Family PD Gathering 2013 : Lokasinya...

16 comments
Assalamualaikum.....

Pak Su kita memang rajin organize family gathering atau family trip. Especially bila adik beradik mak tinggal sorang 2 jer yang belum pencen. Bila ramai yg dah pencen, maka selalulah ada free time plus anak2 semua dah besar2.

Masa CNY holiday, Pak Su dah sewa sebuah homestay di pantai Pengakalan Balak, di Melaka. Mujurlah di Melaka, dapat juga kita and family join walaupun terkejar2.



Pak Su sebenarnya tak puas hati dengan home stay nie sebab dia kata dalam internet nampak cantikk jer. Tapi bila kitorang sampai, Allah haii...bobrok (buruk) jer. Rumah tu macam dah usang. Ada 2 bilik yg kecil, tapi ada air cond. Ada dapur kecil dan hall yang sangat kecil. Tapi, beranda nya besar..dan bersambung dengan 2 lagi beranda lain dengan koridor kayu yang panjang tu. Mujurlah a few of us bawa khemah.. Kita pun supply satu khemah juga.



Yang buat syok tu, ada gazebo yang besar. Kami pun apa lagi, kumpulkan segala ration makanan kat gazebo nie jer lah. Kerusi, meja dan kanvas tu semua Pak Su bawak. Pak Su siap sewa lori sebuah untuk angkut segala barang. Bersemangat sungguh kan.



Tambah syok lagi, kawasan halaman homestay nie memang sangat luas. Semuanya berpagar. So, kami sekeluarga tak perlulah nak sibuk2 cari parking di jalan tepi pantai yang sempit tu. Boleh parking kereta dalam pagar dengan senang hati. Dan, ada toilet serta shower room di halaman. Sangat convenient.
Almost 10 biji kereta trip family kami. Nampak lori itu? Memang betul2 perancangan telitilah Pak Su ni. Masa dia kata nak bawa lori, kami semua gelak2...sebab rasa macam over pula. Tapi memang sungguh bagai dikata, segala tok nenek barang yang dia bawa tu memang sangat2 berguna untuk trip nie.



Most of the times, kami semua lepak kat luar rumah jer. Barulah namanya bergather2 kan. Nenek pun ada. Among the objectives is to make nenek happy. Nenek pun seronok jer lepak2 kat luar.

Walaupun daif jer rumah tu, tapi kami tetap beraktiviti dengan riang gembiranya. Kegembiraan berkumpul bersama tu yang seronoknya kan...

Oh, esok kita sambung dengan aktiviti kami yer...


.


16 thoughts..

Ayue Rejaluddin berkata...

Seronok! AJ dapat bayangkan seronok dan meriahnya tu macam mana... =D

Izwa Kamaruddin berkata...

meriah!~

wakgelas berkata...

wahh sonoknyerr uoolss.,ehHHhee

Noor Atikah Ramli berkata...

bestnye gatheringggg :)

RamRamCute berkata...

seronoknya awak...seronok kalau ada ahli keluarga yang ramai dan sekepala...mesti happening kalau bawak kemana aje kan..

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak yg baca pun dapat bayangkan punyalah meriah Ziela..

Best kalau ada yg macam Pak Su tu bersungguh nak bagi semua happy dan selesa.

are_lin@yu berkata...

wahh beznya siap ada khemah lg..

Mrs Velentine berkata...

bestnya kak...tak pernah rasa tidur dalam khemah..hehe

Nik berkata...

seronoknya.bagus ada yang jadi leader tuk anjurkan aktvt ni semua :)

Dr K berkata...

Mmg byk kali saya lihat homestay di Malaysia ni, indah khabar dari rupa...indah di dalam internet sahaja...Tu la masalah peniaga di sini, tak jujur. Saya byk kali gunakan homestay di Australia..mereka mmg jujur, walaupun mereka non Muslim. Ironi kan?

Bagus betul la Pak Su awak ni...Org macam dia, kalau ada dlm family, mmg best..org macam ni lah yg akan hubungkan antara family, organize itu ini..

Lelaki Ini berkata...

bes giler kak! wahhh, dekak melaka la ni? hehe

saya UTeM amik kosmetik, kahkahkah. takdelah, kos elektrik major kuasa industri..

opis akak kat mana?

Tanpa Nama berkata...

meriah dan seronok kot bila dapat kumpul ramai2 satu family ^^

ummiross berkata...

bestnya!, yang paling best ada 'Pak Su' yang bersungguh tu, meriah jadinya family gathering ni kan.

Unknown berkata...

y penting kite enjoy kak

oke what

cm best je

Zurina berkata...

bestnya kumpul ramai2...:)

Unknown berkata...

Tak apa...tak kisah dengan keadaan rumah tu..yang penting satu keluarga bahagia hehe...seronoknya lepak tepi pantai...dah lama tak pergi pantai hehehe....