Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....

Ramai dah blogger yang buat entry kan. Kita jer yang lambat. Ala...macam biasa la...ambik feel dulu begitu.

Pada 25hb Disember yang lepas, Alhamdulillah... kita telah memenuhi undangan dari blogger masak2 tersohor yang dikenali sebagai Kak Ida dari blog 1001 resepi. Kalau anda klik link tu sekarang, mungkin dapat message permission denied. Harap2nya Kak Ida hanya berehat seketika dari dunia blog lah yer.... Tak meriah rasanya tanpa Kak Ida. Oh, anyway...majlis ini adalah majlis resepsi perkahwinan anak sulung Kak Ida iaitu Ika dengan jejaka idaman Malaya beliau iaitu blogger Ariff Shah yang juga tersohor dalam dunia blog dan juga dalam media. Sama cantik, sama bijak pandai dan sama tinggi budi pekertinya. Alhamdulillah. Sayangnya, kita tak ambil gambar pengantin. Segannnnn. Maklumlah...kita bukan siapa2.


Kita hanya pergi berdua dengan Adam. Malangnya, snap gambar Adam masa makan, gambarnya blur habis. Sayang betul. Masa kami tiba, pengantin sedang makan. Dah selesai acara kemuncak. Memang sengaja datang lewat sikit sebab mesti ramai orang masa acara kemuncak. Saya segan hokeyyy! And, bila makan, kita dengan Adam dok meja belakang2 sikit. Senangggg nak cari muka2 yang dikenali, tapi memang kita tak kenal sesiapa langsung pun, kecuali tuan rumah.

Eh..adaa. Kita kenal Kak Nannie. Blogger masak2 juga. Kak Nannie ni adik kepada Kak Ida. Bila kita tegur Kak Nannie, dia tanya kita nie siapa. Oh, saya hanya silent reader saja. Maaaakkk....malunya I...!

Tapi memang Kak Ida dan Kak Nannie dan seluruh ahli keluarganya tak sombong2. Semua mesra... Kita rasa selesa nak lepak lama2 kat situ.


Kak Ida yang riang dan bahagia.


Jom...jom...cerita pasal makan. Ha..memang, kita sukaaaa cerita pasal makan sebab kita enjoy makan. Tengok saizlah kan...oppps. Dewan di adakan di Dewan Merak Kayangan. Dewan Felda, so memang katerer guna Felda juga lah kan. D'Saji. Seperti yang semua sedia maklum.... memang sedapppp!

Menu nya simple, tak sarat. Kita suka. Ada nasi minyak, ayam masak korma, rendang tok, fillet ikan masak sweet sour, dalca sayur, acar rampai dan papadom. Kita dan Adam makan slowly...ambil our own sweet time dan menghayati setiap rasa yang ada.


Pinggan kita


Kita ambil semuaaa, kecuali ayam masak kurma. Kita memang kuranggg sikit masak kurma nie...tapi Adam memang sukaaaaa. Oh, semuanya sedap. Nasi minyaknya guna beras basmathi. Panjang2. Lembut, moist dan wangi. Tidak berminyak sangat walaupun namanya nasi minyak. Makan nasi sahaja pun rasa puas sangat.

Dalca sayurnya berlambak dengan sayur. Pekat dengan kacang dhal. Namun, tak la pekat sampai jadi pes. Just nice. Rasanya pun tak terlalu berempah dan juga tak terlalu mild. Memang seimbang semua rasa. Sayur2nya pun empuk, lembut tapi tak benyek. Maknanya tukang masak tu masukkan sayur2an ikut giliran dan timing yang perfect.

Kita suka acar rampainya. Krap krup bila di kunyah. Rasanya juga seimbang. Ada semua rasa manis yang tidak ketara, tangy tapi tidak masam and surprisingly rasa fresh sayuran tu outstanding walau dah dilebur dalam kuali.

Oh, fillet ikan sweet sour. Kami makan last sekali. Tak elok kan, setiap suapan ke mulut tu bercampur makanan darat dan laut. So, kita dengan Adam makan yang lain2 dulu. Hehehehe. Adam sibuk tanya : Ma, the fish... oishii? Eishh...sabar...mama tengah menikmati rendang tok nie. Bila akhirnya makan fillet ikan tu, terus makan dan makan dan makan. Alamak..dah habis. Nak ambil lagi, tapi segannn. Hehehehe. Sweet yes, sour yes...tapi semuanya mild. Yang menyerlah ialah rasa ikan tu. Ikan tu langsunggg tak rasa memuakkan. Kadang2 ada kan...bila kita makan fillet ikan yang di salut tepung nie, makan 2-3 strips jer dah rasa muak. Isi ikan tawar lah...tepung salut rasa kapur lah... kuah manis sangatlah...kuah masam sangat lah... kuah cair sangat lah...dan macam2 lagi. Tapi ini, ikan tu isinya masih intact lagi. Tepung salutnya pun nipis dan sedang elok agar isi ikan tidak hancur. Memang katerer tu cari fillet jenis yang ada harga sikitlah rasanya. Berbaloi bayarannya kot yer.

Saved the best for last. The rendang tok. Aduhaiii....star of the day. Sangattttt sedap. Kita jarang berkesempatan makan rendang tok nie, kecuali di buffet Ramadhan. Maklumlah, bukan senang nak menghasilkan rendang tok yang sedap. Kak Ida pula memang anak jati Perak, maka sudah pastilah piawaian untuk rendang tok nie sangat ketat kan. Dan hasilnya memang marveles. Dagingnya lembut, empuk dan penuh dengan rasa rempah. Lemak dengan kelapa dan rempah ratus zaman berzaman tu memang mesra dengan daging tu. Tak ada shortcut kalau nak buat rendang tok. Er.... pakai pressure cooker, short cutlah sikit kot. Tapi memang kita menghayati setiap ketul daging tu. Rasa macam ada dalam kenduri kawen di kampung2 pula. Kita makan slowly...kunyah sambil cuba detect rasa apa lagi yang ada. Memang sedap. Oh, yang ni Adam tak makan sebab dia memang tak makan daging.



Deretan buffet tray yang kemas.

Makanan sentiasa di top up oleh katerer. Sentiasa di pantau. Tak jumpa punya senduk yang berlengas dengan minyak. Senduk yang tenggelam dalam dalca pun tak ada. Sesetengah majlis kan, senduk2 sayur, dapat sudip pula kan...hehehehe. Kita nampak managernya sentiasa ke sana ke sini bagi memastikan kekemasan, kebersihan dan kecukupan... Eh, ada ekk. Maksudnya, dia pastikan lauk yang kurang atau dah nak habis cepat2 di tambah.


Sambil makan, kami dihidangkan dengan slide show gambar kedua2 mempelai. Kita pula yang tersengih sorang2 menontonnya. Sweet okay. Sangatttt sweet. Betul2 terasa macam putera raja mengahwini puteri jelita yang akhirnya happily ever after endingnya. Oh...Amiin.


Ha...jangan lupa desert.
Desert simple juga. Buah tembikai dan honey dew serta the humble cheese cake. Cheesecake tu asalnya 2 ketul. Kita makan separuh dan separuh lagi Adam makan...katanya nak rasa. Walhal yang lagi seketul tu memang untuk dia. Konon takut tak sedap, nanti makan tak habis. Sekali suap jer...bulat matanya memandang kita. Maa....Oishiii! Daripada tak nak bangun ambik desert, terus tegak jer dia menonong ambik piring dan scoop cheese cake tu. Ishh, Adam...Adam.

Oh, kita pula lebih teruja dengan bubur kacang tu. Inilah dia...best in the world. Aduhh...lemaknya, manisnya, semua sederhana tapi menjadikan sedapnya cemerlang melampau. Kita ambil tak sampai satu senduk pun. Nak rasa jer. Tapi memang sedappppp. Kalau tak istighfar banyak2, haruslah kita pergi cedok lagi agaknya.

Tengah2 makan desert, hati rasa tak puas. Takkan takder sorang blogger pun kan. Aishh....walaupun tak pernah berbincang tapi kita konfiden yang Serikandi Tanah Jauhar ni pasti dijemput. Cuma, beliau ada atau tak jer, ataupun dah balik? Bila message beliau, katanya dia on the way. Yesss! Ada kawan. Kita dengan Adam tunggu la juga... Nak jumpa beliau dan nak jumpa anak daranya iaitu Iman.




Yeay...seronoknya dapat jumpa Kak Sari. Dapat juma Iman depan2 dan dapatlah jumpa ER juga. Iman sangat sweet ok. Ala-ala gadis pingitan gitu. Senyum sentiasa, malu2, tapi lembutt sangat. Wah..jauhnya beza dengan Adam walaupun jarak umur mereka tak jauh berbeza. Ini pula kali kedua kita bertemu Kak Sari. Dapat borak2 sikit. Selalu bertukar2 komen di blog jer. Bukan senang nak jumpa tau. Kak Sari menetap di JB.. Jauh tu dengan KL. Hehehehehe. Meriah kita borak dengan beliau.

Lepas berbual sedikit, kita pun minta diri la nak balik. Nak gerak ke Kuantan terus sebenarnya masa tu.

Alhamdulillah, berbagai rintangan yang ada, tapi kita kuatkan hati, tetapkan pendirian nak juga pergi wedding nie. Tapi kalau tanpa izin Allah pun, kita akan redha lah. Syukur kita tiba juga.

Kepada pasangan bahagia,

Pinjam gambar daripada sahabat baik pengantin lelaki : Bro Framestone

Semoga berbahagia sehingga Jannah.

Amiin.

.




Read More
Assalamualaikum.....

Selamat hari Khamis semua....

Pertama sekali, kita nak mohon beribu kemaafan daripada pengunjung My Rainbow yang masuk sini tetapi disajikan dengan entry lama yang tidak bergerak2.

Terlalu banyak yang berlaku yang perlukan tumpuan kita 100% sama ada di rumah, di negeri2 penempatan kita, mahupun di pejabat. Maka update blog kita ini terpaksa di tangguhkan. Namun, kita tetap ada juga mengunjungi blog rakan2 lain untuk mengetahui perkembangan anda. Cuma, tak dapat nak peruntukkan masa untuk tinggalkan komen. Maaf sekali lagi.

Walau bagaimanapun, kita rasa sangat dihargai kerana masih ada yang sudi bertandang ke sini. Tak kiralah apa saja yang anda cari dari sini, kita alu2kannya. Terima kasih sekali lagi.

Hari ini adalah hari cabaran lagi untuk kita di pejabat. Jadi Human Resource syarikat ni, memang banyak cabarannya kan. Tambahan lagi, kita ni wanita, dan syarikat pula dimonopoli oleh lelaki. Sedikit sebanyak, aspek jantina masih mempengaruhi flow kerja kerana kita masih Malaysia yang sedang membangun. Masih banyak yang perlu dipelajari.

Tapi seronok. Apalah sangat kerja kalau tanpa cabaran. Kerja yang rutin akan membuatkan kita semua berada di takuk yang sama. Cabaran yang berlalu di lalui akan menarik kita ke satu tahap lagi.

Begitu juga dengan IMAN.

Kalau tiada dugaan, kita pun tak tahu di mana letaknya iman kita.

Allahu Alam.

Anyway, intro yang panjang lebar. Sebagai halwa mata kalian, kita saja nak letak perbezaan 2 jenis makanan biasa yang dibeli dan di masak.



Mee goreng yang di beli dari Pasar Ramadhan. Lama dah kan. Tapi, orang yang berniaga, apalah salahnya kalau sedekah sedikit fishball, atau fishcake kalaupun tak nak letak udang daging sekalian. Simple macam ni, kalau dia masak sendiri di rumah pun...hmmm..entahlah. Tapi Adam yang request. Kasihan dia dah nampak..belikan juga. Tapi dia pun tak berapa makan. Esoknya nenek terus masakkan mee goreng yang lebihhh sedap. Alhamdulillah.


Dalam masa yang sama, kita goreng keladi nie pula. Simple jer kan. Tapi, ini yang lebih direbutkan daripada mee di atas. Padahal, kosnya lebih murah, resipinya mudah dan goreng pun kosong. Tak ada sambal kicap pun untuk cicah. Mungkin, kerana kasih sayang yang digoreng sekali kot kan....



Read More
Assalamualaikum.....



P/S : Eqbal Zack nak beri duit raya RM100.00 di samping shopping baucer. Meh tengok SINI.


Read More
Assalamualaikum.....

Blogger foodie terkenal di samping foodie bloggers yang femes lenlain tu, tak lain tak bukan, Kak Ida dari blog Koleksi 1001 Resepi.

Jumaat minggu lepas, Kak Ida umumkan nak buat GA sempena bulan Ramadhan nie. Tak susah pun. Just buat entry dan tepek gambar berbuka puasa kita dengan masa weekend yang baru lepas nie.

Kita memang bersemangat nak join.

Tapiii.... Ba masih di hospital. Kami berbuka ala kadar dan ikut mana sempat jer di hospital. So, tak adalah nak bergambar bagai. Tengah2 susah hati orang sakit, takkan nak bergambar sakan kan. Confirm jadi menantu derhaka. Hahahahahha... takderlah. Ba dan Mommy sporting jer, tapi inappropriate kata orang.

Makanya, tak dapatlah kita join kemeriahan GA Kak Ida ni.

Untuk mereka yang join, selamat berjaya kita ucapkan. Sesiapa yang tak join, nanti visit fb Kak Ida, dan jenguk2lah kat situ yer. Kenapa?

Ha, kenalah baca dulu Kak Ida nak buat apa kat SINI.

Untuk Kak Ida... seribu kemaafan saya mohon sebab tak berdaya nak join.... apa2 pun, kami tetap sokong blog Koleksi 1001 Resepi.
Read More
Assalamualaikum.....


Remember about my entry HERE ? I won this key-chain, the Tears of Mermaid from Eqbal Zack. Thank you so much to the sponsor : Ixbarr Abdullah.

I was extremely excited when the result was published by EZ. I have never known about the existence of this jewel nor that I have ever touched it in my life. Thus, when the parcel arrived, I was jumping up and down, running here and there in the office with a very broad smile.



The Tears of Mermaid


I believed that not many people appreciate a piece of broken glass found laying on a beach. But when that piece of broken glass has gone through a series of life on the beach, it transformed into a kind of precious jewel. You will not ever expect that this jewel derived from a broken glass because of it's beauty.

I may not received the most rare species or the expensive type, but to have it in my hand makes me realize that even a broken glass could turn into a precious stone. So why can't we?



Thank you Eqbal Zack. 

Read More
Assalamualaikum.....



Beberapa minggu yang lepas (Giler lama kan...?), kita tiba2 menerima satu parcel yang tak dijangka. Pelik juga sebab tak ada join contest atau order buku. So, bila buka parcel, terkejut melihat nota ringkas dari Tirana Aduka. TA kata terima kasih kerana mengunjungi blog beliau.

Subhanallah...TA. Kenapalah susah2. TA nie memang betul2 ikhlaslah dalam berkawan. Ini, kawan di alam maya, tak pernah bersua muka dan taklah bergayut dan bertenet dengan TA selalu. Agak2nya, kalau kawan dia yang hakiki tu macam manalah agaknya kan.

Untuk anak dan sang isteri yang dicintai tu jangan cakaplah. Siapa yang jenguk blog TA mesti tahu betapa TA tanpa ego, dengan jujur dan ikhlas menyiarkan rasa cintanya.

Banyak sungguh kasih sayang yang TA sebarkan di sekeliling beliau. Semoga kasih sayang yang beliau terima berlipat kali ganda banyaknya.

Terima kasih yer kakang...

.
Read More
Assalamualaikum.....

Walaupun telah lewat petang, tapi masih belum terlambat untuk kita mengucapkan Happy Birthday kepada Miss Banu yang sangat friendly and sporting.

Semoga segalam impian Miss Banu menjadi kenyataan. Semoga kebahagiaan milik adik selamanya, okey!


All the best, darling....




Read More
Assalamualaikum.....

Ini adalah kesinambungan dengan acara yang INI yang mana kita hanyalah cuba2 gatal tangan. Tak sangka pula terpilih. Alhamdulillah....

Bila terima mesej dari EQ dalam kotak komen, kita cepat2 confirmkan di SINI.



Tak tahu apa itu Sea Glass? Dalam bahasa Melayunya, kaca laut lah kan.

Dia nie adalah serpihan kaca yang berwarna warni dijumpai di pantai. Tetapi setelah mengalami proses2 hakisan dan perubahan cuaca di laut dan pantai, kaca ini berubah menjadi satu bentuk batu yang unik. Terdapat golongan peminatnya yang tersendiri untuk batu hiasan ini. Contohnya adalah seperti berikut :


Taburan warna warni sea glas

Sea Glass yang dijadikan loket rantai

Di tepi laut.


Ini antara yang dijadikan keychain. 


Atau, boleh juga kalau nak baca lebih2 sikit di SINI.

Walaubagaimanapun, terima kasih kepada Eqbal Zack dan sponsornya Ixxbarr Abdullah.


.

Read More
Assalamualaikum.....

Kita teringin nak berkongsi tentang khabar dari beberapa rakan blog. Nak sharekan semua, macam tak terlistlah pula kan....

Pertama sekali, nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Kak NzA kerana sudi mengirimkan kita cenderamata daripada Vietnam. Terus kita jadikan penanda buku. Sayang betul kita dengan cenderamata tu. Terima kasih banyak2 kak.... Maaflah kak, lama dah saya terima, tapi baru ada kesempatan nak entrykan.



Yang keduanya pula, sifu kelas Bahasa Jawa kita semua dalam blog ni, telah selamat melakukan pembedahan untuk mengeluarkan skru dari dalam kakinya. Memang teringin sungguh nak pergi melawat. Macam baisa, banyak jer alasan kita kan. Tapi betul tau, semalam memang dah nak pergi, tapi ada tetamu pula yang datang rumah. Maka melepas lagi. Namun, syukur kerana beliau telah pulih dan akan keluar dari hospital hari ini. Semoga cepat sembuh yer, Tirana Aduka.


Yang terakhir ingin kita kongsikan ialah mengenai Abil Fikri yang sedang meletup2 namanya sekarang kan. Dalam entrynya yang INI beliau ada beritahu tentang segmennya dengan Sinar FM. Wah, jangan main2 tau....dijemput seiring dengan DDHj Fadzilah Kamsah tau. Hebat kan. Kita sempat juga dengar selama satu jam. Alhamdulillah beliau kembali bersemangat.

Beliau juga telah memutuskan untuk teruskan berblog. Syukur Alhamdulillah. Walaupun blog beliau adalah ditulis untuk arwah permaisuri tercinta, namun Abang Abil tetap menghargai persahabatan sesama blogger, walaupun sekadar di alam maya.

Dan keputusan Abil Fikri untuk menjadi penceramah motivasi adalah keputusan yang tepat. Kalau ada sesiapa yang hendak menjemput beliau untuk berkongsi dengan lebih dekat pengalaman, tips rumah tangga dan sebagainya dari beliau, sila hubungi beliau yer. Details ada dalam blog beliau.

Alhamdulillah...lega rasa hati kerana dapat menaip entry ini.







Read More
Assalamualaikum.....

Beberapa hari yang lepas, kita semua dah membaca perkhabaran ringkas Abil Fikri tentang perkembangan terbaru isterinya yang tersayang iaitu Kak Gee. Sesiapa yang belum baca, sila klik SINI.



Sejak membaca entry itu, entah kenapa hati ini tak tenang.

Seringkali teringat2 kepada mereka berdua.

Kita tak pernah lagi bertemu mereka. Belum berkesempatan menziarah. Tetapi, komunikasi melalui alam maya ini pun dah cukup mengeratkan persahabatan yang tidak pernah terzahir di mata kasar.

Tengahari tadi, sebelum Zohor, kita gagahkan juga untuk menghubungi En Abil Fikri dan bertanya khabar tentang Kak Gee.

Menurut En Abil, pada pandangan mata kasar manusia, selain daripada apa yang ditulis oleh beliau di dalam entrynya, isteri kesayangan beliau telah sampai ke peringkat final stage. Keadaan Kak Gee masih kurus, tinggal kulit dan tulang saja kata beliau. Kak Gee juga telah menjadi semakin pendiam. Hatta panggilannya kepada suami tersayang pun sangat susah terzahir.

Walaupun begitu, tiada tanda2 kronik seperti suhu badan yang meningkat atau tanda2 jangkitan.

Kak Gee menurut En Abil sangat tenang. Sangat calm.

Sebaik mendengarkan itu, entah kenapa hati kita rasa pilu. Air mata tanpa di undang terus bertamu. Belum putus lagi doa kita untuk mereka berdua.

Kak Gee, kuatkan semangat. Bangunlah Kak Gee. Sebarkanlah kekuatan cinta kalian ke seluruh pelusok dunia.

Mengikut kata En Abil, ahli keluarga mereka berdua pun dah berada bersama mereka. Sekadar persediaan. Tetapi, doa dan harapan tak kan putus, kan.

En Abil ada berkata bahawa talian internetnya ada sedikit masalah, jadi beliau tak dapat nak updatekan perkembangan terkini. Oleh itu, atas dasar persahabatan sesama insan, kita kongsikan dengan anda semua. Sebarkanlah..... Memang inipun tujuan blog kan.

Kawan sekerja kita tadi ada beritahu kisah rakannya yang mana disahkan akan pergi bila2 masa sahaja kerana organ tubuhnya mula berhenti berfungsi satu demi satu, hanya kerana demam denggi. Tetapi, berkat doa dan harapan yang tidak pernah putus, di saat para doktor mengesahkan beliau hanya menanti ajal, secara perlahan2 dan tiba2, setiap organ itu mula berfungsi kembali satu demi satu. Dan sekarang beliau bahagia dengan keluarganya meneruskan kehidupan.

Subhanallah....

Miracles do happen.

Marilah kita panjatkan doa bersama2.


.




Read More
Assalamualaikum.....

Dalam pada membaca semula entry blog My Rainbow nie, kita seronok, sedih dan gembira bila mengimbau kenangan lama. Ini hanyalah segelintir sahaja. Dan kata ganti kita pun masa tu masih agak kasar sedikit.



Kalau ada yang sudi, bolehlah intai2 yer...


1. Accident Hubby

2. Majlis Khatam dan Khatan Adam

3. Satu-satunya Jambangan Bunga

4. Gift Trip For Parents

5. Kereta Kena Pecah

6. Bangkok Trip

7. Adam dan Dua Puloh Sen

8. Pembedahan Adam

9. Birthday Adam Yang Grand

10. I Miss You, Kak Rubi.

11. Ancaman Bunuh Untuk Saya

12.  Situasi Slip Disc Hubby

13. Operation Slip Disc Hubby

Read More
Assalamualaikum.....

Sebenarnya kita ada receive komen dari Cik Anon yang komplen gaya bahasa kita yang sangat rojak dalam blog nie. Dan yes, kita delete terus.

Anon tu tak suka kita rojakkan Bahasa Melayu dan English dalam blog ni.

Bukan maksudnya kita tak boleh menerima teguran. Teguran itu kita terima dengan hati yang terbuka. Tapi bukanlah dengan cara baling batu sembunyi tangan tu. Tak nak tanya ke kenapa kita menulis dengan bahasa rojak?

Mungkin ada di kalangan anda pun sependapat dengan Anon nie. Kita mohon ampun dan maaf.

Blog ini adalah blog santai kita. Macam mana kita berkomunikasi dengan orang lain di sekeliling kita, cara itu jugalah kita pamerkan dalam blog ini sebab kita value follower kita seperti sahabat rapat kita sendiri.

Siapa yang tak boleh menulis dengan Bahasa Melayu standard kan? Semua bangsa Melayu dan rakyat Malaysia pun boleh. Tapi, back to the objective of blogging.

Kita berblog untuk berkongsi cerita, berkongsi pengalaman, tips dan apa saja dengan pembaca sekalian. Untuk mencapai objektif itu, kita rapatkan hati pembaca sekalian dengan blog ini dengan tidak berformal.

Kalaulah objektif kita untuk menaiktarafkan Bahasa Melayu, atau untuk mendidik English di kalangan pembaca semua, sudah tentu approach dan isi kandungan My Rainbow ini berlainan, bukan? Dan nama blog itu pun bukanlah My Rainbow.

So, sekali lagi kita mohon maaf kepada pembaca yang menyampah dengan bahasa rojak kita. Kalau benar bahasa kita menyakitkan matanya, kita tak ralat kalau dia pangkah blog ini daripada dikunjungi.

Sekurang-kurangnya kita bahagia dengan jalan menuju objektif blog ini. Hasil kita, luahan jiwa kita, perkongsian minda kita.

Terima kasih anda semua kerana walaupun menyampah dan benci dan kondem, anda masih sudi bersusah payah mengetuk keyboard untuk meninggalkan komen.



.
Read More
Assalamualaikum.....



Kita tak tahu macam mana nak eja nama dia dan tak tahu nama sebenar dia (tak ingat sebenarnya). Tapi, jumpa blog beliau dari blogger lain. Maybe dari Dr. Daddy Ziyyad.

And Dr. Zoul baru saja buat entry pasal makan sate untuk breakfast di Muar. Dalam hati dah rasa meronta-ronta nak explore tempat2 tu. Cuti CNY tahun nie, dah tentu2 busy. Dengan family PD ada trip di Melaka (mujur di Melaka), dengan nak raya lagi, dengan open houses raya lagi.

Cuba anda baca juga entry tu di SINI dan cuba bayangkan anda berada di Muar.


Aduhaii, bila nak pergi Muar nie.
Read More
Assalamualaikum.....

Lucu pula rasanya bila belajar Bahasa Jawa dengan Tirana Aduka, tiba2 dalam salah satu bab tu, ada diselitkan blog My Rainbow nie sekali.

Owh, kita ni, memang ada keturunan darah Jawa, tapiii dah moden kan. Generasi moden nie semua dah tak pandai cakap Jawa. Tambahan lagi bila atok sorang jer yang speaking, nenek ikut2 jer sebab nenek pun just half Jawa jer.

So, bila Tirana Aduka buka sesi kelas bahasa Jawa dalam blognya, kita terujalah sikit. Now, dah pandai sitik (sikit).

Tapi, dalam pada kita cuti dari blogging during weekends, ada juga entry Jawa Tirana Aduka nie selitkan sekali entry kita dalam blog nie. Cubalah jenguk kat SINI.... Tirana Aduka kata kita NGELEWET! Hahahahahah. Ngelewet tu apa? Ha, pergi jenguk lekas..


Read More
Assalamualaikum.....



Hari nie terima award nie from my lover. Dia selalu menjadi pendorong kita untuk menjadi food blogger, tapi wife dia nie ikut suka hati jer letak entry caca marba. Tetaplah, hubby suka kalau kita masukkan entry pasal food. Contohnya semalam ada buat kerepek, tapi tak sempat nak buat snap snap. Nak posingkan pun x sempat. Hubby sibuk suruh buat entry, tapi dah tak sempat kan. Next weeklah kalau ada masa untuk buat.

To hubby, Mohd Saiful Hezry... love you so much. Thank you darling...


Read More
Assalamualaikum.....

Dah lama sebenarnya persoalan nie berlegar2 dalam otak kita. Kita cubalah cari jawapannya, tapi x tau nak cari kat mana. So, x jumpa jawapan (dalam bahasa mudah, tunggu di 'sudu'kan jawapan).

Contohnya : Statistik dalam blogger dashboard, katalah ada 10 orang views semalam, tapi kenapa dalam Nuffnang pula, baru ada 3 orang views? Bukan unik view tau, views jer.

So, macam pelik. Yg mana satu betul nie ekk?


Read More
Assalamualaikum.....





Dah lama sangat tak join segmen. Tapi so far, kita tak pernah ketinggalan lagi segmen Nasz yang sangat caring dan peramah nie. Tak pernah berkira nak berkongsi pengetahuan dengan blogger2 lain hatta blogger baru sekali pun.

Cara2nya ada di SINI.

Cumanya, kita takder akaun fb. Lebih tetap dah ditutup kerana memudaratkan diri sendiri. So, macam mana? Layak tak akak, Nasz?




Read More
Assalamualaikum.....

Kita dapat background blog free....hehehehhehe

So, macam mana? Suka x?

Kita suka, sebab gambar langit. Natural gitew, sesuwaii nak letak My Rainbow kan.

Terima kasih tidak terhingga kepada Yuseri. Baikkk budaknya. Kita ingat nak tempah, tapi dah tergolong dalam yang terima free. Terima kasih yer dik......

Cumaa, header tu langsung tak matching ngan background baru nie. Masalahnya, header tu ada sentimental value. Best friend kita yang hadiahkan...and kita memang sayangg sangat header tu.

Tapi nampak sangat weird...

Tengok dululah macam mana keserasian dengan mix and match nie.
Read More
Assalamualaikum.....

Terharu sangat dengan ingatan ikhlas dari Mrs. Eady atau Pn Izwa. Terkejut kita bila beliau menulis entry tentang kisah hubby kita.

Terima kasih sekali lagi. Terima kasih juga kepada yang mendoakan hubby. Berkat doa kalian, hubby dah semakin sihat dan semakin ceria. Alhamdulillah. Terasa berbaloi dengan segala penat lelah kita menguruskan segala-galanya.

Tujuan utama kita berkongsi adalah untuk berkongsi tentang maklumat yang kita ada sedikit sebanyak. Itulah juga objektif blog ini bila kita mula menulis. Untuk berkongsi apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada sesiapa saja di luar sana.

Mungkin setiap kes dan keadaan berbeza. Tapi pengalaman kita mungkin dapat menambah sedikit sebanyak options yang anda ada.

Sebenarnya, kita semua pun sama. Bila berhadapan dengan masalah, selagi ada upaya kita akan menghadapinya.

So, anda semua berupaya memotivasikan diri anda sendiri dan secara tak langsung menjadi motivasi kepada orang dalam lingkungan hidup anda semua juga.

Semoga ukhuwah kita akan berkekalan.

Amiin.

Read More
Assalamualaikum.....


Kita terima book mark daripada Kak Zakiah iaitu blog owner 4fn 1mf - family. Kita suka baca cerita kat blog Kak Zakiah yang merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi. Sampai sakit2 beliau memberikan komitmen mencurah ilmu kepada anak2 muridnya. Dah tak ramai guru yang ada nilai positif macam nie. Kagum dengan akak.

Terima kasih kak... Saya sukaa sebab saya memang ada banyak buku..
Read More