Isnin, 12 Ogos 2013

Selamat Kembali dari Kampung Halaman. Raya Diteruskan...

Assalamualaikum.....

Hari ni kita dah mula bekerja semula. Alhamdulillah, cukup rupanya sambutan hari raya tanpa tambahan cuti tahunan. Sedang2 elok dan kita puas hati kerana dapat menziarah mana yang perlu dan menerima kunjungan tetamu.

Macam biasa, cerita2 detail hari raya nie, akan di entry kan satu persatu. In sha Allah.

Sebagai warm-up entry, kita ingin mengingatkan kepada pembaca sekalian, sesiapa yang baru nak pulang dari kampung halaman, sediakanlah mental dan fizikal yang cukup. Body memang dah letih, kepala ingat bantal jer. Selain daripada kerana letih berhari raya, sebenarnya pemakanan kita di Malaysia dalam musim perayaan nie pun menyumbang kepada 'keletihan' itu juga. Tapi kalau tak makan, nanti tuan rumah kecil hati pula kan. So, makanlah berpada2.

Kita ingin kongsikan tips dari kita untuk mengatasi kebimbangan anda nak 'merasa' semua juadah hari raya. Setiap kali selepas makan juadah yang anda rasa risau dengan akibatnya seperti contoh yang pasti2 ada kandungan kolesterol yang tinggi ataupun selepas minum minuman berkarbonat dengan banyaknya, cubalah 'balas' semula dengan healthy drink seperti contoh green tea, atau oolong tea atau pun sekadar teh misai kucing. Jenis2 teh nie memang mudah didapati di pasar2 raya. Mini market pun kadang2 ada. Bukan mahal pun. 30 uncang sekotak, ada yang boleh di beli dengan harga RM8.00 saja. Teh2 kesihatan ini, memang telah terbukti dapat membantu organ badan kita sedikit sebanyak. Cuma, orang2 kita nie jarang nak minum teh2 ni sebab tawar. Orang N9 kata, tawar beleser. Tapi, kalau cuba sedikit2, In sha Allah anda boleh terima. Motivasikan diri, teh ini baik untuk kesihatan.

Tak perlu minum banyak. Satu hari, satu cawan pun cukup. Kita cuma nak bantu organ dalaman untuk bekerja memproses dan mencernakan juadah2 yang setahun sekali di makan tu jer kan. Sebab tu lah, kita dan Mommy, akan sediakan teh2 ini untuk tetamu. Macam kita, kita siapkan dalam thermos, jadi sentiasa panas. Segar sikit orang yang minumnya kan. Barulah seronok nak sambung beraya.

Ok lah... sekolah masih bercuti. Anak2 masih boleh bergembira. Inilah masanya nak melayan kehendak anak2 kan.... Ada x yang anak2 minta mak tolong masak2 untuk jemput kawan2 sekolah mereka? Kalau saya sendiri, In sha Allah saya tunaikan kot. Walaupun penat dan leceh nak memasak, tapi yang utamanya, saya suka nak kenal kawan2 anak. Jenis apa kawan2 mereka dan bagaimana mereka berkawan. Itu penting untuk saya. Untuk saya lah kan..untuk orang lain, caranya pasti berbeza.


Akhir kata, Selamat Hari Raya daripada saya sekeluarga.




21 thoughts..:

Wan Fauzi™ berkata...

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin kepada seluruh muslimin & muslimat...

Acik Erna berkata...

Selalu tu aziela..anak acik memang pandai mintak omak e masak2 nak ajak kengkawan makan ni

zouldahan berkata...

Dah masuk ofis dah?
Saya extra cuti satu hari lagi.

Tapi takda apa2 program hari ini.
Duduk rumah diam2.
Kunci pintu.

Aziela berkata...

@Wan Fauzi™ Terima kasih

Aziela berkata...

@Acik Erna Tu mesti sobab omak ei masak sodap tu Acik. Kengkawan plak, time nie lah amik peluang nak makan sodap. Anak sey, langsung sonyap. Dah omak ei tak pandai masak..hihihihihi

Aziela berkata...

@zouldahan Dah masuk opis. Dapat rehat sikit. Kalau duduk rumah pasti tak sampai hati nak rehat keras kejung. Kena gak masuk dapur, Doc.

Cik Kamoo berkata...

selamat hari raya kak....



Sy pun suke minum green tea...sedap. selesa sket perut

aby berkata...

Salam aziela,
Selamat kembali brtugas, podo la dgn aby, dh brtugas juga. Stuju psl raikan kwn2 anak kite.. 2 tiga thn kebelakang ni, aby buat open house khas utk kwn2 anak. Tu request dr dia orang. Alasannya nk senang depa tu layan kwn2 mereka

nuyunbiz (001873431-W) berkata...

Selamat hari raya kak,xmasuk krja lg hrni..Xtra cuti 1hr lg.
Byk btul nk dbuat..
Knfem xde masalah masak untk kwn ank2 :-)

luddin berkata...

Selamat Hari Raya Kak...Maaf Zahir dan Batin!!

Hari ni dah masuk opis dan ade paper nak buat!!...Sentap!!

IndaMarya berkata...

salam, memang dh ramai yg balik krja semula.saya ada seminggu lagi baru buka sekolah...nw ambik kesempatan cuci dn kemas bilik2 anak2.anak2 semua dh balik KL .sunyi rumah...dan smbil2 tu siap repair baju lama2.dah boleh pakai balik..syok giler..puasa turun 4 kilo..

aizamia3 berkata...

selamat hari raya kak aziela.. ;)

BaNu Syah berkata...

Selamat Hari Raya kak..

Aziela berkata...

@Cik Kamoo Betul kan...perut memang selesa.

Aziela berkata...

@aby Baguslah aby nie... Kita rumah dekat kan aby. Tak perlu cuti lama2 kot kan.

Aziela berkata...

@nuyunbiz (001873431-W) Seronok gak masih cuti ni.

Aziela berkata...

@luddin Buat paper yer...sabar..sabar...

Aziela berkata...

@IndaMarya Cuti sekolah panjang...tu yg seronok tu.

Aziela berkata...

@aizamia3 Samalah kita yer Ina...

Aziela berkata...

@BaNu Syah Same to you, dikk.

Azham Vsvc berkata...

Selamat Hari Raya Aidilfitri akak..... Mohon Maaf Zahir dan Batin....

Oh, pasal teh tu...informasi yang menarik hehe......

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink