapi al-maklumlah...sejak bercerai dengan tonsil dia, dia tak der halangan lagi dalam pilihan makanan dan minuman. Maka hasilnya..dia sudah ada air bag di bahagian perut yang mengimpossiblekan dia untuk bergolek.

Utk gerakan yang seterusnya...dia terpaksa di bantu oleh senseinya....hahahahah.

Namun...dengan azam yang jitu, dia berjaya mengikat tali pinggang uniformnya dengan kemas tanpa airbag besar lagi di perut. Sekarang Adam sudah tak ada air-bag...yeyyy.
Read More
Adik iparku baru selesai peperiksaan besaaar....iaitu SPM end of 2009. Dan dia sangat minat menyanyi. Suara...? Hmmm....ok la...50-50. Sedap macam Tok Tie tu x der la....tapi sumbang pun langsung tidak. Entertaining juga laa.... Dan dia memang sangat excited nak join AF nie. Maka dia pun telah memujuk aku utk tolong hantar dia gie audition tu. We all bertolak dari Melaka kol 5 pagi that Saturday 9th Jan 2010. Singgah opis aku jap....refresh..make up sikit ...makan sikit.....pas tuh trus gi Stadium. Sampai stadium dalam kol 8 pagi. Org x ramai pun.... and kaunter pun x bukak lagi. Pukul 8.45 baru dia buka kaunter. Berbaris lah adik ipar ku. Suasananya? Takderla havoc sangat pun. Tapi ada laa yang over confident...melalak-lalak kat public tu...konon practice nyanyi. Ada yang pakai mcm nak masuk interview keje. Ada yang dah terlebih umur...tapi nak cuba nasib....pakai sendat2...make-up ala2 burung hantu zaman 80an tu. Ada pulak yang langsunggg x senonoh. Ha... tengok sendirilah yer.....




Inilah adik iparku.... pegang form dengan bersungguh.

Ini antara yang pelik-pelik. pelik sungguh la mamat nie....

Keputusannya? Adik ipar aku berjaya nyanyi kat stage 1 jer...sebab dia tak cukup umur lagi....wakakakakkaka. Syaratnya....mesti berumur 18 tahun ke atas pada 9 Jan....hahhaha. Besday dia bulan 6 uolss....

Read More