Majlis Doa Selamat Khatam dan Khatan

No Comments
Jeng..jeng....
Setelah hampir sebulan berlalu, baru hari nie aku rasa ada sedikit kelapangan untuk storimori pasal majlis nie. Gambar-gambar nie semua u all dah tengok dalam fb kan. Tapi aku tak kira, nak juga masukkan a few dalam posting nie. Bukan apa pun, sekadar memenuhkan blog jer and sebagai watak sampingan dalam cerita aku hari nie.

Ceritanya begini :
Adanya pada awal tahun 2010 arie tuh, aku dan husband telah berbincang untuk buat sedikit majlis aqiqah untuk hero yang sorang nie. Dia memang belum dikekahkan. Maklumlaa, masa awal kelahiran dia, kami nie baru nak mulakan hidup. Baru grad, dah kawen, tak lama tu, dah pegnen, pas tuh duduk pulak melangkau negeri. Memang agak kurang stabil. Now, walaupun masih melangkau negeri, tapi dah pandai la juga nak belen sana sini sikit. Ada kemampuan, cuba laa buat amalan sunat nie. Aqiqah untuk anak lelaki ialah 2 ekor kambing atau 2 bahagian dari seekor lembu. Maka itulah kami pun menyampaikan hasrat pada saudara dan mara untuk perancangan nie. Bila disampaikan pada mak bapak aku, iaitu atuk nenek yang membela dia, mak aku pula berangan. Kalaulah masa majlis tu nanti Adam dah khatam membaca Qur'an, alangkah bagusnya. Kebetulan, masa tu dia memang baru naik Qur'an. Baru juzuk 2 kot masa tu. Bila bincang2 semula, kami pun setuju laa untuk khatamkan sekali. Kalau dah khatam tu...biasanya akan disusuli pula dengan proses berkhatan.
Kami panggil Adam untuk berbincang. Dia terima tak cadangan untuk dikhatankan dalam usia muda nie (takler muda mana pun) sebab kami tak nak paksa... dia sendiri mesti rela untuk melalui proses itu. Setelah sesi soal jawab, pantang2 selepas berkhatan, apa reward yang akan diterima, bagaimana proses khatan, sesakit manakah dia akan rasa dan segalanya, maka dia pun bersetuju.
Jadi, kami berdoa agar segalanya dipermudahkan dan tingkatkan usaha untuk dia khatam. Especially time cuti sekolah, Adam mengaji satu hari sampai 4 kali dengan nenek dia sebab takut tak sempat khatam. Tapi aku sangat kagum dengan anak aku sendiri. Sebabnya?
1.) Dia membaca lebih lancar dari aku sewaktu aku sebaya dengan dia
2.) Walaupun kena selalu pujuk dan umpan, tapi dia tetap berdisiplin untuk patuh dengan jadual dan syllabus mengaji nenek dia. Tak ada nangis2 ke...lari dari rumah ker dan segala aksi dramatik yang lain.
3.) Setiap hukum tajwid yang aku tegur, dia pasti patuh. Cuma tak seberapa tepat la...mesti ada jugak tergelincir disana sini. Walau bagaimanapun, untuk kanak2 sebaya dia yang sekadar mengaji di rumah, bukan di sekolah pondok, aku kagum dengan pencapaian dia.
4.) Dia maklum yang dia akan membaca setengah juzuk dari juz 30 tu seorang diri di hadapan khalayak ramai yang pastinya akan menilai bacaan dia.
5.) Dia juga maklum dia akan dikhatankan selepas majlis tu nanti dan tidak sedikit pun gentar dengan ugutan, ramalan dan momokan daripada orang-orang sekeliling.

Alhamdulillah...Aku bersyukur Ya Allah di atas kurniaan ini.

Persediaan untuk majlis telah aku mulakan seawal 2 bulan sebelumnya. Tempah makanan di kedai yang berdekatan. Kami pun dah biasa dengan tokey kedai tu dan Alhamdulillah kualitinya ok. Cuma kari kambing saja yang dimasak oleh ibu mertua, atas permintaan bapa mertua aku sendiri. Dikalangan keluarga dan rakan-rakan yang pernah makan hasil masakan dia, memang amat sukakan kari kambing mak mertua aku tu. Kemudian dah kemaskan rumah, kemaskan halaman rumah, make sure pokok2 dalam keadaan rapi dan sebagainya.

Gambar 1

Keterangan Gambar 1 : Untuk majlis, mak aku pesan awal2, segala yang berkaitan mestilah dalam warna putih kerana ini Majlis Khatam. Bukan undang2 dari mana2 pun. Sekadar tradisi keluarga di kampung kami di Port Dickson. Warna putih, melambangkan kesucian dan kebersihan. Maka mencarilah baju melayu putih untuk putera yang sorang nie. Dah tempah juga pulut kukus putih untuk disertakan dengan bunga pahar dan sebagai penganan tetamu nanti. Pulut kuning pula sebagai kudapan didalam majlis nanti. Tengoklah, bunga pahar pun warna putih. Meja mengaji pun ala2 kaler putih juga. Alas pokok pahar pun, pinggan putih juga. Nasib baik laa mak aku tak kata karpet, langsir dan songkok kena warna putih. Kalau tidak, memang rabak banyak laa poket aku laki bini.
Masih lagi berkaitan gambar diatas, pakcik yang seramai 3 orang dalam gambar nie adalah sebahagian daripada AJK masjid yang telah dijemput. Yang pakai baju biru kopiah putih tu ialah Imam 1 Masjid Kariah Sg. Petai Alor Gajah. Alhamdulillah, ada rezeki Adam untuk diiktiraf khatam oleh Imam Kariah. Mula2 tu, kami risau juga. Yerla kan...musim2 cuti sekolah memang ramai yang buat majlis tahlil dan sebagainya. Takut jadual imam tu penuh. Tapi ngam2 kebetulan memang hari tu dia masih free lagi. Imam nie educated la aku rasa. Dia retired dari one MNC di KL. Bila bersara, tu yang lepak kat kg. Sebelum majlis, Adam kena datang 2 kali ke rumah dia. Kali pertama, dia nak test bacaan Adam. Dari situ aku tau yang dia tak akan sesuka hati khatamkan kalau belum layak lagi. Kali pertama tu...banyak la lagi yang terkucilnya tajwid Adam. Imam nie pula, jenis yang nak perfect bacaan. Adoiii...kesian anak aku. Baru darjah 2, macam mana laa nak perfectnya. Tapi dia gigih juga memperfectkan Adam. Adam masa tu kejap2 dah tarik nafas..kejap2 dah jeling aku minta tolong. Kesian. Tapi aku nengok dia x nangis lagi..aku pun buat derk jer la...heheheheh. Almost 2 hours Adam ngaji dan habiskan satu juzuk depan dia. Lepas dia betul2 puas hati, baru dia release we all balik. Kali ke-2, final rehearsal. This time imam tu seronok sbb almost perfect bacaan Adam. Dia kata even much more better from certain adults yang selalu ke masjid.
2 orang kanak2 yang duduk bersama Adam tu pula ialah sebagai pengiring. Macam ada pengapit la gitunya.
Semasa majlis berlangsung, bapak aku dah siap fotostat juzuk tu beberapa set untuk diedarkan kepada tetamu yang menyertai majlis tu. Ini sebagai panduan sekiranya ada mana2 kesalahan bacaan yang perlu ditegur dan dibetulkan. Tapi Alhamdulillah, sepanjang bacaan, Adam ditegur hanyalah beberapa kali sahaja. Itupun sebab kecuaian panjang harkat saja.



Gambar 2
Keterangan Gambar 2 : Selepas habis bacaan, doa khatam pun dibacakan oleh Imam. Usai doa, memang kami dah pesan, bangun dan salam semua tetamu yang ada sebagai tanda hormat. Dengan langkah yakin dan berani, Adam bersalam dengan seorang demi seorang. Tapi tibanya dia pada aku, memang tak dapat lagilah aku menahan rasa sayu dan syukur. Aku peluk dia sambil nangis2. Biasalah aku...muka tak malu sket...heheheh




Gambar 3
Keterangan Gambar 3 : Ini adalah di antara menu2nya.
Nasi minyak/Nasi putih
Kari kambing
Acar nenas dan timun
Dalca ikan masin kurau
Ayam masak merah
Pajeri nenas bombay
Air oren sejuk / teh 'o' panas

Jamuan sebenarnya dimulakan seawal pukul 12 tgh hari. Tapi bila jemput makan, masing2 semua nak tunggu selesai khatam dulu. Aku kata laa lewat, sebab tak pasti orang masjid akan tiba pukul berapa. Memang Imam tu dah pesan dia akan lewat sikit sbb nak buat tahlil rumah orang lain dulu. Lagipun, utk sarapan pagi pun memang aku dah prepare agak heavy juga. Menu breakfast untuk tetamu yang datang awal seperti saudara mara dan rakan2 :
Nasi impit + kuah kacang
Mee hoon goreng
Pulut kuning + sambal tumis ikan bilis
Rendang Ayam basah
Teh Tarik
Kuih talam ubi, apam 'aiskrim' dan beberapa jenis lagi.

Menu2 nie pun aku order juga...heheheh. Tujuan aku biarlah semua yang datang tu gembira dan beramah mesra mengeratkan silaturrahim. Kalau masak sendiri..nanti tetamu dan sedara mara datang nak bertungkus lumus memasak pula... nanti semua dah penat...mood hilang. Ini pun diorang tolong2 banyak juga... Bungkus2 'berkat' untuk tetamu, siapkan hidangan, bancuh air, siapkan ruang depan. Tapi tidaklaa berat mana pun. Sekadar memeriahkan suasana jer.





Gambar 4
Keterangan Gambar 4 :
Watak utama gambar ni adalah hero yang memakai baju kotak2 tu. Hero tu menyelia segala pembinaan di luar rumah.. heheheh. Macam nak bina bangunan apa jer kan. Tak der la. Dia supervise yang didepan. Tempat sampah, meja hidangan, khemah dan hiasan. Masa dalam gambar nie, sedang menyusun envelope. Ialah kan.. imam yang datang tu takkan la balik kosong jer. Ini sekadar tanda terima kasih di atas kesudian imam dan rakan2 masjidnya bagi menyempurnakan majlis.
Lagi satu peranan yang paling penting untuk hero nie. Jaga PA System. Ini lagi satu daa. Esok majlis, hari nie baru kelam kabut cari microphone stand. Mikrofon memang ada sebatang. Itupun saja2 beli kekalau nak guna nnt. Rupa2nya mak aku memang suruh guna. Mencari stand. PA sistem pula tak ada. Takkan pula nak beli PA sistem ribu riban semata2 untuk 2 jam punya guna kan. So, dia terpaksa control segala device yang sedia ada di rumah jer. Entah macam mana dia godek2... sambung sana cucuk sini..pintal situ. Jadi laa juga. Time kasih yer lalinggg....




Gambar 5
Keterangan Gambar 5 :
Ini adalah satu lagi team hero2 macho. Bapak aku, pak su dan cousin2. Dah rezeki Allah nak sejukkan majlis dengan cuaca redup dan hujan renyai2, maka kami pun cari alternatif pasang canvas sebagai pelindung basah untuk kerja2 membasuh pinggan. Tqvm pada tenaga2 muda yang membantu nie. Nnt datang Melaka, Kak Long belanjer korang gie massage yer... ngeeee....



Gambar 6
Keterangan Gambar 6 :
Tak ada apa2 pun. Ini sekadarlah gambar aku dengan putera aku nie. Ini sebelum Majlis, sebelum berarak. Gambar ber'arak' ada dalam fb yer. Tengok tu... ada air sebotol. Manalah tau, tengah2 baca nanti dia haus ke, apa ke. Tu yang siapkan air dalam botol. Kalau dalam cawan atau gelas, takut ada sesaper yang tak perasan, tertendang pulak. Abis tumpah. Dalam botol nie, tak ada laa air nie kuar melambak.

Anyway, tujuan aku mengadakan majlis nie, seperti di atas, asalnya untuk aqiqah sahaja. Manakan kita tahu, sekecil mana pun pergerakan zarah di bumi nie, semuanya di atas izin Allah. Majlis khatam nie juga dibuat bukanlah untuk kami sekeluarga menunjuk2 dan membangga diri. Ianya hanyalah sebagai meraikan satu kejayaan anak agar beliau terus yakin dan gembira untuk memburu kejayaan yang lain. Selain daripada tu, tak ramai dah yang buat majlis khatam begini. Sekadar untuk meneruskan tradisi agar tidak lenyap dalam arus kemodenan. Terselit juga dalam hati aku, majlis khatam Al-Qura'an nie adalah sebagai satu sumber inspirasi untuk masyarakat zaman sekarang untuk terus mengagungkan ayat2 Allah. Aku berharap keluarga2 lain dalam masyarakat sekarang tidak akan terleka daripada memberi pendidikan agama yang sempurna untuk anak2 mereka. Tiada perisai yang lebih jitu dan kukuh untuk menghalang anasir2 negatif melainkan kita memberi bekal yang cukup dan pendekatan yang berterusan. Ini, termasuklah dari kalangan keluarga, sahabat handai, mahupun masyarakat Islam seantero dunia. Semoga masa depan anak2 kita tak akan dicemari dengan budaya2 negatif dan semoga tidak ada anak2 yang terbiar dalam tong sampah dan longkang nanti. Amiin.
Apa2 pun... terima kasih kepada semua yang wish dan semua yang hadir. ( Macam laa ramai benor yang membaca... setakat sekerat dua jer..hehehhehe )
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 thoughts..