Wahai Abang Pedas. I Love You, Stupid!

3 comments
Assalamualaikum.....

Ok..jangan panik. Calm down semua. No..no. Tak ada scandal. Ini adalah bahana membaca novel lagi. Tapi novel kali ini, bukan calang2 novel. Sebagaimana tebalnya novel ini, InsyaAllah tebal juga lah pengisiannya. Bukan sekadar hiburan dan kosong semata-mata.

Ini novelnya...



Dah lama cari buku nie. Sejak hari pertama di pasaran lagi. Memang tak sabar2 nak tunggu. Sayangnya, kita tak order dari Karya Seni. Nak ambil feel beli sendiri di bookshop sebab kononnya tak sanggup nak menanti abang adik posmen depan kaunter opis.

Setelah berminggu memburu dan kecewa sebab semuanya dah habis, akhirnya kita paksa hubby ke Popular di Mesra Mall, Kerteh. Ha..hambekk... Sikit punya jauh merantau dari KL semata2 nak memburu buku nie. (Alaa, sambil honeymoon dengan hubby sebab Adam tak ada)

Alhamdulillah, nampak bersusun atas rak. Cepat2 capai dan terus ke kaunter. Tak peduli dah dengan novel lain.

Erm, entry kali ni bukan nak review. Panjang sangat nak review. Sedangkan novel nipis 'Kelapa Nan Sebatang' pun terpaksa ambil 2 tahun untuk menelaahnya, ini kan pula ILUS. Buku teks subjek Sastera dari Form 4 ke Form itu pun boleh menggigil tangan menulis reviewnya dalam SPM. Sampai tangan kiri di angkat ke atas minta kertas tambahan, sedang tangan kanan menulis dengan kepala tunduk ke kertas dan mata fokus dengan jawapan. Kalau nak review ILUS macam tu, harus 2 bulan blog nie penuh dengan ILUS sahaja.

Kenapa?


Sebab terrrlalu banyak pengisian yang ada. Novel cinta. Benar! Tepat sekali. Tapi cinta yang cukup dalam rasanya pada agama, pada negara. Cinta kepada ibu dan bapa serta cinta kepada sahabat yang tidak tergambar. Cinta kepada kekasih? Sungguh tak terucap. Sepanjang 1389 muka surat novel ini, cinta kekasih itu tanpa ucapan, tanpa rayu domba dan tanpa jiwang.

Tapi cantiknya cinta kepada kekasih dalam novel ini ialah melalui tingkah laku dan kata-kata yang berlapik, dengan maksud pandangan yang terjaga tapi penuh beribu maksud yang cuba disampaikan. Penuh teka teki, penuh harapan memohon pengertian.

Abang Pedas memang membawa berbagai karakter lelaki macho dan gagah perkasa bak pahlawan di zaman Rasulullah, sedangkan Iris adalah gadis manja yang kasar tetapi halus jiwanya.

Banyak yang di ajar dalam novel nie. Pengertian jihad dalam konteks yang besar, mendidik hati menilai yang terdampar di depan mata, membelai jiwa dengan tauhid serta peperangan diri dengan hasutan syaitan. Bagaimana nak menangkis, bagaimana nak mendidik, bagaimana nak memandang, bagaimana nak berkata... Ada semuanya.

Abang Pedas memang betul2 buatkan jiwa kita terjelepok jatuh tergolek. Tambah2an lagi dengan pakaian seragamnya dan of course the Ninja! Baru jer kita kongsi dengan ketampanan Ninja kan.. Aduuhh... kibar bendera putih la kalau kita nie Iris. Mujur juga Iris itu kuat, tabah, berdikari, yakin dan bijak. Berjayalah juga dia melangkah halangan daripada tersungkur depan Abang Pedas.

Tapi, semakin kuat mereka terpacak dalam pendirian masing-masing, semakin tenggelam mereka dalam tanah yang seolah2 menyedut mereka ke dasar bumi. Melekat. tak boleh keluar lagi. Lagi meronta lagi dalam masuknya. Yer, macam dalam pasir jerlus.

Alahai...rasa macam kita pula nak menulis novel. Oh... bosan lah pembaca blog nie nanti. Novel 15 tahun lepas pun masih terbengkalai.

Anyway...memang tebal. Beribu muka surat. Namun, percayalah. Ianya sangat2 berbaloi. Silap haribulan, pelaburan untuk persediaan di Padang Mahsyar. Insyaallah.

Penulis, Melur Jelita ialah ilmuwan lulusan Usuluddin dari UM. Berpengalaman luas dalam bidang akademik dan dakwah. Namun sangat bijak menyebarkan ilmu menggunakan medium novel bertemakan cinta.

Novel pertama beliau, Awak Suka Saya Tak, memberikan pembaca pendekatan kepada dakwah yang berbeza. Insyaallah kita akan cuba kongsikan sedikit.

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

3 thoughts..

ija berkata...

assalamualaikum...
novel ni memang best,saya tak sangka boleh terbeli novel ni dan ASST. Orang lain dah lama baca..saya baru je beli.Sanggup saya tak tidur sebab nak bg habis baca.tak pernah2 dibuat sebelum ni.macam2 perasaan bila baca novel ni..agaknya bila Firman mula suka kat Iris?waktu kena saman tu ke?

Melur Jelita berkata...

Assalamualaikum Aziela jelita,
terima kasih...

Delima merah berkata...

4 hari mengambil masa untuk menghabiskan novel ni. Amat menarik . Unsur agama yang digarap oleh penulis amat terkesan di hati pembaca. Bukan sekadar hiburan tapi mampu mendidik . Syabbas kepada melur jelita.