Rabu, 14 Ogos 2013

2013 : Raya Hari Pertama

Assalamualaikum.....

Yes, dah ramai mula masuk office nampaknya. Dunia bloggers pun dah mula 'bangun tidur' semalam. Ada warm-up sikit2 la kan....

Kita pun tanpa membuang masa, nak mula bercerita tentang raya tahun ni. Tahun nie turn raya rumah in-law. Pada kami, bila kata turn raya tu maksudnya turn untuk pagi raya. Disebabkan rumah kami di tengah2 antara 2 kampung, so ada turn juga lah.

Tahun nie, kita tak cuti raya. So Rabu lepas kerja baru kita balik rumah. Kita ada order lemang dengan officemate. So, singgah PD hantar lemang mak dan lepas tu balik ke Melaka. Malam tu lepas spring cleaning rumah sendiri, baru pergi rumah Mommy hantar lemang Mommy pula.

Esoknya, kami 3 beranak keluar rumah sama2 untuk ke masjid. This year hubby kata nak solat di masjid baru di Lendu. Alhamdulillah, kami tiba agak awal. So senang dapat parking. Lepas solat, terus ke rumah Mommy. Tengok2, SIL dah siap hidangkan makanan kat depan. Dah tak ada apa nak tolong lagi. Kita dengan hubby every year akan supply paper plate dan paper cup untuk Mommy. Kesian tengok Mommy kelam kabut basuh pinggan. Kami sendiri pun tak larat nak basuh pinggan. Tak sempat kering tangan, asyik basuh pinggan. Bukan tak larat sebab membasuh, tapi tak tahan sakit pinggang. Ketinggian kita dengan sinki dapur Mommy tu tak sepadan. Membongkok separuh badan jadinya. Dahlah memang ada slip disc..aduhai..boleh patah pinggang jadinya.

Anyway, meh tengok makanan dulu. Tahun nie Mommy memasak ala kadar jer sebab Ba sakit. Hati runsing. Oh ya, Ba semakin hari semakin lemah. Makan dah tak lalu. Dah tak berdarah dah stoolnya, cuma diarhea dia masih tak stop lagi. Quite heavy. Lebih kurang berbelas kali ke toilet setiap hari. Intake tak der, output jer yang banyak. Manalah tak lemah jadinya kan. Ulcerative Collitis...memang take time la nak pulih semula kan.


Yang wajib pastilah nasi impit segera cap Nona dengan kuah kacang. Tahun ni kuah kacang Mommy extra sedap. Almost sama macam mak punya dah. 


And of course kuah lodeh. Perghh...Mommy punya kuah lodeh memang the best ever. Sampaikan kalau raya kat PD, kita sangat berharap kuah lodeh masih ada kalau tiba lewat petang di Melaka.

Kari kambing pun wajib. Sebabnya ada certain relatives Mommy yang Chinese tak makan ayam dan daging lembu. So, bila ada kambing, ok lah sikit.

Tahun ni ada korma ayam. Mommy padankan dengan nasi jagung yang yummy.


Andd....no rendang yer tahun nie. Tapi Mommy masak sambal daging yang simple. Untuk hemat selera kita, sambal daging nie lebih berganda2 sedap dari rendang daging...heheheheh. Macam x boleh stop makan. Yang menstopkan kita makan hanyalah bila sedar diri yang kita ada di rumah ibu mertua. Hehehehehe. 

Adam snap. Hubby pakai baju melayu yang Mommy jahitkan.

The iron lady. Mommy. 

Awal2 pagi, Uncle Chin Hock dah datang dengan Auntie Sharon. Datang awal sebab Uncle Chin Hock ada appointment nak main golf, hehehehhe. Sempatlah sakan borak dengan Auntie Sharon sebab next month diorang nak migrate ke Australia dah. Sob..sob...mesti susah nak jumpa dah lepas nie. CNY mesti dah kurang ahli.

Lepas tu, kita pula dah sakit perut yang tak menahan tu. Sebenarnya daripada malam tu lagi dah tak selesa. Makan panadol kaler pink kat 7-E tu pun tak jalan. Raya2 nie, klinik banyak tutup pula. Abis, takkan sebab sakit perut yang 'itu' pun nak gi sepital kan? Dah puas tunggang terbalik duduk sana sini, last2 kita tumpang bilik SIL. Terus cuba tidur. Itupun, tambah makan panadol biasa lagi. Terus hanyut dalam sakit tu. Tak sedar apa dah. Tak nak cakap dengan hubby sebab nampak dia sibuk. Lagipun pagi tu dah bagitau perut sakit.

Tengah hari, bila Pak Andak dan famili datang, hubby try panggil kita. Itupun sebab Pak Andak dan familinya tanya mana kita berkali2. Memang tak boleh bangun. Last2 hubby pimpin kita masuk kereta. Sempatlah salam diorang sekali lalu dengan muka berkerut. Mujur ada satu klinik yang buka. Terus dapat injection sebatang. Lepas tu, tak sampai sejam dah boleh cergas semula.

Lepas Asar, terus balik PD. Jumpa mak ayah. Makan sikit. Terus rushing pergi rumah nenek dan rumah makcik pakcik semua. Selesai ziarah dah pukul 11.00 malam. Terus gerak semula ke Melaka. Tapi memang tak larat betul dah rasanya... Tapi, perjalanan yang sepatutnya tak sampai satu jam, berlarutan jadi 4 jam. Apa yang jadi...? Ha...esoklah kita sambung...hehehehhehe.






.

39 thoughts..:

Qashmere berkata...

Wow sedapnya makanan2 tu .. MERIAH! Selamat Hari Rayaaaaaa!

cik didiey berkata...

wah sedapnya kuah lodeh tu

♥ Wina ♥ berkata...

sedap² belaka makanan di pagi raya :)

NURSHAKIRA ABDUL HALIM berkata...

lapar la..heheee

ainnoraini berkata...

sedapnya makanan tu semua...
kampung kakain melaka jugak di alor gajah..tapi tahun ni balik kg asben bagan serai perak...

Wak Gelas™ berkata...

wak tengok pon sodapp semuanye kakk.,ehHHe

Lynda Che Lah berkata...

meriahnya makanan kak aziela..hehe..

Kakcik berkata...

Makanan tu terutam kuah lodeh sangat mengujakan. :)

Baca cerita sakit Aziela, kakcik pulak yang berkerut2 muka sama...

RamRamCute berkata...

sedapnya makanan ituuuuuu...saya takde kesempatan nak snap2 gambar huhuhu...makan aje sambil layan tetamu dan tidur hehehehe.....sebelum tu ambil gambar keluarga tak sudah...hehehehe

Acik Erna berkata...

dah seminggu raya ni..dah teringin nak mmakan ketupat rendang semula..

aizamia3 berkata...

sangat sedap semua menu tu.. ;)
nasib baik ada klinik bukak time tu kan.. saya pulak ikut sama terasa2 sakitnya :(


psstt: cepat2 sambung entry seterusnya.. tak sabar lak nak tau apa kisahnya..

Cho Zila berkata...

dalam tak banyaktu.. punyalah banyak... meamng penuh perut nak diisi tu... memang super rajinler mak mertua awak...

mama maman aka yana berkata...

Rumah dekat2 boleh la berulang.. hehe.. kami hanya bergilir thn la beraya.. hehe

Aziela berkata...

@Qashmere Huishh...memang sedap2. Next year datang yer...

Aziela berkata...

@cik didieykuah lodeh memang superb

Aziela berkata...

@♥ Wina ♥ Wina punay pun sedap juga... :)

Aziela berkata...

@NURSHAKIRA ABDUL HALIM Akak yg tuan punya entry pun jadi lapar semula..hahahahha

Aziela berkata...

@ainnoraini Tahun depan Kak Ain singgah rumah saya lah pula yer. Saya ada di Sg Petai jer.

Aziela berkata...

@Wak Gelas™ Wak punya mana? Sharelah wakkk...

Aziela berkata...

@Lynda Che Lah Tahun depan, kemeriahan di PD pula yer...hehehehe

Aziela berkata...

@Kakcik Memang best Kakcik. Sakit sama? Ha, hanya yang pernah mengalami jer yang tahu rasanya macam mana, hehehe

Aziela berkata...

@RamRamCute Saya pula yang x ada gambar family...hehehehe

Aziela berkata...

@Acik Erna Acik kan nak buat open house kan..? Hihihihihi

Aziela berkata...

@aizamia3 Esok baru sampai 2nd day raya. Mesti Ina dululah tu..hehehehe

Aziela berkata...

@Cho Zila Anddd...dia masak sorang tau...hehehehhe

Aziela berkata...

@mama maman aka yana Alhamdulillah. Setiap tahun dapat raya dengan 2-2 family.

zouldahan berkata...

Saya dah start kerja semalam.
Tengok gambar kuah lodeh,
teringat masakan emak pulak.
Rasa nak sambung beraya balik...

eray berkata...

tak puas makan lauk raya kali nie...nak je minta ibu repeat buat rendang...huhuh

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/08/susu-khas-bayi-pramatang-100-berkesan.html

aby berkata...

salam aziela ..
hari pertama ..
disajikan juadah mcm tu ..
memang betul2 makan la kan ..

meriah sungguh raya ziela ...

aizamia3 berkata...

psstt: ni link nya..
http://aizamia3.blogspot.com/2013/08/3-syawal-bersama-blogger.html

IndaMarya berkata...

hi kawan, ish best sungguh what yr mommy masak tu, I cn see mcm sedap sgt.adoi no wnder you mkn banyak.bnyknya dishes dia masak kan?
she is still young, no wnder dia kuat lagi kan? I ni bdiri lama pun sakit tapak kaki.lama2 bengkak..
you sakit perut? I pun sama on scnd raya, smpai kena bongkok badan. tdur meniarap sekejap.tiba2 brlari ktandas 3, 4 kali baru lega...
memang I pun besa kena sakit cm tu, kena injection sekali lega trus.tapi masih rasa berbungkam dlm perut kan?
you tk care my friend..

Deqla Manjew berkata...

wahhh byknye menu raya akak.. smuanya nmpk menyelerakan..selmt hari raya kak!

Aziela berkata...

@zouldahan Alahai Doc. Emak Doc kan dekat jer. Petang nie tutup klinik awal, balik minta kuah lodeh yer...hehehehe

Aziela berkata...

@eray Kasi rehat dulu kejap, lepas tu beli bahan2 buat rendang, masuk dapur dengan ibu sama2. Mesti lebih marvelous.

Aziela berkata...

@aby Bukan apa, ramai relative yang datang. Kalau tak masak macam tu, diorang tak berapa seronok pula kan.

Aziela berkata...

@aizamia3 Thank you Ina. Hubby akak suka entry tu. Akak jer yang tersipu2...hahahaha

Aziela berkata...

@IndaMarya Dear, she's not young anymore. She's over 60 dah tau. But she's really a great cook. I can't challenger her. Ever. Yes....lepas injection pun still rasa tak berapa selesa. Hahahahha...kitaaa serupaaaa

Aziela berkata...

@Deqla Manjew Oh..menu kat rumah Mommy memang sedap2.

Azham Vsvc berkata...

Hehehe......oh silap faham....Ba itu adalah father in law akak hehehe....

wah akak time2 raya pun bergerak kesana kemari hehehe....

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink