Hari Sedih.....

2 comments
Hari nie...bangun jer dari tidur, aku dah rasa mcm mendunggg jer cuaca dalam jiwa aku. Naik jer kereta, on radio....baru aku tau Din Beramboi telahpun pergi mengadap Ilahi. Aku sedekahkan juga sepotong dua apa-apa yang patut dengan juraian air mata. Padahal bukannya aku kenal dia personally pun. Cuma sebab selalu jer dengar lawak dia and watching him dalam tv...aku rasa sedih.

Masuk jer opis, on PC, buka e-mail...Innalillah..... Seorang staff company punya abang meninggal dunia awal pagi tadi. Maka aku pun menjalankan tugas aku dengan mengwar-warkan pada company. Pun dengan cuaca yang mendung dalam jiwa. Kemudian, aku and the gang terus naik kereta dan pergi ke Damansara untuk melawat jenazah dan petugas tu sebagai wakil syarikat dan juga sebagai sahabat. Keadaan sunyi dan tenang semasa pengkebumian tu. Mendung sungguh.


Beberapa minit yang lepas, aku melawat blog Darlene. Berita sedih, mak chaq telah menyahut seruan untuknya. AllahuAkbar.... Aku telah membesar dengan mendengar cerita mak chaq dalam hidup aku, melihat gambar mak chaq dan seolah-olah mengenali beliau secara peribadi. Tapi tak pernah jumpa pun. Tapi aku rasa sangat sedih. Al-Fatihah untuk Mak Chaq.


Perit sungguh. Hari nie terima 3 berita sedih sekaligus.

Yang sebenarnya, aku masih belum habis kesedihan sejak arwah atuk meninggalkan aku and family. Secara realitinya...aku masih belum boleh terima hakikat arwah atuk dah x der....
Sebab itulah setiap minggu on the way balik melaka dari port dickson, aku wajib lalu depan kubur atuk dan menyapa dalam hati. "Atuk apa khabar?". Aku harap, ketiga-tiga waris keluarga di atas bersabar lah dan terimalah dengan redha. Janganlah jadi macam aku sebab perasaan nie sangat menyiksa.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 thoughts..

Dalin berkata...

Mak chaq tu kan dah macam mak aku sendiri... tu yg ko pun banyak dengar cerita. Dia meninggal... sama perasaan macam mak aku sendiri meninggal. Rasa lost tak tentu arah....

Aziela berkata...

Yer...tu la yang aku rasa sebenarnya...tapi x tau nak describe mcm mana...