Selasa, 23 Oktober 2012

Dah Kemekkan Kereta Orang, Nak Lari Pulak..?!

Assalamualaikum.....

Entry nie tanpa gambar. Last Sunday, kita dengan hubby serta adik n adik ipar ada rombongan ke Nilai. Memula nak cari baju ladies kat Nilai Square. Dah x jumpa apa yg di cari, bergegas pula ke Nilai 3 sebab hubby nak shopping pasu bunga pula. Dah almost 9 malam, tapi kami try juga la pergi. Manalah tahu kalau ada lagi kedai yang buka.

Lepas window shops dari dalam kereta, kami berhenti makan dulu.

Adalah kedai tomyam kat tengah2 Nilai 3 tu. Kami masuk dan order goreng2 jer. Takder mood nak makan beria sangat.

kedai tu ada parking space yang luas, tapi sebab dah malam, lengang jerla. Hanya ada dalam 4-5 buah kereta jer, termasuk sebuah Lepat putih.

Dalam kedai pun ada a few group customer jer. Salah satunya ialah group besar yang terdiri daripada lelaki semuanya. Mostly young men, kecuali 1-2 org nampak matang sikit.

Tak lama kemudian, mereka bangun dan masuk kereta. Tapi, masa dia reverse, GEDEGANGG!! Dia sudah langgar ada satu Viva kaler oren kat belakang dia. Padahal Viva tu parking jauh jer dari Lepat tu.
Semua senyap. Kami di dalam kedai terpandang2 sesama sendiri. Siapa punya kereta? Semua terpinga2.
Penghuni Lepat pun senyap. Diam di dalam Lepat.

Kemudian, seorang lelaki dari meja sebelah bangun sambil pimpin tangan anak kecilnya.

Pemandu Lepat pun keluar, serta beberapa orang lagi. Mereka jenguk2 belakang kereta.

Lelaki yang keluar tadi, menghala ke Lepat, tapi kemudian melencong ke tempat lain pula. Aikk..? Siapa punya kereta? Kami tertanya2 lagi. Sekumpulan anak2 bujang tempatan pun ada lepak di meja belakang kami sambil mula tertanya2.

Tapi, x ada siapa yang claim, pemandu Lepat pun terus blah. Aik..? Blah jer?

Tanyalah orang dalam kedai, siapa punya kereta?
Tanyalah tokei kedai, macam mana nak buat?
Tunggulah kejap kot2 tuan kereta sampai....

Tapi tak pun. Semua naik Lepat dan terus cabut. Hubby dah mula panas. Kesian tengok bumper Viva tu dah terperosok jauh ke dalam.

Budak2 bujang meja belakang pun dah mula berdesir kepanasan sebab pemandu Lepat yg kurang hajor tu.

Lelaki yang keluar kedai sambil pimpin anak kecilnya tiba semula ke kedai. Tapi, tengok dia singgah ke Viva dan tengok bumper yang dah kemek tu. Aik..dia punya ke?

Bila dia lalu meja kami, hubby pun tegur. Dia kata kereta dia. Aduhhh...bukan main kecoh lagi kami dalam kedai.

Tadi tak perasan ke?
Lepat putih tadi yang langgar
Takkan tak dengar kami bising2 tadi? Meja sebelah jer pon..
...dan macam2 lagi.

Hubby beri no. plate Lepat tu. Tiba2, anak muda di meja belakang jerit. "Itu...itu Lepat tu! Kat depan kedai seberang jalan tu."

Cepat2 owner Viva dan rakan lelakinya masuk kereta dan terus ke Lepat. Anak2 muda di meja belakang semua bangun dan berjemaah motor ke tempat Lepat.

Syukur... Dari situ, pandai2lah mereka bincang.

Kami drop by juga. Hubby nak advise, kalau Lepat tak nak bekerjasama, buat police report jer. Boleh clain insuran Lepat. Saksi ramai. Tapi katanya Lepat nak settle kat situ.

Itulah Lepat. Jangan ingat anda besar, suka2 nak kemekkan yang kecik. Tolonglah bertanggungjawab. Memang kita semua ada buat mistake kan, walaupun x minta.

Tapi, sebab insiden itu, yang di dalam kedai yang pada asalnya strangers, terus jadi seperti seberkas lidi. Tak senang nak patahkan.







12 thoughts..:

:: Mrs.Eady :: berkata...

hurmm...

aku HaniAsyira berkata...

semua panas hati tgk kan lepat nak blah mcm tuh.. yg owner dia mang tak perasan eih??

Abil Fikri Ahmad berkata...

cewahh,,ada cita cm KL Gengster tak masa bincang2 tu..!? hehehee

Daddy Ziyyad berkata...

nasib baik ramai saksi kejadian...

moga moga viva oren tu dapat keadilan

Lulu Caldina berkata...

tak baik..

Aziela berkata...

Izwa : Hati dah kat rumah yer darling..?

HaniAsyira : Owner dia boleh kan x perasan, padahal dia dah dekat sangat dengan kereta dia..

Abil Fikri : Macamm ada laa sikit..hehehehehhe

Daddy Ziyad : InsyaAllah.

Misz Mieza berkata...

Hadoiyai, kecoh jugak tu.. Hampeh tol si Lepat tu, dah langgar buat2 tak reti plak nak tanya keta sape..

Deqla manjew berkata...

haha...agak2 yg langgar viva tu buat muka x bersalah ye x? ish2.. kalo kak nk tau la kan.. viva ni mmg x elok..cpt sgt kemek even kena langgar sikit je pun apatah lg langgar smpai gedegang mcm tu kan..hubby deqla pakar bab keta2 ni..tu yg dia tau...camne pun xkan beli keta viva..ngee...

Hazmin Hamudin berkata...

Ingatkan kereta apa la lepat tu.. Hehe.. Lambat pulak nak fahamnya.. Kereta besar,tapi terus cabut macam tu je. Nasib la dia ada lagi dekat area2 situ.

Aziela berkata...

Misz Mieza : Tu yg buat geram tu

Deqla : Ooo...akak baruuu tau.

Hazmin : Heheheh, kami kat opis gelar Lepat jer..

suryana maarof berkata...

Alaa..kite pkai viva..tu je yg mampu..hu..hu

suryana maarof berkata...

Kite pun pkai viva je..tu je yg mmpu..hu..hu

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink