Assalamualaikum semua.
Selamat Hari Raya saya ucapkan, secara langsung dalam talian daripada blog My Rainbow.
Tahun lepas dan lepas dan lepas rasanya entry raya ala-ala kadar jer kan. Tapi tahun ni saya rindu nak bercerita dalam blog. Tapi ni kira sekali harung punya cerita jer ni. Kalau dulu, matilanak,, pecah dua tiga entry dah ni...hahahaha.
So, let's start with us. Kami bertiga baju raya tema caca marba namanya. Sepatutnya kelabu, tapi dah hubby punya baju yang ditempah tu tailor salah buat. Hubby pula sebelum ni punyalah confident tak menerai… Sekali pagi raya dah jadi mcm kluang man nak masuk sawah. Ok, sila interpretasikan dan bayangkan sendiri. Gunakan daya imaginasi anda semua...hahahaha
Tahun ni, kami punya giliran beraya di rumah Mommy di Melaka. Dua tahun lepas, saya masakkan rendang. Tahun ni mommy mengalu2kan saya supply rendang lagi. So masak sorang diri di rumah. Rendang ayam. Ayam dalam 7kg lebih. Guna resepi Kak Azie lagi tahun ni. Dulu ikut resepi yang lain, tahun ni resepi lain pula. Memang konfem jadi...walaupun saya amatur.
Untuk 7kg ayam, daripada mula hidupkan api kawah kuali besar saya sehingga selesai, mengambil masa 4 jam keseluruhannya. Itu tak termasuk masa untuk menyediakan bahan2nya... By the time saya selesai masak petang raya tu, saya dah tak boleh rasa kaki dah. Pinggang yang sedia ada slip disc ni, memang semakin parah. Mujurlah ada ubat dari hospital. Lepas buka terus makan ubat dan baring luruskan badan sambal sendal bawah lutut dengan bantal.
Hari Raya pertama, saya bawalah semua rendang tu. Adalah dalam satu periuk yang agak besar juga, Terperanjat Mommy. Banyak, Mommy kata. Tapi syukur, kebetulan Hari Raya pertama tu ramai pula tetamu dari tahun-tahun biasa.
Antara tetamu yang paling awal datang ialah nenek saudara hubby. Satu family sampai ke cucu dia datang. Saya suka sangat sebab diorang ni sangat baik dan friendly. Untuk group pertama ni, berdebar saya menunggu diorang makan. Adam yang jadi tukang report. Katanya mereka tambah rendang ayam. Ok...pass. Hahahaha. Kesian betul saya ni kan...cuak yang bukan2. Yer lah, Mommy masak sangat sedap. Jadi bila saudara mara dan sahabat handai datang ke rumah Mommy ialah mereka dah ada expectation standard makanan yang sedap. Sebab tu lah saya risau. Tak naklah memalukan Mommy...hihihihihi.
.
.
.
.
Selamat Hari Raya saya ucapkan, secara langsung dalam talian daripada blog My Rainbow.
Tahun lepas dan lepas dan lepas rasanya entry raya ala-ala kadar jer kan. Tapi tahun ni saya rindu nak bercerita dalam blog. Tapi ni kira sekali harung punya cerita jer ni. Kalau dulu, matilanak,, pecah dua tiga entry dah ni...hahahaha.
So, let's start with us. Kami bertiga baju raya tema caca marba namanya. Sepatutnya kelabu, tapi dah hubby punya baju yang ditempah tu tailor salah buat. Hubby pula sebelum ni punyalah confident tak menerai… Sekali pagi raya dah jadi mcm kluang man nak masuk sawah. Ok, sila interpretasikan dan bayangkan sendiri. Gunakan daya imaginasi anda semua...hahahaha
Tahun ni, kami punya giliran beraya di rumah Mommy di Melaka. Dua tahun lepas, saya masakkan rendang. Tahun ni mommy mengalu2kan saya supply rendang lagi. So masak sorang diri di rumah. Rendang ayam. Ayam dalam 7kg lebih. Guna resepi Kak Azie lagi tahun ni. Dulu ikut resepi yang lain, tahun ni resepi lain pula. Memang konfem jadi...walaupun saya amatur.
Untuk 7kg ayam, daripada mula hidupkan api
Rendang ayam yang dah siap
Jadinya malam raya tu, saya bawa lah satu bekas ke rumah mommy, untuk rasa anak beranak jer. Tapi cuma adik ipar saya dan suaminya jer yang makan cicah dengan lemang sebab orang lain semua kekenyangan dan keletihan. Pasangan tu kata sedap jer rendang tu. Tapi maybe belum sampai ke level expert la untuk mommy...hahahaha. Setakat lulus, syukur dah. Orang yang jarang masak macam saya ni, bila orang luar dari hubby dan anak makan, saya jadi hilang konfiden sebenarnya. Hehehe.Hari Raya pertama, saya bawalah semua rendang tu. Adalah dalam satu periuk yang agak besar juga, Terperanjat Mommy. Banyak, Mommy kata. Tapi syukur, kebetulan Hari Raya pertama tu ramai pula tetamu dari tahun-tahun biasa.
Antara tetamu yang paling awal datang ialah nenek saudara hubby. Satu family sampai ke cucu dia datang. Saya suka sangat sebab diorang ni sangat baik dan friendly. Untuk group pertama ni, berdebar saya menunggu diorang makan. Adam yang jadi tukang report. Katanya mereka tambah rendang ayam. Ok...pass. Hahahaha. Kesian betul saya ni kan...cuak yang bukan2. Yer lah, Mommy masak sangat sedap. Jadi bila saudara mara dan sahabat handai datang ke rumah Mommy ialah mereka dah ada expectation standard makanan yang sedap. Sebab tu lah saya risau. Tak naklah memalukan Mommy...hihihihihi.
Group yang seterusnya dan seterusnya dan seterusnya semua memberikan respon yang sama. Sama sedap makannya. Takderlah saya punya rendang dipinggirkan. Syukur. Menjelang petang, dah habis rendang dan saya pun bergegas balik Ke PD untuk beraya di rumah mak ayah saya pula.
Kelam kabut habiskan 5 rumah malam tu, dan terus pulang ke Melaka semula. Settle first day.
2nd day raya, kami bersiap balik kampung di Rantau pula.
Adam yang dah sama besar dengan papanya.
Umat paling muda dalam family hubby. Aurora namanya. Friendly and mudah mesra..hahaha
Di jamu pula dengan mee jawa. Masya Allah, sedapnya….
Rendang Udang Galah
Hari raya ke-3, saya sempat sediakan rendang udang galah. Sekadar untuk hubby dan family kami saja. Malam tu hubby dah nak balik Terengganu. So, saya cubalah masakkan apa yang dia suka. Alhamdulillah, puas hubby makan, Resepi saya akan buat dalam entry lain ya....
So, cukuplah rekod Aidilfitri 2018 saya. Cuma gambar dengan family saya di P. Dickson jer tak ada. Maklumlah...memang betul2 nak cepat semuanya.
Sebelum terlewat, Selamat Hari Raya semua. Maafkan saya sekiranya ada yang pernah terguris hati dengan Bahasa atau tingkah saya…
Semoga kita semua bertemu kembali dengan Ramadhan dan Aidil Fitri tahun depan.
.
.
.
.