Aku Anak Kampung - Jimmy Palikat

2 comments
Assalamualaikum.....

Yess...memang tengah femes meletup2 sungguh lagu nie sekarang kan..?

Kita memang dah terpikat sejak menontok persembahan Zero di Raja Lawak dulu, tp ingatkan itu lagu ciptaan Zero. Bila dah femes, 1st time dengar tu, puas pikir, kat mana agaknya kita dgr lagu nie. Tapi melodi dan lirik dia memang cepat betul berkesan di jiwa. Bila anak kita si Adam tu kata kumpulan Zero ada nyanyi, baru teringat semula. So, since then kita dengan Adam dah mula angau dengan lagu nie. Nak tidur, lagu ni, bunyi alarm lagu nie, ring tone pun lagu nie. Ishhh... (Kalaulah angau dengan surah dari Al-Qur'an kan bagus... Insaf)


Meh tengok lirik sikit.

ANAK KAMPUNG : Jimmy Palikat

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan
Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli kuli sahaja memang tidak padan
Cantik bha kau itu banyak yang tergoda
Lagi orang kaya
Chorus
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun teda ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerana aku cinta
Aku lepaskan kau sama
Orang lain
Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiadalah guna

Bagi kita, liriknya walaupun sangat simple, tiada ayat berbunga-bunga, direct to the point and tidak puitis, namun kejujuran dan keikhlasan lirik tu tersangatlah menyentuh hati. Ada lagi ke lelaki zaman sekarang yang sangat ikhlas melepaskan dek kerana jujurnya dengan status diri mereka? Kalau kitalah di tempat perempuan tu, tak ada kereta, tak ada rumah, tak apalah. Yang penting lelaki tu ikhlas menyayangi hingga sanggup korbankan cinta untuk kebahagiaan kita. Kesenangan boleh di cari asalkan sanggup bersusah bersama dan sanggup berkorban dan bertolak ansur.

Bila dah diberikan nafas baru duet dengan One Nation Emcee, kita dengan Adam agak kurenngg sikit. Lebih minat versi asal. Lagipun suara Jimmy Palikat dalam versi asal tu lebih mendayu dan lebih ikhlas kedengarannya. Lepas tu mulalah wondering, mcm mana rupa Jimmy Palikat nie, dah tua ke..sebab ingatkan ini lagu lama... Sampai siap tanya member lagi : Hidup lagi ke JP nie? Bila member kata hiduuuupppp, baru terhegeh2 nak gugel. Hasil gugel, meh tengok orangnya...



Ha, kan... Hidup sihat walafiat lagi orangnya. Bukan saja muda lagi, comell pulak tu..ahaks. Erkk..hubby kita x jeles ok..dia sangat memahami.

Teringin pula nak tengok dia buat show. Nanti nak kena godek youtube lah kan...

2 thoughts..

Ain Zayy berkata...

akak, ain suka sangat2 lagu ni..sabahan song! love it ! :P

setuju ngan akak, versi asal lg best didengar by jimmy palikat compare ngan one nation emcess..jp lg sedap kan suaranya..btw, hensem kot jimmy tuuuu..hahaha:D

Aziela berkata...

Ain Runnia : Akak sukaaa sangat