Novel Review : Suami Aku Ustaz

6 comments
Assalamualaikum.....

Walaupun buku ni dah lama diterbitkan, tapi kita baru baca. Sinopsis ringkas dan jelas.




Alisa, anak tunggal dipaksa kawen dengan sepupunya Ustaz Hafiz yang mengajar dia di sekolah sebab parentsnya nak pergi haji. Maka, adalah orang yg dipercayai untuk jaga Alisa. Rasanya, mak ayah dia memang nak serahkan Alisa pada Ustaz Hafiz kerana U. Hafiz nie mestilah calon menantu pilihan kan.

So, kisah berkisar tentang Alisa, kehidupan kawen paksanya yang diterima separa rela di saat beberapa bulan sebelum SPM melanda.

Kisah kehidupan orang biasa. Tiada pangkat yang melampau, tiada rupa yang melampau cantik dan kacak serta tiada 'bang bang boom' kejadian yang melampau. Klimaks ada, tapi seadanya normal. Tiada kekayaan yang melampau dan tiada konflik yang melampau. Novel yang sederhana, berkisar dalam kehidupan bandar kecil dan kampung yang biasa. Yang pelik, dalam kesederhanaan semua ini, ianya tetap menyentuh hati.

Tiada kata2 romantik atau tingkah laku romantik yang melampau, tapi kita sendiri tersipu senyum bila membaca. Kita cuba nak cari at least satu ayat yang betul2 romantik dan menyentuh jiwa, tapi gagal. Sebab romantik itu adalah total keseluruhan novel.

Anyway, a few points :

1. Tidak dijelaskan hingga ke sudah kenapa ibu bapa yang ada karier profesional dan berpendidikan tinggi, memaksa anaknya yang hampir menduduki SPM kawen? Alasan kerana tiada siapa menjaga ketika di Mekah, sangat lemah. Seolah2 menyembunyikan alasan sebenar yang lebih kukuh. Ada jer cara lain kalau nak ikutkan. Kita mengharapkan akhirnya terbongkar rahsia yang UH tu dah pernah suarakan hasrat pada keluarga untuk meminang Alisa ke, atau mereka sebenarnya dah bertunang dari kecil ke, atau memang keluarga mereka dah dapat membaca kocak hati pasangan ini. Sayang.... tiada.


2. Watak atok mereka berdua iaitu Tok Dollah tidak dihighlightkan. Sayangnya... Sebab itu antara watak penting. At least berilah setengah babak dalam novel nie untuk Tok Dollah pun dah cukup. Rasa macam makan ulam, tak ada sambal belacan.


3. Alisa asyik risau kalau sekolah tahu dia dah kahwin, nanti kena buang sekolah. Memang kena buang ekk?




A few comments dengan watak utama.

Alisa :
- Seorang anak tunggal yang manja tapi tidak spoiled.
- Terlalu muda and memang sesuai dengan keadaan kahwin paksa nie.
- Tak pernah jatuh cinta. Mungkin dia tak perlukannya sebab kasih sayang sentiasa melimpah ruah untuknya dari setiap sudut.
- Seorang pelajar sekolah yang normal, hang outs dengan kawan2, tidak memilih, namun baik hati, fokus pada pelajaran, yakin dengan diri sendiri dan mempunyai azam untuk mencapai cita2 yang setinggi langit.
- Tidak matang, tapi bersedia untuk sentiasa mempelajari.
- Sedikit nakal, tetapi agama, pelajaran, ibu bapa dan suami tetap di utamakan.


Untuk watak Ustaz Hafiz nie, kita ada berbagai kemusykilan. Mungkin next time penulis harus extra careful sebab kadang2 fakta2 yang tersimpang nie agak mengganggu pembacaan.

Yang mengganggu :
- Umur Ustaz Hafiz. Masa berkahwin, umurnya 25 tahun dan diceritakan telah 2 tahun menjadi ustaz. Maksudnya, umur 23 tahun? Sepanjang pengetahuan kita, paling cepat pelajar UIA graduate adalah pada umur 23 tahun. Untuk menjadi seorang guru di sekolah kerajaan, harus sekurang2nya ada Diploma Pendidikan, tambahan lagi nak mengajar menengah atas. So, terima ijazah umur 23, masuk maktab untuk Diploma Perguruan 2 tahun (dah umur 25 dah), tambah lagi pengalaman mengajar 2 tahun : sepatutnya umur dia 27 tahun.

- Masa majlis perkahwinan mereka, rakan2 Ustaz Hafiz datang dan berbual. Berbual sambil menggunakan kata ganti diri bahasa Arab sesama mereka. ana, Anti, Antum dan sebagainya. Tapi sayangnya, pelajar UIA biasanya tak berkomunikasi begini. Mereka berbual sama seperti kita di Malaysia. (Owh, my ex was in Islamic Revealed Knowledge from UIA...opps!). And kita ada kawan2 yang graduate dalam kursus Bahasa Arab di UIA dan bergaul dengan mereka. That's why kita pasti. Biasanya golongan yang berbual seperti Ust. Hafiz dan kawan2 dalam novel ni, lulusan dari Mesir atau Jordan, bukannya dari Malaysia.

- Tapi, attitude, sikap dan sifat pembawaan diri Ust Hafiz memang reflects graduan UIA secara general.

Ustaz Hafiz :
- Seorang lelaki yang handsome, nakal, yakin dengan diri sendiri, begitu menyayangi keluarganya, seorang yang sangat pengasih, romantik, penyabar, sangat bertanggungjawab dan melindungi, bijak, ikhlas tapi cemburu dengan cinta. Sangat ideal sebagai seorang suami, kekasih dan khalifah.

- Penulis iaitu Hannah Dhaniyah berjaya highlightkan peranan seorang suami mengikut landasan sebenar dalam Islam. Ust. Hafiz sering memasak, mengemas rumah, bantu menjaga anak, mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Sama-sama memikul tugasan di rumah kerana itu semuanya bukanlah hak hakiki seorang isteri.

Sayangnya...

Yang sering di propagandakan dalam masyarakat Melayu ialah isteri harus basuh baju, jaga anak, masak, mop lantai rumah, didik anak, jaga rumah dan hias diri. Sebab? Sebab suaminya penat mencari nafkah keluarga di luar. Astaghfirullah... Isteri bukannya robot. Maaf, banyak yang perlu dikupas, Insyaallah kita akan cuba buat satu entry khas.

Cuma, dalam novel ni, Hafiz dan Alisa sama2 belajar mengendalikan rumah tangga. Itu yang sepatutnya dan itu yang di ajar dalam Islam. Silalah bandingkan sunnah Rasulullah s.a.w. dalam menjalani hidup berumahtangga. Ada dalilnya, ada nas nya. Jangan bebankan wanita Melayu dengan perkara tradisi. Islam bukannya tradisi. Islam itu agama.

Ok, dah melalut. Sambung yer...

- Sebagai seorang suami, Ust Hafiz sangat bersabar dengan isteri mudanya. Mendidik dengan lemah lembut. Tidak memaksa, tapi guna pendekatan psikologi yang lebih halus. Tidak mengkritik, tidak menghina tapi cuba twistkan negative ke arah positive. Ini yang sepatutnya di contohi oleh suami2 di luar sana.

- Ust Hafiz tak skema langsung. Dia buat jokes, bergurau dengan isterinya secara berperingkat, menjadi pendengar yang setia, buat surprises dan sentiasa menyiram kasih sayang mereka agar terus subur.

- Sangat taat pada ibu bapa dan ibu bapa mertuanya. Inilah yang sepatutnya. Bila berkahwin, ibu bapa pasangan kita berada di tahap yang sama dengan ibu bapa kita. Jadi, berlaku adil lah dengan mereka semua seperti mana yang ditonjolkan oleh Ust. Hafiz.

- Walaupun dia ada seorang yang mudah cemburu, tapi selalunya dia akan cuba rasionalkan. Tanya, berkomunikasi dan jernihkan apa yang keruh.

- Kalau dia marah, dia tak pernah tengking, atau tinggikan suara. Sebaliknya akan merajuk, diam dan tenangkan hati sebelum berbicara dengan isterinya. Kenapa dia marah, apa yang tak betul, nasihatkan apa yang sepatutnya dan berikan penyelesaian.

Kalau kita semua seperti pasangan ini, Insyaallah bahagia.




Ada satu favourite quote :
" Jadi, kalau rasa nak disayangi, kita kejarlah cinta Allah terlebih dulu kerana Allah yang memegang hati hamba-hambanya untuk mencintai kita " - Ustaz Hafiz



Kita amat galakkan semua orang untuk membaca novel ini. Kalau pun tak membeli, cubalah cari jalan untuk membacanya sebab banyak yang akan anda pelajari.

Selamat membaca.

6 thoughts..

Unknown berkata...

menarik la...& suke sgt quote tu....
:)

Dr K berkata...

Ni kali kedua saya baca blog yg bercerita tentang novel ni...hmmm..saya nak cari lah buku ni

Izwa Kamaruddin berkata...

Best jugakkn sekali sekala layan novel :)

Unknown berkata...

byknye komen dlm cite ni

tapi best la

byw akk sy y slalu join usrah pon mmg ske gune ana enti. dorng duk unisel je pon

Aziela berkata...

Mira : Mendalam kan...

Daddy Ziyad : Kak Azie Azah kan, Doc?

Mrs Eady : Err, akak selaluuu kot. Heehehhehehe

Iffah : Banyak kan. Maybe zaman akak dah ketinggalan kot. Tapi bila tanya yg baru grads pun, rasanya sama jawapan. Maybe segelintir kot adalah kot Iffah. Unisel ekk?

Unknown berkata...

detail sungguh akak review.. sayangnya saya kesuntukan masa nak melayan novel buat masa ni.. insya allah mana tau masa depan saya boleh layan nanti saya refer kat akak yg mana best..