Jelajah Johor : Kuantan ke Mersing

4 comments
Assalamualaikum.....

Ini adalah masa weekend terakhir sebelum hubby mula bekerja semula. Alhamdulillah, hubby telah di sahkan sihat dan fit to work semula. Cuma... kalau hubby x berhati2, atau x er..err  reduce weight, maybe another 1 year time kena jumpa doctor tu semula untuk replace tulang yg dah rosak tu dengan titanium.

Ada perbualan yang agak kelakar dengan doctor masa tu. Kita tanya doc tu, people say kalau ada besi dalam badan, nanti hujan, guruh, kilat kita rasa sengal dan ngilu. Betul ke? Doctor tu punyaaalah gelak bila dengar soalan tu. Heheheh, tak rupanya. Mitos jer rupanya yer. So, basically it's psychology lah yer...

Onemore question : Kalau hubby pass by metal detector kat airport tu, nanti benda tu bunyi2 tak? Satu airport pandang, silap aribulan kena strip down plak. Puuunnn doctor tu gelak mcm nak rak. Dia kata memang akan bunyi, tapi they'll know it's inside the body. Should be no problem.

Ok..clear.

After that, dengan senang hati nak balik ke Melaka. Spend time with family before tenggelam semula dalam kerja2 yang menimbun.

Saja bawa Adam ikut jalan pantai. Dari Kuantan, masuk Sg Soi, ikut Cherok Paloh and tembus ke Pekan. Teruskan sampai Nenasi sebab Adam x pernah lalu perkampungan nelayan tu waktu siang. Bagi dia new experience tentang fishermen's life. Singgah di warung tepi kuala Nenasi tu seperti dulu and lunch kat situ.

Bukti Adam ada di Nenasi


Repeat order nasi goreng kampung yang malatops...

Seterusnya, lepas Nenasi, dah jumpa simpang ke Muadzam. Discuss dalam kereta, since tak ada plan apa2 weekend tu, kami decide untuk bawa Adam tour. Kebetulan malam pagi tu Adam siapkan homework sivik dia dan sibuk bertanya jawapan beberapa tempat tarikan Malaysia di negeri mana. So, sekadar untuk refresh. Mungkin masa kami bawa dia dulu, dia kecik lagi, tak boleh nak ingat.

Kami teruskan ke Rompin. Lalu pekan Rompin dan berpandukan kepada signboard dan GPS Papago hubby, kami tiba di Kuala Rompin. Sekadar survey kawasan memancing untuk hubby. Akhirnya kami tiba di Jeti Kg Bernas, Kuala Rompin.



Air surut masa nie, tapi port agak sesuai untuk kaki pancing. At least kami boleh temankan hubby bila2 nanti. Lepas puas menikmati angin laut, kami nak teruskan perjalanan ke Mersing. Tapi, baru gerak dari jeti tu beberapa kilometer, dah jumpa sekumpulan kaki pancing di tebing sungai. Berhenti lagi...





Tak taulah apa nama tempat nie. Tapi seronok agaknya berkelah sebab pokok besar tu memang redup jer bawahnya. Cuma, ikan kecik2 lah. Setakat ikan2 kuala seperti biasa contohnya gelama. Tapi, orang2 tu inform hubby masa borak2 tu. Kalau malam2 agak bahaya sebab 'keras' katanya. Diorang kata, pokok yg ada pun, pokok kayu ara.. memang kesukaan jin bertandang. Ishh, ada pula kan? Keraslah malam sebab kalau dahan jatuh, x nampak. kena kepala, kan susah... Lagipun jauh daripada penempatan. Kalau jatuh tebing ke, susah nak minta bantuan.

Anyway, kami terus ke Mersing. Dari tadi, x sampai2 ke Mersing kan.

Tiba di Mersing sejam kemudian. Selamat makan mee rebus dalam hujan renyai2 nanti. Terlupa nak ambik gambar. Kemudian, kami pergi beli ikan bilis pula sebab di Mersing, ikan bilisnya semua segar2 dan cantik2. Beli untuk mak dan mommy sekali.

Lepas berlari2 anak dalam hujan renyai memburu ikan bilis, tiba2 kami come out dengan idea baru pula.







bersambung......




Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 thoughts..

ummiross berkata...

seronoknya jelajah Johor, banyak tempat yang ummi tak pernah sampai lagi tu Aziela..

Unknown berkata...

cntik pemandangannya

bile bace kan kak, rase nk jelajah dunia haha

Unknown berkata...

semoga suami akak cepat sembuh.. kalau nak jaga kesihatan + cepat sembuh ada baiknya jugak kalau husband akak buat all plant diet.. doktor dengan dietician yang saya jumpa suggestkan diet ni.. insya allah ok..

Kancil 8349 berkata...

mersing...tempat kancil perkhemahan unit beruniform guru2 pelatih dan BIG