Khamis, 15 Ogos 2013

2013 : Raya Hari Kedua

Assalamualaikum.....

Sambungan dari semalam.

Yang menjadikan sampai 4 jam tu sebab 2-2 driver dah tak boleh buka mata. Dah terlalu letih. First stop, di depan 7-E Kuala Sg. Baru pukul 12.30 pagi. Pukul 1.00 pagi hubby take over the wheel..tapi dapat bertahan sampai Petronas Masjid Tanah jer. Rehat (tidur) sejam lebih, baru sambung sampai ke rumah. Pukul 3.00 pagi baru sampai home sweet home.

Hari ni, kami ikut ayah dan mak balik kampung di Kuala Pilah. Kat KP ni, 5 rumah wajib dikunjungi. Tapi yg bestnya kalau ikut mak ayah nie, diorang ziarah express. Takkan ada nak lepak lama2 kat rumah tu semua. Duduk sembang jap, minum dan makan sikit, terus chow. Diorang pun kena rushing balik PD sebab biasanya petang tu, orang di KP nie pula akan turun PD balas kunjungan. So, kena lah sediakan food heavy.



Family potret. Dapat 3 beradik jer. Adik bongsu kita yang kahwin tahun lepas tu dah sarat. Lagi 2-3 minggu, masuk labour roomlah tu. Semoga beliau dan babynya selamat dan sihat. Amiin. Oh, kami semua happy juga sebab tahun nie Yana, adik ke-3 kita concentrate dengan kami. She's back to single. 


Mak, ayah, Pak Lang dan Mak Induk. Ha, kenapa yang perempuan tak dipanggil Mak Lang? Atau kenapa yang lelaki tak dipanggil Pak Induk? Saya masih belum ada jawapan. Ada sesiapa yang tahu?

Di rumah Pak Long. Adam memantau sepupu dan anak buahnya. Oh, Pak Long ni ialah atuk kepada pelakon Raja Farah tu. Tak ada pula dia sebab sibuk dengan program Rasa Halal Orient. Adik beradiknya yang lain jer ada bersama kakak ipar barunya yang sweet sangat tu. 



Then, lepas solat Jumaat, kita 3 beranak gerak ke Beranang pula. Pergi rumah Mak Ngah hubby. Since Ba sakit dan tak kemana2 tahun nie, kamilah yang jadi pengganti. Lama juga di rumah Mak Ngah. Siap makan nasi lauk ayam kampung lagi. Last2, petang tu Mak Ngah 2 kereta dengan familynya ikut kami balik Melaka sebab visit Ba. Ba ialah anak sulong, so Mak Ngah adiknya. Tiba di Melaka almost Maghrib dah. Kita cepat2 minta diri. Pesan kat Mak Ngah suruh singgah rumah nanti. Adam akan tunjuk jalan sebab mereka tak pernah sampai rumah kami. Kita pesan kat Mommy suruh Mommy rehat. Biar mereka dinner kat rumah kita sebab Mommy dah terlalu letih melayan tetamu sepanjang hari.

Sampai jer rumah, kita terus tukar baju dan bersilat macam nak rak di dapur. Hubby pula menvakum, menyapu dan mengemas. Alhamdulillah, sempat siap semuanya. Masak yang simple dan mudah sebab takut tak sempat. Hidangkan nasi putih jer dengan udang masak lemak cili padi campur kacang panjang, ikan merah goreng kunyit biasa dan kobis tumis udang kering. Berselera mereka makan. Seronok kita tengok. Nampak mereka pun tak segan2 menambah berkali2 nasi. Hilang penat kita bersilat tergopoh gapah tu.

Bila mereka dah makan, dah lepak sambil minum air panas dan makan kuih raya, mereka balik pukul 11.00 malam. Kami suami isteri senyum lebar sebab puas hati dapat meraikan tetamu. Terus kami kunci rumah, gerak semula ke rumah Mommy. Kami nak ambil kesempatan nak tanya keadaan Ba pula. Ba memang sangat lemah dan pucat. Lagipun orang datang menziarah tak putus2. So, tak cukup rehat pun menyumbang juga kot.

Sampai rumah....terus kami terbongkang. Esok ada misi lain pula. Lagi hebat... Esok you all datanglah My Rainbow lagi yer. Nanti kita ceritakan. In Sha Allah.





.

24 thoughts..:

aizamia3 berkata...

tak sabar nak tunggu entry tu.. hehehe.. ;)

psstt: jemput datang beraya je kak Ahad ni.. ;)

Wak Gelas™ berkata...

meriah jugak tuuu.,ehHHee

ainnoraini berkata...

aziela, kita ni sekampung laa..sg petai kat mana yee...kg kakain kat situ jugak...

Salmi Khairil berkata...

seronokkan berhari raya dengan ziarah menziarahi kaum keluarga yang masih ada di kg..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

sungguh hebat cete raya Ziela, akak pun rasa mcm nak oencak silat sekali ni..

Rai Ourkizuna berkata...

meriahnya akak beraya.. memang tiap tahun mcm ni ke kak?

Aziela berkata...

@aizamia3 In Sha Allah esok. Tapi, gambar tak clear la dik..

Aziela berkata...

@Wak Gelas™ Padatlah juga kan Wak..

Aziela berkata...

@ainnoraini taman Bukit Emas, kak. Tahun depan kita raya sama2 yer.

Aziela berkata...

@Salmi Khairil Kalau boleh, janganlah putuskan. Kita teruskan supaya anak2 kita pun akan teruskan nanti.

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Hahahahha...silat sungguh2 tu kak...

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Bukan tiap2 tahun Rai. Cuma lately nie jer sebab kononnya akak pun bukan orang yang muda2. Dah masuk peralihan ke golongan yang itu dah. Hehehehehe

aby berkata...

wlupun berjalan/ziarah dan makan2 ..
tp bila masuk malam, terlalu meletihkan juga kan

nea lopah berkata...

Meriahnya..... selamat hari raya aidilfitri. Tak balik kuantan ke? hehehe datanglah beraya ke rumah saya.

Cho Zila berkata...

syioknyer dia beraya ... kalau dapat beraya rumah sedara mara memang seronokler.. tapi famili sebelah mak ngan bapak akak ramai dah takder so anak2 diaorang kebanyakan datang rumah kita beraya ...

IndaMarya berkata...

bestnya beraya merata2.kat KP msti ada masak lomak kan? besan saya org nogori.so masak lemak dh jdi routine dish for them.
anak awak sorang ja Aziela? msti mnja kan? mklum tu la penawar,tu la racun.
you keep well my friend.will read yr nw post soon.cpatla tulis.

che mid berkata...

baca yang ini dah ikut penat, tunggu esok.. tak larat tunggu lama.. cepat update k..

Aziela berkata...

@aby Iyerlah kang. Nak sambung kerja pun x larat. Saya lebih selesa tidur dan berehat dulu sebelum sambung bersilat.

Azham Vsvc berkata...

Tersenyum saya baca istilah bersilat tu....terbayang akak btul2 bersilat sambil memasak kat dapur hehehe....

Semoga ayah akak cepat sembuh insyaallah :)

Aziela berkata...

@nea lopah Terima kasih. Malam nie balik Kuantan, In Sha Allah. Rumah Nea kat mana?

Aziela berkata...

@Cho Zila Jadinya rumah akak ler yang meriah yer...wah..lagi best tu.

Aziela berkata...

@IndaMarya Wow IM, you dah ada besan ke dear? Mak oii..you look so young lah. True, masak lemak memang a must. Laku dengan cepat kalau ada lauk tu. Anak sorang jer setakat nie. Manja juga, but x nak spoil kan dia. So far, bila nampak degree manja tu terlebih, kami cantas secara berjemaah...hahahahha

You take care, ok.

Aziela berkata...

@che mid Bila bersilat sorang2 tanpa pembantu memang lelah sikit jadinya kak..hehehhehe. Satu hari satu entry jer...sebab sibuk sikit. Masuk jer office lepas raya, payroll dah mengejar nak disiapkan..hahahahha

Aziela berkata...

@Azham Vsvc Memang bersilat dik. Sambil defrost ikan, terus basuh beras. Sambil nasi bertenggek, ikan tunggu defrost, dah kopek bawang, siang sayur. Sementara sayur tengah mendidih, kerat kepala udang. Pergh..I was all over the kitchen. Hehehehehe.

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink