Assalamualaikum semua.

Dah lama betul tak bercerita tentang makan2 kan. Meh la selingan sikit entry pasal food. Walhal banyak gila lagi entry yang tertunggak. Raya Aidilfitri pun dok dalam draft lagi. Itu lain kalilah ya... In sha Allah akan mula aktif semula blogging, but slow sikit lah. Dah ada kemudahan sendiri, syukur. Hubby hadiahkan gajet utk berblogging....hehehe. Sayanggg hubby.

So, lets view a few dishes yang kami nikmati di rumah Mommy, mother in law saya. Mommy suka memasak and pandai masak. Kami datang, tinggal hidang dan ngap jer. Bertuah punya menantu kan...hehehe



Antara yang latest ialah udang galah masak lemak cili padi dengan rebung. Udang galah pula, hubby pancing fresh dari Lubuk China. Memang sedap bangat ini buuukkk...



Since udang galah nya ciput sangat, maka kami tambah dengan udang pasar. Mami buat sambal tumis. Aduh mak...sambal udang Mommy memang giler best. Pedas, pekat, masin, masam dan manisnya semua balance. Mostly sought lah kata orang tu.


Jangan tak tau...ada satu hari Mommy masak roti jala sbb saya prnah sebut roti jala makan dengan serawa durian sangatlah sedapnya. Tapi Mommy buat juga kuah kari ayam. Hubby tak boleh teri,a roti jala dngan kuah durian. Dia kata tak matching. Eh...sedap banget okeh...apa yg tak matchingnya. Janjiiiii saya dapat makan...muehehehe.


Yg ni latest dish rasanya. Sayur sup campur, ikan goreng garing rangup-rangup dengan kari ikan style India. Terbaeeekkkkk sangat.

Bila saya nak pandai macam Mommy? Oh, saya ada berpuluh2 alasan. Nak tau? Tak yah la....nanti ada menyampah...hahaha


Read More
Assalamualaikum.....



sambungan dari entry sebelum ini.....



Saya berlari ke arah Ida bila dengar dia panggil saya. Adik lelaki saya terus lari masuk ke ICU. Saya dapatkan Ida yang dah terjelepok longlai sambil meratap menutup mukanya dengan tangan.

Saya berdebar-debar....

Kenapa?

Kritikal kah?

Nak kena transfer hospital kah?

Apaa....?

"Ida, kenapa? Doktor cakap apa? Apa yang jadi?" saya tanya bertubi2.

Ida pandang saya dengan tangan masih menekup separuh mukanya sambil menggeleng2 kepala.

NO...!!

Saya nafikan dalam hati...

"Apa? Tak faham.... Man kenapa?", saya bertanya lagi...

Ida jawab dalam suara yang tersepit : "Dia dah tak ada Long.... "

ALLAHU AKBAR....

Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Roji'un...


Anak ini tak faham apa2. Dia hanya memandang ibunya dan Mak Longnya ini yang menangis...

Hibanya hati saya memandang Danish. Sambil teresak, saya kata pada Danish :

"Danish, abah dah tak ada. Danish anak lelaki..anak sulung. Lepas ni tanggungjawab Danish jaga ibu, jaga adik ya..."

Dia memang tak faham. Umurnya baru 2 tahun 9 bulan. Tapi dia mengangguk, menatap saya dan duduk diam terpaku di kerusi itu dengan tangannya masih ada IV drip.

Saya tak tahu nak buat apa. Nak masuk dalam ICU dan dapatkan penerangan dan penjelasan, tapi Danish tiada siapa yang jaga...

Selang seminit, keluar dua orang nurse pelatih, menawarkan diri untuk menjaga anak kecil ini sementara kami semua masuk ke ICU...

Dan di situ, saya tak akan lupakan pemandangan itu.

Tubuh yang terbujur kaku, masih sedang di usahakan untuk di beri CPR oleh petugas2 ICU. Mereka bergilir2. Ada 2 pasukan CPR. Namun akhirnya, depan kami, usaha itu dihentikan. Mereka mula membuka semua wire dan saluran getah pernafasan arwah.

Dan di situ, Ida memeluk arwah suaminya dengan tenang, mendakap dan meletakkan pipinya di dada sang suami sambil tangan memeluk erat tubuh yang kaku...cuba untuk menerima hakikat.

Jumpa dengan doctor, saya mohon supaya diteruskan. Marilah doctor, kita cuba lagi. Tapi hampa. Doktor hanya geleng2 kepala....

Kata doctor, dah satu jam mereka usahakan CPR, tapi he didn't come back. He went peacefully, doctor kata. I am sorry... Doktor pun kecewa.

"So, what happened, Doc? He's my brother, " saya kata dalam esak yang tertahan. Walaupun arwah ialah adik ipar, tapi kasih saya sama seperti adik kandung saya sendiri.

Penjelasan doctor : Terdapat satu ketulan darah beku yang tersangkut di saluran darah dan pernafasan di antara paru2 dan jantung. Darah beku tu dah melepasi paru2, tapi tak berjaya melepasi jantung. So, darah tak dapat di pam oleh jantung, dan tiada oksigen terhasil. Slowly, jantung berhenti dan itulah pengakhirannya.

Adik ipar saya seorang yang menjaga kesihatannya. Dia selalu exercise, tidak merokok dan mengawal pemakanannya. Tiada kencing manis, darah tinggi dan kolesterolnya pun ok cantik.

Saya tanya, dari mana darah beku tu datang? Doktor jelaskan, ia mungkin dari luka lama di mana2 bahagian badan, dan dari saiz kecil, ianya berjalan bersama darah biasa ke seluruh badan. Dari saiz kecil, dia accumulate darah2 beku kecil yang lain, snowballed into bigger size and stuck there. Proses ini memakan masa bertahun2 lamanya.

Allah..itu ketentuan dari Ilahi... Tiada sebab kalau dah itu ajalnya.

Dugaan ini sangat perit.

Saya cuba bantu apa yang boleh....cuba cari van jenazah...

Saya dan adik lelaki tak nak beritahu mak ayah sebab takut ayah terperanjat kerana ayah sedang drive yang ketika itu mak ayah dalam perjalanan ke hospital.

Mak cik2 saya kebetulan tiba di hospital bersama senyuman sebab tak tahu apa yang terjadi. Mereka datang untuk melawat Danish.

Bila saya peluk makcik sambil menangis, dia pelik. Kenapa? Matanya memandang Danish yang terkebil2 memandang kami. Anak ini ok jer..kenapa menangis, agaknya itu yang di fikirkan.

Saya hanya boleh sebut Man, dan menggawangkan tangan menandakan tiada. Tapi mereka tak faham. Apa? Tanya mereka.

 Saya kata : He's gone...

Dan kami mulalah menangis disitu... Dan selepas itu, semua orang telefon sana dan sini untuk memberitahu. Dalam pada itu, ibu arwah pula tiba dengan adik beradik arwah...juga untuk melawat Danish...

Dan semua orang terkejut dan menangis...

Dalam pada itu, sementara pihak hospital menguruskan jenazah, kami kena tahu di mana mahu dikebumikan jenazah.

Dan Ida, dalam esak tangisnya, memohon kebenaran dari keluarga mentuanya untuk membawa jenazah ke kampong kami di Port Dickson untuk dikebumikan. Mereka dengan murah hati memberi izin. Bawalah...kata mereka... Tahu betapa dalamnya cinta Ida kepada suaminya... Mereka baru 5 tahun berkahwin. Sedang asyik menyulam cinta, membina bahagia..

Dan saya pula segera balik ke PD, menyiapkan rumah untuk menguruskan jenazah. Angkat kerusi, bentang tilam, siapkan kain batik lepas, sediakan air untuk mandikan jenazah dan berbagai2 lagi. Hubby pula terus ke Kuala Klawang untuk menjemput Adam pulang.

Saya mohon kebenaran dari guru homeroom Adam, tapi dia tak benarkan. Allah...sampainya hati tak benarkan anak saya menatap jenazah Pak Cu nya untuk kali terakhir. Tapi ada ibu kawan Adam PM saya, beri nombor telefon Pengetua sekolah. Saya telefon dan mohon kebenaran. Pengetua suruh datang terus ke sekolah dan ambil Adam bawa pulang. Allah...terima kasih Tuan Haji. Semoga Tuan Haji diberkati Allah...

Jadi, hubby ambil Adam dan saya minta hubby beli sekali lauk pauk bungkus untuk kami mengalas perut dalam urusan jenazah.

Mak ayah pula, ambil adik Danish di rumah Pengasuh yang mana usia si kecil, genap setahun selepas 2 hari pemergian abahnya.

Alhamdulillah, jenazah dikebumikan selepas Asar....

Satu kejutan kepada semuaaaaa yang mengenali arwah kerana tiada khabar yang beliau sakit, tiba2 saja dipanggil mengadap Ilahi.

Daripada masa arwah turun lif dan sakit dada, sehingga ke nafasnya yang terakhir, segalanya berlaku dalam tempoh 2 jam sahaja.
 Betapalah kekuasaan Allah. Ajal maut itu rahsia Allah....

Allahu Akbar.


Al-Fatihah...

Dan peristiwa ini berlaku selepas 3 hari adik perempuan saya bernikah, dan 4 hari sebelum adik ipar saya berkahwin.

Kerja?

Pada masa itu saya tak nak fikir tentang ofis...


.






Read More
Assalamualaikum.....

Sambungan dari entry sebelum ini....


Ketika sepupu saya melangsungkan pernikahan di Sungai Buluh, anak buah saya pula dimasukkan kehospital kerana jangkitan paru-paru setelah seminggu demamnya tak kebah. Kami bertambah risau...nak menjalankan kenduri si adik, dan adik yang seorang lagi pula anaknya di hospital. Admit di KPJ Seremban.

Tapi syukurlah pada hari majlis adik saya berlangsung, doctor benarkan anak buah saya ni dibawa keluar sekejap.

Maka, glemerlah Danish di kenduri kahwin makciknya kerana tangannya masih berbalut sebab masih ada IV line untuk drip. Ibu Danish ialah adik pengantin, yang mana adik bongsu saya. Bertugas sebagai seorang guru. Bapanya, mempunyai perniagaan sendiri..kecil-kecilan. Alhamdulillah, selesa mereka sekeluarga.

Isnin, selepas kenduri kahwin pada hari Ahad, kami berkemas di PD. Saya pula bergegas ke Melaka untuk bantu persiapan untuk adik ipar pula. Di Melaka, Mommy betul2 harapkan saya dan hubby. Arwah Ba dah pergi..pengantin pula belum balik Melaka. Saudara mara sebelah Ba, dah tak larat juga dan jauh2 semuanya....jadi kami tak nak susahkan mereka. Sebelah Mommy, semuanya berbangsa Cina. Itupun mereka datang juga bertanya, apa yang nak dibantu. Tapi tak lah kami minta bantuan mereka tu. Jadi, betul2 Mami, saya dan hubby serta Firdaus dan Adam. Adam pula dah dihantar ke asrama lebih awal untuk dia berehat.

So, Selasa pula, saya dan hubby pergi kerja. Kerja sebelum mula bercuti pada hari Khamis berikutnya sehingga minggu hadapannya untuk majlis adik ipar. Since kereta saya di PD, maka pagi tu saya hantar hubby ke Nilai dulu dan lepas tu ke ofis saya pula di PD.

Dalam pukul 10.00 pagi, mak saya call. Dia tanya, ada tak adik bongsu saya call? Saya kata tak ada. Saya dah berdebak debuk. Danish kah? Anak kecil itu masih belum beransur baikkah?

Mak kata, adik bongsu saya beritahu, suaminya jatuh di KPJ tu. Mak pula tunggu ayah balik rumah sebab ayah pergi pasar. Mak tinggal di rumah terpaksa tunggu ayah. Ayah pula tak bawa handphone.

Saya tak sedap hati. Saya terus ambil cuti kecemasan dan segera bergerak ke KPJ Seremban. Call adik lelaki saya, minta datang ke hospital untuk temankan adik bongsu saya, Ida. Adik yang baru berkahwin, dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk kenduri di sebelah sana pula. Mereka hanya adakan kenduri di kalangan keluarga mereka saja.


Tiba di KPJ, saya call Ida, ada di mana? Katanya di ICU... ALLAHU.....

Kenapa di ICU? Jatuh macam mana?



Tiba di ruang menunggu ICU, Ida terus tinggalkan saya untuk jaga Danish sementara dia masuk ke dalam untuk berjumpa doctor. Tak lama kemudian, dia keluar semula. Saya tanya apa kisahnya?

Rupanya, suaminya bukanlah jatuh. Suaminya tidur di wad Danish malam sebelumnya. Menjaga anak itu. Sementara itu, Ida di rumah dengan baby kecil yang baru nak mencecah usia setahun ketika itu. Paginya, Ida hantar baby tu ke rumah pengasuh, dan bergegas ke KPJ untuk gantikan suaminya di wad Danish.

Adik ipar saya ni ada business appointment di officenya. Jadi, rakan kongsi adik ipar saya iaitu abangnya sendiri fetch dia di hospital. Jadi, selepas bersiap di wad Danish, dia terus turun dengan lif kerana abangnya dah sampai. Tapi, di dalam lif, entah kenapa terasa dadanya sakit. Keluar dari lif, dia duduk sebentar di kerusi di lobby KPJ sambil cuba bertenang.

Kebetulan, sisters dan matron baru selesai mesyuarat dan nampak beliau duduk sambal memegang dada. Bila di tanya kenapa, katanya dadanya sakit. Jadi, mereka bawa wheelchair dan tolak adik ipar saya ke emergency room yang beberapa langkah saja dari situ. Adik ipar saya terus diperiksa, ct scan dan kelam kabut di tolak ke ICU.

Doktor kata something wrong dengan salur pernafasan beliau...Allahu Akbar.

Jadi, sambil menunggu di ICU, saya dan Ida bacakan surah Yaasin untuk keadaan kembali baik. Tak lama kemudian, adik lelaki saya tiba. Maka, 3 beradiklah kami di situ.

Dalam 5 minit kemudian, nurse datang. Katanya doctor nak jumpa Ida. Ok lah... Saya dan Ida dah bincang....kalau perlu masuk balloon, buat by pass....ok kan jer. Lagipun saya dah tolong confirmkan insurance coveragenya...Insya Allah tak ada masalah. And agent insurance tu pun bergegas juga bertolak untuk datang ke hospital.

Jadi, Ida masuk ICU dengan persedian untuk memberikan kebenaran operation atau apa2 saja...sekiranya diperlukan.

Tak lama kemudian, Ida berlari keluar ke arah saya...sambil memanggil saya. Saya berlari dapatkannya....

Kenapa.....?


Bersambung.......









.
Read More
Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, selepas pernikahan sepupu saya pada entry yang lepas, tibalah pula giliran adik perempuan saya.



Majlis pernikahan yang simple. Kami rasa nak jalankan ringkas2 saja, tapi betul2 tak sangka jadi meriah pula. Syukur, murah rezeki kami.

Adik perempuan saya dengan pasangannya, Kamarul. Ini perkahwinan kedua bagi kedua-dua mereka setelah perkahwinan pertama masing2 tidak berpanjangan. Kami sekeluarga tak kisah sebab apa saja ujian dan pemberian....itu semuanya ketentuan Allah....

Penat. Tapi gembira. Semuanya under control. Mujurlah kami engage caterer. Masakan pun sedap, syukur. Adik ipar saya ni tentera yang bertugas di PD tetapi berasal dari Pulau Pinang. Adik saya pula nurse di Seremban.

Memandangkan ini perkahwinan kedua mereka, jadi kami semua sebulat suara untuk jalankan majlis ringkas saja. Nikah pagi, bacaan doa dan jamuan makan sedikit. Tapi tak sangka pula tetamu sampai ke petang. Mujurlah kami ada spare makanan yang agak lebih. Tak adalah tetamu yang pulang dengan perut kosong.

To Yana and Kamarul, semoga berbahagia, dimurahkan rezeki, dikurniakan rahmat sehingga hujung nyawa kalian. Amiin.

Badan dah letih sangat rasanya. Dah 2 hari berturut majlis pernikahan. Standby untuk next wedding. Adik bongsu hubby, adik ipar saya pula bakal bernikah dan melangsungkan majlis perkahwinan pada hari Ahad berikutnya. 6 hari lagi.... Berderet2 kan... Semuanya yang rapat2 pula tu dengan saya. Dan untuk wedding adik2 ni, dah tentulah saya dan hubby orang kuatnya...

Tak sabarlah rasanya nak tunggu minggu depan tu. Nak cepat2 jalankan tugas dan boleh rehat lepas tu.

Tapi, takdir Allah...ujian Allah tiba kepada kami beberapa hari kemudiannya....


...bersambung.






.
Read More
Assalamualaikum.....


Minggu yang sibuk untuk kami sekeluarga. Sabtu, 30hb April, sepupu saya bernikah di Tasik Kundang, Sb Buluh. Jadi, Jumaat malam, selepas kerja, saya hubby dan Adam terus berdesup ke Sg Buluh. Tidur di rumah makcik saya. Esoknya majlis nikah berlangsung.

Kami terpaksa kejarkan majlis nikah kerana majlis persandingannya, sama hari dengan adik ipar saya berkahwin. Clash lah pula...Jadi, sebab itulah kami usahakan juga ke majlis ini.


Sepupu saya yang lelaki. Anak ketiga makcik saya. Dia berumur 24 tahun, isterinya pula 21 tahun. Pasangan muda. Sama2 orang Sg Buluh.

Ibu pengantin dalam baju biru, bergambar bersama makcik2 saya yang lain.

Majlis diadakan di restoran steamboat di Tasik Kundang, kepunyaan pakcik pengantin iaitu adik ipar makcik saya. Pelaminnya dan jamuannya di adakan di tingkat atas. Kami tak dapat attend persandingannya pada esok hari untuk pihak perempuan...sebab esoknya, adik kandung saya pula bernikah...

Of course, kami suami isteri. Habis jer pernikahan, kami kelam kabut balik ke PD. Persiapan untuk majlis adik perempuan saya pula esoknya, 1hb Mei 2016.

Majlis pernikahan berderet2 rapatnya...lelah juga dibuatnya kami...


.
Read More
Assalamualaikum.....

We live in Port Dickson now, staying with my parents since my place of work and hubby's are not far away from PD. Thus, we explore PD's food outlet even deeper now. Not many good choices I can say for PD. PD has a few fast food outlets and some good street food too. But only a few... And to find a fine dining, we need to rely on hotelsss. Well, we are at a tourist attraction area, anyway.

So, there was once, hubby would like to try out a Japanese restaurant in PD. We used to go to a restaurant in town, but they closed down the business. So, need to find alternatives. Besides the usual Sushi King in AEON Seremban, the choices of Japanese food are quite limited. And Sushi King is not hubby's approved outlet nowadays because of the decreasing level of customer service quality there.

So, we found this Genn Japanase Restaurant located at the 3rd floor of Grand Lexis Hotel in Port Dickson. Please don't go to the wrong hotel. It is Grand Lexis, not the Lexis hotel which is situated side by side. Go to the Grand Lexis.

Shake Sashimi and Shake Toro Sashimi

The main dish that captured our taste bud, captured our eyes and our heart is this salmon sashimi. We loved the freshness, the high quality of that raw salmon. Oh, it's just melt in your mouth. I am still drooling while writing this. Look at the presentation. Oh my, it is so professional. And the chef would always make sure that they served the best for the customer. Me and hubby however lovessss the Salmon Belly Sashimi. It's meaty, but finer than the salmon flesh itself. It's silky and you do not need a lot of effort to chew because it just make an elegant entrance in your mouth. I would slowly put it in my mouth, take the slowest time possible to taste deeply every bit of texture of each pieces and savour every bit of it. We never have enough with it.


This is Ebi Teppan. Prawn in teppanyaki style.

I have never tasted an ebi teppan as delicious as this one. The prawn are cooked nicely. Not too cooked and dry and neither under cook. It's meaty, juicy and simply yummy. Chef marinated it with special spices, and smothered it with cheese. Oh yes baby....you read it fine. Cheese...!
The prawns will be laid down on a bed of shredded vegetables such as daikon and cabbage which also has been seasoned nicely, together with shapely sliced cucumber. And chef complimented the dish with crackers and fried crunchy and sweet bitter sliced garlic. They have a special technic to come up with that delicious and scrumptious garlic and I tell you, it's not as easy as slice it and fried it in your wok. It is much more complicated than that.

This is the beef roll teppan

This is also a teppanyaki dish. I've tried a few version of beef rolls, but this one is different. Chef arranged the vegetables nicely, and rolled it in a very thin layer of beef which has been seasoned sufficiently with I don't know what do they put it in. But it was sooo delicious. You know, you can have this dish, and a bowl of rice and you do not need anything more...except that you would never reject another good plate of salmon sashimi..of course.

The texture...owh...it's beef. So it's chewy because it is not wagyu beef...hahaha.
Ok..not funny.
But yes, it's chewy, but chewable in a nice way. It was moist. The juices of the meat got mixed up with the juices of the rolled vegetables which has been seasoned and kind of steamed in the beef! It's a total explosion and serenity at the same time. You really need to try it out if you kind of confuse of what I am trying to say here.

Look at that fluffy, fresh and silky salmon belly...topped with salmon roe. Oh yuuummm...!

Dip it in the soy sauce...and ngapp!

The salmon sashimi. Vibrant color, means its fresh.

The ultimate chef..Chef Ahmad Hossaini with my son.

Chef Hossaini is excellent in his cooking skills, leadership on how he managed this small but cozy and fine restaurant. He communicates with his customers. He approached us and asked about the food, the service, etc. And Adam loves him...simply because he serves the best Japanese dishes.


We have a few more experiences and kind of being their regular at this moment. It's a little bit pricey, but the return of investment is worth every penny...






.

Read More
Assalamualaikum.....


Ini kisah lama...

InsyaAllah, saya akan cuba update apa yang dah tertinggal sebelum2 ini. Tapi besar kemungkinan tak mengikut turutan.

Ini kejadian beberapa bulan yang lepas. Kebetulan, memang waktu sekolah Adam untuk pulang bermalam. Dua hari sebelum tu, saya call dia macam biasa untuk sembang2, tapi dia tengah tak larat. Rupa2nya ciri birit. Tapi dah pergi klinik, warden dah bawa katanya. So, dia rehat di sick bay asrama saja.

Esoknya, dia muntah2 pula. Sementara tunggu kami dating fetch dia untuk balik rumah. Jumaat petang tu Nampak dia dah ok sikit. Malam tu saya bawa dia keluar makan. Nak makan roti canai jer katanya...dah lama tak makan. Ok lah..sebab tak pedas dan berempah, saya layankan juga...

Tapi bila balik rumah, dia mula berulang alik ke toilet semula. Pukul 4.00 pagi dia dah lembik. Saya dah runsing. Ambilkan air...minum setengah cawan, muntah semula. Sapu minyak angina, picit2kan kepala dia. Aduhh...luluh jiwa tengok dia mcm tu,

Nak bawa ke hospital mlm tu, tak sampai hati nak kejutkan hubby. Hubby balik lewat...kerja banyak sangat. Esoknya kena masuk meeting pula walaupun weekend. Tersepit saya antara jadi ibu dan isteri.

Tapi Adam bertahan juga. Esoknya lepas subuh, saya baru perasan suhu badannya dan tinggi. Demam...!

Saya suruh dia siap untuk ke hospital. Packing baju dengan kelengkapan ke hospital mcm toiletteries, pinggan dan sudu garfu, sweater, baju 3 pasang dan bantal kecil.

Tapi, nak keluar rumah pun lambat sebab dia takut dia tercirit dalam kereta. Asyik ulang alik ke toilet jer.

Pergi ke Mahkota. Tanya kat kaunter, nak pergi doctor mana...terus naik. Doktor kata memang Adam dah dehydrate teruk dah. Ada kuman dalam ususnya dah ni, kata doctor. As predicted, admitlah kan...


Mama jer lah yang teman di hospital. Kena masuk air..bagi dia rehat. Ubat banyak. Dia tak lalu makan, tapi pujuk juga dia makan sup dan roti. Kalau tak makan, nanti gastrik pula. Lepas makan dan ubat, dia terus tidur. Kejap2 saya check suhu dia. Mujurlah dapat single room. Dapat juga saya berehat selesa sedikit.


Petang tu dia dah getting better. Terus dia bangun untuk siapkan homework. Lagipun exam menjelang tiba. Sedih tengok dia sakit2, tapi buka juga buku. Bangga pun ada juga. My son has grown up...sobsss. Independent. Kalau nak pergi toilet, dia buka drip dia sendiri. Dia suruh nurse tolong ajar sebab kesian tengok nurse dengan mama dia kejap2 datang buka drip, pasang drip.

Bila penat, dia tidur semula. 2 malam dok hospital. Alhamdulillah, cepat sembuhnya...

Once a while, memang ada hiccups dalam menjalani kehidupan. Ini antara dugaan kami. Lagipun, papanya busy kerja. Saya suruh hubby teruskan kerja sebab saya masih boleh handle.

Ting tong ting tong, dah nak hujung tahun. Setahun ni, cepat sungguh masa berlalu. Begitulah usia kita yang semakin meningkat kan...


.





.
Read More
Assalamualaikum.....

Allah...baru saya perasan...rupa2nya saya masih belum sambung lagi trip ke Sik kami.

Lepas makan di Tasik Raban, kami teruskan perjalanan.

Ini keadaan masa selepas tol Ipoh tu.  Bukan main stuck lagi...tak bergerak. Tu yang kami terpaksa melencong ke jalan lama tu.


Berpandukan waze dan google, dapatlah kami tiba di Sik. Ternampak replica MH370 di depan halaman rumah seorang penduduk. Bagus betul semangatnya kan..


Dan akhirnya, saya dengan mak yang dah hamper 20 tahun saya tak jumpa. Alhamdulillah. Dapat minum sama2, dapat sembang sama. Tapi tak boleh lama sebab itu hanyalah cuti hujung minggu. Saya cuma nak menziarahi mereka sahaja...mohon ampun dan maaf serta merapatkan semula ukhuwah. Kami disitu untuk 2 jam saja. Kemudiannya, terus bertolak pulang.

Sangat letih, tapi Alhamdulillah tercapai juga hasrat saya nak bawa anak dan suami untuk diperkenalkan kepada mereka. Hubby seronok...Adam pun seronok. Alhamdulillah.

Kami plan, kena cari masa untuk spend more days dengan mak dan ayah di Sik. Kena kumpul cuti, kena plan macam2. Semoga dipermudahkan...Amiin,

Alhamdulillah, habis dah kisah kami ke Sik.


.

Read More
Assalamualaikum.....



Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari saya sekeluarga.

Sekiranya ada terkasar bicara, tersasar tingkah, terlukakan hati,
Saya mohon maaf dengan sesungguh hati.

Semoga Hari Raya ini akan menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelum ini...


Pst : Tu gambar 2 tahun lepas...

Read More
Assalamualaikum.....

Wah, lama sungguh lah saya tenggelam. Maafkan saya. Tapi tak menjadi apa2 kalau sekadar seorang blogger underground macam saya tenggelam...hehehehe

Oh, terlalu banyak yang berlaku. Sangat banyak. Saya tak menduga yang kehidupan saya tak seperti orang lain. Ada jadual hidup yang tetap, ada masa untuk bersenang lenang, ada masa untuk diri sendiri, tak apa kalau pusatkan kehidupan pada diri sendiri...

Saya, on the other hand, sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk meniti kehidupan dengan berbagai ragam. Ada tawa, ada tangis, ada bahagia, ada kecewa, ada gembira, ada sakit hati....semuanya ada. Syukur.....

Saya tak tahu saya nak mulakan dari mana. Ianya akan jadi berbagai2 versi nanti. Dan, rakan2 yang dah kenal saya, dah tahu lah yang saya kalau menulis, bukan main meleret panjang lebar lagi kan. Description saya detail sangat kot....

InsyaAllah, ada rezeki masa, ada rezeki berkomputer, saya akan kongsikan apa yang perlu. Untuk saya, saya nak rekodkan semua sebab ini adalah rekod kehidupan saya.

Oh, lagi dua hari kita nak melambai Ramadhan yang akan berlalu pergi. Saya masih belum puas bermesra dengan Ramadhan. Saya rasa bersalah kerana tidak menumpukan sepenuh perhatian pada tetamu setahun sekali ini. Tapi saya dah cuba maksimakan apa yang saya mampu lakukan dalam dilemma dan situasi saya.

Ramadhan, tolong doa bersama agar kita dapat berjumpa lagi untuk tahun2 yang akan datang. Dapat kita meluangkan masa sepenuhnya bersama dalam mengejar kasih Allah...

Amiin....
Rainbow yang indah tetap muncul walau apa pun rintangannya....

Read More
Assalamualaikum.....

Aduhai, bukan main sibuk lagi lah saya kebelakangan ni. Bukan setakat ini saja, lagi 2 minggu, saya akan jadi super busy sebab adik perempuan saya akan bernikah. Seminggu kemudiannya, adik ipar saya pula akan melangsungkan majlis pernikahan. Memang super busy saya. Serentak pula dengan 2 orang sepupu rapat saya yang masing2 bernikah dalam dua minggu yang sama itu juga.

Anyway, kita teruskan perjalanan ke Sik, Kedah. Selepas heavy breakfast di Tapah, kami masuk highway. Tapi, daripada Ipoh dah jem teruk sampai tak bergerak langsung kereta. Maka kami keluar ke jalan lama. Ikut waze dan google map saja sepanjang jalan. Redah...berdoa dan enjoy the trip. At last, sampailah kami area Lenggong. Dah melepasi waktu lunch.


Berhenti di sini, nak merasa ikan2 sungai dan ikan air tawar Tasik Raban. Lagipun, berhenti untuk solat dan tandas. Agak selesa juga..



Ada ikan bakar yang besar2. Tapi kami tak ambil pun. Pertama sekali, mungkin kami masih kenyang lagi, tapi paksa diri untuk makan sikit sebab tak tahu bila boleh jumpa pecan lagi lepas ni. Kedua, kami dah biasa makan ikan bakar di Melaka. So, tak berapa mengujakan lagi.


Lauk pauk memang sangat banyak. Tapi, selain daripada masih kenyang, mungkin juga cuaca yang panas dan ditambah dengan sedikit letih dek perjalanan yang mencabar, kami agak kurang berselera. 4 kali saya tawaf untuk pilih lauk. Sama lah dengan Adam dan hubby...


Sambal tempoyak dan sambal belacan, dalam besen terus...


Ikan patin

Ini pinggan saya. Ikan goring, pekasam, dan sayur keladi masak lemak. Sambal tempoyak juga.



Masalahnya, kami sekeluarga agak kurang berselera di sini. Semua lauk2 pilihan kami di bawah standard yang kami selalu makan. Tak nak komplen, sebab ini bahagian lain, masyarakat lain dan budayanya lain. Kita cuma ambil pengalaman. Mungkin pada orang tempatan, ini lah standardnya. Saya juga membaca banyak review yang puji melambung makanan di sini. Tapi, sedikit mengecewakan pada kami.

Mungkin kami kena datang lagi dalam keadaan yang lebih selesa dan waktu yang lebih sesuai. Walau apa pun, saya bersyukur ada restoran yang jadi seperti RnR dikawasan pedalaman ini. Dapatlah kami melepaskan lelah. Alhamdulillah.

Maka, uncertain of our journey, we continued it anyways.

Till then.......



.

Read More
Assalamualaikum.....

Ok now, at the groom's house. Nope...no hall. We are village people...we have sufficient compound for the wedding. No garden wedding, but we had a blessed 'kebun' theme wedding.


The arrival..

Adam held the bunga manggar. Aiyaakkk..no shoes..!

The flower girls..

The silat demonstrator. He was from the Association of Helang Buana.

The kitchen people...the close relative

Kuih koci labu bersantan...highly recommended.



The dishes...nasi beriyani set

Bubur kacang hijau

Nyummsss...

The bride and groom's fish



Udang panjat nenas...perghhh

The wedding cake

Last but not least, the special char koay and potato spring counter...

Sorry for this veryy brief entry...
Enjoy the pics, all


Read More
Assalamualaikum.....

Let's put on hold my journey to Sik to give space for my cousin's wedding entry.

He found his soul mate from our town. Easy to commute especially during Hari Raya...very clever boy...hahaha. The reception at the bride's side was held at a hall in Lukut. His wedding and his brother in law's reception were done in this one function. So we had two couples on the stage.

The stage. It's royal yellow...

My cousin is by the name of Hafiz...
 

The dishes spread. Delicious. Malay Negeri Sembilan dish with one Javanese dish of sambal goreng.

The bride's mother, my aunty in pink tudung with her beloved now married son and daughter in law. My mother in blue was happy as well....

And last but not least, me and hubby. Oh no...I've gain weight....huwaaaa...!!!! Need to go back on the previous food intake routine...
 
 
 
The second part of my cousin's wedding at my Mak Ngah's house will take place soon....
 
 
 
Pssst...: I really have a super limited time to update blog. Hopefully this inconveniences will end by middle of May...Amiin....
 
.

Read More