Kita pasti ramai yang dah berkenalan dengan kamera2 AES kan. Samalah...kita pun dah bermesra2 dah dengan kamera2 nie.
Salah satu laluan rutin kita ialah PLUS Highway dari KL menghala ke Selatan sebab nak balik PD atau Melaka. Begitulah juga sebaliknya.
Salah satu kamera yang dipasang ialah sebelum fly over exit ke Kajang dari selatan ke KL.
Gambar2 fresh, kita snap sambil memandu pagi tadi. ( Err, Cik Ros, akak belum belajar lagi nak tepek benda tu kat gambar..uwaaa!)
Di kawasan nie, had laju yang dibenarkan ialah sehingga 90km/j saja.
Untuk pemandu2 yang dah biasa melalui jalan nie, memang dah faham sangat. Daripada Bangi lagi, yang daripada 130km/j tiba2 terus brekkkkkk kereta sampaiiilah kelajuan turun ke 90km/j. So, daripada Bangi lagi, memang berderet lah kereta2 brek sana sini. Hiihhihi.
Tapi, di kawasan kamera nie, semuanya bawak berhemahhh sangat. Macam kambing beratur nak masuk kandang, elokk jer bersusun bumper to bumper bawak antara 60 ke 80km/j. hehehehhe. Even lane kiri sekali pun kosong. Punyalah x nak dekat dengan kamera tu. Kelakarr sangat.
Tapiii, bagi yg tak tahu, memang sedapp jer kilat flash kamera memancar2. Tak pernah lagi kita lalu sini, kamera tu tak berkelip flash nyer. Pasti ada kereta yang laju melintas dia. Dan kita dalam kereta memandang flash tu dengan gelak ketawa. Hehehehhehe..
Bukan gelakkan apa...
Biasanya drivers memang dah tahu area situ strictly 90km/j saja. Even sebelum ada kamera pun, polis2 selalu jer bertenggek bawah flyover tu. Tapi ada sesetengah driver nie memang sangatttt degil. Nak juga mencabar undang2. Ha, hambekk... Glemer kat database JPJ dengan polis kan...
2 hari lepas, ada konvoi kereta2 seangkatan dengan Porsche, Ferrarri, Mazda dan macam2 lagi..dalam 7 buah dan kesemuanya dari Singapore. So, apa kelas kereta sporty dan mahal nak bawa 90km/j kan...? Berdesuppp jer semuanya rempit.
Kamera AES pun apa lagi, flashnya menyala tanpa hentilah....
Dan kita tetap tergelak sorang2 dalam kereta...
19 thoughts..
sape penah kena ...angkat tgn...huhuhu...;)
alamak kena hati2 kalau tak duit melayang
uiks situ aku pernah kena sekali masa mula2 pasang dulu huhuhuh..kejam giler..dah lah takde signboard ckp ada AES mcm dorang ckp nk letak dulu..hampeh tulll
bahaya ni..manalh tau masa tu tgh berangan n memecut...haru....he.he.he....
hahaha!!! kalaulah kite dpt tgk kejadian convoi tu alangkah bestnyer!
skng ni kat mana2 kena berjaga-jaga.. ada yg mermehati...huhuhu
husband saya bawak 90-110 je kat highway kat..kejap2 tengok signboard had laju..hahaha..
dengar khabar, next year baru akan dilaksanakan AES, hopefully betul ler.hehehe
baru start baca pasal kamera AES ni kat blog akak hehe...maklumlah tak sempat nak baca akhbar atau tgk berita sekrang ni hehehe!
Zurina : Kita belum lagi...Na'uzubillah...
MV : Tu yang membrek macam nak rak tu..hihihi
Kumbang Jingga : Dia ada letak signboard, selepas exit Bangi. Tapi jauuuh lagi sebelum kamera tu.
NzA: Memang bahaya kak...
GB : Memang bestttt sangat... hahahahahha
Deqla : Tagline Kiah propa yer dikk..
Rai : Naik letih kan Rai...
Hardy Boy : Kenyataannya dah ada yang terima saman dari AES
Azham : Ada gak untungnya masuk blog akak nie kan...
Tersenyum saya baca entri akak ni.. :)
Catat Ulasan