Isnin, 4 Februari 2013

Memancing Di Pekan, Pahang

Assalamualaikum.....

Bukan kita yang memancing, tapi hubby. Biasanya kita teman jer. Takperlah kita tak minat memancing, tapi demi hubby kita temankan juga dan jauh sekali melarang. Hobi masing2, macam mana nak larang kan? (Tapi hubby larang hobi kita mandi laut..sob..sob..).

Kalau balik Kuantan, akan cuba sedaya upaya mencari masa untuk memancing, walaupun sekejap.

Di Pekan, Pahang nie hubby memancing di jeti ikan Tanjung Selangor.

Selalunya, hubby pakai umpan udang jer. Kalau rajin, cari jugalah orang yang jual udang hidup, tapi kalau setakat nak lepas gian baling mata kail, beli jer udang dan sotong di supermarket. Selalunya, tugas membeli udang nie, memang kita lah.

Tapi, kita sebenarnya selesa bila hubby memancing di Tanjung Selangor, Pekan, Pahang nie sebab di jeti tu ada satu warung makan yang sempoi. Mintak mee goreng, nasi goreng...semuanya marvelous. Betul2 rasa macam masak di rumah. Home style. Alaa, keluarga nelayan juga yang berniaga di situ. Di samping tu, ada toilet dan surau juga. So, sambil tunggu hubby memancing, biasanya kita lepak di warung atas air di jeti tu sambil membaca novel. Santai dengan hembusan bayu laut, pemandangan nelayan, makanan sedap dan juga berbual2 dengan komuniti nelayan di situ.


Hubby berdiri memancing di jeti lama.

Ini pula jeti baru. Ada beberapa bot nelayan parking.


Tak ramai. Hanya hubby dan seorang lagi kaki pancing.

Ikan2 yang boleh dipancing ini adalah spesis yang biasanya boleh ditemui di muara. Tapi, muara di sini tak sama dengan muara di Melaka, atau Port Dickson. Di pantai barat, lautnya tak ganas, maka jenis ikan pun berbeza. di pantai timur, lautnya luas, jadi walaupun di muara pemancing boleh dapat siakap dan kerapu dengan mudah. Bergantung kepada arus air, musim dan suhu.

Untuk hari kami disini, suasana tak menyebelahi kaki pancing. Ada banyak gangguan dari sesirat iaitu sejenis ikan yang biasanya datang berkelompok. Ikan ini menyerupai belut dan ia secara dasarnya mengusir ikan2 lain.

Jadi, hari tu umpan dihabiskan oleh sesirat bersama2 dengan 2-3 mata kail yang putus.

Tapi, dah lepas gian, oklah tu. Dalam bonet kereta hubby, memang sentiasa ada batang pancing dan peralatannya.

Kalau dah kaki pancing, kan....



17 ulasan:

  1. Area kampung saya tu tapi tak pernah sampai ke sini...next time balik kampung nak try cari. Tambah2 tang kedai makan yang kedengaran agak mabeless gituh!

    BalasPadam
  2. memancing bukanlah hobi... sesuai untuk pemancing didaerah kuantan...

    BalasPadam
  3. salam bakyu.
    Pandei jugak mancing yo.orak songko ngerti jugak..

    Dolan2 dino senin.udhan nang kene.

    BalasPadam
  4. Kalau tak dpat ikan puas ke Ziela? Cuba tanya hubby Ziela? Kalau kakak macam hampa sebab tak berhasil..

    Cantiklah pemandangannya:)

    BalasPadam
  5. Saya pernah memancing masa kecik2 dulu, sekadar nak mencuba hehe tapi alhamdulillah dapatlah ikan kecik2 hehe.....paling best tangkap ikan dengan teknik mengagau dalam lumpur heheheh!

    BalasPadam
  6. minat msg2kan aziela....yg penting kita saling faham memahami....

    BalasPadam
  7. seronok mancing...wpun bukan la minat sgt...tp sesekali balik kg...g mancing dgn family best jugakkan...;)ni salah satu riadah keluarga saya.

    BalasPadam
  8. @FaZa Jangan high expectation sangat yer. Itu ikut tekak akak jer tu.

    BalasPadam
  9. @Cho Zila tak ramai perempuan yg minat memancing. Saya pun temankan jer, kak.

    BalasPadam
  10. @TiranaAduka Alahai kakang. Mellu bojo nyong jer. Udhan yo kakang?

    BalasPadam
  11. @Kakzakie Puas juga. Bagi pemancing, memancing bukan untuk hasil biasanya. Memancing untuk menikmati pertarungan dengan ikan. Walaupun sedikit. Kita yg perempuan nie jer nak hasil, kak. Kaki pancing kata kalau nak hasil, pergi pasar jer...hahahhaha

    BalasPadam
  12. @Azham Vsvc Ishh...tak luka ker menggagau tu dik?

    BalasPadam
  13. @NzA Akak ok jer, NasZ. Ambil kesempatan untuk berehat.

    BalasPadam
  14. @Zurina Betull... Zurina, kita tahun yg sama. Saya di awal tahun. Hihhihihi

    BalasPadam
  15. BOLEH BELI UMPAN HIDUP HANYA BERDEKATAN DENGAN SIMPANG KE TANJUNG SELANGOR.SILA LAWATI PAGE SAYA DI https://www.facebook.com/umpan.u.hidup ATAU SMS/CALL 0148498539 atau 0139422063

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com