Sardin Masak Lemak

3 comments
Assalamualaikum.....

Sebenarnya menu nie sangatlah ringkas, mudah di masak serta kosnya murah. Sedap pula tu. Sebab itulah Adam request menu nie. Dah 2 minggu dia sebut. Last2, kita masakkan juga Sabtu lepas. Kebetulan mommy masak kari kambing and Adam x makan daging lembu and kambing. So, kita tapau lauk kambing and masak sardin untuk dinner Sabtu tu.


Hahah... meja makan kat rumah tu, segala macam barang ada.. Makanan dah tentulah, dengan buku Adam, novel cinta mama dia..semua nak longgok kat situ gak..hehehehehe

Oh, Adam makan nasi sampai bertambah 2 kali dengan lauk nie. Puas betul hati dia. Cuma ralat sedikit, tak sempat nak masakkan cekodok untuk cicah dengan kuah sardin tu. Cekodok sebesen (saiz kecik jer lah..) pun boleh habis tau...

Nak resipi? Bolehh...? Sebab tak semua orang pernah makan menu nie. Ada yang pernah makan sambal sardin jer.


Masak Lemak Sardin dan Ubi Kentang


Bahan-bahan :
1 tin sardin (besar atau kecil, terpulang)
3 biji ubi kentang di potong baji (wedges)
15 biji cili padi
3 ulas bawang kecil merah
2 cm kunyit hidup
1 keping asam gelugur
Santan
Garam

Cara-cara :
1. Tumbuk kunyit hingga lumat. Kemudian masukkan cili padi dan tumbuk lagi hingga lumat. Masukkan pula bawang merah kecil dan tumbuk pecah2 saja.
2. Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan renihkan dengan api sederhana.
3. Setelah santan mendidih, masukkan ubi kentang. Gaulkan kuah di dalam periuk selalu agar santan tak pecah. Kecilkan api jika perlu.
4. Bila ubi kentang dah empuk, masukkan asam gelugur dan sardin berserta dengan sosnya kedalam periuk. Gaulkan sebati.
5. Perasakan dengan garam. Renihkan lagi 2-3 minit.
6. Hidangkan dengan nasi putih, atau cicah cekodok...


Senang kan..? Tak sampai setengah jam, dah siap terhidang.. Ada orang pula, kalau dapat makan lauk nie, ada pulak ikan kering bulu ayam yang digoreng garing, memang lajulah suapan mereka. Hwever, hubby kita x berapa gemar menu nie. Adam jer yang suka... Kepedasan, kepekatan kuah dan banyak mana kuah sebenarnya boleh disesuaikan mengikut citarasa anda...

Selamat mencuba..

3 thoughts..

sekadar satu coretan berkata...

Nnpk pun dah tau sedap... Boleh la cuba nnt..selalu buat sambal sardin jer..

Aziela berkata...

ainnoraini : Try lah kak.. Nak masak pun senang...

RamRamCute berkata...

erm..tetiba rasa lapar lah pulak nampak masak lemak sardin ni...serius saya tak pernah makan dan buat lagi menu ni..lepas ni bolehlah saya try..tq awak share the resepi :)