Roti Kapit Telur Berkeju

14 comments
Assalamualaikum.....

Dalam English lebih kurang namanya Cheesy Egg Sandwich. Sejak pindah company baru memang sibuk sampai sesak nafas dibuatnya. Though, saya enjoy sebab ini memang bidang saya. Ada benda baru yang saya kena belajar definitely, but I can cope up..InsyaAllah.

So, bila dah busy, weekend pun hanya mampu buat simple breakfast macam ni jer lah... Takder ikut resipi mana2 pun. Main godak jer....janji hati mesti ikhlas nak siapkannya.


Rebus telur ayam 3 biji, kupas dan hancurkan bersama2 dengan sedikit lada hitam dan mayonis. Sapu roti 6 keping dengan butter di roti. Sapukan inti telur tadi di roti yang bahagiannya tidak disapu butter. Lapiskan dengan cheddar cheese biasa tu sekeping, tangkupkan. Maknanya bahagian roti yang disapu butter berada di luar.

Panaskan non stick pan, dengan api perlahan, letak roti atas kuali. Biar sampai keperangan, terbalikkan. Dah golden, kerat dua dan hiding segera. Cruncy, moist dan cheesey. Yummm.... Minum dengan the o pun dah feeling mat saleh dik. Simple preparations, but yet so filling and satisfying. Tapi lebih bagus kalau dapat sumbatkan sayuran sikit kan...


Esok nak pergi Terengganu....yeaayyy..!!!


.

14 thoughts..

Unknown berkata...

bunyi pun dah macam sedap.. kami anak beranak mmg suka roti..


nasib baik roti putih tak kena GST kan kak.. hahaha

Farah Waheda Wahid berkata...

wahhh menarik dan terliur ni...

Unknown berkata...

Yeayyy.. selamat jalan2 ke Terengganu.
Semoga selamat semasa pergi dan pulang dari perjalanan.. & jgn lupa intai2 sutera Terengganu. Khabarnya lagi cantik dari yg hat Kelantan..

adda syuhada berkata...

roti kapit cheese nih mmg peberet rusydi....klu ari2 buat pun xper...

Sha Mohamed berkata...

sedapnya.. senang lak tu...

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Nampak sedap dan mudah tu Aziela.. boleh akak cuba nanti :)

NzA berkata...

nmpk pn dah menyelerakan...nyum.

:: CIKVIVA :: berkata...

hahah..penah buat jugak camni.
pastu snap gamba, sebijik dia punya setting...

dorsett pink berkata...

tq for sharing.. nak buatlah untuk breakfast nanti

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

patut nampak garing roti tu.. bahagian bersapu butter di luar rupanya.. tapi memang awsome!

ellynadyra berkata...

Sedap!
Saya tau mmg sedap!

What?????
Tganu????
Jeles!

aizamia3 berkata...

Melting tengok adanya mayonis dan cheese tu.. dapnye kak..

Moga selamat perjalanan pergi dan balik ke Terengganu hendakNYA..

Ujie Othman berkata...

Menu gini kalau makan kat kedai, mahal tau.

Bestnya g Tganu...thn ni blm jejak lagi.

Rozita Ceritaita berkata...

lamanya tak menjengah kawan-kwan...rindu blogging..

kalau abah saya suka sapu kaya letak cheese dan bakar...rasanya.. best gila...dgn limpahan cheese yang mcm kat pizza...perghh nikmat...