Pengalaman Pahit di Hotel Kuala Terengganu

9 comments
Assalamualaikum.....


Dalam beberapa posting yang lepas, kita pernah mention tentang sebuah hotel di KT yang memberikan kita dan keluarga pengalaman pahit.

Dalam bulan Jun atau Julai yang lepas, salah satu weekendnya, mommy dan Ain, SIL kita ikut kita balik ke Kuantan. Hubby plan nak ajak diorang semua jalan2 di KT. So, kita call dan booking bilik siap2 dgn hotel nie. Supaya mudah, tak perlu mencari2 lagi.

Tiba di KT dah midnite sbb hubby habis kerja agak lewat malam tu. Kami pun terus menuju ke hotel yang memang terkenal terutama di kalangan kakitangan kerajaan.

Kita ambil 2 family room. Satu bilik ada 2 katil queen size. Harganya masa tu dalam RM200 satu malam. Bila kami tiba, semuanya ok, tapi keadaan lobby dah nampak uzur sangat. Tak taulah kenapa macam x berbela.

Nak masuk bilik, rupa2nya bilik kami di tingkat 3. Atas sekali. TAK ADA LIF... So, panjat tangga yang kecil dan sempit dan gelap. Ok..sabar lagi. Banyak pula tu barang sebab ada bawak bekal makanan.

Masuk jer bilik, MasyaAllah...bau nyer masamm sangat. Seolah2 bilik tu basah dan tak kering sepenuhnya berhari2. Masuk toilet... Tandas awam Gemas yang kita cerita kat SINI pun berpuluh kali bersih dari tandasnya. Geli sangat nak masuk sbb berdaki sana sini. Bayangkanlah toilet bowl tu pun berkerak2 kesan air yang kuning2 tu. Nampak sgt housekeepingnya basuh lebih kurang..mungkin x berus pun selama nie. Hubby dah mula rasa x sedap... Ajak tukar hotel. Tp mommy x nak sbb dah penat. Mommy kata satu malam jer.

Elok2 kami tgh makan bekalan, tiba2 gelap gelita! BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUSS??!!!!!
DI HOTEL...??????

Tak pernah langsunggggg terjadi perkara mcm nie di hotel. Hello..ini bukan rumah tumpangan, ok. Ini hotel..!!

Semua guest keluar dari bilik. Dgr anak2 kecil nangis2. Tiada announcement atau petugas yang datang berikan maklumat dan sebagainya. Hubby dah x sabar...dia turun tanya kat kaunter. Org kaunter kata nak kena tunggu chargeman dia sampai lagi 10 minit.... Ada masalah. Kami semua dah kepanasan..ketakutan dan diselubungi nyamuk! Lepas 10 minit, hubby call...soh kita siap2....nak tukar hotel. X tahan dah rasanya. Kita pun melompat keluar bilik dgn mommy dan semua...tarik beg..angkat segala barang...

Kami demand semua duit dipulangkan... Budak reception tu dah tak boleh nak kata apa. Dia serahkan semula semua duit kami.

Syukurlah kami jumpa hotel lain yang lebih selesa, baru dan macam2 lebih baiklah dari yg tadi. Memang kita blacklist terus hotel tu dan rangkaiannya seluruh Malaysia.

Antara kesilapan BESAR hotel itu ialah...

1. Sepatutnya setiap hotel mesti ada back-up power sekiranya terjadi gangguan bekalan elektrik. Tapi hotel ini jelas dan nyata : TIADA!
2. Sepatutnya dia harus ada 1 team electrician yang standby DI HOTEL 24/7, bukannya DI RUMAH!
3. Sekiranya gagal dalam melaksanakan dua perkara di atas, mereka harus ada back-up actions plan. Contohnya, menghantar staff dari bilik ke bilik untuk pemberitahuan dan apologize. PR dan communication sangat penting dalam hospital industry.
4. Mesti tunjukkan kekesalan dan cuba membantu sedaya upaya untuk memberikan keyakinan pada pelanggan. Sebagai contoh, boleh ajak semua orang berkumpul di satu kawasan dan sediakan lampu. Sediakan petugas di semua laluan bersama lampu agar tiada kecederaan berlaku. Ini, kitorang turun tangga pakai lampu hp jer.....
5. Tiada langsung kata2 maaf daripada pihak management hotel. What a BAD hotel...!

So, berhati2lah memilih hotel. Jangan nampak gah di internet, hakikat sebenar, mcm rumah berhantu. (apa punya pesanan daaa...)

9 thoughts..

RamRamCute berkata...

hahahhah.....cantik sungguh pesanan penaja kat bawah tu eh... :)

Cho Zila berkata...

oh TIDAK ... menakutkan... hotel apakah itu aziela... takut2 terkenakan... memang tak leh tahan bau masam... toilet memang kena elok kot idak tak leh...

Aziela berkata...

Rahmah : Entah mana datangnya ntah...hahahhaha

Aziela berkata...

Cho Zila : Hehehehhe...mesti boleh agak punya. Ada cerita dalam beberapa entry sebelum nie.

DD berkata...

awat tak tanya aku dulu hari tu. btw... aku penah blackout di hotel di kl. oyeh.

Aziela berkata...

DD : Aku x pernah plak imagine hotel blackout dan hotel yang nama ini mcm gini punya teruk... Nyampah betul masa tu..

malaysiancareer berkata...

kebetulan esok nak ker kuala terengganu dan nak menginap disana, harap2 jangan lah kene hotel yang dimaksudkan

Aziela berkata...

malaysiancareer : Cuba elakkan hotel yang dah lama. Di KT ada banyak hotel2 baru. Walaupun x glemer, namun yang penting memuaskan hati.

herm..diri ini yg lemah berkata...

apa nama hotel tu???
walaupun sy duk kuala terengganu, saya tak tahu pape pun pasal ni..
alang_firah90@yahoo.com