Assalamualaikum.....
Perjalanan saya ke Terengganu adalah untuk kerja. Saya pergi dengan seorang rakan petugas dan ditemani hubby yang belum sampai seminggu membuat pembedahan kecil. Trip ini memang dirancang, dan ianya untuk saya mengenali pejabat dan petugas di Kerteh. HR baru dalam syarikat...kenalah ambil inisiatif. Lagipun, memang ada perkara yang perlu kami rombak dalam skop kerja beberapa petugas.
Kedatangan kami tidak diketahui oleh petugas di sana. Saja tak nak beritahu sebab nak buat surprise la kononnya. Tapi kalau HR buat surprise visit, tak jadik sweet surprise. Jadi sour surprise... hehehehe.
Syarikat tempat saya kerja ni, membuat kerja2 kontraktor. Perkhidmatan untuk industry oil and gas. Dulu saya ingatkan, oil and gas di Malaysia ni semuanya kepunyaan PETRONAS, tapi bukan rupa2nya. Walaupun major client kami tetap PETRONAS, tapi ada juga client yang boleh tahan besarnya dari syarikat2 minyak yang lain.
Memandangkan major client ialah PETRONAS, maka wajarlah syarikat ada branch di Kerteh. Ada petugas yang ramai juga di sana. Kerteh pula bukanlah asing bagi saya. Bila hubby kerja di Kuantan dulu, Mesra Mall ni adalah antara tempat wajib kami setiap bulan.
Anyway, sementara ada di sana, saya buat satu open session untuk berkenalan dengan pekerja yang ada. Walaupun bukan semua yang ada kerana setengah dari mereka ada jadual kerja yang padat, tapi sekurang2nya, sesi itu boleh menjadi satu permulaan.
Macam biasa, bila ada HR, pekerja rasa macam syarikat nak memulakan 'peperangan'. Maka jenuh lah saya nak menepis peluru bertalu2 dari segenap arah. Alhamdulillah, saya berjaya menjawab 95% soalan. Lagi 5% tu soalan bercampur dengan permintaan yang mana ianya bukan dalam bidang kuasa saya.
Malangnya, ada ramai petugas yang tak puas hati kerana saya mematahkan serangan mereka. Seperti contoh :
Soalan : Kenapa syarikat tak boleh beri elaun yang sama macam kontraktor lain? Kontraktor lain dari syarikat lain, bayar elaun kepada pekerja mereka 2,3 kali ganda dari syarikat kita.
Jawapan saya :
Macam ni lah. Pernah dengar tak peribahasa , 'The grass is always greener over there?" Kadang2 kita nampak rumput di padang orang lain hijau melata, tapi kita tak nampak apa yang ada di celah2 rumput tu, kita tak nampak apa yang tersembunyi di bawah rumput2 tu. Boleh cuba melawat padang orang lain, masa tu mungkin kita akan nampak padang yang kita tinggalkan dah memang hijau dan bersih.
Maksud saya, setiap syarikat memberikan pakej yang berbeza. Terpulang kepada pekerja untuk menilainya. Tapi saya jawab begitu saja lah....dan mereka pun senyap. Bila saya tanya faham x, ada yang angguk2 kepala. Ok settle satu soalan.
Dan banyak lagi soalan2 yang lain yang saya patahkan. Kalau yang boleh saya bantu, saya bantu sedaya upaya.
Kami pulang ke PD pada hari Jumaat. Terengganu bercuti pada setiap Jumaat kan...
Tapi bila saya memulakan tugas seperti biasa pada hari Isnin minggu ini, saya menerima panggilan telefon daripada petugas Kerteh yang mana mereka tidak berpeluang menghadiri sesi itu, tetapi hanya mendengar kisah dari rakan yang hadir. Maka dalam panggilan itu, jenuhlah saya kena marah, saya di kata macam2 dan sebagainya. Saya dengar...saya biarkan dia marah saya habis2, biar sampai dia puas hati, kemudian baru saja jawab dan beri penjelasan. Ok, panggilan pertama, pass.
Esoknya, ada lagi...sama cara, sama intonasi marahnya dan berbagai2 lagi kata2 yang tak sedap untuk saya. Sama juga...saya biarkan dia marah...dan saya jelaskan semula.
Tau tak, ada yang twist statement saya. Jawapan saya berkenaan rumput hijau...mereka tafsirkan sendiri dan sampaikan kepada petugas yang tak hadir sebagai : HR suruh petugas berhenti kerja dan kerja dengan syarikat lain.
Amboiii...bila masa pula saya kata begitu? Itu satu contoh. Bukan main banyak lagi statement saya yang ditafsir sendiri dan dikatakan datang dari saya.
Namun...
Mujurlah saya sempat merekodkan sesi itu dalam bentuk audio dalam handphone saya. Saya teliti semula rekod sesi itu, manalah tahu kalau saya yang lupa ke...tapi confirm saya genuine. Maka itulah yang menjadi perisai saya.
Dan...mujurlah juga pihak pengurusan berpihak kepada saya walaupun saya hanya baru dua bulan di sini.
Jadi, faham tak kenapa orang HR sangat frust bila syarikat memandang rendah peranan HR? Bukan itu saja, tangga gaji HR juga yang paling rendah. Tapi, dah minat saya...apa nak buat. Lagipun ini saja skill yang saya ada. Nak meniaga kek...meletup pula dapur rumah saya tu nanti.
Saya rasa saya nak mintak elaun extra la daripada boss. Nama elaun tu : Elaun Menadah Kemarahan Petugas....hahahaha...ok tak?
Psst : Saya rindu blog saya...saya rindu nak komen2...tapi masih belum stabil lagi saya menguruskan masa setakat ini...
.