Makan di Kuantan : Nasi Arab El-Idrus

8 comments
Assalamualaikum.....

Dah lama juga tak bersiaran tentang makan2 nie kan. Yang terbaru ni, hubby kongsikan tempat makan baru. Nasi Arab yang restorannya tak sampai setahun lagi di buka di Kuantan nie. Ianya terletak di Jalan Seri Kuantan 80. Kalau dari Jalan Beserah tu, memang tak nampak, kena masuk ikut lorong belakang lot kedai King's Confectionary tu.

Hubby datang sini bila di perkenalkan oleh kawannya, Affendi. Beliau nie memang suka nasi arab. Bila ada tempat baru yang best, dia ajak hubby. And lately dah jadi tempat rasmi department diorang pula. Bila ada auditor, bawa makan kat sini. So, satu malam tu, hubby bawa kita makan di sini.


Nasi mandi kambing. Ini set kita

Ini Affendi dengan nasi arab Maghlubah nya. Kambeng juga.


Malam tu, terasa macam nak cuba makan sebab di pengaruhi kempen kambing El-Idrus sedap dari hubby. Tapi, mungkin sebab penat sebab baru tiba di Kuantan masa tu, maka kita tak rasa enjoy. Kambingnya memang lembut, tak berbau dan wangi dengan bau rempah2, tapi pada pendapat kita, ianya agak kurang 'rasa'. Kita tetap memilih Nasi Arab Damsyik di Seremban yang pernah kita ceritakan beberapa kali dulu di SINI dan SINI.

Kita suka Mandhy sebab rasanya agak ringan sedikit berbanding Maghlubah. So, mandhynya berjaya memikat selera kita. Hidangan sampingan seperti kuah cili tomatonya juga memang sedap dan sesuai digandingkan bersama Mandhy tersebut.

So, ada sesiapa yang rasa nak ubah selera, bolehlah cuba di sini yer...






.

8 thoughts..

Qashmere berkata...

Wow sedapnyaaaaaaaaaaaa

aby berkata...

kt tempat aby ni pun ada jual Nasi Arab .. yg jual pun org arab juga .. kt kedai papan jer ..
harganya mahal2 juga .
yg murah set makan nya adalah rm15/
pernah juga makan disana tu

t.a.t.a berkata...

memang besar kan portion nasi arab ni semua. habis ke kak Affendi makan tu?

IndaMarya berkata...

dear Aziela...jgn selalu2 na..sekali sekala tk pa.

NzA berkata...

wah daging kambing tu yg xtahan....nyum.nyum..nyum....

makchaq berkata...

Makchaq suka jugak nasi arab...
makchaq suka kat saba' cyberjaya..

aizamia3 berkata...

kalau ai.. share dengan dak Kakak.. tak terhabis makan sorang.. ;)

Unknown berkata...

tak pernah try nasi arab.... sbb portion dia besar.... x larat nak makan nanti hehe :)