Rabu, 3 Oktober 2012

Rendang Itik Dara

Assalamualaikum.....

Yang sebenarnya, dah berbulan yang lepas kita masak rendang nie. Atas permintaan hubby juga. Memang tak pernah seumur hidup masak rendang itik, tahu makan jer selalunya. So, kali nie, rasa macam nak cuba masak sendiri. Jumpa orang jual itik di Pasar Tani Alor Gajah. Dah siap salai. Bila beli, dia siap potong2kan. Sampai rumah, terus lebur dalam kuali jer. Biasanya itik nie isi dia liat, so kena la rebus dulu. Sebab tu la guna resipi Rendang Ayam Kampung. Konon teksturnya lebih kurang sama.



Tak tahu nak pakai resipi apa. Godek2, kita guna jer resipi Rendang Ayam Kampung di blog Dapur Tanpa Sempadan. Siapa yang tak kenal Mat Gebu kan? Hatta suami2 kita semua pun dah hafal nama Mat Gebu kan.

Outcomenya memang sangat sedap. Cuma silapnya ialah itik kita terlalu lembut sampai ada ketulan yang terlerai. Itik muda rupanya. Salah bajet pula. Pula tu, kulit itik nie, kita tak siat, sebab hubby soh biarkan jer. Maka jadilah minyak dari kulit itik tu berladung dalam kuali. Next time, buang kulit yer. Tak bagus untuk kesihatan.

Aduh, panjangnya bebel. Jom tengok resipi..

Kita memang copy paste dari blog Cik Mat Gebu nie tau. Tak caya, cuba masuk blog tu sendiri...

Rendang Ayam Kampung : Cik Mat Gebu

(Kita tukarkan ke itik)


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung, dikerat sederhana besar, cuci dan toskan
Santan kelapa secukupnya
Air panas, jika perlu
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
1/2 camca besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 camca besar penuh kerisik
2 camce besar cili kisar
1 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna rempah "Baba's")
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
13 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
15 biji cili padi (optional)
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rempah kari dan cili kisar, disatukan bersama bahan2 kisar halus, kacau sebati dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar + rempah kari dan cili kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak dan garing.
  2. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan sehingga ayam tenggelam, masukkan garam secukup rasa. Masak dengan api besar hingga mendidih. Perlahankan api dan renih hingga hampir pekat dan mula empuk.
  3. Masukkan kerisik, daun limua purut, asam gelugor dan gula melaka, kacau rata. Jika ayam masih keras, boleh tambah air panas. Kacau dan terus memasak hingga kering dan ayam lembut.
  4. Bila rendang kelihatan pekat dan kering, masukkan hirisan daun kunyit, kacau rata. Biar masak sekejap, rasa dan jika perlu tambah garam. Boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai. Pastikan rendang anda betul2 sejuk sebelum menutupnya.





Pulak tu, baru2 nie pula ngam2 Cik Mat Gebu masak rendang itik. Resipi dia sedikit lain la. Next time kita nak cuba yang tu pulak.

Yang penting, tak yah rebus dulu kalau nak masak rendah Pn Aziela ooiiii... Isshhh..memandaiiii jer kan.



7 thoughts..:

Rai Ourkizuna berkata...

husband saya kata itik ni kalau tak pandai siang (proses) nanti baunya busuk masa nak makan tu..

saya teringin nak makan itik panggang..tapi ngeri gak..

mak saya buat yg goreng dgn gulai je..

da masak rendang mesti tak liat kan kak..sbb rendang kan masak lama..

Aziela berkata...

Rai : memang betul, sbb tu lah akak beli yang dah siap siang and salai...tinggal lebur jer, heheheheheh. Makan itik panggang memang sedapp sangat. Carilah chinese muslim restaurant, minta Peking Duck.

DAIRI FARISHA berkata...

adeh..tliur tgk hasilnya :) sedap!!! tak pernah makan lagi itik..cm ayam ye..hihi

Mrs Velentine berkata...

wwah rendang itik..sedap wow..minta ble..

Misz Mieza berkata...

Tak pernah rasa rendang itik.. Lepas ni nak try lah! ^_^

Zurina berkata...

rendang itik dara di masak oleh mak dara...;))))))))...nmpak sedap tu...xpenah makan lg rendang itik.

Rahmah Ram Ram berkata...

alahai sodapnya awak..redang ni buatkan saya terliur...tapi kalau bukan itik di gantikan dengan ayam confirm saya sekali hadap aje ...hehehehe Teror lah awak memasak!!

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink