Memancing Di Pekan, Pahang

17 comments
Assalamualaikum.....

Bukan kita yang memancing, tapi hubby. Biasanya kita teman jer. Takperlah kita tak minat memancing, tapi demi hubby kita temankan juga dan jauh sekali melarang. Hobi masing2, macam mana nak larang kan? (Tapi hubby larang hobi kita mandi laut..sob..sob..).

Kalau balik Kuantan, akan cuba sedaya upaya mencari masa untuk memancing, walaupun sekejap.

Di Pekan, Pahang nie hubby memancing di jeti ikan Tanjung Selangor.

Selalunya, hubby pakai umpan udang jer. Kalau rajin, cari jugalah orang yang jual udang hidup, tapi kalau setakat nak lepas gian baling mata kail, beli jer udang dan sotong di supermarket. Selalunya, tugas membeli udang nie, memang kita lah.

Tapi, kita sebenarnya selesa bila hubby memancing di Tanjung Selangor, Pekan, Pahang nie sebab di jeti tu ada satu warung makan yang sempoi. Mintak mee goreng, nasi goreng...semuanya marvelous. Betul2 rasa macam masak di rumah. Home style. Alaa, keluarga nelayan juga yang berniaga di situ. Di samping tu, ada toilet dan surau juga. So, sambil tunggu hubby memancing, biasanya kita lepak di warung atas air di jeti tu sambil membaca novel. Santai dengan hembusan bayu laut, pemandangan nelayan, makanan sedap dan juga berbual2 dengan komuniti nelayan di situ.


Hubby berdiri memancing di jeti lama.

Ini pula jeti baru. Ada beberapa bot nelayan parking.


Tak ramai. Hanya hubby dan seorang lagi kaki pancing.

Ikan2 yang boleh dipancing ini adalah spesis yang biasanya boleh ditemui di muara. Tapi, muara di sini tak sama dengan muara di Melaka, atau Port Dickson. Di pantai barat, lautnya tak ganas, maka jenis ikan pun berbeza. di pantai timur, lautnya luas, jadi walaupun di muara pemancing boleh dapat siakap dan kerapu dengan mudah. Bergantung kepada arus air, musim dan suhu.

Untuk hari kami disini, suasana tak menyebelahi kaki pancing. Ada banyak gangguan dari sesirat iaitu sejenis ikan yang biasanya datang berkelompok. Ikan ini menyerupai belut dan ia secara dasarnya mengusir ikan2 lain.

Jadi, hari tu umpan dihabiskan oleh sesirat bersama2 dengan 2-3 mata kail yang putus.

Tapi, dah lepas gian, oklah tu. Dalam bonet kereta hubby, memang sentiasa ada batang pancing dan peralatannya.

Kalau dah kaki pancing, kan....



17 thoughts..

Izwa Kamaruddin berkata...

best nyer!

FaZa berkata...

Area kampung saya tu tapi tak pernah sampai ke sini...next time balik kampung nak try cari. Tambah2 tang kedai makan yang kedengaran agak mabeless gituh!

Cho Zila berkata...

memancing bukanlah hobi... sesuai untuk pemancing didaerah kuantan...

TiranaAduka berkata...

salam bakyu.
Pandei jugak mancing yo.orak songko ngerti jugak..

Dolan2 dino senin.udhan nang kene.

Kakzakie Purvit berkata...

Kalau tak dpat ikan puas ke Ziela? Cuba tanya hubby Ziela? Kalau kakak macam hampa sebab tak berhasil..

Cantiklah pemandangannya:)

Unknown berkata...

Saya pernah memancing masa kecik2 dulu, sekadar nak mencuba hehe tapi alhamdulillah dapatlah ikan kecik2 hehe.....paling best tangkap ikan dengan teknik mengagau dalam lumpur heheheh!

NzA berkata...

minat msg2kan aziela....yg penting kita saling faham memahami....

Zurina berkata...

seronok mancing...wpun bukan la minat sgt...tp sesekali balik kg...g mancing dgn family best jugakkan...;)ni salah satu riadah keluarga saya.

Aziela berkata...

@:: Mrs.Eady :: Kat sini, best la. Hehehehehe

Aziela berkata...

@FaZa Jangan high expectation sangat yer. Itu ikut tekak akak jer tu.

Aziela berkata...

@Cho Zila tak ramai perempuan yg minat memancing. Saya pun temankan jer, kak.

Aziela berkata...

@TiranaAduka Alahai kakang. Mellu bojo nyong jer. Udhan yo kakang?

Aziela berkata...

@Kakzakie Puas juga. Bagi pemancing, memancing bukan untuk hasil biasanya. Memancing untuk menikmati pertarungan dengan ikan. Walaupun sedikit. Kita yg perempuan nie jer nak hasil, kak. Kaki pancing kata kalau nak hasil, pergi pasar jer...hahahhaha

Aziela berkata...

@Azham Vsvc Ishh...tak luka ker menggagau tu dik?

Aziela berkata...

@NzA Akak ok jer, NasZ. Ambil kesempatan untuk berehat.

Aziela berkata...

@Zurina Betull... Zurina, kita tahun yg sama. Saya di awal tahun. Hihhihihi

Unknown berkata...

BOLEH BELI UMPAN HIDUP HANYA BERDEKATAN DENGAN SIMPANG KE TANJUNG SELANGOR.SILA LAWATI PAGE SAYA DI https://www.facebook.com/umpan.u.hidup ATAU SMS/CALL 0148498539 atau 0139422063