Selasa, 20 Ogos 2013

Jelajah Kota Bharu : Nasi Ulam Cikgu dan shopping

Assalamualaikum.....

Selepas dinner di Food Village, kami terus balik hotel dan tidur. Konon nak ronda Wakaf Che Yeh, tapi memang tak larat dah. Penat sangat dah. Kalau paksa diri pun tak guna juga. Badan letih, mesti mood nak ronda pun merudum.

Esoknya, kami breakfast di cafe hotel. Ohh..harga bilik memang siap dengan breakfast yer. Nasi kerabu tau. Bukan calang2. Buffet style lah. Ok sangat2 dah sebab ada ayam goreng sekali. Next time boleh terjah lagi lah One Station Hotel nie.

Keluar dari situ, kami ronda ke Kota Bharu. Tak singgah Pasar Siti Khadijah pun. Saja tengok sana sini jer. Sedar2 dah tengah hari. Kita ajak hubby makan di Restoran Nasi Ulam Cikgu. Dulu2, lebih kurang 8 tahun lepas dah pernah makan sini kawan hubby yang bawa, tapi masa tu belum betul2 feel melancong lagi. This time, kami kan explorer. Kenalah explore betul2.


Tengah panas berdenting. Adam dah penat dan lapr. Tapi kita paksa dia jadi model juga.


Antara hidangan yang ada.  Tengoklah deretan ulam2an tu. Banyak juga jenis ulam yang kita tak pernah jumpa. 

Kami ambil ini. Ikan cencaru sumbat sekor untuk kongsi bertiga dan ayam goreng seketul. Rupa2nya hubby ambil lagi ikan goreng kerisi seekor dan Adam ambil ayam goreng seketul. Kita memang tahu dah, mesti tak boleh habis kalau tambah lagi. Pinggan nasi kosong tu kita punya.


Antara ulam2an yang kami ambil. Ada 2-3 jenis yang kami tak tahu apa bendanya, tapi ambik jer. Kenalah rasa dan cuba kan. Not bad. Yang daun macam bengkang bengkok tu rangup bila di makan.


Ada ulam, mestilah ada pencicah. Hubby ambil sambal belacan dan kami perahkan limau nipis tu. Barulah kick kan.


Rasa lauk pauk dan masakan biasa2 jer. Tapi sebab kan fresh dengan sayur2an tu, menjadikan hidangan lunch tu eksotik. Tinggal nak bersila atas tikar mengkuang di atas pangkin bawah pokok di tepi pantai jer nak completekan rasa exotic tu. 

Air, ambil sendiri... Ada banyak jag air. Rasanya air free kalau tak silap. Yang dah di isi dalam jag tu lah.

Kami dapat kertas untuk bawak ke bayar tu, dia tulis 17 dalam bulatan. So, kita pergi kaunter, bagitau meja 17. Orang kaunter tu mintak kertas. Eh, bukan meja...rupa2nya harga lunch kami tu RM17.00. aikk..biar betul? Murah bangettt! Kami ingatkan dah puluh2 ringgit dah. Ikan besar2, ayam lagi..sayur lagi sepinggan membumbung. Uishhh...patutlah ramai orang.

Lepas makan, kami pergi ke Bazaar Tok Guru. Kitalah yang aim nak datang sini. Kami tak pernah masuk sini lagi. Selalu ke Pasar Siti Khadijah jer, kali nie nak cuba tempat baru. Uishh..banyaknyaaa kain dan tudung. Tapi, tudung yang kita cari tu, x adalah pula. Mungkin fesyen tu belum sampai sana kot sebab kita ada jumpa di Melaka..cuma saiz yang kita nak tu dah habis. 

Last2, kami beli baju untuk Adam jer. Oklah... ada juga hasilnya. Kalau telekong semua tu, kita suka beli di Rantau Panjang atau Pengkalan Kubor. Dan kebetulan baru selesai shopping di sana juga kan. Kain2 memang tak ler... Maklumlah... takut bidangnya kecik. Yang nak memakainya bukan kecik. Hehehehehe.

Lepas tu, kami santai nak teruskan perjalanan ke Terengganu. Ajak hubby lalu Tok Bali. Saja nak jenguk pasar basah. Hmm..ini, nantilah entry lain yer. 




.


26 thoughts..:

Cikda berkata...

salam azie,

meh dulu pelok kiri pelok kanan.. lama nyer tak sembang gebang. kalau tak silap jalan2 kepantai timur ni bulan Jun kan besday Adam ..terlioq tgk makanan terhidang tu..

hehhehe..

selamat hari raya
maaf zahir batin

Nieda ramly berkata...

murahnya...

Nieda ramly berkata...

murahnya...

Kakcik berkata...

Dulu2 kakcik pernah la makan kat situ dua tiga kali, tapi dah lama sangat kakcik tak ke KB...

NzA berkata...

wah cuti2 Kelate ye.....selamat menjelajah....

Qashmere berkata...

Memang best kalau jalan jalan dan MAKAN MAKAN!@

Qashmere berkata...

Memang best kalau jalan jalan dan MAKAN MAKAN!@

Norma NML berkata...

Makanan kat situ memang best & murah..kalau saya balik Kelantan mesti tak lepas peluang bawa mak makan kat sana..

p/s : Salam perkenalan..:-)dari
http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

elly nadyra berkata...

perghhhh murahnya kan, mana la nak dpt kat KL camtu

Kakzakie berkata...

Betullah di sana makanan sedap,pilihan banyak, harga murah lagi manalah tak puas hati..

Kalau diJB ni kakak rasa dah berpuluh-puluh harganya..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

seronok baca cerita Ziela, makan tu memang murah sgt2.. ehhhh, sangat3 murahlaaaaaaaaa

aby berkata...

seronok tengok ulam2 tu ..
betul2 menyelerakan ..

aizamia3 berkata...

wah.. alang2 dapat jalan kita explore sungguh2.. ;)

Azham Vsvc berkata...

Adam muka tak puas hati hehehe!

Wah tak pernah try lagi Nasi Ulam tu....nampak sangat menyelerakan!

Aziela berkata...

@Cikda Peluk cium Cikda dulu..muah..muah...hahahahaha.

Aziela berkata...

@Nieda ramly tu yang terperanjat tu

Aziela berkata...

@Kakcik Saya pun repeat selepas bertahun2 lamanya.

Aziela berkata...

@NzA Sekarang ni saya memangs elalu cuti2 Kelate kak...

Aziela berkata...

@Qashmere Kalau jalan mesti makan...hehehehehe

Aziela berkata...

@Norma NML Salam perkenalan. Terima kasih sudi singgah sini yer. Kg kat Kelantan yer.

Aziela berkata...

@elly nadyra Itu yang akak terpinga2 tu elly

Aziela berkata...

@Kakzakie Saya pun budget berpuluh2 juga kak. Tak sangka pula..

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Sangatttt kan kak...

Aziela berkata...

@aby Kakang suka ulam yer... Sihat kan kang.. Oh, ada bendi kan.

Aziela berkata...

@aizamia3 Baru berbaloi, Ina..hahahaha

Aziela berkata...

@Azham Vsvc Balik kelantan nanti, adik try ekk

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink