Jumaat, 4 Mac 2011

Pukul Dia, Bakar Dia, Letupkan Dia dengan C4..!!!!

Yer...itu adalah perancangan oleh orang2 yg tertentu utk menghabiskan riwayat aku semalam. Maksud aku, perbincangan mereka itu semalam di dalam forum FB yang aku bukan membersnya. Kebetulan Allah nak bukakan mataku, maka dipampangkan padaku segala perbincangan kumpulan ini.

Apa puncanya? Hmm..about work. Biasalah jadi Admin n HR nie, semua org benci kan. Kami nie semua sekadar menjalankan tugas. Kalau tak buat, management hempet kami, bila buat staff pulak nak bunuh kami.

Apa perasaan aku? Sangat sedih, sangat hiba, sangat pilu dan sangat kecewa. Sangat terkejut dengan penglibatan mereka2 yang selama nie sangat baik dgn kami. Rupa2nya... Allah saja yang tau.

Tindakan? Rasa mcm nak hantar 24 hours resignation notis jer pagi tadi. Tp mengenangkan perjalanan masih jauh dengan komitmen yang tinggi maka aku cuba sabarkan hati. Insyaallah, aku akan tempuh ini semua. Allah Maha Mengetahui apa yang ada dlm hati kita, apa niat kita. Innamal A'malu Binniyaat.. Sesungguhnya segala amalan adalah dengan niat. Baik niat kita, Insyaallah baik yang kita dapat.

Aku curahkan perasaan pada mak aku sebab dia call kebetulan aku tgh nangis. (Cengeng kan.. ). Bapak aku pesan pegi buat polis repot. Adoii... buat kena gelak dgn org balai polis jer nie kang.  Leceh betul la...

Hari nie sangat mencelarukan.....

2 thoughts..:

Nora Shahaira berkata...

hai kak..nora dah follow.

biasalah hidup dalam dunia yang penuh manusia berbagai ragam..itu pun separuh dari dugaan kita..bersabarlah ye

Yusnida Tajudin berkata...

Sabar ye Aziela.. manusia ni kdg2 selalu mulut mendahului akal, mcm ni lah... moga perjalanan Aziela dipermudahkan..

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink