Isnin, 27 April 2015

Saturday's Dinner

Assalamualaikum.....

Oh my....today is Monday. My Monday blues has been worst lately. Plus, weather is quite gloomy today and that makes me yawn every minute.

Anyway, let's try to cheer up the day. My dinner menu last Saturday. Hubby requested a simple vegetables soup. I add u opp the sandwich.


 A simple salmon spread with mayo n pepper. Layered with fresh tomatoes, butterhead salad and a piece of cheddar cheese.

It was a filling sandwich. Hubby was happy.

 The rewuested vegetable soup. I put in bok choy, napa cabbage, carrots, potatoes and soft egg tofu. Yeap...it's yummy!

Since I cooked it in a quite large portion, we sent over some to Mommy. Yeah... I was playing the good daughter in law role.

Hey...don't judge, ok...




.

Khamis, 23 April 2015

Trip kerja di Kerteh

Assalamualaikum.....


Perjalanan saya ke Terengganu adalah untuk kerja. Saya pergi dengan seorang rakan petugas dan ditemani hubby yang belum sampai seminggu membuat pembedahan kecil. Trip ini memang dirancang, dan ianya untuk saya mengenali pejabat dan petugas di Kerteh. HR baru dalam syarikat...kenalah ambil inisiatif. Lagipun, memang ada perkara yang perlu kami rombak dalam skop kerja beberapa petugas.

Kedatangan kami tidak diketahui oleh petugas di sana. Saja tak nak beritahu sebab nak buat surprise la kononnya. Tapi kalau HR buat surprise visit, tak jadik sweet surprise. Jadi sour surprise... hehehehe.


Syarikat tempat saya kerja ni, membuat kerja2 kontraktor. Perkhidmatan untuk industry oil and gas. Dulu saya ingatkan, oil and gas di Malaysia ni semuanya kepunyaan PETRONAS, tapi bukan rupa2nya. Walaupun major client kami tetap PETRONAS, tapi ada juga client yang boleh tahan besarnya dari syarikat2 minyak yang lain.

Memandangkan major client ialah PETRONAS, maka wajarlah syarikat ada branch di Kerteh. Ada petugas yang ramai juga di sana. Kerteh pula bukanlah asing bagi saya. Bila hubby kerja di Kuantan dulu, Mesra Mall ni adalah antara tempat wajib kami setiap bulan.

Anyway, sementara ada di sana, saya buat satu open session untuk berkenalan dengan pekerja yang ada. Walaupun bukan semua yang ada kerana setengah dari mereka ada jadual kerja yang padat, tapi sekurang2nya, sesi itu boleh menjadi satu permulaan.

Macam biasa, bila ada HR, pekerja rasa macam syarikat nak memulakan 'peperangan'. Maka jenuh lah saya nak menepis peluru bertalu2 dari segenap arah. Alhamdulillah, saya berjaya menjawab 95% soalan. Lagi 5% tu soalan bercampur dengan permintaan yang mana ianya bukan dalam bidang kuasa saya.

Malangnya, ada ramai petugas yang tak puas hati kerana saya mematahkan serangan mereka. Seperti contoh :

Soalan : Kenapa syarikat tak boleh beri elaun yang sama macam kontraktor lain? Kontraktor lain dari syarikat lain, bayar elaun kepada pekerja mereka 2,3 kali ganda dari syarikat kita.

Jawapan saya :
Macam  ni lah. Pernah dengar tak peribahasa , 'The grass is always greener over there?" Kadang2 kita nampak rumput di padang orang lain hijau melata, tapi kita tak nampak apa yang ada di celah2 rumput tu, kita tak nampak apa yang tersembunyi di bawah rumput2 tu. Boleh cuba melawat padang orang lain, masa tu mungkin kita akan nampak padang yang kita tinggalkan dah memang hijau dan bersih.

Maksud saya, setiap syarikat memberikan pakej yang berbeza. Terpulang kepada pekerja untuk menilainya. Tapi saya jawab begitu saja lah....dan mereka pun senyap. Bila saya tanya faham x, ada yang angguk2 kepala. Ok settle satu soalan.

Dan banyak lagi soalan2 yang lain yang saya patahkan. Kalau yang boleh saya bantu, saya bantu sedaya upaya.

Kami pulang ke PD pada hari Jumaat. Terengganu bercuti pada setiap Jumaat kan...

Tapi bila saya memulakan tugas seperti biasa pada hari Isnin minggu ini, saya menerima panggilan telefon daripada petugas Kerteh yang mana mereka tidak berpeluang menghadiri sesi itu, tetapi hanya mendengar kisah dari rakan yang hadir. Maka dalam panggilan itu, jenuhlah saya kena marah, saya di kata macam2 dan sebagainya. Saya dengar...saya biarkan dia marah saya habis2, biar sampai dia puas hati, kemudian baru saja jawab dan beri penjelasan. Ok, panggilan pertama, pass.

Esoknya, ada lagi...sama cara, sama intonasi marahnya dan berbagai2 lagi kata2 yang tak sedap untuk saya. Sama juga...saya biarkan dia marah...dan saya jelaskan semula.

Tau tak, ada yang twist statement saya. Jawapan saya berkenaan rumput hijau...mereka tafsirkan sendiri dan sampaikan kepada petugas yang tak hadir sebagai : HR suruh petugas berhenti kerja dan kerja dengan syarikat lain.

Amboiii...bila masa pula saya kata begitu? Itu satu contoh. Bukan main banyak lagi statement saya yang ditafsir sendiri dan dikatakan datang dari saya.

Namun...

Mujurlah saya sempat merekodkan sesi itu dalam bentuk audio dalam handphone saya. Saya teliti semula rekod sesi itu, manalah tahu kalau saya yang lupa ke...tapi confirm saya genuine. Maka itulah yang menjadi perisai saya.

Dan...mujurlah juga pihak pengurusan berpihak kepada saya walaupun saya hanya baru dua bulan di sini.


Jadi, faham tak kenapa orang HR sangat frust bila syarikat memandang rendah peranan HR? Bukan itu saja, tangga gaji HR juga yang paling rendah. Tapi, dah minat saya...apa nak buat. Lagipun ini saja skill yang saya ada. Nak meniaga kek...meletup pula dapur rumah saya tu nanti.

Saya rasa saya nak mintak elaun extra la daripada boss. Nama elaun tu : Elaun Menadah Kemarahan Petugas....hahahaha...ok tak?





Psst : Saya rindu blog saya...saya rindu nak komen2...tapi masih belum stabil lagi saya menguruskan masa setakat ini...











.

Sabtu, 18 April 2015

Mahkota Medical Center Pula...

Assalamualaikum.....

Hubby ke Mahkota Medical Center pula. Nothing serious. Ada benign tumor sikit kat perut. Lipoma di bahagian diafragma. So, buatlah minor surgery sikit untuk removekan.

 Jumpa surgeon. First time ke sini, so kami agak tercengang2. Ok lah....stafnya membantu. Klinik yg selesa, hospital yang selesa...


 Sikit saja surgerynya. Open surgery. Tapi dok bleeding jer. Mlm after surgery, saya teman hubby di hospital. Tak dapat single bed sbb full. Saya bentang tikar dan tidur atas lantai saja. Demi hubby walaupun sejuk simen mencengkam tulang dan badan sakit2.

Alhamdulillah....now dah ok. Dah seminggu. Boleh jalan, boleh drive...makan lagilah boleh. Hari ni folow up treatment jer. Dek kerana bleeding, saya jadi nurse dengan tukar plasternya dah 3 kali...


Tapi yang paling senang hati, budak kat atas ni la. Ada alasan balik rumah hujung minggu. Tak perlu tinggal di asrama. Papanya dalam operation room, dia lena dengan frog hijau.


.

Selasa, 14 April 2015

Roti Kapit Telur Berkeju

Assalamualaikum.....

Dalam English lebih kurang namanya Cheesy Egg Sandwich. Sejak pindah company baru memang sibuk sampai sesak nafas dibuatnya. Though, saya enjoy sebab ini memang bidang saya. Ada benda baru yang saya kena belajar definitely, but I can cope up..InsyaAllah.

So, bila dah busy, weekend pun hanya mampu buat simple breakfast macam ni jer lah... Takder ikut resipi mana2 pun. Main godak jer....janji hati mesti ikhlas nak siapkannya.


Rebus telur ayam 3 biji, kupas dan hancurkan bersama2 dengan sedikit lada hitam dan mayonis. Sapu roti 6 keping dengan butter di roti. Sapukan inti telur tadi di roti yang bahagiannya tidak disapu butter. Lapiskan dengan cheddar cheese biasa tu sekeping, tangkupkan. Maknanya bahagian roti yang disapu butter berada di luar.

Panaskan non stick pan, dengan api perlahan, letak roti atas kuali. Biar sampai keperangan, terbalikkan. Dah golden, kerat dua dan hiding segera. Cruncy, moist dan cheesey. Yummm.... Minum dengan the o pun dah feeling mat saleh dik. Simple preparations, but yet so filling and satisfying. Tapi lebih bagus kalau dapat sumbatkan sayuran sikit kan...


Esok nak pergi Terengganu....yeaayyy..!!!


.

Jumaat, 10 April 2015

Ikan Bakar Umbai Lagi

Assalamualaikum.....

Sekarang ni kami suami isteri dah tinggal sebumbung di Melaka semula. Jadi dah tak adalah cerita2 makanan Pantai Timur lagi yer. Ceritalah pasal negeri-negeri selatan jer sekarang. Eh, tapi dalam masa terdekat ni, mungkin saya akan travel ke Kerteh, Insya Allah. Sajer nak buat spot check. Staffs kat sana tu 'kucing2' semua di PD, diorang buat kerja ke tidak ekk?

Anyway, bila ada one fine day suddenly hubby balik kerja awal dan saya pula masih ada sisa2 tenaga, kami akan mulalah melayan tekak untuk melegakan stress. Stress kerja kami bukan main2 wooo....even doctor panel pun geleng2 kepala dengan company kami.

 
Bila dah tak ada tempat nak tuju, kami suka repeat ikan bakar di Umbai ni. Gerai no. 5 macam biasa fevered kami. Kalau weekend atau public holiday atau school holiday memang tak lah kami nak datang sebab sesaknya bukan main2. Bila waktu sekolah, hari kerja, seronoklah kan sebab parking depan kedai terus...pilih seafood tak yah berhimpit2 dan range of seafood pun, tengoklah kat atas tu...
 

Disebabkan kami hanya berdua jer, order pun sikit2 jer. Tapi, ikan sekor la...macam mana pula nak order ikan sekerat kan. Tapi of course oreder ikan saiz kecik. Lepas tu udang 4 ekor dan saya hanya makan seekor saja sebab udang tu besar. Sotong goring tepung memang tak pernah miss.

Sebelah ikan buat bakar sambal. Kami hanya ambil nasi lemak yang cenonet tu sebungkus sorang jer dan selebihnya kami hanya meratah lauk sambil berbual2 dan spend masa bersama.



Lagi sebelah, kami order 3 rasa ikan tu. Garing dan sedap. Masakan tiga rasanya ok2 saja lah. Tapi sebab ikan fresh, masakan tu otomatik jadi sedap.

Lastly, jangan lupa. Kedai no. 5. Oh, saya tak ambil komisen. Langsunggg tak. Tapi siapa yang dah biasa dengan blog ni dah faham kan. kalau tak sedap, saya cakap jer tak sedap...


.

Rabu, 8 April 2015

Isnin, 6 April 2015

Our Ducklings

Assalamualaikum.....

Jeng..jeng..jeng.....

Here comes the story for our ducklings. Let me tell you the history...

Me, hubby and Adam were on the way home from a short fishing session in Tanjung Bidara. We stopped by at a mini market in Masjid Tanah in which 2 doors away from the shop was the pet shops. They were selling a whole lot of ducklings that day. Itik nila, itik angsa and itik telur. Hubby fell in love with those ducklings. He asked me to buy one for him as a pet. I was reluctant. I didn't buy, I didn't even look at the ducklings. I know much hassle it could give us. Hubby didn't have any idea because he was purely a city boy. Never even touched a duckling before in his life.

But hubby insist. He sulked. He forced me. And he didn't move from the shop! Aduuuiiii. I had no choice, but to buy them. Instead of one duckling, I bought two. At least he has friend. It costs me 5.00 for each duckling.


This was the 3rd day the ducklings at our house. Ayah was kind enough to lend me the big cat cage for us to put the ducklings there while both of us at work.
 Otherwise the ducklings will roam all over the house with their droppings....sigh! Or else, neighbours' cats will be interested to have them as their lunch...yummmm! So, to keep them safe, we put them in the cage. Unless at night, after dinner while we cleaned their cage, they will walk around our small compound to exercise or swim in the small 'pond' we provide made from a plastic container...hehehehe.


And now, after three weeks, they have grown.

Look at them...so relax and happy and they have started to accept us as part of their family...hahahaha

Sun bathing in the morning....


We feed them well. They sure have a big appetite. Swimming, walking around, eating and sleep...

They do challenge my patients a lot of time, but believe me, I have never abuse them. I scolded them exactly like Adam will be scolded if being naughty at times....

I hope I can have enough courage and patients to have them until our last day...



.

Jumaat, 3 April 2015

Hidangan untuk Tetamu di Pejabat

Assalamualaikum.....

Masa di pejabat lama, kami di HR Department selalulah kena bersedia menerima tetamu dan menyiapkan hidangan serba sedikit. Bukan sekadar tetamu dari luar, tapi tetamu dalaman juga. Tetamu dalaman ni termasuklah pegawai2 dari ibu pejabat, pengurus2 dari cawangan yang datang untuk mesyuarat ataupun petugas2 biasa yang bukan dari pejabat kami.

Hidangan kat atas ni masa saya di pejabat Bangsar. Menyediakan hidangan untuk petugas teknikal yang datang untuk baiki internet. Mereka datang pagi, jadi saya sediakan kuih muih saja. Kalau mereka bekerja sehingga petang, biasanya tengah hari tu kami belanja makan sekali. Bukan selalu...sekali sekala jer mereka datang. Lagipun saya perasan bila saya org HR belanja mereka makan dan sembang tentang anak isteri mereka, ibu ayah mereka, persepsi negatif mereka pada HR semakin nipis.

Di pejabat baru, kalau nak buat mcm ni pun, kena awal2 beli kuih...

Jumaat dah ni...apa plan?







.

Khamis, 2 April 2015

Burung-burung di Rumah

Assalamualaikum.....

Kisah semalam. Tak sempat lah nak letak gambar tu balik. Pandai2 lah tengok entry semalam yer....hihihii.

Burung merbok ni, burung yang terbaru. Betul kata Daddy si Ziyyad Zayyan Zaydan tu. Burung tu dah selamat dah meninggalkan sarang. Bersarang di pokok hiasan yang di tanam hubby.

Tapi sebenarnya, sejak kami masuk rumah ni bertahun2 lepas, kat balkoni atas tu dah memang sarang burung. Letih betul nak membersihkan hasil2 buangan mereka. Saya minta hubby tutup balkoni tu, dah 5 tahun tak bergerak. Mata ni sakittt jer memandang. Yang pelik, tak der pula kat rumah jiran2. Best sangat ke rumah kami nie?

Tapi saya rasa sebab hubby memang suka dengan bunyi kicauan burung tu. Bila bangun pagi, riuh jer...

Arwah Ba pernah puji. Katanya rasa seronok datang rumah kami pagi2 sebab damai jer dengar bunyi kicauan burung.

Baru2 ni pula, hubby cari pasal lagi. Dia paksa saya beli anak itik untuk dia pula...Aduhaaiiiii, Dah jadi keje lain pula sekarang membela itik 2 ekor....

Rabu, 1 April 2015