Memaparkan catatan dengan label memancing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memancing. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....

Udang galah lagi. Yer...dah warning dah last week rasanya, minggu ni banyak cerita udang galah...hehehehehe.

Disebabkan minat sedang membuak2 dalam diri hubby terhadap makanan berkolesterol tiingggiiiiiiiii ni iaitu udang galah, hubby berpakat dengan kawan sekerjanya untuk memburu udang galah. Seperti yang semua sedia maklum, Kuantan baru surut daripada banjir besar awal bulan ini kan. Biasanya bila banjir mula surut, udang galah banyak keluar dari sarang mereka. Mabuk katanya.

So, nak merasa memancing udang galah, hubby sanggup ambil cuti dan mengharung sungai. Sungai ni namanya Sungai Belat. Sewa bot harganya tak pasti, tapi tak cecah RM50.00. Bot, enjin bot selama sehari. Umpan, boleh minta tukang bot cari, atau boleh bawa sendiri. Tapi, paling best jadi umpan ialah anak udang atau udang yang kecil2 halus2 tu. Biasanya udang macam tu kita buat rencah sayur jer.

Pertama kali hubby memancing. Bila dapat udang pertama, gembira tak terkata.



Udang pertama yang berjaya di naikkan oleh hubby. Besar kan.. Ini, kalau kat Temerloh, siap masak sekor ni boleh cecah harga RM50.00 nie. Kat temerloh la, kat Leban Chondong tu murah seh.



Anyway, mereka tak dapat memancing lama sebab hujan mula turun. Tak berapa eloklah nak memancing dalam hujan. Nanti bot penuh air, tenggelam pula jadinya. Mana nak jaga joran, nak timba air keluar, nak masuk umpan... Last2 mereka akur dan pulang. Tak banyak pun dapat, tapi hubby sangat seronok sebab membuahkan hasil. Malam tu juga hubby terus balik KL. Nak suruh isterinya tolong masakkan udang tu juga....

Malam tu, hubby tiba di KL dah hampir jam 9.00 malam. Kita masaaaakkkkk.............




sambung esoklah.


Esok datang lagi yer, nengok kita masak apa.

.
Read More
Assalamualaikum.....

Bagi kaki pancing seperti hubby, Ramadhan tidak membataskan beliau daripada meneruskan hobinya tu. Hubby pula, sejak menemui port barunya untuk memancing terus melekat di situ saja. Tak jemu2 disitu kerana dia jarang pulang tanpa hasil.

Contohnya.....

Ikan Gelama

Musim gelama, hubby dapat gelama. Kadang2, dapat siakap, kerapu dan ada juga sekali, rezekinya dapat bawa balik cencaru walaupun sekadar memancing di tepi pantai.

Gelama yang di atas tu agak besar juga...kecuali 2 ekor yang kecil tu. Tengoklah mata2 ikan tu semua. Cantik bersinar dan putih kan....

Kalau dapat fresh macam nie, terus siang dan goreng kunyit jer pun, sedap. Tapi ada juga yang buat masak kari atau ada juga sekadar goreng bercili. Kalau yang kecil2 tu, mak kita suka goreng celup tepung... Makan panas2, ratah macam tu jer sambil hirup secawan kopi o... Pasti memuaskan...

Bagaimana puasa anda hari nie?

Kita tersangatlahhhhh mengantuknya pagi nie. Entah kenapa entah. Dari bangun memasak untuk sahur tadi...segar jer, tapi bila nak gerak ke KL dari PD, bukan main tak menahan lagi mengantuknya. Aduhai..... Kena buat lompat kijanglah jawabnya lepas nie...



Read More
Assalamualaikum.....

Hubby memancing lagi. Kali ni, di Tg Lumpur di Kuantan jer. Ada jeti yang baru di bina di situ. Jadi tumpuan kaki pancing lah untuk lepaskan gian.

Ikan biasa2 jer...tapi 'menarik' tu sedap juga lah hubby kata.


Dapatlah gelama besar2 macam tu a few. Ada sekali tu, hubby dapat sampai 6 ekor gelama besar tu. Habis memancing dah pukul 2.00 pagi. Rumah di Kuantan tu tak ada peti ais pun. Rumah bujang. Bila kita tanya dia tak nak beli fridge kecik satu ke, dia kata tak perlu. Nanti nak pindah ke, banjir ke, susah dia kata. So, since tak ada fridge, ikan tu x bolehlah simpan. Nak bagi neighbour pun dah lewat sangat. Solutionnya, dia bawa balik rumah, siang dan terus goreng. Makan panas2 sambil lepaskan penat memancing. Sampai kenyang jadinya dia kata.

Kalau kat pantai Melaka atau PD, nak dapat gelama yang kasar2 macam nie tak berapa senangkla. Kadang2 ikut nasib2 jer. Kalau pergi laut dalam baru yer seronok. Banyak ikan boleh dapat.



Anyway, apa nama ikan yang warna putih kat bawah nie? Ada sesiapa tahu tak? Kita terjumpa ikan ni di Kemaman. Ada story nak share....tapi nak kena cari dulu nama ikan nie. Ada sesiapa yang boleh bantu...?




Psst : Macam mana pengalaman anda mengundi hari nie...?



.
Read More
Assalamualaikum.....

Bukan kita yang memancing, tapi hubby. Biasanya kita teman jer. Takperlah kita tak minat memancing, tapi demi hubby kita temankan juga dan jauh sekali melarang. Hobi masing2, macam mana nak larang kan? (Tapi hubby larang hobi kita mandi laut..sob..sob..).

Kalau balik Kuantan, akan cuba sedaya upaya mencari masa untuk memancing, walaupun sekejap.

Di Pekan, Pahang nie hubby memancing di jeti ikan Tanjung Selangor.

Selalunya, hubby pakai umpan udang jer. Kalau rajin, cari jugalah orang yang jual udang hidup, tapi kalau setakat nak lepas gian baling mata kail, beli jer udang dan sotong di supermarket. Selalunya, tugas membeli udang nie, memang kita lah.

Tapi, kita sebenarnya selesa bila hubby memancing di Tanjung Selangor, Pekan, Pahang nie sebab di jeti tu ada satu warung makan yang sempoi. Mintak mee goreng, nasi goreng...semuanya marvelous. Betul2 rasa macam masak di rumah. Home style. Alaa, keluarga nelayan juga yang berniaga di situ. Di samping tu, ada toilet dan surau juga. So, sambil tunggu hubby memancing, biasanya kita lepak di warung atas air di jeti tu sambil membaca novel. Santai dengan hembusan bayu laut, pemandangan nelayan, makanan sedap dan juga berbual2 dengan komuniti nelayan di situ.


Hubby berdiri memancing di jeti lama.

Ini pula jeti baru. Ada beberapa bot nelayan parking.


Tak ramai. Hanya hubby dan seorang lagi kaki pancing.

Ikan2 yang boleh dipancing ini adalah spesis yang biasanya boleh ditemui di muara. Tapi, muara di sini tak sama dengan muara di Melaka, atau Port Dickson. Di pantai barat, lautnya tak ganas, maka jenis ikan pun berbeza. di pantai timur, lautnya luas, jadi walaupun di muara pemancing boleh dapat siakap dan kerapu dengan mudah. Bergantung kepada arus air, musim dan suhu.

Untuk hari kami disini, suasana tak menyebelahi kaki pancing. Ada banyak gangguan dari sesirat iaitu sejenis ikan yang biasanya datang berkelompok. Ikan ini menyerupai belut dan ia secara dasarnya mengusir ikan2 lain.

Jadi, hari tu umpan dihabiskan oleh sesirat bersama2 dengan 2-3 mata kail yang putus.

Tapi, dah lepas gian, oklah tu. Dalam bonet kereta hubby, memang sentiasa ada batang pancing dan peralatannya.

Kalau dah kaki pancing, kan....



Read More
Assalamualaikum.....

What's the weekend planning? Yes, a few weeks before, hubby dragged me and his son for fishing. Before Subuh, we shopped prawns at the Pasar Borong for baits. Next we moved to Pulau Melaka and went to Selat Mosque for the obligations. Hubby set-up his fishing equipments and we wait. I was busy snapping pictures. It was sooo beautiful. Adam had his nice sleepover in the car. Oh, we fished at the bridge which connected the Malacca Town and the Pulau Malacca. If you are heading to Selat Mosque, you will find a lot of people parked their car on the bridge with their fishing poles buried in the sea.

The sunrise. Owh..I loveeee Malaysia


Where's the fish..? Fish..fish..come to me...



Ah haa..! Here comes the fish... Hahahhahaha..

Hubby caught fish called 'sembilang'. Hmm..yummy to fry, or to cook lemak cili padi, even to be turned into asam pedas ikan sembilang. He caught 2 fishes. The other one, I didn't recognize. Well, this sembilang is quite big actually. I plan to fry it with chillies...

Err...it was Adam who ordered the menu...

Read More
Assalamualaikum.....

Harap maaf, entry nie, auto publish yer, sebab kita ada urusan keluarga sikit.

Anyway, dah lama dah karnival nie. Sebulan yang lepas. Tak rancang pun untuk ke sini, cuma kita dengan hubby tiba di PD dari Kuantan pada pagi Sabtu lebih kurang jam 4 pagi untuk pick-up Adam. Tapi awal sangat, so tak naklah ganggu parents kat rumah. Hubby carik port tepi pantai, nak lelapkan mata sementara tunggu Subuh.

Tapi bila sampai jer pantai, pelik jer sebab rasa meriah. Dari Bt 4 dah meriah. Bila sampai ke Bagan Pinang...tu diaa...mcm pesta! Punyalah ramai orang. Semuanya berjalan ke sana sini dengan tujuan masing sambil mengusung kotaklah, baldilah, batang pancinglah, dan bermacam2 lagi. Khemah jangan cakaplah...bersusun kat tepi pantai. Bila tengok banner kat bawah nie, baruu faham.



Ha...tengoklah... Hadiah dia BESARRRR!! Tapi kitorang pelik, naper buat kat sini? Ikan apa sangatlah nak dapat kat sini? Nak dapat ikan berat sekilo pun susah. Kami taulah sbb hubby kan kaki pancing. Habis pelesok Melaka dengan PD nie dia dah redah. Dah boleh hafal dah ikan apa ada di pantai mana... Dia memang nak join, tapi kita x bagi. Bukan dengki, tapi kami ada banyak2 program. Nnt x terkejar. Tu belum kira badan yg x cukup rehat lagi tu. Kita dah penat sgt dan mengantuk sangat sebab beberapa jam sebelum tu kita baru sampai Kuantan dari Kuala Lumpur selepas habis kerja dan terus pula gerak ke PD. So, tak larat nak layan. Kita teruskan tidur jer sebab dah tau banyak lagi tenaga nak guna weekend nie. Last2, hubby sorang jer yang merayau sana sini. Tak taulah apa yang dibuatnya.




Tengoklah, ini semua sebahagian kecil kaki pancing. Tapi masa nie dah tgh hari. Dah ke penghujung. Semua org stay sbb nak tunggu cabutan bertuah. Pandai organizer kan. Dia 'paksa' orang tunggu dengan cabutan bertuah.






Suasana selepas pertandingan di tamatkan. Sepanjang pagi hujan lebat turun dengan mencurah2. Oh yer, bila tiba Subuh, kami balik rumah. Bersiap dan kembali semula ke sini. Hubby dah ada projek rupanya. Ayah kita pun ikut gak. Sementara tunggu projek berlangsung dan kesudahannya, kami lepaklah di gerai2 situ utk makan dan minum air panas sementara menunggu keputusan pertandingan.

Memang betul pun sangkaan kita. Ikan yang ada semua kecil2. Hadiah utama tu, ikannya seberat 800++gm jer. Tapi dia dapat hadiah RM25,000.00. Pemenang tu berasal dari Terengganu. Yer..memang pemancing seluruh Malaysia ada kat sini. Ada yang datang dari Sabah pun. Tapi rasanya asal jer Sabah, tapi dia kerja askar kat PD nie agaknya. Tengok gaya rambut tu mcm kenall jer..heheheheh.




Taraaa...inilah projek hubby. Dia masukkan Adam untuk pertandingan mewarna. Hehehehhehehe. Macam biasa, Adam nie mcm mamanya...tak ada langsung bakat dalam seni lukis nie. Hancur...heheehhe. Tak apalah kan Adam..janji papa puas hati, hehehehe. Papa x dapat masuk pertandingan memancing, Adam jer lah masuk pertandingan mewarna.

Oh yer, sepanjang berlangsung pertandingan nie, DJ yang didatangkan khas dari stesyen radio adalah buat selingan teka teki. Saja suka2.
Antaranya ialah : Dalam banyak2 ikan, ikan apa yang tak boleh berenang ke depan dan belakang.

So, ramailah yg cuba jawab. Ikan goreng, ikan mati, ikan patung hiasan. Tapi dia kata hidup. Hubby mati2 soh kita jawab : Ikan termenung. Hahahahahha. Kita pergi lah juga.... Tapi sebelum jawab, kita tanya dulu : Ikan tu tak BOLEH berenang ke depan dan belakang ke, atau dia MEMANG tak berenang ke depan dan belakang? Ceh..DJ perli. Dia kata dia tanya soklan, kita pulak tanya dia balik..hahahahhaha. Dia kata TAK BOLEH. So, kita dh tau jawapan salah. Tapi jawab juga..memang salah pun..hahahahhaha. Malu jer. Sbb tnya tu pakai microfon..so satu pantai tu semua org boleh dgr. Hubby gelak2 jer, nyorok kat balik tiang...hehehehhehe.

Jawapannya : IKAN TERSEPIT.

Chehh....

Overall : Meriah, tapi bagi kami, memenatkan dan membuang amsa sebab tak ada hasil. hasil yg ada cuma dpt lepak dengan family, ayah, adik, nieces semua di tepi pantai dalam hujan lebat, makan kopok lekor. Hehehehehehe.



Read More