Rabu, 24 Februari 2010

Accident Hubby

Pada 10hb Feb, Rabu yang lepas, hubby telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Alhamdulillah...tiada kecederaan serius. Masa tu pagi...on the way dia nak pergi kerja, bertempat di Paya Rumput, Alor Gajah. Kat situ, memang ada satu lubang untuk U-turn. Hiway A.Gajah nie, kalau nak u-turn, kena cross 2 lane jalan raya nie cepat2 dan pusing di lebihan jalan raya semi-circle yang disediakan. Masa tu hubby tengah mengejar masa. About 90km per hour. And this kelisa merah, terus cross jalan untuk u-turn. Inilah hasilnya. Pemandunya perempuan Melayu berumur 27tahun. Dia tak cedera apa-apa. Cuma trauma sikit la. Tapi ada member dia datang, amik dia terus chow. Dia tak jumpa pun hubby untuk bincang apa-apa yang patut. Kereta dia tinggal tepi jalan jer...tapi tow truck dah angkut sekali dengan kereta hubby.
Disebabkan lepas perlanggaran tu hubby nyer kaki sakit dan tak boleh bergerak, maka polis pun call ambulan untuk bawa hubby ke hospital. Aku di KL masa tu. Masa dia call, MIL dengan FIL aku dah sampai kat dia....and dia kata tak yah kelam kabut balik. Dia ok. Kebetulan pula, memang aku tengah kritikal menyiapkan payroll. So, aku decide utk habiskan secepat yang boleh and balik Melaka terus untuk cuti sampai next weeknya. Alhamdulillah....kaki hubby tak patah. Kaki dia sakit sebab kaki kiri yang dalam kedudukan menegak masa drive (kereta auto kan pakai kaki kanan jer ) telah terhantuk panel aircond/radio di dashboard. Panel tu pecah la...
Esoknya, aku bawak dia ke workshop untuk submit documents for insurance claim. Jumpalah budak pompuan tu. Dia apologize gak. Dia kata dia cabut sebab dia takut hubby marah dia. Dia kata dia ingatkan sempat untuk cross....tau2 tak sempat pulak. Kereta dia...ini lah jadinya.




Dia memang bernasib baik laaa sebab tak cedera apa-apa pun.
Tapi hubby punya kaki bertambah sakit. That nite ingat nak bawak urut, tapi makcik tu tak berani urut. Dia suruh bawak pegi hospital sebab lebam kaki hubby lain macam. Esoknya...bawak ke Pantai Hospital...and doctor admit ward. Ada soft tissue injuries dengan salur darah dah luka and bocor. Tapi tak serius sangat. So, kaki tu kena bandage dengan ada ubat apa ntah. Pas tuh dia kena makan banyak sangat jenis ubat. Now, tengah rest kat rumah until next month.
Jadi kawan2....berhati-hatilah di jalan raya.

0 thoughts..:

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink