Memaparkan catatan dengan label segmen; Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label segmen; Blog. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....

Semalam kita terima hadiah yang dimenangi daripada blog Biar Jemari Berbicara milik Yusnida Tajudin seperti mana yang pernah kita ceritakan di SINI dulu.

Dan, sememangnya, kita terima novel terbaru daripada Eliza Ab.

Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih kepada 2 orang wanita tabah ini.


Parcel yang baru tiba

Dapat macam2. Shawl yang berwarna purple, Frame gambar khas, Novel Eliza Ab, Penanda buku dan Keychain yang sangat comel.

Frame gambar Biar Cinta Bertaburan. 


Ada sedikit ralat...sebab frame gambar nie, cerminnya dah berderai masa kita terima. Bukan salah Kak Yusnida, kita yakin. Pengalaman bekerja di pejabat pos dulu2 memang kita yakin cara mereka handle surat dan bungkusan macam mana. Tak apalah... nanti boleh cari cermin lain. Yang penting, frame nie sweet sangat.

Terima kasih sekali lagi.




Read More
Assalamualaikum.....



Ini adalah gambar keluarga kecil sahabat kita. Namanya Intan. Or, she prefers to use Intan in blogging world.

Dia baruuu sahaja membina sebuah blog. Senang cerita, beliau ialah seorang blogger baru. Dia teruja sebab kita dan blogger Pn Rahmah sering bercerita tentang blogging world yang penuh warna warni.

Jadi, dengan rasa rendah diri, kita jemput kawan2 semua untuk mengunjungi beliau di blognya di SINI. Sebagai entry pembukaan, beliau bercerita tentang Aidul Adha yang baru berlalu. Mohon sokongan untuk mengembangkan bakat baru ini (blog pun ada bakat eh..?).


Read More
Assalamualaikum.....


Sekali lagi blogger Hasrul Hassan memberikan peluang untuk bloggers berkenalan dan menumpang traffic dari segmen beliau.

Secara jujurnya, blog My Rainbow ini juga telah banyak mendapat manfaat dari beliau.

Selain segmen beliau, isi kandungan entry beliau sering memberi manfaat. Cuma kadang2 kita rasa ianya singkat dan terlalu am. Mungkin HH mahu membuka platform untuk kita semua menjadi pemikir dan melontarkan idea2 kita semua agar perspektif topik menjadi lebih luas....

Oh, blog beliau telah bertahun2 melekat di dalam bloglist My Rainbow.

Kalau nak join, sila ke blog beliau.

Read More
Assalamualaikum.....

Lulu Caldina yang cantik manis tu buat GA. Dah lama betul Lulu low profile. Kita hormati pendirian Lulu. Take your time, dear...

So, kita join GA ni at least untuk menambah kenalan. Nak menang tu memang tak ada lah. Jangankan kata harapan tipis, tiada harapan langsung lagi adalah... Hahahhahaha. Maklumlah...dah tua2 nie, pakailah kamera canggih mcm mana pun, memang x kan jadi cantik juga. Dah model pun ala2 jer kan.

Tapi nak cukupkan syarat, kita letak juga lah sekeping gambar...


Disebabkan Lulu suka kaler Biru ( Go Chelsea..!), kita letak gambar yanga da elemen kaler biru. X-Factor juga nie kan...?

Nak join...?

Pergi SINI yer...
Read More
Assalamualaikum.....


Kita di tag oleh sahabat baik kita tentang GA nie. Terima kasih sebab sudi ingat kat kita, hehehehehe.

Ok, sesiapa yang nak join, tak perlu tunggu kita tag, join jer kat kat SINI.

Kita gatal2 nak tag :

1. Mira Adzlia

2. Mrs Eady
Read More
Assalamualaikum.....

Saja nak join bila tengok jiran sepagar kita join. Macam best pula...

GA by adik Cik Bintang nie hadiahnya adalah sesuatu yg sedaaappp. Apa itu? Sila lawat blog beliau untuk tahu yer...

Kena buat entry tentang Makanan Yang Saya Suka Makan Bila Berbuka.

Err, sebenarnya kita tak ada makanan yang khas kita suka bila berbuka puasa. Ikut mood lah biasanya. Tapi sejak umur dah meningkat nie, lebih suka cari nasi dengan lauk yang simple. Tak lah sampai nak 6-7 jenis lauk. Kadang-kadang 2-3 jenis lauk pun dah cukup untuk kita. Kuih, bubur, manisan dan lain2 tu pun tak berapa menarik minat KECUALI......

POPIA BASAH

Yer... kita memang sukaaa popia basah. Especially yang pedasss dan penuh isinya tu. Tapi nak jumpa popia basah yg sedap, memang susah...


Owh, panjang pula entry. Jom lah friends, join GA nie. Maybe untuk kita semua kongsi cerita tentang menu kegemaran anda. Sambil2 tu, boleh support GA nie kan...
Read More
Assalamualaikum.....



Ha, tahun lepas Atok bagi kad raya. Kita agak bertuah sebab terpilih untuk terima, tapi malangnya tak sampai2. Address semua Atok hantar memang dah tepat. Awal plak tu Atok hantar. Tapi bila tetap tak terima, kita anggap posmen tu berkenan agaknya. Takperlah adik/abang posmen, saya halalkan...

So, tahun nie nak join lagi. Apa?? Tak kenal? Laaa haiii... Waghih den ni ha.. Kolo cakap loghat nisimblan tu, bukan main pokek laie.. Hahahha..yang pastinya, setiap entry beliau memang menarik. Kalau x menangis kerana pilu, pasti anda menangis kerana gelak banyak sangat...

Nak join gak..?

Bolehhh.. bulan puasa nie, nafsu tamak tu kita kena buang yer...

Klik SINI kalau nak join...



Kita tetap kena tag orang juga. Pn Bable, saya tag awak yer...


Oh yer...pesanan untuk Atok :

Sorilah tok, cucu takdo fesbuk.
Read More
Assalamualaikum.....

Sedar atau tidak, komuniti blogger semakin mula mendapat tempat di persada media negara. Disebabkan blogging adalah menggunakan platform internet yang mana ianya berkaitan dengan elektronik, maka ber blog di kira sebagai electronic media. Jadi, sedarlah wahai rakan2 sekalian bahawa kita semua adalah 'wartawan' dalam dunia penyiaran elektronik.

Kita dah lama sedar tentang hakikat ini.

Kesedaran semakin menyerlah bila kita terpilih sebagai blogger bertuah dalam majlis GA 1001 Resepi baru-baru ini.

Layanan MyChef dan selebriti-selebriti chef kepada kami sangat mengejutkan. Iyerlah kan, rata2nya blogger biasa yang tak pernah fikir bahawa kami akan berdiri dan bertukar senyuman dengan orang-orang ternama seperti Kak Ida sendiri. Tapi bila kami di layan dengan sebegitu sekali, begitu jelaslah bahawa blogger memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat kepada mata umum. Antara buktinya ialah kesudian pihak MyChef dan Baba's yang sudi menaja bersama GA pada malam itu kerana Kak Ida telah menggunakan Power of Blogging nya dalam memperkenalkan produk penaja-penaja ini dan ternyata ianya berhasil.

Maka peluang ini haruslah direbut oleh peniaga2 di luar sana untuk memasarkan perniagaan mereka. Tak begitu...?

Cerita 2 in 1 ini adalah untuk kita menceritakan sekali tentang blogger2 power (ecehh) yang bertuah di pilih oleh blogger terkenal iaitu Kak Ida.

Sebenarnya event pada hari itu bermula pada pukul 6 petang. Tapi dependslah, ada terlewat sikit. Tapi semua blogger terpilih selamat tiba sebelum pukul 7 malam. Alhamdulillah.

Pada mulanya kami ditempatkan di dalam sebuah bilik berdinding merah ini. Bilik ini privacy sikit situasinya. Ada 3 meja sahaja yang ditempatkan khas untuk function kami. Mula2 kita sampai, teragak2 juga nak masuk bilik nie. Adalah 3-4 kali tanya kaunter di Restoran Rebung tu. Akhirnya, dengan lafaz Bismillah, kita tolak juga lah pintu tu. Dalam hati sangat berdebar2 sebab tak pasti macam mana penerimaan blogger2 yang ada. Dahlah kita yang paling x femes sekali dalam dunia blogging nie. Ada ker orang yg sudi nak berbual dengan kita agaknya.



 Dari kiri, Suzlin, kakak Cheetah dan Cheetah. 3 orang gadis genit yang cantik dan comel.

 Masih menunggu blogger yang lain...


 Tunggu lagi dan warm-up dulu.


 Jengg...Kak Ida dah sampai masa nie. Kami semua dijemput untuk duduk rapat2 dalam satu meja untuk ice-breaking session.

Anyway, sementara menunggu Kak Ida, kami sempatlah beramah mesra dan warm-up conversation. Al maklumlah, semuanya wanita, maka mudahlah sikit pencernaan komunikasi berlaku. Mulalah tanya itu ini dan sedikit sebanyak. At times bila tak ada idea, semuanya diam dan keadaan jadi senyap sunyi. Ok..masih ada air batu yang belum pecah.

 Owh, ini adalah Salmi. Kita duduk sebelah dia dan dia orang pertama yang berbual dengan kita. Hati yang macam nak luruh sebelum masuk ke sini tadi, kembali berjalan lancar bila Salmi berbual-bula dengan kita. Tq darling...


 Yess...akhirnya orang yang kami tunggu2 selama ini berdiri, duduk, bersalam, bertegur sapa, dan berpeluk dengan kami. Subhanallah... Betapa besarnya rahmat Allah kita rasakan bila akhirnya dapat menyentuh Kak Ida di alam realiti. Tak sangka sangat orang yang kita sapa di alam maya akan muncul secara live. Ingatkan rakan2 blogging ni hanya akan melayang di angin lalu saja.


 Owh...tidak ketinggalan 2 orang dara pingitan nie. Kiri ialah Nurul d' Siezuka dan kiri ialah Suzlin, seorang penuntut dalam bidang perubatan. Bidang apa secara khususnya? Sila tanya dia sendiri dalam blog beliau. Klik saja nama mereka2 nie kalau nak berkenalan. Apa? Siezuka? Ahha...nak meminang ke, nak merisik ke, silalah tanya yang empunya badan sendiri yer.

Owhh, kami juga dikejutkan dengan kedatangan 2 orang blogger lelaki yang femes iaitu Bro Framestone dan juga Ariffshah. Bro Framestone telah kita kenalai sejak kita melangkah masuk dunia blogging. Walaupun seorang yang femes, tapi beliau tidak sombong untuk reply setiap komen di blog nya. Ariff Shah pula adalah seorang anak muda yang baru saja pulang dari Russia setelah menamatkan pengajiannya. Sedang meningkat naik dengan pantas dalam dunia blogging dan juga telah di wawancara oleh beberapa pihak media cetak untuk dipaparkan dalam majalah/akhbar mereka.

Kita teruskan yer.....

So, masa Kak Ida tiba, kami semuanya terkedu. Tak tahu nak bereaksi macam mana. Macam2 yang ada dalam fikiran masing2. Pada kita, konon nak tunggu orang lain yg mula kan dulu. Tapi macam agak perlahan sikit, so bila ada yang mula bertanya, kita pun terus masuk line. Bila semua dah warm-up, baru kami semua rasa sangat meriah. Kak Ida di tanya berbagai-bagai soalan. Dan Kak Ida tak pernah tak menjawab soalan-soalan kami.

Owh, Kak Ida, maafkan saya sekiranya ada antara soalan dan tutur kata saya tidak sopan dan menyinggung Kak Ida atau mana-mana rakan blogger pada malam tersebut. Untuk pengetahuan, ada antara soalan saya itu adalah daripada rakan-rakan lain di dunia realiti saya yang saya cuba dapatkan jawapannya. Sesungguhnya peminat Kak Ida bukannlah dari kalangan blogger saja. Percayalah. Hanya 20% sahaja peminat Kak Ida dalam office saya tu adalah blogger. Selainnya bukan.

Walau bagaimana pun, kami kemudiannya di jemput untuk pindah ke meja yang terletak di open space restoran. Memang lebih selesa dan barulah terasa seperti function sebenar kerana kawasannya lebih lapang dan masih lagi privacy.

Majlis kemudiannya dimulakan selepas waktu Maghrib secara santai. Sambil makan-makan, sambil ucapan, sambil cabutan, sambil tayangan video khas mengenai Kak Ida yang disediakan oleh anak-anak Kak Ida yang cantik2 dan kacak2 semuanya tu. Terasa rileksnya, terasa gembira dan secara perlahan-lahan, air batu mencair dan mengalir laju ke seluruh pelusuk tetamu. Err, faham tak metafora kita? Buat2 faham jerlah yer...




Bro Framestone yang tak sombong langsung dan mempunyai skill Public Relations yang kelllass..

Mana satu Ariff Shah? Of course seorang jer kumbang yang ada kat situ...


Yer...Inilah Sari Yusa.

 Ada entry menarik yang akan kita kongsikan dengan anda semua dari blog Saru Yusa. Entry yang sangat menginsafkan. Insyaallah. Sari datang dengan adiknya dan mereka berdua sangat friendly dan cool. Seronok berbual dengan mereka.


Bersama Kak Ida yang tersayang. The powerful blogger.

Alhamdulillah, semua blogger2 memang super sporting dan super happening. Cumanya, kita x sempat nak berbual dan bermesra dengan blogger2 yang duduk di meja lain dari meja kita. Setiap meja di 'huni' oleh 8 orang saja. Ini termasuklah blogger jemputan dan pasangan masing2. Ada yang bawa kawan, relative, spouse dan anak (kita lah tu..). Hubby kita segan nak join, so dia duduk sorang2 di table section lain. Kejap2 kita duduk dengan dia, kejap2 Adam lepak dengan papa dia.. All rounder kami nie kan...?

Cheetah, Nurul, Suzlin, dan Cik Puan Susu Manis.... Minta maaf sebab tak sempat nak borak2 panjang2. Teringin sangat nak tanya itu ini, tapi apakan daya, masa itu amat cepat berlalu.

Sari Yusa, Salmi, dan Cikgu Nur...u all memang superb lah. Meja kita tak pernah sunyi kan....

Zurina, Ibu Yusof dan Dr. Syuhada...owh, terlalu banyak yang perlu kita bicarakan sekiranya berpeluang berjumpa lagi kan....


Rasa macam nak tambah lagi, tapi nanti jadi panjang berjela pula... For now, kita undur diri sekejap yer..



Read More
Assalamualaikum.....



Blog 1001 Resepi milik Kak Ida memang sangat terkenal. Daripada mereka2 yang terror memasak, sampailah kepada yang tak pernah kenal beras dan periuk. Entry2nya bukan saja menarik dengan gambar2 yang jelas dan tersendiri, tapi juga semua orang terhibur dengan celoteh Kak Ida dalam setiap entry beliau.

Bukan itu saja, setiap kali anda komen di blog beliau, PASTI beliau akan balas. Walaupun followers dah mencecah 5000, tapi Kak Ida bukan orang yang sombong sama sekali.

Of course ada banyak tips memasak yang mudah dari beliau. Kita sendiri tak terfikir nak masak sesuatu makanan yang grand tu adalah sebegini mudah...


Ada lagi....

Kak Ida selaluu sangat cerita tentang pengalaman beliau melancong ke destinasi2 dalam dan luar negara. Ada banyak tips pelancongan dari beliau tau...


Tak percaya? Ha, jenguklah sendiri kalau tak percaya.

Oh yer...Kak Ida buat GA yang super duper best hadiah2nya...

Segala2nya di......



Entry ini akan melekat di sini selama 2 minggu....

Jom ramai2 redah blog Kak Ida setiap hari sebab pasti akan ada yang menarik menanti anda setiap hari... 
Read More
Assalamualaikum.....



Sebelum kita mulakan bicara, kita ucapkan Selamat Hari Jumaat kepada semua.  

Kita nak cerita sikit tentang blog 1001 Resepi yang mana ownernya ialah Kak Ida yang baik hati tu. Entry kita nie adalah rentetan daripada sticky post di blog kita My Rainbow nie yang masih lagi melekat kuat.

Umum maklum bahawa sticky post tersebut adalah untuk kita join GA daripada 1001 Resepi. Sebenarnya, hadiah2 yang menarik tu akan diberikan kepada pemenang yang tersenarai sebagai top referral untuk blog 1001 Resepi. Seharusnya blog My Rainbow nie tak mungkin tersenarai. Maklumlah, follower pun ciput, promotion pun x hebat. Channel yang kita guna semata2lah blog ini sahaja, berbanding dengan peserta lain yang mempromosikan blog 1001 Resepi melalui berbagai2 channel seperti contohnya laman sosial. Dan kita pula tak ada akaun untuk apa2 juga laman sosial atas sebab2 tertentu.


So, dah tau takkan menang, kenapa join juga?



First of all, tujuan utama kita berblogging adalah untuk berkongsi maklumat, pendapat, kesedihan, kegembiraan, peringatan dan sebagainya dengan public di luar. Pokoknya, apa saja yang boleh dikongsi.

Jadi, blog 1001 Resepi nie adalah antara maklumat yang berbaloi untuk kita kongsikan dengan semua kerana bloggernya juga adalah seseorang yang tidak lokek berkongsi.


Yer, semata-mata itulah tujuannya kita join GA nie.


In fact, kalau x ada GA nie pun, kita tetap berkongsi tentang blog 1001 Resepi nie. So, langsung tidak pernah berharap untuk menang apa-apa sekali pun sebab kita bukannya promosikan 1001 Resepi untuk menang GA. Yang penting, hadiah hakiki yang kita terima adalah bila ada 5-6 orang pembaca yang sudi berjanji untuk terjah blog 1001 Resepi selepas membaca entry GA sticky post kita tu. Kegembiraan kerana ada juga pembaca yang sudi berkongsi minat dengan kita dalam dunia blog. Itu sudah cukup memadai.

Namun, hari ini blog ownernya iaitu Kak Ida telah membuat sedikit kelonggaran untuk memenangi GA tersebut. Boleh baca di SINI.

Kata Kak Ida, beliau akan menjemput top 10 blogger terpilih berdasarkan top referral dan beberapa kriteria lain yang beliau tidak umumkan ke sebuah restoran pada hujung minggu hadapan. Di situ nanti barulah akan diadakan cabutan untuk memilih pemenang. Grand sungguh kan..? Macam ala-ala malam anugerah, gitew.

Tang mana PEMURAHNYA...? Ya Allah, dah tentulah sebab kelonggaran syarat yang diberi. Dahlah hadiah sangat2 menarik, dapat sponsor dari syarikat2 gergasi, pulak tu dihadiri dengan chef2 terkemuka dan dinner free juga di taja. Semata2 untuk GA, segala-galanya di sediakan. Ha, tak pemurah lagi ke macam nie.?

Yang menariknya, sponsor utama GA tersebut iaitu Baba's dan MyChef akan memberikan door gift yang menarik di samping menurunkan celebrity2 chef terkemuka negara iaitu Chef Ismail, Chef Florence, Chef Zam dan Chef Hanieliza. Chef Izzani dari Master Chef jer yang belum confirm hadir atau tidak. Wah, untuk event GA dalam blog siap ada event macam nie. Memang grand kan...?



Tapi, memang tidak disangka2, kita dapat invitation dari Kak Ida.

SUBHANALLAH... Syukur Alhamdulillah. Rezeki di pagi Jumaat. Again, bukannya mengejar hadiah, tapi yang kita kejarkan ialah bertemu muka secara nyata dengan owner blog 1001 Resepi yang pemurah dan penuh dengan karismanya tersendiri. Memang teringin nak jumpa beliau dengan harapan dapatlah kita sedikit tempias aura beliau dalam self-motivation yang tinggi. Tengok daripada GA ni pun dah cukup. Kak Ida dah mulakannya sejak berbulan-bulan yang lalu. Perancangannya, perlaksanaannya, penambah perisanya dan berbagai-bagai lagi.

Insyaallah, kita akan menghadirkan diri. Kita pasti akan kongsikan di sini kelak...

Sekali lagi, terima kasih 1001 Resipi.
Read More
Assalamualaikum.....

Saya di tag oleh jiran sepagar kita di SINI. Menariklah hadiah dia. Sangat praktikal dan kita memang suka benda2 yang praktikal nie...


Ok..dah letak banner.

Cara2nya :

Cara untuk join:
1. Follow blog Brooch Wholesaler
2. Buat entry Sayakah Follower Bertuah itu?
3. Copy gambar yang first
4. Tag 3 rakan anda
5. Tinggalkan link korang pada ruangan komen supaya senang dijejak


Senang jer kan..

Disuruh tag 3 rakan, tapi kita tak nak tag sesaper sebab hadiah nie sangat menarik. So, kita nak tag sesiapa saja yang baca entry nie. Ha...jangan tak buat, sebab dah baca entry nie ekk... Amanah nie...

Jom join...
Read More
Assalamualaikum.....



Hah...dah beberapa bulan dah kita join segmen nie. Dan untuk Julai nie, haruslah join lagi kan. This time kena jawab soalan pula. Soalannya :

"Mengapa saya suka terjah dan baca blog Nasz?".
Sebab entrynya pelbagai. Paling penting, bahasa yang mudah di fahami, dan sebenarnya kita suka dengan gaya NasZ bercerita dengan penuh sopan, walaupun ada kalanya dia marah....

Ok done..!
Read More
Assalamualaikum.....



Dah petang dah pun, tapi saja gatal nak update juga. Eihh..bukan update, join segmen jer. Saper nak join, boleh ke SINI..

Hmm...apa yang kita buat semasa cuti ekk? Cuti sebagai seorang insan dan sebagai seorang blogger lain.  So, since segmen mention as a blogger, tak banyak sangatlah yang ada pun.

Ada tak ada pun, percutian kita dan keluarga ke Langkawi pada awal tahun ini. Sesiapa yang nak tahu tentang Langkawi, bolehlah godek2 list kat sebelah kanan blog nie yer..

Yang penting, bila dah jadi blogger, percutian tu lebih terisi sedikit. Maksudnya, selain daripada untuk hati dan jiwa, pengisian kasih sayang untuk keluarga, masa kita dan minda kita sentiasa penuh dengan agenda untuk mengisi blog pula. Sesuatu yang menarik, make us alive dan juga memotivasikan kita untuk menjadi lebih kreatif.


Hubby dan anak-anak bersama En Rahim, Agen di Langkawi yang sangat profesional.
Terima kasih En Rahim.



So, macam mana dengan anda semua? Pasti lebih menarik kan? Apa lagi, marilah join segmen nie.
Read More
Assalamualaikum.....



Sebenarnya kita join lagi segmen Bloglist Nasz nie. Walaupun bulan Mei dah ada dalam bloglist beliau, dek kerana seronoknya rasa bila berada di situ, jadi kita memang nak join lagi...

Seronok tau... Trafik pun menyumbang juga... So, jom join ramai2...

Nak join.. Meh kilik siniiiiiiii.....
Read More
Assalamualaikum.....

yeyay...pemenang telah pun di umumkan. Kepada pemenang, sila emailkan butiran anda kepada kita yer. Kepada yang join tapi x menang, kita ucapkan terima kasih banyak2 kerana sudi memberi semangat kepada kami.

Sila klik SINI untuk mengetahui nama pemenang....
Read More
Assalamualaikum.....



Kesemua peserta yang telah menyertai GA kami, bolehlah menyemak penyertaan anda di blog Miss Banu sebelum cabutan di buat. Sekiranya ada link sesiapa yang tertinggal, sila maklumkan yer...

Boleh pergi ke SINI untuk semak.
Read More
Assalamualaikum.....



NasZ baru buat segmen yang agak mencabar. Yess..kembali ke zaman Hang Tuah lah kita semua yer... Hehheheheheiiii Jebatt! Aku cabar kau sahut cabaranku....!!

Memang agak complicated sikit, dan perlukan komitmen yang tinggi. Segmen ditutup 11.00 malam esok. Apa yang complicated? Sila ke blog Mohd Naser untuk undang-undang lanjut.

Kita pun terfikir2 tadi, sanggup nak join ke tak. Tapi, cuba jer lah dulu. Oh yer, sesiapa yang cabar kita, teruskan, kita akan reply next week jer nanti yer...

Kita terima cabaran anda...!
Read More
Assalamualaikum.....

Secara rasminya, GA telah berlangsung selama beberapa minggu. Terima kasih tidak terhingga kepada yang sudi join dan dengan seikhlasnya meng'wish'kan kami birthday.

Cabutan akan dilakukan dan keputusannya akan kami paparkan. Semoga berjaya semuanya...

Owhh..Miss Banu pun dah announce...
Read More
Assalamualaikum.....

INI ADALAH STICKY POST. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY TERBARU. 



Addduuhhh...terketar2 jari nak menaip untuk entry nie. Al-Maklumlah, x pernah buat GA dan langsung x ada experience. Hmm...harap2 tak ada salah dalam pengalaman pertama nie.

Oh yer, ini GA special. Blog kita bergabung dengan blog adik manis, Miss Banu untuk GA nie, sempena bulan April iaitu bulan birthday kami. Birthday kami pun berbeza beberapa hari jer. So, macam mana ekk?

Macam biasa, kepada sesiapa yang sudi join, bolehlah copy banner di atas tu dan buat entry di blog anda yer. Kemudian bolehlah tinggalkan entry anda di ruangan komen kita, ataupun di entry GA ni di blog Miss. Banu. Oh yer, kalau sudi, silalah jadi follower kami untuk memudahkan urusan perhubungan sekiranya ada apa-apa updates nanti.

Syarat2 terperinci, sila ke entry di SINI.

Selepas 5hb Mei, kami ber-2 akan buat cabutan untuk pemenangnya.

Hadiah, tak ada lah grand sangat. Maklumlah, baru nak warm-up....
By the way, ada 2 hadiah :

1. Top-up berharga RM30.00. Apa sahaja rangkaian

2. Sekeping token dari Macau, China. Sumbangan dari hubby kita khas untuk pembaca blog ini.


So, jangan tunggu lama2. Marilah support kita dan adik manis kita beramai2 yer.....


SENARAI PESERTA :

Update terkini, kita compilekan senarai2 peserta yang join GA kita dan Miss Banu. Alhamdulillah, walaupun x hangat, tapi dapatlah juga sambutan serba sedikit. Terima kasih kepada yang sudi join. Jadi, untuk memudahkan kita semua BW di samping berkenalan, inilah dia senarainya..


Read More
Assalamualaikum.....



Dalam kerja yang banyak dan telah mula menimbun, kita nak juga menyelit untuk joiun segmen nie. Tujuan jadi blogger ialah BERKONGSI! Kita nak kongsi kisah hidup, kisah mati, kisah pekerjaan, kisah ilmu dan apa sahaja yang mampu dan wajar untuk kita kisahkan di sini...

Mari berkongsi dengan kita...

Nak join..?

Klik ----------> SINI
Read More