Sedih, Namun Pasrah

9 comments
Assalamualaikum.....

Sekadar luahan hati dan perasaan.

Bila dapat khabar dari orang2 tersayang dan rakan2 blogger tentang berita baik kehamilan mereka, kita rasa sangat gembira. Kita faham kegembiraan dan kebahagiaan itu. Dalam masa yang sama, rasa sangat sedih kerana rezeki anak untuk kita hanya satu tu lah.

Adam pula sejak kebelakangan nie sangat selalu bersedih kerana katanya dia perlukan adik beradik yang lain. Apa nak buat, tak berjaya untuk dapatkan walaupun kami telah berusaha. Hubby pun kata bersyukur kerana ada Adam seorang walaupun tak ada rezeki untuk tambah.

Memang di akui, kita ada sedikit masalah kesihatan yang agak memustahilkan untuk mendapat anak. Kelahiran Adam adalah suatu rahmat untuk kami. Sedar tentang kekurangan diri kita, pernah beberapa kali kita suarakan kepada hubby option2 lain untuk menambah anak, termasuk untuk hubby menambah 'cawangan'. Namun hubby kata sayang dan kasihnya hanya untuk kita. Alhamdulillah.

Option yang lain pun telah kami bincangkan, namun semuanya tak sesuai dengan kami. Hubby sering mengingatkan, ada hikmahnya di sebalik kejadian. Jangan di paksa ketentuan alam. Betul, kita pun terfikir begitu juga. Bukan bermaksud tidak berusaha, cuma kami tidak mahu obses. Lagipun umur kami bukannya muda lagi. Sejak Adam berumur 3 tahun kami dah mula berbagai usaha.

Maafkan Mama, Adam. Mama tak mampu memenuhi permintaan Adam untuk memberikan adik kandung pada Adam. Bersyukurlah, sayang.


9 thoughts..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

alahai.. sedihnya... tak tahu dah nak kata apa..

Ayue Rejaluddin berkata...

Insyaallah....
Berkat usaha akan membuahkan hasil nanti....
Semoga Allah swt memudahkan urusan kalian... =D

Unknown berkata...

Insyaallah...ada rezeki tu nanti, bnyk2 berdoa. Nealopah pun ada sorg je princess, dh 5 thn. mmg nk menambah tapi tak ada rezeki lagi.

Unknown berkata...

Ke hadapan Kak Aziela yang disayangi hehe....jangan bersedih yea akak...itu semua sudah ketentuan Ilahi. Mungkin jika ada rezeki, akak akan dapat hamil kembali tetapi jika tidak, mungkin akak akan mendapat "anak" dari segi yang lain. "Anak" dari segi kemurahan rezeki, "anak" dari segi kasih sayang keluarga yang tidak berbelah bahagi...I know I am not the right person to talk about family and stuff but I always believe that if Allah does not give us what we want at this moment, that means He is keeping us for something bigger in future. Keep you eyes and options open, "cahaya mata" akak will arrive in various ways that you will never expect them to be :)

sudipVSsenduk berkata...

sabarlah sayang... Dia telah mengatur yg terbaik utk kita

Nadia Johari berkata...

amik ank angkat tuk adam bermain pun boleh..=)

Aziela berkata...

Terima kasih dia atas semua sokongan moral. Saya sekadar meluahkan.

Mrs Velentine berkata...

xpe kak..perlahan2 terangkan kat adam insyaallah dia akan faham

Tanpa Nama berkata...

Betul juga apa yang aunty and uncle cakap tuThank you .Daripada Adam.