Sambal Ayam

4 comments
Assalamualaikum.....


Sebenarnya bab2 sambal merah nie, kita tak berapa nak expert. Selalunya kalau sambal ayam nie, tetaplah buat sambal cili api kegemaran keluarga sejak dulu. Tapi hubby suka sangat makan ayam masak merah dan sambal tumis. Jarang betul kita buat sebab weekend jer ada kat rumah. Lagipun Mommy rajin masak makanan kegemaran hubby. Dah lah tu, masakan Mommy memang sangat marvellous. So, kita pun menumpang jer lah makan.

Tapi pada satu hari nie, kita sajalah gatal2 dengan hubby kata nak try lah buat sambal ayam. Makan Mommy punya bukan main sedap lagi. Hubby pulak gatal2 pergi cakap dengan Mommy. Dahlah Mommy suruh kita masak, lepas tu dia kata hantarlah semangkuk kat dia. Bolehlah dia cuti masak.

Alamak...panik seh.

Takperlah..demi hubby tercinta dan parents in law, kita gigih jugalah memasaknya. Tapi sedihnyaaa....x dapat langsung sama dengan macam yang Mommy masak. Nasib baiklah hubby dengan Adam kata sedap. Bolehlah....tapi x sesedap Mommy masak.

Oleh kerana kita pun x berapa nak berpuas hati dengan hasil kejadiannya yang setakat tahap lulus jer nie, maka tak perlulah kita nak share resipinya kat sini. So, tengoklah gambar sambal yang tak berapa nak best nie...




4 thoughts..

Unknown berkata...

wah, nampak menarik dah tu kak...terliur...

RamRamCute berkata...

sedapnyer....erm...bila nak kasi rasa ni awak!!

Unknown berkata...

hehe....asalkan keluarga akak suka...itu sangat memadai heheh...minta sikit! hahaha

Aziela berkata...

Suhami : Nampak menarik ekk? Kenapa akak rasa mcm kurang menarik ekk..

Rahmah : X sedap sangatlah wak... Nanti buat sedap sikit, saya bawa.

Azham : Ha haha...yerlah kan... Nanti akak masak lain lah..