Jumaat, 12 Oktober 2012

Sagu Gumpal

Assalamualaikum.....

Sagu gumpal


Ok, pencahayaan yang tidak sesuai langsung... Jadilah sagu gumpal tu terlindung di bawah bayangan mangkuk..

Anyway, ada sesiapa pernah makan dan mesti ramai yang tak pernah makan kan? Hehehehhe.

Ini adalah manisan dari negeri pantai timur. Terengganu rasanya.

Anyway, masa di Kuantan itu hari, tiba2 nampak ada gerai jual kuih nie berisi satu bekas besar kuah santan yang ada ketulan2 dalamnya. Hubby kata dia teringin nak makan badak berendam tu. Dah lama tak makan. So, berhentilah.

Dengan penuh confident, kita mintak RM2.00. Asing plastik singgit2. Sekali bila makcik tu cedok, baru perasan lain pula rupa badak berendam nie. Tanya kat makcik tu, apa ke bendanya nie. Makcik tu kata sagu gumpal.

Ok, dah order, dah kuar duit, makcik tu dah cedok pun, takkan nak kensel pulak. Anyway, bolehlah juga try food baru.

Bila sampai di rumah, hubby langsung tak nak. Adam pun cuakk jer. Kita la yg first rasa.

Bila makan, eh sedap. Sagu tu memanglah tawar, tapi bila di makan sekali dengan kuah santan yang lemak2 dan manis2 buah tu, rasa sedapp pula. Ada elemen surprise. Rupanya, dalam gumpalan sagu tu, ada inti kacang hijau.

Bayangkan...

Rasa sagu tawar tetapi bertekstur macam liat tapi lembut tu di makan dengan kuah santan yang lemak dengan rasa manis2 buah dan diserap oleh sagu2 tu. Dalam pada mengunyah, tiba2 kunyah pula inti kacang hijau  tu..

Perghh....sedapp...

Adam makan sikit dulu, kita suap. Lama2 dia habiskan lagi 2 biji.

Lagi singgit tu sempat bawak balik PD. Family kat PD pun x pernah rasa and diorang pun kata sedap. Tak pernah jumpa juga kuih nie kata mereka.

Ada lagi manisan pantai timur yang kita nak sharekan. Maklumlah, kami nie org selatan, so macam jakunlah sikit...



5 thoughts..:

Rai Ourkizuna berkata...

suami saya orang kelantan..so agak2 tau jugak lah sagu ni..bulan puasa aritu baru makan..

tapi sebagai orang selatan..saya lagi suka kalau intinya tu kelapa macam badak berendam..hehehe..

tapi sedap jugak la kacang tu..

♥ Wina ♥ berkata...

tak pernah makanlah kak..tp mesti sedap!

Nur-nba berkata...

Kak Aziela.. Nur tak pernah makan sagu gumpal ni.. Nampak sedap.. :)

Che Rosliza Che mat berkata...

saya pernah makan sagu gumpal nie...memang sedap..

Daisy Putih berkata...

tau x resepi nk buat badak berendam sagu gumpal ni?

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink