Assalamualaikum.....

Meh...share sikit menu sahur yang mudah. Saya masak sardin masak lemak cili padi yang x pedas. Cili sikit jer sbb bulan puasa kan. Hubby pula dah sensitif perutnya.

Nak mudah dan cepat, saya masukkan ubi kentang dan kacang panjang sekali. Bangun pagi, tumbuk cili bawang, masukkan dalam kuali dengan air. Sementara mendidih, kupas kentang dan potong kacang panjang. Bila mendidih, masukkan kentang dan sayur. Sementara kentang lembut, saya  goreng ikan bilis garing2.

Lepas tu saya masukkan sardin, santan sekotak dan asam keping. Settle dua lauk...fresh dan panas2.


Ikan bilis ni saya goreng garing, lepas tu angkat. Masukkan pula bawang besar hiris bulat dan cili padi.

Makan panas2....segar biji mata kan...




.
Read More
Assalamualaikum.....

Hari ni saya dan hubby berbuka puasa di Palm Hotel, Seremban. Berbuka atas urusan kerja dengan seorang rakannya. Makan pun agak2 telan jer sebab isu perbincangan malam ni memang sangat berat dan serius.

Anyway, pilihan menu memang memuaskan. Makanannya pun dimasak sedap2 belaka. Antaranya...

Pilihan pasta yang dimadak mengikut pesanan pengunjung.

Of course ada kambing kan.  Hubby memang suka. Dalam serius berbincang, habis juga sepiring demi sepiring.

Ini posternya. 

Kambing golek hubby...

Sebagai penutup, saya ambil sate kongsi dengan hubby. Kenetulan pisang panas2 baru keluar kuali, capai 2 keping dan makan dengan kuah kacang sate. Perghhh....sedaap.

Lauk pauk memang sedap walau tak la sampai berpuluh2 jenis. Nasi Arab dia pun sedap yg amat.

Okeh kerana sedap, saya google pasal chefnya. Wah....dia belajar di New Zealand rupanya.

Anyway, saya suka. Cuma satu jer problem. Lagu kuat sangat. Susah nk diskas.





.
Read More
Assalamualaikum.....

Hari ni saya memang sangat terlewat bangun. Pukul 5.00 tepat baru terjaga. Lagipun Jumaat ialah hari yang sangat banyak urusan sampaikan saya ambil cuti separuh hari. End up kami tiba kembali di rumah Melaka jam 2.00 pagi dalam keadaan melangkah masuk rumah sambil tidur. Ha...tenat betil kami punya tahap keletihan.


Pukul 5.00 tu bising saya kejutkan Adam dan hubby. Yg sempat, rebus megi jer lah. Janji makan. Adam tolong bancuh air Cocoa Tamar, dan sementara rebus megi, saya sempat buat tuna sandwich.

Alhamdulillah...sempat makan dan minum. Selesai sahur yang kelam kabut.




.
Read More
Assalamualaikum.....




Pagi ni ada kemalangan di hiway dari Pedas Linggi, ke arah Senawang. Sebuah lori 1 tan..lori biasa yang kecil tu...bawa kayu. Roboh dinding sebelah kanannya. Maka bertaburanlah kayu2. Dan kayu yang bertaburan tu dilanggar pula oleh lori yang malang itu. Kasihan...

Masa saya lalu di situ tadi, ambulan baru tiba. Semoga mangsa2 kemalangan ini semuanya selamat.

.


Read More
Assalamualaikum.....

Ini adalah menu entah hari ke berapa entah. Dah lupa.

Ikan tenggiri 2 keping, goreng kicap. Pagi2 kalau terus hidang dari kuali...menggamit selera juga. Saya telan jer walau kurang berselera sebab x pedas.


Sup campur. Nak kata sayur tak...ayam daging atau seafood pun takder. Cuma saya campur kentang, carrot, tauhu lembut dan tauhu telur. Campur sekali soon dan fu uk. Hubby suka sangat sup ni. Request dari dia la ni.

Memangla tak elok makan pedas2 kan....tapi tak kick bila x pedas. Uwaa.....

.
Read More
Assalamualaikum.....

Dah seminggu kita semua berpuasa kan. Syukur Alhamdulillah.

Seminggu ni, hanya saya dengan hubby jer. Jadi, memanglah saya prepare sahur yang simple. Ada sekali makan fast food, sekali lagi makan di kedai tomyam. Maknanya, 5 hari lagi saya siapkan sahur di rumah jer. Cemerlang kan saya...wakakaka.



Antara contoh menu sahur saya ialah seperti di atas. Nasi goreng campur kacang panjang dan telur, serta goreng ayam. Yang penting, panas2 tu, makan di waktu pagi, memang membuka selera. Selalunya hubby dan saya akan makan, kemudian minum air Cocoa Tamar tu sorang secawan. Alhamdulillah, setakat ni puasa kami berjalan lancar.

Selain daripada tu kadang2 Mommy beri lauk...atau bekal lauk dari rumah mak...atau sekadar goreng telur jer.

Lagipun kebelakangan ni, saya agak kurang bersemangat bila berbuka. Mungkin sebab saya terlalu letih. Perjalanan 3 jam pergi balik setiap hari memang menduga. Jadi, bila sahur, saya akan makan betul2 sebab dah tidur dan dapat rehat.

Weekend kena siapkan sahur best sikit la kot sebab Adam kan ada. Last weekend, saya bawa dia sahur di kedai tomyam. Ikutlah selera dia nak makan apa. Dia minta nasi goreng tomyam. Tapi minggu ni saya nak cuba masak sesuatu jugalah untuk dia.






.
Read More
Assalamualaikum.....

Dah habis 5 hari puasa, baru nak cerita tentang majlis ni kan. Majlis ni dianjurkan oleh syarikat kami. Hari Rabu minggu lepas. Org N9 kata, hari Mantai.

Kami buat tengahari, ada bacaan Yaasin, tahlil dan sedikit doa selamat. Kemudian solat Zohor berjemaah, baru makan bersama2. Bosses kami semua solat bersama2 juga. Sejuk rasa hati...

Majlis kami diketuai oleh Imam 2 Masjid Lukut. Sedap betul bacaannya. Doanya jelas dan tegas. Menyerap ke dalam jiwa.


Ini hidangan untuk tetamu..

Antara petugas wanita yg hadir..

Kami punya sempoi makan bungkus2.



.

Read More
Assalamualaikum.....

Alhamdulillah....selesai 2 hari. Masih bertenaga...harapnya kami sekeluarga istiqomah dengan ibadah wajib ini. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yg baik.

Dapur saya masih belum berasap untuk juadah Ramadhan. Sahur hari pertama konon dah rancang nk goreng sayur dan goreng ayam. Tapi hubby muncung. Katanya tak ada kuah. Aduhai....memang saya tak berdaya nk cari bahan untuk lauk berkuah dah. Habisnya, sahur fastfood jer. Janji hubby happy.

Iftar pertama dengan Mommy, itupun beli lauk jer sebab saya tiba di Melaka dah hampir Maghrib.

Sahur kedua, lauk dr iftar...ada lauk yg Mommy masak. Syukur....dan iftar hr ni, terus kat luar jer. Sungguh2 x sempat.

Insya Allah esok lah saya cuba paksa dapur tu berasap...

   
Read More
Assalamualaikum.....



Esok kita semua akan mula marathon mengumpul pahala untuk menambahkan saham akhirat, In sha Allah.

Saya dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali saya sekiranya ada khilaf saya di sana dan sini.

Semoga segala amalan kita diterima Allah terutama sekali dalam Ramadhan yang mulia ini.


.
Read More
Assalamualaikum.....

Bila ada masa di hujung minggu, dan keadaan diri pula mengizinkan, maka bolehlah godek2 menu simple ikut tekak sendiri.

Pasta angel hair jer. Tumis je bawang dan hirisan cili sedikit, masukkan sawi dan carrot, masukkan udang, gaul.jer dengan pasta yang dah direbus.

Sekuali...boleh habis kami bertiga kerjakan. Tapi, makan pagi...kenyang sampai ke.petang la. Yang bertambah2 makan, dah tentulah Adam.
Read More
Assalamualaikum.....

Ha, ini bukan setakat belum hari raya...tapi puasa pun belum, dah siap2 makan ketupat.

 Macam biasa, makan di kedai di Ujung Pasir. Sepinggan ketupat dengan dua biji ketupat, ayam seketul, tempe sekeping, serynding kelapa dua sudu dan disiram oleh kiah kacang dan ditepekkan sambal tumis.
 Serunding kelapa dengan tempe goreng, di makan dengan kuah kacang, betul2 terasa macam hari raya.

Kami sampai dulu, baru gerak beroda ketupat ni sampai dengan ketupat daun kelapa bergantungan melambai2 pelanggan.

Mee rojak kawen pun dish wajib jugeekkk...
Weekend terakhir sebelum sekolah habis cuti. Minggu terakhir dengan Adam. Kena spend masa mengulit dia sebelum dia kembali berjuang..

.
Read More
Assalamualaikum.....

Salam hari Jumaat semua....

Semenjak dua menjak ni, saya sangat sensitif. Ada sedikit ujian Allah untuk saya, yang pada saya sangat berat, sangat besar dan sangat kuat.

Maka apa sahaja perkara selepas saya digugurkan dengan peristiwa itu, saya jadi berkecil hati. Maksudnya, saya mudah mengalirkan air mata, saya mudah rasa menyerah, dan berbagai konflik. Mujurlah saya ini dilahirkan sebagai orang Islam dan mengenal Allah. Rasanya kalau orang lain yang tidak yakin dengan Allah, pasti dah cabut nyawanya sendiri kot. Dan zaman sekarang memang banyak kejadian bunuh diri berlaku kerana ujian yang saya terima ini.

Dan setiap pagi selepas solat, saya semakin panjang berdoa. Allah, jangan putuskan kasihMu untukku Ya, Rabbi. Bantu aku, kuatkan aku, berikan aku option yang terbaik.
True enough, Allah tak akan turunkan ujian kepada sesiapa yang tidak mampu, tapi wajiblah kita memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan kita, agar bantu kita, agar apa2 saja lah...the list goes on. Kerana....Allah juga kata, mohonlah, mintalah apa saja pun....berdoalah....

Dalam pada saya masih berperang dengan inner soul sendiri.... Sekejap rasa berputus asa, sekejap rasa bangkit semula, berjalan teguh kerana Allah itu Tuhanku, saya diberikan kejutan terbaru malam tadi.

Seorang sahabat saya waktu study di university, dan kemudian kami sama2 memulakan karier di pertubuhan kerajaan yang sama...sehinggalah 3 bulan lepas kami berpelukan dan bertangis-tangisan dan bermaaf-mafan dunia dan akhirat kerana saya resign dan berpindah ke N9 dari KL. Kami berkahwin lebih kurang tarikh yang sama. Saya bersalinkan Adam, dan beliau pula mengandung. Sama2 beraktiviti, bekerja, makan bersama, outing bersama...dan berbagai2 lagi...walau di akhirnya masing2 sibuk dengan tugas dan semakin jarang bertemu. Ya, malam tadi saya diberitakan oleh sahabat lain yang beliau sebenarnya menghidap kanser payudara. Stage 3.

ALLAHU AKBAR!

Sekarang ini, waktu ini, mungkin beliau telah ditolak kedalam bilik pembedahan. Saya doakan beliau sepenuh hati agar beliau akan segera sihat kembali. Semoga semangat juangnya akan terus mantap. Beliau yang saya kenal adalah seorang yang tabah dan kuat. A true iron lady.

Dan saya seperti diketuk dengan kesedaran....

Apa sangatlah dugaan yang saya terima sekarang ini, berbanding dengan dugaan sahabat saya ini. Allah nak sampaikan pada saya, mungkin. Jangan tak bersyukur dengan nikmat kurniaanNya pada saya.

Astaghfirullah al-azim...
Astaghfirullah al-azim...
Astaghfirullah al-azim....


Saya mohon doa sahabat2 semua untuk sahabat saya ini juga. Keikhlasan anda, hanya Allah yang membalasnya....



Amiin.


Read More
Assalamualaikum.....

Saper pernah makan, sila share di ruangan komen pengalaman itu.

Thank you.
Read More
Assalamualaikum.....

I served this for coffee break during weekends. It is healthy as long as you do not pile them up high in your plate.

A simple potato dish. I cut the potatoes in big cubes, boiled to soften, and sprinkle lightly the paprika powder and a few dash of oregano. Then I fried them in the nonstick pan until I get the crust here and there.
Tastewise....its soft, filling, but you will chew the crunchy side with a different flavour. All in one dish.

Oh, to make it more festive, there's a spoonful of mayonese with that paprika. It gives another taste explosion. The only bad thing is, you might be craving for this dish more.


Yeap, oven baked tomatoes. Sourly but with a hidden sweetness once you dried the juices. Sprinkled it with oreganos and lightly salted. A perfect partner for the potatoes.

So, potatoes and tomatoes do get along very well, right?



.
Read More
Assalamualaikum.....



Di suatu tengah hari yang sunyi, kami ternampak van ini berkeliaran dikawasan kejiranan kami. Perlahan saja jalan dan berhenti di hadapan mana2 rumah yg mereka suka. Di dalamnya ada 4 orang lelaki cina yg muda2.

Hati rasa was2. Saya siap2 ambil gambar ini bila mereka melintasi kami buat kali kedua. Tp mereka terus pecut laju bila mereka perasan kami memerhatikan mereka. Kalau nak cari rumah, bukankah jelas no jalan? Atau mereka boleh berhenti dan tanya kami.

Perompak pun sekarang ada site survey tsu. Profesional....
Read More