Isnin, 26 Ogos 2013

Maggie Ketam Tok Bali, Kelantan

Assalamualaikum.....


Uish, lama pula rasanya tergendala kisah perjalanan Birthday Adam ni kan. Last entry ialah tentang Nasi Ulam Cikgu tu. So, mari kita sambung.

Selepas shopping sedikit di Bazaar Tok Guru, kami meneruskan perjalanan. Cadangnya nak balik Kuantan jer, tapi tak pasti. So, saja jalan2 sambil meneroka kawasan. Tiba di simpang masuk ke Tok Bali, kami teringin nak lalu lagi. Dulu dah pernah datang, tapi dah nak Maghrib masa tu. Kami pun masa tu berdua jer, tanpa Adam. Cuaca pulak hujan masa tu. Sempat masuk pasar basahnya sekejap dan terus mencari kedai yang menjual maggie ketam. Masuk jer kedai, terus mencurah2 hujan masa tu.

Masa tu, maggie ketam tu langsung tak kick pada pendapat kami. So, agak mengecewakan. So kita memang sengaja tak nak share di sini.

Jadi kali nie, kami bawa Adam. Kami pun tiba agak awal. So, bolehlah jelajah perlahan2. Kami akhirnya tiba di sebuah kedai. Nampak macam ada juga orang yang singgah, berbanding kedai yang dulu tu kosong jer. So, cubalah berhenti.

Adam pula, kebetulan suhu badannya tinggi sedikit. Mungkin terlalu penat dan tak cukup rehat. Kita memang risau kalau dia demam. Dia pun risau kalau dia demam. Suhu dia cepat meningkat kalau tak dipantau. Memang mudahlah kena tahan dalam wad hospital.

So, kita pujuk dia, cuba makan dulu. Lepas tu boleh makan ubat. Panadol jer pun.

Kita nak cuba pulut kukus dan ikan goreng. Dulu cuba dengan ikan bakar, tak menepati selera kita.


Bila dapat dengan ikan goreng, barulah berselera. Boleh makan 2 orang. Memang kita kongsi pun bertiga. Ikan 2 ekor goreng garing, tapi isi ikan moist. Berasap2 lagi sampai. Not bad. Pulutnya lembuttt, cicah dengan kelapa muda parut yang di gaul dengan sedikit garam dan gula. Ada rasa masin dan manis sedikit. Ada pula sepiring kicap cili. Di temani angin yang sepoi2, dan redup petang di bawah bumbung kedai yang damai tu (sangat overrr kan), kita sedap jer menyuap.



Adam dengan hubby pula makan maggie ketam. Alhamdulillah, this time maggie ketamnya lebih baik dari yang dahulu. Dia masak style yang sup. So, makan maggie sup ketam lah. Sup panas2, makan maggienya untuk mengisi perut dan hirup supnya yang sesedap rasa. Bukan sup kosong. Ada rasa macam rempah sikit. Tak pasti rempah apa. Tapi Alhamdulillah, menyegarkan sangat. Kami pun memang dah letih, dengan shopping, travel lagi. Surprisingly, lepas makan sup ketam nie, rasa segar pula.

 Sesuai sangat dengan Adam yang demam sikit. Tapi sebenarnya, sementara menunggu order, kita tarik Adam cepat2 masuk toilet. Suruh dia mandi, basuh kepala dan jirus satu badan. Sebab tu lah rambutnya nampak macam basah sikit.  Harap2 temperature dia turun. Kita minta dia minum air masak lebih2 sikit. Syukurlah memang kita selalu bawa baju spare untuk dia. Tapi baju tu sebenarnya baru beli di Pengkalan Kubor. Dah dia nak pakai, bagi jerlah pakai dulu.



Inilah kedainya. Kak Nur Ikan Bakar. Yang dalam kotak2 merah kuning tu ialah berbagai2 hasil laut untuk dipilih pelanggan sebagai hidangan.


Boleh tahan juga pelanggannya. Silih berganti. Ada juga kumpulan superbike yang singgah di sini. Agaknya Kang Aby dengan geng superbike pernah ke singgah kat sini yer? Itu antara fakta yang mengukuhkan kepastian kami bahawa masakan di kedai nie boleh diterima. Yerlah, superbikers kan tak singgah sebarangan kedai kan...hehehehe. Superbikers yang makan masa kami ada tu pulak semuanya Chinese. Ada yang dari Singapore.

Lepas kenyang dan berehat, kami meneruskan perjalanan. Rancangan kami, nak bermalam di Terengganu, atau terus jer pulang ke Kuantan. Tapi, beberapa kilometer dari kedai tu, kami tertarik dengan sesuatu.


Nanti kita cerita apa yang sesuatu tu yer......


.


18 thoughts..:

Rai Ourkizuna berkata...

tak pernah lagi rasa megi ketam.. kami susah sikit nak try kedai baru.. jenis tak berapa nak adventure bab makanan ni.. haha..

lieyalatif berkata...

sian adam tu kak..nampak muke tak larat tapi mesti lega lepas hirup sup ketam tu kan...kalo demam2 ni hirup sup ke tomyam ke terus rase legaaaa jeee...terase2 asap panas kat telinga.....

kalo rase sedap mmg kite promo n datang lagi kedai tu kan kak...so meniaga tu biar laa betul2 n ikhlas...in sha Allah pelanggan akan cari balik nanti...

Queenie berkata...

sup ketam tu sesuai utk Adam yg tengah demam...sempat mama dia mandikan Adam hahaha...tu la kita, kan? anak2 lebih utama, utk anak2 kepala sentiasa ligat nak atasi segala masalah yg ada...

Fyzal berkata...

baca part makan yang buat lapor tu. tambah-tambah pulak baca entri time waktu tengah hari di kala waktu lunch sedang menghmapiri.

Kakzakie berkata...

Kira maggie ketam tu buat Adam kebahlah sikit ye...

NzA berkata...

Alhamdul7llah demam adam kebah. Risau hati kalau ank2 demam trutama di luar kwsan.

Mamasya berkata...

Salam Syawal Aziela

baru tengok di Fb mee ketam, ni di blog Aziela.dah dpt bygkan kesedapannya itu.

IndaMarya berkata...

memang risau kalau anak demam ditmpat org kan? tapi mee ketam tu nmpak sdap....nak nakkkkkkk...

Azham Vsvc berkata...

jeng jeng jeng....hahaha.....tak pernah try makan ikan goreng dgn pulut kukus...kombinasi yang nampak menarik di situ hehe

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Oh...buat sendiri pun sedap Rai...hehehehehe.

Aziela berkata...

@lieyalatif Memang membantu betul sup ketam tu Lieya. Siap papanya korekkan isi ketam untuk dia lagi. Punyalah manja.

Kadang2 yang tak sedap tu, nak juga akak share, untuk panduan orang lain. Tapi, seboleh mungkin, tak payahlah. Mana tahu by the time orang lain baca, kedai tu dah improve ker kan.. Macam tabur pasir kat periuk diorang plak.

Aziela berkata...

@Queenie Iyalah Kak Q. Bila ada anak, pandai pula solvekan problem.

Aziela berkata...

@Fyzal Saya sendiri baca pun jadi lapor ..hahahaha

Aziela berkata...

@Kakzakie Membantu juga tu kak... tak sangka.

Aziela berkata...

@NzA Betul kak. Kalau anak2 demam di luar kawasan kita, memang risau jadinya.

Aziela berkata...

@Mamasya Salam Syawal Mama. Mama..macam mana keadaan di sana? Di kawasan Mama tu ok tak?

Aziela berkata...

@IndaMarya Ala IM...kalau buat sendiri pun mesti sedap juga. Percayalah..sebab I dah cuba...hehehehehe

Aziela berkata...

@Azham Vsvc Menarik...Cuma akak bukan penggemar pulut sangat2. That's whylah pulut tu terpaksa di kongsi.

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink