Assalamualaikum.....

Dah beberapa kali dah kena macam nie, especially kalau beli melalui drive-through. Tapi, this time, kita geram.

Beli satu set Double GCB tu. Tak menahan, tamak kan. Yang sebenarnya, saja beli double. Konon, kepingan lagi satu tu nak buat snadwich sendiri la kat rumah. Sekali balik rumah, tengok sekeping jer. Cheissss!

Apa2 hal pun, ambil gambar dulu untuk di jadikan bukti. Esok nya kita pergi ke kaunter, tunjuk resit dan cerita masalah. Tapi, kita cari manager dia. Tak mau cakap dengan staff biasa...diorang mesti banyak songel sebab tak tau procedure. Tunjuk jer resit, terus dapat lagi sebijik double GCB. Kira yang semalam punya tu, halal lah...tanda minta maaf mereka. Kita tanya nak tengok gambar tak? Manager dia senyum jer kata tak perlu.


So, kalau ada sesiapa yang beli drive through, check dulu order anda betul ke tidak sebelum masuk gear dan drive terussss. Lagi satu, at least simpan resitnya kalau nak buat tuntutan yer...

P/S : Kita memang akan order air Milo kalau beli fast food.

Read More
Assalamualaikum.....


Ini adalah memang...definitely entry tertunggak.

Trip ke Kuching nie adalah sebelum hubby kena sengat ikan, sebelum Raya Haji, sebelum Ba masuk ICU.

Trip syarikat. Meeting. Actually brainstorming. So, untuk konsentrasi, kena bawa delegates sejauh mungkin daripada opis dan family agar mereka tak boleh escape dari setiap session. Ha, pandai tak management? Tapi kunun katanya sekali dengan nak rilek2 minda. Ha...tak ada maknanya der...

Ada 2 entry. Entry ini adalah kesimpulan keseluruhan dan satu lagi, khas nak cerita pasal makan2.

Trip bermula pada hari Ahad pagi. Yer, Ahad itu kami bekerja. Flight pukul 8.00 pagi guna MAS. So, pukul 6.30 pagi semua orang dah ada di airport. Kami kemudiannya tiba di Kuching pada jam 11.00 pagi. Rombongan kami ada 11 orang semuanya. Dapat van kecik, sampai terpaksa berpangku sebilangannya sebab akauntan kedekut tak nak tambah kereta. Dia sanggup memangku orang lain...hahahaha.

Tiba di hotel, tak boleh check in lagi. Oh, waktu check-in ialah jam 3.00 petang, tapi mereka dah janji boleh beri kami check-in awal. Tu yang confident ke hotel terus.

Lupa pula...kami stay di Grand Margherita Hotel.

Tengah hari sikit, group Chairman kami pula sampai. Aduhh..kelam kabut kita menguruskan bilik Datuk and family. Datuk pula tu memang garang yang amat. Kelam kabut kita attend komplen daripada beliau. Sejam kemudian baru settle bila Datuk dah betul2 puas hati. Phewww

Bilik dapat kat kami one by one. Bila ada kosong, dapatlahh 2 orang masuk. Yang lain tunggu laa. Bila tengah hari, kami pergi ke shopping kompleks yang kecil yang bersambung dengan hotel tu. Wah, senang betul la stay kat Grand Mergherita nie. Lepas makan, kita lari ke tingkat atas sekejap. Nak beli kasut. Tau tak, pergi Kuching tu kita pakai kasut sukan Adam sebab kasut kita tertinggal di Melaka. Nasib baik muat2 jer kaki.

.

Pergi toilet jap, terus ke kedai kasut sebelah toilet tu. So, sempat capai kasut sepasang...janji boleh muat pakai. Lepas beli kasut, pergi beli top up kat booth situ. Bila raba poket nak keluarkan phone, aik...phone dah tekder. Aduhh...masalah nie. Kelam kabut menyusur semula segala jalan dan tempat yang kita pergi...x jumpa juga. Mungkin dah tercicir dan orang lain dah jumpa sebab sebelum lunch tu, phone masih dalam tangan kita lagi.

So, tak adalah gambar lunch untuk di kongsi sebab masa tu guna kamera telefon.

Pukul 4.00 petang baru kita dapat check-in. HR dapat bilik last. Tak apalah.



Masukk jer bilik, terus punggah beg dulu. Manalah tahu, kot2 terselit ke...kita tak perasan kita campak masuk beg ke... Tapi memang takder.... :(

Ini twin bed. Katilnya adalah super single. Kalau setakat dengan anak, boleh sangat nak share katil.


 Dari bilik kami, boleh nampak sungai Sarawak. Boleh nampak swimming pool. Memang best sangat2. Oh, tips untuk yang nak bilik menghadap sungai di Grand Margherita ni, bilik katil 2 biji jer menghadap sungai. Kalau katil King, memangggg menghadap jalan raya yer...

Bangunan hotel Grand Margheritta

Kita lepas tu terus check bilik mesyuarat. Berbincang serba sedikit dengan managernya. Meeting mula esok paginya.

Petang tu, ada yang suggest nak pergi jalan2. Konon depa nak naik river cruise tapi nampak macam dah hujan, so ada yang suggest nengok movie. Tapi kita tak join. Tunggu dalam bilik jer. First, tunggu hubby return call dalam hotel room sebab handphone dah hilang. Kita nak inform nombor2 phone yang boleh di hubungi. Second, kita kena berehat. Dah penat kehulu kehilir uruskan hotel dan segala macam. Cari fon hilang lagi. So, kena rehat secukupnya. Ini bukan trip holiday...ini trip kerja. Kenalah well prepared untuk jalankan tanggungjawab. Anyway, rupa2nya diorang jadi juga naik river cruise sebab hujan dah mula berhenti. Tapi kita tak ralat pun sebab kepala dok runsing handphone hilang.

Malamnya, kami dinner di tempat seafood yang femes. Top Spot. Walking distance dari hotel. Saangat convenient. Tiap2 malam (2 malam jer pun), makan seafood. Jalan kaki jer...


Ada yang happy, ada yang dah kebuluran

Semuanya happy. Akauntan kami, dua dari kanan senyum dalam runsing. Berapalahhhh nak kena bayar agaknya malam nie...

 Makan memang sangattttt seronok. Mengujakan. Banyak pengalaman baru. Memang terbaik.

 Esok pagi...breakfast. Seperti biasa menunya. Cuma ada nenas banyaaakkkk. Jus nenas, desert nenas...rojak nenas...hehehehehe. Tapi foodnya semuaaaa sedap. Cuma dalam hati kita dok berharap ada masa lapang untuk kita memburu laksa sarawak.



Meeting dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan doa. Ha... patriotik sungguh kan.

Lepas tu sambung lagu 'Kau Boleh!' Lemau jer kan...

Datuk Chairman kami, dalam garang2 tu pun, sporting jer. 


Presentation. Nak pecah kepala kami buat persediaan. Aduhaiiiii

Khusyuk jer. 

Lunch, dan semua break di hidangkan untuk kami saja. Memang sangattttt best semua foodnya. Yummmy!!

Petang tu, rupa2nya Datuk Chairman tanya kenapa tak inform dia pasal naik cruise semalamnya. Sudah.... Takkan nak naik 2 kali kan. Sorang RM35 tuuu. Aik...tetiba kitalah yang kena bawa dan entertain sebab semalam kita tak pergi. Aduhaiii,.....sangat2 takut sebab kita memang sangat tak biasa dengan beliau.

Selepas meeting, berlari laju2 sampai cramp betis sebab nak kejar cruise. Burn calorie banyak okehhh. Tapi, berjaya juga lah.

Dah duduk dalam cruise selama sejam setengah dengan pemandangan yang sangat best, dihidangkan dengan air oren dan kek lapis yang sedap2, barulah kita kenal Datuk Chairman macam mana. Memang sangat kebapaan. Tegas ada tempatnya. Bergurau ada tempatnya. And he is sooo romantic and so loving. Datin diberi perhatian yang tak berbelah bahagi. Cuma, leher kita crampa sebelah sebab konon nak bersopan, duk diam2 sambil pandang ke luar cruise selama sejam setengah. Ish...siksa akak dek oiii.

Malamnya, makan seafood lagi. Lepas makan, sambung meeting sampai pukul 2.00 pagi. Aduhai...

Meeting sampai 2.00 pagi sebab esoknya pagi2 nak pergi shopping. Ala, setakat shopping ikan terubuk masin dan kek lapis jer. Cenderamata pun shopping kat River Front tu jer tapi kita tak join sebab ada banyak perkara nak di uruskan dengan hotel. So, tak adalah cenderamata.

Memang niat kita ke sana untuk meeting dan survey saja. Insya Allah ada rezeki nanti baru pergi dengan family pula. Baru boleh sight seeing and shopping kan.

Cerita pasal makan, hari lain lah yer....




.





Read More
Assalamualaikum.....



Catatan ini adalah untuk kita meluahkan apa yang terbuku di hati untuk rekod dan kenangan kita di masa hadapan, Insya Allah.


 Ahad, sebelum kita gerak ke PD untuk hantar Adam dan untuk kerja esoknya, kita menyelinap masuk ICU. Masa tu dah habis waktu melawat, tapi pujuk guard untuk benarkan kita spend masa 5 minit kat situ. Hanya berdua dengan Adam sebab hubby cari parking.

Masa ni, Ba buka mata sekejap. Matanya berair. Tak pastilah sebab dah terlalu lama tidur, atau pun Ba sebenarnya sedang pilu dan sedih. Kita beri ucapan salam pada dia, pujuk dia untuk bersabar dan terus bacakan surah Yasin. Ba hanya pandang kita tanpa berkelip dan akhirnya menutup mata untuk tidur apabila kita tiba di pertengahan surah.


Hati berat untuk pergi dari Ba. Tapi, memang dah tak boleh cuti. So, kita kuatkan jiwa. Serahkan pada Allah. Kalau ada rezeki kita, ada lah...

Hubby pun, patut balik Kuantan dan kerja Isnin tu, tak sedap hati. Dia sambung lagi cuti untuk seminggu dan pulang ke Melaka untuk bersama2 dengan Mommy.

Isnin dan Selasa, kita siapkan kerja semaksimum yang boleh. Takut2 kalau tiba2 kena bercuti. Memang betul firasat kita rupanya.

Selasa, lepas habis waktu kerja, KL hujan lebat. Trafik sesak di KL. Minda dah terbayang rumah mak di PD. Rasa nak berehat cukup2 dengan mak untuk recharge energy. Terus pusing stereng dan masuk tol.
Malam tu, kita masuk tidur awal selepas melayan Adam makan.

Pukul 2.00 pagi, hubby call kita.

" Ma, hospital baru call. Ba kritikal..."

Belum sempat hubby habiskan ayatnya, kita dah meloncat dari katil. Terus cuci muka lebih kurang dan segera bergerak ke Melaka. Kita suruh Adam tidur dulu dalam perjalanan. Dalam pada memandu, barulah otak dapat berfikir dan merencana. 2 jam atas jalan raya, kita tenangkan diri dan cuba rasionalkan minda. Beberapa kilometer sebelum hospital, singgah di stesyen minyak. Mandi dan tukar baju kurung. Adam pun sama. Syukurlah memang sentiasa ada baju spare dalam bonet kereta untuk waktu2 kecemasan. Kami harus bersedia. Sekiranya Ba pergi, dah tak ada masa nak layan diri.

Tiba di ICU dalam jam 4.00 pagi. Mommy, hubby dan Firdaus dah ada di situ. Kami tiba bersama2 dengan Along, abang ipar.

15 minit kemudian, pulse, oxygen dan bp dah tiba ke tahap kecemasan. Kami disuruh keluar dan team untuk emergency masuk. Doktor tanya, nak buat CPR tak? Hubby suruh doktor proceed.

Kami dah berjuraian dengan air mata di luar bilik Ba. Bincang2 lagi tentang CPR. Doktor keluar lagi dan tanya nak teruskan CPR tak? Kalau teruskan pun, mereka hanya dapat sambung heart beat saja, tapi tak tahu berapa lama boleh bertahan. Pneumonia yang kritikal, dah effect pada jantung dan kidney dah jammed. So, kami bersetuju untuk hentikan CPR. Tak sanggup tengok Ba terhenyak lagi dengan proses CPR. Biarlah dia pergi dengan aman. Kalau dah tiba waktunya, siapa kita untuk menahan kuasa Allah. Yang penting, redhakanlah.

Emergency team mula keluar dan memberi ruang kepada kami. Kami iring Ba dengan kalimah syahadah. Ba melepaskan nafas terakhir dengan tenang seolah2 tidur lena. Namun, heartbeat masih ada, kesan ubat dari CPR tadi. Setengah jam kemudian, doktor announce waktu kematian dan mereka mula mencabut segala wayar. Cause : Pneumonia and multiple organ failure.

Kita tunggu mereka sehingga mereka balut Ba dengan kain. Kami dah bincang untuk uruskan jenazah di rumah saja.


Ba di bawa keluar dari ICU dan kami ikut ke bilik mayat. Van jenazah tiba tak lama kemudian.

Jenazah tiba di rumah pada jam 7.30 pagi. Yang berbaju kuning, jeans biru ialah Pakcik Abas. Beliau adalah jiran terdekat kami dan menguruskan segala urusan jenazah bersama kariah kawasan sehingga selesai. Tak termampu kami nak balas jasanya. Hanya Allah sajalah kami berserah untuk membalas budinya.


Mandikan Ba di rumah. Solatkan juga di rumah. Alhamdulillah, ramai yang hadir sehingga tak muat rumah menampung tetamu. Syukur Ya Allah. Setiap ahli keluarga yang tiba, yang datang memeluk kita, pasti disertai dengan tangisan. Maaf, memang kita tak mampu menahan perasaan.

Adam dan Firdaus sibuk membantu apa yang patut ke sana sini dalam juraian air mata. Tempat mandi jenazah Ba, mereka ambil dari surau, pulangkan semula ke surau, sampai tak sempat nak cium atok mereka untuk kali terakhir. Marah betul hubby kerana ada yang memandai2 paksa cucu jenazah ke sana sini walhal tempat mereka di sisi jenazah untuk kali terakhir.

Adam, Firdaus dan Mommy ikut sekali Ba dalam van jenazah. Adam kata, dalam van tu bau wangi jer mama... Alhamdulillah.

Adam, hubby dan Firdaus menghantar Ba ke rumah terakhirnya.... Alhamdulillah

Disebabkan Adam dan Firdaus tak sempat cium atoknya, maka mereka bukakan kapan Ba untuk Adam cium sebelum disemadikan. Waktu ini, semua yang melihat dah mengalirkan air mata. Ciuman terakhir daripada cucu sulong Ba. Adam ialah cucu sulong ke-dua2 belah pihak. Adam kata, masa cium atok, atok wangi sangat dan atok senyum pada Adam. Subhanallah Adam....


Sehingga semua orang beredar, Adam tetap di situ. Matanya merah, mukanya basah dengan air mata.

Alhamdulillah, segala urusan selesai dengan mudah. Sebelum Zohor, dah selamat segala urusan.

Syukurlah semasa Ba masih sedar sebelum masuk ICU, kita dah berkali2 berterima kasih dan memohon ampun dari Ba.

Ba, ampunkan semua salah silap saya. Halalkan makan minum saya. Terima kasih kerana sejak saya jadi menantu Ba, Ba layan saya sama seperti anak sendiri. Terima kasih kerana menjadi bapa saya. Semoga segala yang saya lakukan untuk Ba, diterima Allah s.w.t.


Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Ba.






.
Read More
Assalamualaikum.....




Ba telah pergi meninggalkan kami pada hari Rabu, 20hb November 2013, jam 5.00 pagi

Bersama isteri, anak2 dan cucu2 mengiringi pemergiannya...

Meninggalkan kesedihan, kegembiraan...

Meninggalkan nikmat dunia, sengsara dunia....

Damailah Ba di dalam Rahmat Allah selamanya.


Amiin.


Al- Fatihah.



.
Read More
Assalamualaikum.....





Kat kedai makan, sambil menunggu order pun boleh lena...

.
Read More
Assalamualaikum.....

Sejak Ba sakit nie, hujung minggu kami memang terhad masa yang ada di rumah. Oleh sebab itu, bila kita ada di rumah, macam tak cukup lantai nak berpijak rasanya. Nak basuh kain baju, sidai kain, lipat kain, packing semula untuk masuk ke beg KL dan Kuantan. Belum lagi nak memasak, cuci pinggan mangkuk, menyapu, mop lantai. Kalau ada 4 jam sehari di rumah, memang tak sempat bernafas rasanya.

Sejak kebelakangan ni, Adam dah mula mengendeng2 kita di dapur. Kejap2, tepuk perut. Kejap2, "Ma, perut pedih la..". Lapor. So, kadang2 tengah pegang sudip, mata menjeling2 kain baju yang nak dijemur. Lambat jemur, lambat kering. Tapi jemur kain, yang masak tergendala.

So, bila kita minta Adam tolong jemur kain, bukan main liat lagi. Sudahnya, sudip yang bertukar tangan. Kadang2 cekodok lah, gulai la, sambal la. Nasi jer kita belum ajar. Lepas nie dah boleh ajar masak nasi.

Minggu lepas, Adam masak kicap ayam. Sedap juga. Papanya pun puji sedap. Tapi, kita pantau lah. Mulut tak berhenti2 buka katup. Dia goreng ayam, tumis bawang, masukkan lada hitam, masuk kicap, sos tiram, rasa garamnya... then siap!


Cahaya matahari terik sangat, entah mana kicap, entah mana ayam...



Bangga, hasil masakan pertama yang berat.


Adam dah biasa memasak sendiri kalau di PD. Tapi untuk dinner lah,..yang ringan2. Agak2 dia kurang berselera dengan lauk dinner, dia buat sendiri apa yang dia nak makan. Burger ke, roti telur ke, maggie ke... apa2 jer yang simple lah. So, bila dah confident dia dah matang sikit guna api, kita teruskan di dapur Melaka pula.

Now, selain memasak, dia dah take over sinki. Basuk pinggan mangkuk segala, kemas meja dan settlekan apa yang patut. 

Hari ni, walaupun dah mula cuti sekolah, tapi Adam tak bercuti. Sepanjang cuti tahun nie, dia dah padat jadual dengan kelas2 tuisyen. Oh, bukan kita yang suruh. Dia sendiri yang minta. Tahun depan UPSR kan... Dah bawa dia short cuti2 hari tu...and kita pun risau dengan Ba..so dia tak demand apa2. 

Alhamdulillah. Adam dah jadi orang bujang....

.

Read More
Assalamualaikum.....

Dah lama juga tak bersiaran tentang makan2 nie kan. Yang terbaru ni, hubby kongsikan tempat makan baru. Nasi Arab yang restorannya tak sampai setahun lagi di buka di Kuantan nie. Ianya terletak di Jalan Seri Kuantan 80. Kalau dari Jalan Beserah tu, memang tak nampak, kena masuk ikut lorong belakang lot kedai King's Confectionary tu.

Hubby datang sini bila di perkenalkan oleh kawannya, Affendi. Beliau nie memang suka nasi arab. Bila ada tempat baru yang best, dia ajak hubby. And lately dah jadi tempat rasmi department diorang pula. Bila ada auditor, bawa makan kat sini. So, satu malam tu, hubby bawa kita makan di sini.


Nasi mandi kambing. Ini set kita

Ini Affendi dengan nasi arab Maghlubah nya. Kambeng juga.


Malam tu, terasa macam nak cuba makan sebab di pengaruhi kempen kambing El-Idrus sedap dari hubby. Tapi, mungkin sebab penat sebab baru tiba di Kuantan masa tu, maka kita tak rasa enjoy. Kambingnya memang lembut, tak berbau dan wangi dengan bau rempah2, tapi pada pendapat kita, ianya agak kurang 'rasa'. Kita tetap memilih Nasi Arab Damsyik di Seremban yang pernah kita ceritakan beberapa kali dulu di SINI dan SINI.

Kita suka Mandhy sebab rasanya agak ringan sedikit berbanding Maghlubah. So, mandhynya berjaya memikat selera kita. Hidangan sampingan seperti kuah cili tomatonya juga memang sedap dan sesuai digandingkan bersama Mandhy tersebut.

So, ada sesiapa yang rasa nak ubah selera, bolehlah cuba di sini yer...






.
Read More
Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, dah hampir 2 bulan umurnya. Opss...jangan salah sangka. Bukan 'produk' kita yer....hehehehe. Ini anak buah baru. Anak Ida, adik kita yang berkahwin Nov tahun lepas tu. Siksanya Ida nak melahirkan dia. Puas teran, tak boleh keluar juga. Last2 czer. 4.1kg beratnya. Besar...

Alhamdulillah, sihat dia sehingga hari ini. Syukur.




Di atas rasa kesyukuran itu, sebuah majlis kesyukuran, aqiqah dan cukur jambul telah dijalankan pada hari Sabtu yang lepas. Kali ni kenduri siang. Mak nak buat ringkas. Pagi, baca doa selamat. Lepas tu marhabban dari rakan2 mak. Kemudian terus jamuan makan. Maka, jam 11.30 pagi dah lunch. Cepat2 kami suami isteri bergerak ke Melaka pula untuk tengok Ba di hospital.




Kari kambing dah siap bungkus untuk 'berkat'. Berkat ialah lauk2 untuk tetamu bawa pulang. 

Sambal tumis sotong dan ikan bilis.


Kita terlalu sibuk sampai tak sempat nak snap gambar makanan. Setiap kali kenduri, memang tak pernah dapat ambil gambar makanan sebab sibuk. Adam tak berapa minat klik2 nie. Suruh ambil gambar food untuk blog pun dia tak nak tolong. Kalau hubby ada masa jer, dia tolong klik2 sikit.

Menu biasa. Nasi minyak, kari kambing, ayam panggang, sambal tumis sotong kembang dan sayur kobis masak lemak putih. Pagi tu sarapan dengan pulut kuning, sambal tumis ikan bilis dan kuih muih.



Orang lain yang ber'anak' baru, kami sekeluarga yang sibuk shopping barang baby. Konon nak beli sikit sekadar hamper baby, tapi dek seronoknya memilih, last2 hamper tu jadi setinggi kita sendiri berdiri. Tak larat nak angkat sampai promoter tu kena hantarkan hamper ke kereta. Tolak pakai trolley. Nasib baik boleh sumbat dalam kereta.

Semoga Danish Hafiy membesar sihat dan menjadi seorang khalifah yang cemerlang. Amiin.

.
Read More
Assalamualaikum.....

Entry tertunggak. Dah lama tak update blog, maka banyaklah entry tertunggak. Silalah jamu mata yer.

Ada jamuan apa yer di pejabat masa nie. Mungkin mantai menyambut Ramadhan rasanya. Lama sungguh kan. Lauk pauk di masak oleh jurutera bujang yang masih muda di pejabat. Lelaki yer. Sila kagum. Dia study di London dan masa di sana, dia rajin memasak dan pernah bekerja di restoran. Dan memang kami akui kehebatannya.


Ayam percik berempah

Kerabu mangga

Daging bakar



Ini pula brownies dari salah seorang staff.

Banyak lagi makanan, tapi masa tu juga lah...batteri camera kong. Cisss. Tapi memang puas hati sangat2 lah makan masa tu.

Alhamdulillah, rezeki.



Read More
Assalamualaikum.....


Selasa yang lepas adalah Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar untuk sekolah Adam. Tahun ini, prestasinya jatuh dengan teruk. Kalau tahun lepas dia dapat No 1 dalam kelas dan dalam seluruh darjah, tapi tahun nie dia hanya dapat tempat ke-3. Kalau tahun lepas, dia bawa pulang hadiah untuk markah tertinggi bagi 4 mata pelajaran, tapi tahun nie satu pun tak ada. Adam kalah teruk dengan tempat pertama, seorang pelajar perempuan. Tempat ke dua juga pelajar perempuan, namun markahnya tidaklah jauh berbeza dengan Adam.

Sebenarnya, hari Isnin baru pihak sekolah beritahu tentang majlis ini. Semua sedia maklum, Isnin pagi kita pergi kerja dari PD. So, Adam tak nak bagi tahu kita pun tentang majlis ini. Mungkin dia tak nak susahkan sesiapa. Dia tahu mamanya dah penat ke hulu ke hilir, dia tahu nenek dan atuknya tak sihat dan dia tahu papanya kerja nun jauh di sana.

Tapi, neneknya tak sampai hati. Mak call kita petang tu pelan2. Kita tak sampai hati. Mana mungkin biarkan anak naik pentas tanpa kehadiran ahli keluarga untuk memberi semangat. Tak apalah. Satu hari lagi cuti tanpa gaji kita tambah bulan ini.

Maka, cuti kita pada hari Selasa adalah untuk masakkan keluarga di PD yang dah lama tak dapat perhatian dari kita sejak Ba sakit. Cuti juga untuk beri perhatian pada Adam. Alhamdulillah.

Majlis tahun ni di adakan di Auditorium Muzium Angkatan Tentera, di Si Rusa, Port Dickson. Alhamdulillah, pihak tentera sudi memberi pinjam dewan ini untuk majlis sekolah. Majlis bermula jam 3 petang.

Sebelum majlis bermula, Adam bersama rakan2 rapatnya yang turut menerima hadiah. Dari kiri, Amir Fakhrurrazi, Nur Firdaus dan Adam.

Majlis di mulakan dengan persembahan tarian tradisional pelajar2 sekolah.


Tiba giliran Adam menerima hadiah. Blur, sebab tak pandai fokus lagi. 


Dari jauh. 

Di akhir majlis, hanya mereka berdua yang dapat kita gapai. Adam bersama hadiahnya.


Kita memang tak salahkan Adam 100% di atas kemerosotan prestasinya. Ada beberapa sebab. Antaranya :

1.) Tidak cukup persediaan. Kami fokus dengan persediaan UPKK. UPKK berakhir pada hari Jumaat dan hari Jumaat itulah baru sekolah beri jadual dan pemberitahuan tentang peperiksaan akhir tahun pada hari Isnin berikutnya. Maknanya ada 2 hari sahaja untuk buat persiapan peperiksaan akhir tahun.

2.) Konsentrasi Adam dalam pelajaran tahun ini banyak terganggu kerana atok Ba nya yang sakit tenat. Beliau turut sama bergelumang dengan kami di hospital.

3.) Akhirnya, ianya salah kita sendiri. Biasanya, kita sendiri ada memberi tumpuan kepada Adam walaupun hanya berjumpa weekends. Tapi entah kenapa tahun ni, hilang fokus kita pada Adam. Sepatutnya, walaupun menunggu Ba di hospital atau ICU sekali pun, masa yang ada patut di penuhi dengan membantu Adam mengulangkaji dan buat latihan. Apalah salahnya kalau bawa tikar dan bersila sahaja di lantai hospital kan. 

Maafkan mama, Adam. Mulai sekarang, kita tingkatkan lagi usaha ya. Semoga Adam beroleh kecemerlangan dalam UPSR tahun depan. Amiin.







.

Read More
Assalamualaikum.....



Read More
Assalamualaikum.....

To put up an update here is for my future record. I would like to apologize to all of you for this continuous story about my Ba.

However, over the previous weekend, Ba has been put to sleep by the hospital.



- They changed the oxygen mask to the oxygen tube for the oxygen through mask's capacity was not enough to support his needs. This tube is functioning as the oxygen supplier direct to the lungs and also for the doctors and nurses to do suction.

- They ran a CT Scan procedure last Friday to detect any abnormalities in the body. Everything seems fine. The only dangerous threat is the infections in Ba's lung is very severe. But why did they put him to sleep from Friday until today? Though the sleeping medications has been reduced, but they continue it still. Is it some sort of painkillers? I didn't have any chance to meet the doctors, and the nurses are not helping at all.

- The blue bag on the right side contains nutrition for Ba since he is unable to eat and drink orally. It has been 3 weeks now that he has been given it.




- Ba is so skinny. Sob..sob. Can see his bones everywhere now.

- Look at his fingers. They are swelling. Sob..sob...

- Look at his arms and hand. They bandage it. Remember I mentioned about blood flows out from under his skin?




Oh...oh.... we do have certain unsatisfactory though. Not to the doctors, not to the hospitals, but for the nurses. Oh my, are they really sincere in doing their jobs? I mean, these certain nurses are so mean! Only a few...the rest are super nice.

1.) Mommy happens to watch one of them clean up Ba's stoma. Ba has a serious lung infection, so no infectious conditions should be tolerated. But this nurse, clean up Ba's stoma using a small wet towel from beginning to the end, without rinsing the towel a few times or with other solutions, or with a new clean towel. The same towel which has been covered with blood, etc has been wiped onto Ba's skin right to the end.
So, Mommy asked a doctor and the doctor apologized. But doctor said, he can't say much for that. Does that mean, doctors are not in-charge when confronting the nurses?

2.) Ba is wearing a special long white socks with open toes to help the blood circulation at the legs since he has not moving much. However, while they were trying to insert the IV's line at Ba's feet, or maybe while they were taking Ba's blood, the blood stained the white socks. At first Mommy kept the thought within herself, but on the 3rd day, Mommy start to ask. The sock is dirty. Stained with blood. And Ba is seriously need to be in a very hygiene situation. Why the nurses left it there. Owh, the nurse answered arrogantly :

" Makcik, kat sini tak ada clorox. Kalau nak bersih, makcik bawaklah balik, cuci sendiri".

Well, first, should you use that tone to a makcik?
Secondly, why at the first place, you didn't mention about us clean it up ourself?
Thirdly, where is your dedication to maintain a hygiene condition for the patient?

Mommy has been patiently answered : " Tak apa. Bagilah. 10 pun makcik boleh cuci. "

But, this also Mommy told the doctor. And, maybe the doctor did 'talk' to the nurse. And the next day, these two nurses from two situations came and met Mommy. Again, with samseng style they said :

" Makcik ni siapa yer? Makcik terasa ke? Kitorang cakap elok2 kan?"

Wahhhhhh!!!!! That way aaa talking to a patient's relative. I mean, you are in ICU men. Come on!!


Another incident happened yesterday, Sunday. My brother in law noticed a medication given to Ba through one of the tubes from the machine oh his left was dripping! The medicine was leaking!!!! That means Ba has not receive a proper dose of medication. Damn! And when my brother in law informed the nurse, she gave him a super sour face. Oh my...!!! They seriously need to attend a 3 series of customer service training plus one special weekend for Khemah Ibadah strictly to teach them on how to be sincere in doing their job.

Ok, I have been collecting these points. If it continues, I may need to write a formal complaint. One to be given to the Hospital's Director and another copy to be given to the Ministry of Health.

We hope, they could improve these mistakes. If they let Ba died because of their ignorance, they should be prepared to whatever we might do later on. No..no...not for revenge. But to teach them a lesson that one's life is super precious to his family. So that other patients will receive the best service as if patients are the nurses' dad and moms.

Owh...I have been drifted. Please pardon me, friends.



.
Read More
Assalamualaikum.....

Sambungan dari entry sebelum ini.

Pada 27hb September 2013, Ba kemudiannya di masukkan pula ke hospital. Sepatutnya, 2hb Oktober Ba kena masuk wad semula untuk dos kedua ubat yang mahal tu, tapi disebabkan Ba demam berlarutan, on and off, maka ubat tu tak boleh di masukkan.

Discharge again on 2nd October. By this time, Ba hanya mampu telan bubur nasi yang sangat cair dan kosong. Hatta carrot dan sayur lain yang Mami sagat halus dan rebus lembut2 pun Ba kata keras. Pedih hati kami bila tengok Ba makan.




Oktober 2013

- Sebelum kita ke Kuching pada hari Ahad, 6hb kita salam dia. Sedihnya dia nak lepaskan kita hingga mengalir air mata Ba, walhal untuk beberapa hari saja.

- 8hb Oktober, kita pula baru tiba dari Kuching. Menerima khabar dari Mami melalui telefon saja. Kesian Mami, dia handle semua sorang2 bila weekdays. Weekends, kami adalah. Nak bantu pun, cuti tahunan sampai habis langsung. Siap ambil advance leave lagi. Kalau cuti lagi, terpaksa unpaid. So, Mami kata boleh handle, kami dengan berat hati teruskan kerja.

- 10hb, Khamis, kita balik PD dari KL sebab nak bantu Adam dengan kerja sekolahnya. Malam tu hubby call dan kena sengat sembilang. Tiba di Kuantan, esoknya jam 4 pagi. Dan sepanjang kami di hospital Kuantan, hati asyik memikirkan Ba di Melaka. Dah mula bercuti tanpa gaji.

- Beberapa hari di rumah, Ba dah tak boleh jalan. Hari Raya Haji disambut hambar. Kami di hospital Kuantan, Yang lain2 disamping Ba yang semakin lemah di Melaka.

- Khamis 17hb Ba ada follow up di hospital dan di tahan semula. Kali ini, di wad depan kaunter nurse tu. Wad observation jugalah katanya. Apa2 hal, doktor dan nurses akan concentrate pada patient dalam wad nie dulu.

- Since Ba dah jadi lemah, maka dia di arahkan untuk bed ridden. Tak boleh turun katil langsung. Memang Ba lemah sangat masa tu. Tukar pampers semua pun, atas katil jer, nurses yang tolong. Diarheanya non stop. In fact, no more najis. Yang keluar hanyalah asid dari usus dalam bentuk mulkus.

- Hubby discharged dari hospital pada hari Sabtu, 19hb dan kami terus ke Melaka. Memang menyedihkan sangat2 melihat Ba. Kedua belah tangannya seolah2 hancur. Lebam kebiruan, and very dark purple dah mewarnai kulit Ba. Lebam2 sebab nak buat saliran IV dan masukkan berbagai2 tiub lagi untuk Ba.

- 24hb, doktor membuat satu lubang di dada kanan Ba dan masukkan satu tiub kecil. Katanya untuk memantau paras air dalam badan Ba. Disebabkan usus yang dipenuhi ulcer, maka penyerapan air dan makanan tak dapat berfungsi lagi. Bila kurang air dan darah, Ba dehydrate dan sakit dada. Bila terlebih air, habis semua kaki dan muka bengkak2 dan sembab.

-Malamnya, sewaktu ke klinik untuk ambil ubat kita (disebabkan stress dan tak cukup rehat, kita pula ada masalah lain.), sempatlah berbual dengan doktor tu. Doctor locum, beliau bertugas di Hospital Tentera. Cerita tentang keadaan Ba. Mengikut pengalamannya dan dia sendiri ada beberapa patient bawah jagaannya, biasanya patient tak dapat bertahan lama. Ada seorang patientnya bertahan selama 7 bulan saja. Dan kondisi Ba pula dah berlarutan selama 4 bulan. Tambahan lagi, usia Ba dan komplikasi jantungnya. Namun, beliau menegaskan, doktor bukan Tuhan. Mohonlah pada Allah. Bertambah walang lagi rasa dalam hati.

- Bila melawat Ba di hospital, Ba dah tiada daya untuk bercakap. Hanya beberapa patah yang keluar. Itupun sangat perlahan dan lambat. Kita berpeluang suapkan Ba makan bubur. Tak habis, tapi dapatlah setengah portion.

- 27hb malam, kita dan hubby hampir tiba di Kuantan. Esoknya Isnin, hubby mula bekerja setelah sihat dari sengat sembilang. Dan macam biasa, Isnin pagi kita akan bergerak ke KL dari Kuantan. Tiba di jalan Gambang, Mami called. Ba dapat heart attack!!

- Kami dah kelam kabut, nak patah balik ke Melaka ke? 10 minit kemudian, Mami call kata tak perlu. Doktor2 dah stabilkan semula. Dah beri ubat bawah lidah. Nampak macam ok. Kalau tak ok, Mami call suruh balik. Buat masa ni, pergi kerja dulu kata Mami. Kami tidur2 ayam jer. Sentiasa memegang telefon sepanjang malam.

- 28hb pagi, kita baru sampai di R&R Temerloh dalam perjalanan ke KL. Mami telefon. Balik Melaka. Doktor Hanizam (doktor pakar) nak jumpa seluruh ahli keluarga petang tu. Ada sesuatu yang ingin di sampaikan.

- Hati dah berdetak2. Call hubby. Hubby yang baru masuk kerja satu jam, bergegas keluar semula. Hubby terus mohon cuti seminggu. Kita teruskan memandu ke KL. Adam ada di KL. Ada rombongan sekolah. Kita tinggalkan kereta di rumah KL, loncat masuk kereta hubby dan fetch Adam dari cikgunya di Menara KL. Terus kami berdesup ke hospital. Dalam hati tak putus2 berdoa. Tolonglah Ya Allah. Bukan kata2 putus semangat dari doktor.

- Appointment pukul 2.30 petang, tapi doktor datang pukul 5.30 petang. Ada emergency kes yang lain sebelum tu, katanya. Kata Doktor Hanizam :

1. Mereka dah berikan segala ubat. Hatta ubat yang terbaik sekali. Tapi, tidak mendapat respon dari UC Ba.
2. Perancangan seterusnya ialah memantau kesihatan Ba agar stabil dan jantungnya stabil. Kalau stabil, mereka akan pindahkan Ba ke Hospital Besar Seremban kerana katanya doktor pakar pembedahan usus hanya seorang dan beliau bertugas di Seremban.
3. Malangnya, jantung Ba dah tak kuat. Malam tadinya, Ba dapat heart attack sebanyak 2 kali. Sekali jam 11.00 malam dan satu lagi jam 4.00 pagi.
4. Buat masa ini, hanya pantau, dan beri morfin untuk kurangkan sakit Ba.

- Baiklah, ada harapan. Kena usaha lagi. Kami bersama dengan Ba sehingga malam. Mami dah tak tinggalkan Ba. Sentiasa bersama Ba. Firdaus pun tidur di hospital. Pagi2, Mami hantar Firdaus ke sekolah dan datang semula ke hospital waktu tengah hari.

- Esok paginya, kita dah tiba di Nilai dalam perjalanan ke pejabat, tapi hati kuat untuk patah semula. Macam ada lagi persoalan yang belum terjawab. Kena tanya detail lagi dengan doktor. So, kita patah semula ke Melaka.

- Hantar hubby balik rumah dulu sebab hubby baru lepas makan ubat saraf kesan sengatan sembilangnya dan perlukan rehat. Kita terus ke hospital. Tiba di hospital, dah pukul 11.00 pagi.

- Masa tiba, Mami tengah tukarkan pampers Ba. Tak lama kemudian, datang 2 orang doktor, housemen rasanya yang diarahkan oleh Doktor Hanizam untuk menukar tiub saluran kencing Ba. Tak tahan kami mendengar Ba mengerang dan menjerit kesakitan dari sebalik langsir. Hanya kita dan Mami di situ.

- Ba dah dipakaikan tiub oxygen yang paling mild iaitu yang masuk tiub halus ke hidung tu. Kita bantu Mami tukarkan pampers Ba. Sedih sangat bila Ba mengerang sakit. Dah tak larat keluarkan suara, so mengerang dengan volume itu memang melambangkan sakit sangat. Kenapa sakit? Perutnya memang sakit dan punggungnya dah melecur dengan teruk. Menitis air mata kita melihatnya. Kulit seperti tersiat. Daging merah menyala jer. Hospital dan kami sendiri dan cuba bermacam2 krim, namun tidak berhasil. Asid dari usus lebih berbisa.

- Pada jam 2.00 petang, Ba asyik mengerang kata perutnya sakit sangat. Kami terperanjat bila tiba2 perut Ba jadi membuncit sedangkan sebelum2 tu, perutnya sangat kempis hinggakan tulang rusuk tu timbul tinggi disebabkan Ba yang tak makan. Kelam kabut panggil doktor, tapi doktor ketuk2 dan tekan2 perut Ba katanya tak ada apa2. Tingkatkan dos morfin sahaja katanya.

- Kami tak puas hati. Nampak kelibat Doktor Hanizam, terus Mami tarik dia. Dia pun kelam kabut visit Ba. Tak lama kemudian, katil Ba dah dipenuhi dengan segala jenis doktor dan kami di minta tunggu di luar. Kita dan Mami dah dup dap dalam hati.

Semua doktor dah mengerumuni katil Ba

Doktor yang tinggi tu lah Doktor Hanizam.

- Tak lama kemudian, Doktor Hanizam keluar dan beritahu kami, katanya dia terpaksa hand over kes ni kepada surgeon. Surgeon akan explainkan yang lain2 nanti.

- Kami menunggu dalam 15 minit, tak lama kemudian Doktor Zoran datang. Beliau adalah salah seorang dalam team surgeon dan explain bahawa Ba terpaksa melalui High Risk Emergency Operation. High Risk kerana jantungnya sangat lemah.

- 10 minit kemudian, head surgeon iaitu Doktor Linda pula datang tergesa2 dan arahkan kami keluar. Beberapa orang doktor lagi dipanggil untuk bantu beliau. Perut Ba di tebuk di situ juga untuk mereka mengeluarkan cecair dari dalam perut Ba.

Ba selepas ditebuk. Sangat penat dan tidak berdaya.

 - Doktor Linda kemudiannya menjelaskan kepada kami :

1. UC terbahagi kepada 3 kategori. Kategori A.) Boleh di rawat dengan antibiotik dan pulih semula tanpa komplikasi. Kategori B.) Tidak responsive dengan segala ubat dan menghadapi komplikasi lain antaranya lemah jantung, paru2 dijangkiti kuman dan buah pinggang yang tidak stabil. Kategori C.) Tidak responsive dengan ubat, tetapi tiada komplikasi. Maka mereka akan dibedah untuk dikeluarkan usus yang ada ulcer.

2. Ba berada di dalam kategori B. Biasanya kalau nak buat operation pun, kena tunggu 6 bulan selepas heart attack supaya jantung stabil. Tetapi, keadaan Ba dah tak boleh tunggu. Bahaya. Ada cecair yang dah bertakung dalam perut. Operation adalah merbahaya kerana jantung Ba lemah. Ba boleh 'pergi' di atas meja pembedahan, selepas pembedahan, atau bila2 masa sahaja. Waktu paling kritikal adalah waktu operation dan 30 hari berikutnya.

3. Risiko lain selain maut ialah koma selepas pembedahan sehingga nafas terakhir, komplikasi paru2 dan buah pinggang atau lumpuh selama2nya kerana stroke.

- Doktor Linda meminta CD colonoscopy dari Hospital Pantai. Beliau minta hispatology report dari lab Hospital Pantai, tapi kita jelaskan bahawa colonoscopy dijalankan oleh Dr. Leong sendiri di klinik beliau sendiri. So, report solely from Dr. Leong. Ok, Dr. Linda pulangkan cd semula. Beliau hanya mahu report sahaja.

- Walau bagaimanapun, Ba terpaksa melalui proses itu. Pembedahan itu namanya colectomy.  Tak lama kemudian, Ba terus di tolak ke bilik ICU. Kami menurut sehingga ke ICU. Hubby dan abang serta kakak ipar kita tiba tak lama kemudian.

- Mami pesan, kalau nak cakap apa2, cakap sekarang. Takut risiko2 tu berlaku pada Ba.


Semasa dalam ICU malam tu. Hubby dan abangnya disamping, mendoakan dan kami semua bergilir2 memohon ampun dan maaf serta halalkan makan minum kami. Ba hanya mengangguk dan memandang kami tanpa suara.


- Malam itu, kita dan hubby bergegas ke PD untuk ambil Adam. Kami kemudiannya terus tinggal dan menunggu Ba di luar bilik ICU. Kita bentang jer tikar tepi koridor dan tidur bersama Adam di situ.

- Esok paginya 30hb, kami mandi, solat semua di hospital jer. Syukurlah dalam kereta sentiasa ada satu beg pakaian untuk waktu2 kecemasan. Sepanjang pagi, kami berada di samping Ba di dalam ICU. Sempatlah kami bersama2 membaca doa sebelum Ba ditolak keluar ke bilik pembedahan.

- Air mata sudah tiada harga untuk kami semua masa nie. Adam sendiri sehingga tersedu2 tak boleh berkata. Jam 12.30 tengah hari kami mengiringi Ba ke dewan bedah.

- Selepas Ba di tolak masuk ke dewan bedah, abang ipar kita bawa Mami balik rumah dulu untuk mandi dan berehat. Pembedahan memakan masa 7-8 jam. Tapi kita dan hubby dan Adam tunggu di situ. Syukurlah kita dah minta dari Mami semua dokumen kesihatan Ba.

- 3 jam selepas Ba di tolak masuk, pihak hospital call hp kita. Doktor minta semula cd2 colonoscopy dari Hospital Pantai dengan segera. Ba on the operation table, and they need the cd there and then. Allahu Akbar. Syukurlah kita dan hubby menunggu dengan setia. Kelam kabut kita berlari ke bilik bedah. Doktor dah menunggu di pintu bilik bedah dengan mask, dengan operation cover dengan glove....

- Jam 8.00 malam, baru Ba di tolak semula ke ICU. Ba masih tidak sedarkan diri. Doktor Linda datang jumpa kita dan terangkan :

1. Dah ada rupture. Usus Ba dah bocor. Oleh itu, semua cecair dan asid usus dah merebak ke organ lain dalam badan Ba.

2. Paru2 Ba dah dijangkiti kuman dengan teruk.

3. Usus Ba tak dapat diselamatkan. Terpaksa remove totally. They did proctocolectomy. Removal of entirely of the large bowel.

4. Dr Linda hanya tinggalkan beberapa inci usus di bahagian yang bersambung dengan rektum sahaja. Itupun usus itu dah reput. Sentuh jer dah berderai. Tapi, harapan mereka agar usus yang sedikit itu boleh sihat semula dan mungkin boleh dilakukan pembedahan untuk menyambung usus kecil terus ke rektum.

5. Ba memakai beg di perutnya melalui stoma sehingga bila2.


Kita jumpa satu infor dalam salah satu website kesihatan mengatakan :

Fulminant Colitis : Rare, life threatening form of colitis affects the entire colon and causes severe pain, profuse diarrhea and dehydration and shock. Serious complications includings :
a.) Colon rupture
b.) Toxic mega colon (colon to rapidly expand)


Dan Ba memang mempunyai semuaaaaa tanda2 itu.
1. Seluruh ususnya telah dibuka oleh surgeon dan memang seluruh dinding usus itu telah dipenuhi ulcer.
2. Sakit sangat sehingga dia tidak berdaya bergerak dan berkata2.
3. Cirit biritnya......
4. Dehydration sangat obvious
5. Shock sampai kena heart attack
6. Ususnya memang bocor
7. Ususnya juga expand dan sangat besar. Besar buluh lemang yang harga RM16 sebatang. Maknanya buluh saiz besar.

Ada lakaran dari Dr. Linda atas kertas conteng. Tapi dah banyak tangan yang memegang, kita tak jumpa lagi. Kalau ada rezeki untuk jumpa, kita akan tepekkan di sini.



Inilah Ba sebelum kita meninggalkan beliau pada hari Selasa lepas.

- Ba langsung tak sedarkan diri dan tidak memberi respond langsung selama 4 hari. Alhamdulillah. Bersyukur sangat bila Ba dah boleh bergerak dan membuka mata selepas 4 hari itu.

- Hari ke -4 itu, Ba minta kita dengan hubby angkatkan tangannya tinggi2 dan beliau berusaha menggerakkan jari2 dan kakinya. Alhamdulillah walau hati masih sedih. Bila angkat tangannya tinggi, daripada bawah kulit2 tangannya mengalir darah dan air. Kulit Ba dah pecah2. Sedihnya. Bila kita lap darah2 tu, rasa macam hati sendiri terhiris2.

- Esoknya, Ba tiba2 dah tak mampu bercakap dan tak mampu gerakkan apa2 anggota badan sekali pun. Paru2nya masih ada jangkitan yang serius. Kata doktor yang bertugas di ICU, Ba mungkin penat sampai hilang tenaga untuk bergerak dan bercakap. Oksigen level rendah, dan paru2 pun masih lemah.

- Nak atau tidak, kami terpaksa tinggalkan Ba pada hari Selasa kerana Rabu telah mula bekerja. Dah terlalu lama kami bercuti. Apakan daya, hidup harus diseimbangkan.


Keadaan masih seperti itu. Ba belum boleh bercakap dan bergerak kata Mami.

Semoga Ba akan terus kuat dan tabah. Namun sekiranya sebaliknya, kami redha. Berikanlah yang terbaik untuk Ba, Ya Allah.


.




.
Read More
Assalamualaikum.....


AMARAN : Entry ini sangat panjang berjela.


Setelah beberapa hari menulis sedikit demi sedikit, kita berjaya siapkan entry ini. Dah masuk kerja, dan beberapa waktu break ni kita nak cuba manfaatkan untuk berkongsi tentang penyakit yang di hidapi oleh Ba. Maaf sekiranya ada serba sedikit bahasa dan perkataan yang tidak di fahami. Kita cuba jelaskan sebaik mungkin mengikut bahasa biasa dan sedikit terma perubatan.

Untuk pengunjung baru blog ini, Ba ialah bapa mertua kita. Jangan pertikaikan kenapa kita bersusah payah untuk bapa mertua. Pada sesetengah orang, parents in law mungkin bukan keluarga mereka, malah ada yang anggap in laws adalah orang luar. Hakikatnya, dalam hukum sekali pun, in laws atau tidak, taraf mereka adalah tetap ibu dan bapa. Hak mereka untuk di kasihi dan tanggungjawab kita sebagai anak tetap termaktub.

Ba semasa mengunjungi rumah Uncle Ah Huat semasa Tahun Baru Cina yang lepas.
Februari 2013.



Kronologi


Jun 2013 :
- Ba demam dan mengalami cirit birit. Pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran dan dapatkan ubat biasa. Ba selesa ke klinik kesihatan kerana beliau memang ada rekod di situ kerana penyakit jantungnya. ( 2 blocks, stent placement through angioplasty in 2005 ).

- Selepas seminggu, cirit birit masih berlarutan dan demam masih ada. Pergi pula ke klinik swasta dan diberikan ubat cirit birit biasa.

- Mami berkeras mahu melihat najis Ba dan terkejut mendapati toilet bowl bertakung dengan darah yang merah menyala. Segera pujuk Ba ke hospital, namun beliau enggan.

- Selepas seminggu lagi, masih tiada perubahan, malah demam makin berlarutan. Semua ahli keluarga cuba memujuk Ba untuk segera ke hospital kerana beliau enggan sejak dari awalnya lagi. Setelah beberapa hari memujuk, Ba akhirnya setuju ke hospital. Itupun mungkin kerana dah tak tahan menanggung sakit.





Julai 2013 :
- Di masukkan ke wad di Hospital Besar Melaka. Rawatan adalah untuk demam dan cirit birit. Antibiotics, sodium dan saline. Tahap HB darah Ba pula adalah rendah. Sekitar 8 sahaja. (Normal adalah antara 10-13). Disebabkan cirit birit juga, Ba mengalami dehydration yang teruk. Beliau juga sering mengadu dadanya sakit. Treatment adalah masukkan air untuk dehydration dan masukkan 3 peket darah untuk menaikkan paras hb. Rupa2nya dada Ba sakit kerana HB nya rendah. Tidak cukup darah untuk di pamkan ke jantung.

- Setelah 5 hari di wad, pihak hospital menjalankan prosedur endoscopy. Tiada apa2 maklumat yang kami terima dari endoscopy tersebut.

- 2 hari kemudian, mereka menjalankan pula prosedur colonoscopy. Sehari kemudian, Ba di suruh pulang. Walau bagaimanapun, tiada apa2 perubahan yang berlaku langsung. Cirit biritnya masih berlarutan, dan darah di dalam najis semakin banyak yang keluar. Berat badan beliau semakin susut dengan mendadak.

- Semasa discharge dari wad, Ba berada di dalam keadaan yang sangat lemah. Selera makannya menyusut dengan mendadak. Tiada maklumat juga daripada colonoscopy yang dijalankan. (No hispatology shared with us.). Pihak hospital memberikan tarikh appointment untuk follow up 2 minggu kemudiannya dan kami hanya akan dijelaskan mengenai keputusan colonoscopy itu pada masa itu.

- 2 hari berada di rumah, dengan hanya dibekalkan dengan satu jenis antibiotik dan 2 jenis vitamin, Ba berada dalam keadaan yang sangat lemah. Kita dan hubby kebetulan baru saja tiba di Melaka jam 12.30 tengah malam dari Kuantan dan bergegas menjenguk Ba bila Mami call dan beritahu Ba sangat lemah. Hubby tak tunggu dan tak tanya Ba, terus putuskan untuk bawa Ba ke hospital semula. Kali ini, kami yang kecewa dengan Hospital Melaka kerana 'melepaskan' Ba pulang walau beliau masih sakit, nekad membawanya ke Hospital Pantai Ayer Keroh.

- Tiba di ER Pantai Hospital, waktu dah melewati jam 1.00 pagi. Ba serta merta dimasukkan air dalam ER tu dan dipakaikan pampers. Setelah doktor (MO) memeriksa najis Ba, beliau segera menghubungi consultant, Doctor C.K. Leong (Surgeon) dan Ba diarahkan untuk dimasukkan ke Recovery Room, bukannya wad biasa. Beliau perlu di pantau dengan teliti. Setiap patient dalam bilik itu akan dipantau oleh seorang nurse. Lebih kurang macam ICU, tapi tidak strict seperti ICU.

- Paginya, kami bertemu dengan Doktor Leong. Doktor Leong adalah doktor yang menjalankan pembedahan membuang hempedu Ba kerana ada stone pada tahun 2010. Beliau bertanya secara teliti dan apabila mendapati bahawa tiada maklumat tentang colonoscopy Ba dari Hospital Melaka, maka beliau terpaksa membuatnya sekali lagi. Buat masa itu, Ba di arahkan memakai pampers sentiasa untuk pemeriksaan lanjut mereka. Disebabkan hb darahnya masih rendah, maka lagi 2 beg darah di masukkan untuk Ba.

- 2 hari kemudiannya, kami dipanggil oleh Doktor Leong. Hasil dari colonoscopy tersebut, yang mana videonya kami tonton bersama-sama, doktor mengesahkan bahawa dia menjumpai banyak pseudo-polyps di dalam usus besar Ba. Polyps adalah biji2 yang tumbuh di dalam dinding dalam usus besar tersebut. Dan yang memilukan kami ialah apabila kami melihat sendiri darah mengalir dari setiap permukaan usus itu. Mengalir sentiasa. Sedihnya kami. Mesti Ba sangat sakit.

- Doktor C.K. Leong mengesahkan bahawa Ba mengalami Ulcerative Colitis (UC).

- Kami lega sedikit kerana ia bukannya kanser. Dan doktor kata ianya boleh dipulihkan dengan antibiotics. Alhamdulillah. Lega kami mendengarnya. Namun, rupa2nya, UC bukan setakat antibiotics sahaja.

- Ba di rawat selama 2 minggu di Pantai Hospital. Daripada di Recovery Room, Ba di pindahkan ke wad biasa selepas beberapa hari. Lega kami bila lihat Ba ceria dan nampak lebih kuat. Ba dah boleh makan, dah boleh berjalan2 dan nampak bersemangat semula. Kos perubatan yang sangat tinggi di situ, kami rasa berbaloi masa tu.


Tompok ulcer yang sedikit...Ada 2 tompok yang jelas

Ini ulcer yang serius. Ulcer Ba memenuhi segenap permukaan, berlapis2 dan mengalir darah dari dinding2 tersebut. 





Ogos 2013
- Kos keseluruhan selepas 2 minggu di Pantai Hospital adalah RM37,000. Ubat sahaja mencecah kos lebih kurang RM29,000. Memang ubat2nya sangat mahal kerana UC bukanlah penyakit yang biasa. Kebiasaanya, UC di hidapi oleh penduduk Barat dan sangat sedikit jumlah pesakit UC di Malaysia.

- Ba dibenarkan pulang beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Cirit biritnya masih belum berhenti, namum ianya berkurangan. Darah dalam najis masih ada, namun sudah jauh beza dengan yang dulu. Ia seperti sisa2 sahaja.

- Follow up di Hospital Melaka tak dapat Ba pergi kerana masih di Hospital Pantai. Tapi, Mami pergi dengan diberikan surat dari Doktor Leong. Keputusan hispatology Hospital Melaka adalah sama dengan diagnos Doktor Leong.



September 2013 :
- Setelah beberapa minggu di rumah, cirit birit Ba kembali teruk. Dan kali ini, Ba juga semakin kembali lemah seperti dulu. Tetapi, masih boleh berjalan, memandu dan sebagainya.

- Menghadiri follow up appointment di Hospital Melaka, Ba di tahan semula di wad. Kali ini, Ba di rawat oleh Dr Hanizam, doktor pakar abdomen. Segala prestasi Ba, ubat-ubatan dan segala rawatan di pantau dengan teliti. Of course lah ada houseman, ada doktor biasa dan sebagainya, tetapi, sedikit kesilapan dari mereka, kenalah tadah telinga menerima komen dari Dr Hanizam.

- Pihak hospital telah kehabisan ikhtiar untuk merawat Ba. Mereka telah jalankan segala2nya, segala antibiotics dan prednisolone telah di beri. Namun, tiada respon dengan UC Ba. Jalan terakhir ialah dengan memberikan sejenis ubat import yang sangat mahal. Ianya tidak ditanggung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Maaf, kita tak tahu apa nama ubat tu, tapi kosnya adalah RM7,500 untuk satu dos. Dan ubat tu harus diberikan untuk 8 peringkat. Satu dos untuk satu peringkat. Setiap dos harus diselang dengan 2 minggu period. Kos keseluruhan ialah RM60,000. Oleh kerana Ba ialah seorang bekas pegawai polis, kakitangan kerajaan, maka pihak hospital telah pun membantu kami memohon bantuan daripada JPA. Dalam tempoh seminggu, permohonan di luluskan.

- Ba menerima dos pertama beberapa hari kemudian dan disuruh pulang ke rumah untuk berehat dan juga untuk memberi masa agar UC Ba dapat memberi respon dengan ubat tersebut. Pihak hospital memberikan tarikh untuk Ba kembali dimasukkan ke wad untuk dos yang ke dua.

- Tapi, tak sempat tunggu tarikh itu, Ba kembali dimasukkan ke hospital. Ba sudah sangat lemah di rumah dan terpaksa di papah untuk ke bilik air atau ke dapur. Bedridden di rumah. Keadaannya memaksa kami untuk kembali ke hospital pada 27hb September 2013.



Ada perjalanan dan cerita yang panjang lagi selepas itu. Kita rasa eloklah kita sambung ke bahagian kedua nanti. Terlalu panjang dan terlalu banyak untuk pembaca semua nak digest apa yang kita tulis di sini. Tapi, bahagian kedua ini adalah bahagian yang paling kritikal. Nanti lah. Cuba fahami dulu initial dan second stage ni dulu yer....










.



Read More