Pengalaman Menuntut : Bermulanya Langkah

6 comments
Assalamualaikum.....

Rasanya, nak selitkan cerita tentang sambungan perkembangan diri kita sejak zaman sekolah. Perlu sedikit peringatan sekali sekala tentang bagaimana kita sampai di sini sekarang.

Selepas tamat sekolah, habis SPM, jadi guru ganti dan suri rumah sepenuh masa, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita di tawarkan ke pusat matrikulasi. Masa zaman tu, matriks adalah mengikut universiti. Bukan matriks bersepadu seperti sekarang. Meaning, kalau masuk matriks UiTM misalnya, secara automatik kita akan tamatkan ijazah di UiTM juga. Contohhhh jer, sebab masa tu UiTM tak ada matriks pun. Nak masuk UiTM, sama ada kena ada STPM ataupun buat diploma dulu. Kalau x silap lah...

Anyway, bila dah menjejakkan kaki di matriks, satu agi pengalaman baru.

Of course ada rakan2 sekolah yang sama2 dapat di matriks tu. Tapi di sebabkan kami dapat bilik dan asrama yang berlainan, maka pergaulan kami harus diperluaskan dengan rakan2 baru yang lain.

Tak tahu kenapa, tapi rasa lebih bahagia di sini. Tapi, 1st year masuk, dah di lantih jadi Naqibah untuk usrah group. Aduhh, beratnya.. Bukan tugasan tu yg berat, tapi nak mendidik diri setara dengan jawatan tu yang berat. Sedar yang kita masih belum layak untuk jadi pemimpin muslimah lagi, kita mohon letak jawatan. Walaupun berkali2 ditolak permohonan, akhirnya mereka akur setelah kita berkeras. Maaf, belum bersedia. Masih dalam lautan yang nak diduga sedangkan kail hanya sejengkal.

Banyak dugaan yang datang pada waktu nie. Menyesuaikan diri dengan syllabus pelajaran dan jadual yang berbeza. Persahabatan yang sangat dihargai sehingga sekarang dan kita pula diuji dengan masalah peribadi sehingga jatuh sakit. Kasihan mak dan ayah. Turut sama susah hati, bawa kita ke sana dan kesini untuk mendapatkan rawatan. Sehingga ke tahap ustaz yang mengajar kita syariah masa di sekolah turut campur tangan untuk kami teruskan berjuang mendapatkan rawatan.

Setelah setahun usaha mak dan ayah, Alhamdulillah akhirnya kita sembuh. Antara pengalaman yang paling pedih, pahit dan hitam dalam sejarah hidup kita. Walaupun orang yang terlibat tidak memohon maaf dari kita, tapi kita maafkan mereka. Semoga mereka berbahagia hingga ke syurga. Cuma, rasa ralat dan rawan dalam hati tetap melekat. Hanya kerana sayangnya kita kepada mereka semua.

Tahun ke-2 matriks, selepas sembuh dari sakit, kita bangkit kembali. Tinggalkan sejarah itu, tutup semua keperitan dan mula membina semula diri yang baru hendak tegak. Kita dapat masuk jadi AJK untuk minggu silaturrahim pelajar2 baru. Dah seniorlah katakan...ye tak? Seronok sangat, sebab kita jadi AJK Welfare. Suka tau, manja2kan orang sakit. Dan semuanya berakhir dengan baik, dan kita gembira.

Alhamdulillah...


Gambar blurr sangat. Tapi itu jer yang dapat kita snap dari album. Heheheehe. Kita diri sebelah kiri yang tinggi tu. Sedang memeluk first aid kit. Memang kemana2 kena bawa. Nyawa kami first aid nie. Sampai sekarang, apa2 saja function, memang kita sukaa sangat dengan first aid.

Lepas dari ini, kita takut2 berani join program lain. Apa itu? Nantilah next entry yer...


Oh, kalau nak baca yang lepas2, boleh klik link kat bawah nie...

1. http://therainbowjourney.blogspot.com/2012/10/terjumpa-kenangan-zaman-sekolah.html

2. http://therainbowjourney.blogspot.com/2012/10/kenakalan-zaman-sekolah-bawah-katil.html

3. http://therainbowjourney.blogspot.com/2012/10/kenangan-zaman-sekolah-locker-kain-baju.html

4. http://therainbowjourney.blogspot.com/2012/10/lipatan-hidup-kesan-psikologi-zaman.html

5. http://therainbowjourney.blogspot.com/2012/10/lipatan-hidup-perkembangan-psikologi.html


Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 thoughts..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

kenangan adakalanya pahit untuk ditelan tapi lama2 akan terasa manisnya kerana ia mematangkan kita, kannn

ummiross berkata...

Aziela...seronokkan zaman belajar dulu.

Selamat hari raya Aidil Adha buat Azila sekeluarga.

Unknown berkata...

nice entry kak..tetibe teringat juga zaman skolah dulu...sweet momment..!!

aku HaniAsyira berkata...

mesti asyik terimbau je kan.. selamat sembuh dan baguslah doakan yg terbaik untuk org buat tuh

Unknown berkata...

pada saya sebenarnya kemaafan tu bukan saja untuk kita bagi maaf kat dia..tapi utk diri kita jugak.. tak guna kita dendam dan taknak maafkan pun..

Aziela berkata...

Sari Yusa : Tak ada choice, kena harung juga. Memang ada hikmahnya

ummiross : Terima kasih Ummi

Deqla : untuk penawar duka..

HaniAsyira: Rezeki Allah. Bukan hak kita untuk menghukum.

Rai : Exactly. Tapi susahnya nak lepaskan diri dari berbagai soalan tu. Akhirnya, kemaafan saja yang boleh bebaskan kita.